Monday, November 29, 2010

Sinopsis Disney Rapunzel : A Tangled Tale 2010

Masih lagi teringat-ingat pada kehebatan Filem

Disney 

RAFUNZEL : A TANGLED TALE

jom layan sinopsisnya...











Sinopsis Filem Rapunzel:


Terdapat sebuah kerajaan di mana raja dan permaisuri sedang menantikan kelahiran bayi pertama mereka.
Ketika sedang sarat mengandung, permaisuri jatuh sakit dan situasi ini meletakkan dirinya dan bayi yang dikandungnya dalam situasi bahaya.
Dalam keadaan yang terdesak, orang suruhan diraja telah diarahkan untuk mencuri sejenis tumbuhan berbunga yang mempunyai kuasa penyembuh dari taman seorang ahli sihir jahat bernama Mother Gothel.



Gothel kerap menggunakan bunga itu untuk mengembalikan keremajaannya supaya dia dapat hidup kekal abadi.
Bunga tersebut berjaya menyembuhkan permaisuri dan memberikan puteri mereka, Rapunzel, kuasa penyembuh yang berada terletak dalam rambut Puteri Rapunzel yang berwarna keemasan.
Sebagai membalas dendam dan keinginan untuk memiliki semula kuasa tersebut, Mother Gothel telah menculik dan mengurung Rapunzel di sebuah menara yang jauh daripada pandangan manusia.
Rapunzel meningkat remaja dengan memiliki rambut yang panjang mengurai yang mencecah 70 kaki. Disebabkan hanya berada dalam kurungan, dia memiliki perasaan ingin tahu yang sangat kuat.
Setiap tahun pada tarikh hari lahirnya, Rapunzel pasti dapat melihat cahaya yang terapung daripada tempat yang dia tidak pasti.
Sebenarnya, cahaya tersebut datang daripada festival yang adakan oleh raja dan permaisuri pada tarikh kelahiran Repunzel.



Pada suatu hari, seorang penjahat bernama Flynn Rider telah menceroboh menara tersebut. Menggunakan kesempatan itu, Rapunzel telah berpakat dengan Flynn untuk melepaskan diri dan membawanya ke festival cahaya tersebut.


Rapunzel melarikan diri dengan seekor sumpah-sumpah, Pascal dan seekor kuda, Maximus. Dia melalui pengembaraan yang hebat serta menarik yang tidak pernah dia lalui sepanjang hidupnya sehingga membawanya ke festival tersebut. Ketika melihat cahaya tersebut di sebuah tasik, Rapunzel dan Flynn jatuh cinta.
Nasib tidak menyebelahi mereka apabila Mother Gothel berjaya menangkap Rapunzel dan membawanya ke menara. Manakala, Flynn pula telah ditangkap oleh pengawal istana.
Flynn berjaya melepaskan diri dan pergi menyelamatkan Rapunzel. Dia sampai ke menara tetapi telah ditikam oleh Mother Gothel. Sebagai pertukaran, Rapunzel berjanji akan bersama dengan Mother Gothel selama-lamanya jika dia dibenarkan menyembuhkan Flynn, Mother Gothel bersetuju.
Sebelum sempat Rapunzel menyembuhkan Flynn, Flynn berjaya memotong rambut Rapunzel menyebabkan Mother Gothel bertukar menjadi debu. Flynn masih boleh disembuhkan dengan air mata Rapunzel.


Memang best tengok filem Disney..
dalam filem ini tak tahan gelakkan seekor kuda bernama maximus...
kelakar giler dengan memek muka yang tak boley bla..


selamat bersantai bersama anak-anak...


Sunday, November 28, 2010

KIDS & BABY PHOTO CONTEST

Assalamualaikum wrb.



wah...wah...wah...
umi  telah ditag oleh anakanda tercinta SARAZAQEA untuk sama-sama join contest ini.
Terima kasih yang tak terhingga...umi suka...sebab contest ini terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat dan umi nak letak gambar anak bongsu umi aka adik
kesayangan pemberi TAG ini. Umi dah jadi follower blog comel tuan punya contest ini. Silalah ke blog yang pemurah nak bagi hadiah menarik dan berharga. Mesti berbaloi-baloi andai anda jadi pemenang nanti :))


                                                   KIDS AND BABY PHOTO CONTEST


Syarat-syarat penyertaan:

1.  Jadi follower kepada >

http://sweetlikekisses.blogspot.com

2. Tag 8 orang tak boleh kurang. Inform diorang.

3. Letak satu gambar baby atau kanak-kanak.

4. Tinggalkan link dalam kotak komen.

5. Mulakan title entry dengan dengan nama contest. 


Pemenang bakal membawa mendapat hadiah menarik
iaitu 
Earing dari Lazo Diamond Jewellery, white gold.










Inilah gambar pertaruhan umi :






Damia Nazurah Binti Samsudin

MIA SARA

versi umi sebab >>

kakaknya bernama sarah zakiah aka sara (tiada kena mengena hehe)
dan semestinya kami panggil damia dengan panggilan 
MIA

beginilah wajah anak bongsu umi ketika berusia 3 tahun
seorang yang sangat cergas, cerdas dan petah berbicara.
jadi buah hati pengarang jantung kami sekeluarga saling tak tumpah seperti jelmaan
MIA SARA 
pelakon cilik adamaya
hehehe
(sistem angkat bakul ker umi ni :P)




Tarikh tutup contest sehingga 15 Disember 2010 tertakluk pada 
mood tuan punya blog.
jika beliau rasa nak tutup lebih awal :)
so be alert !



Oopss!


jangan lupa tag 8 orang dan inform;


ANDA DITAG UNTUK SAMA-SAMA MENCUBA



1~ nabila ahmad kamal
2.~ kak ana farhana
3~ zarith
4~ Ardinihumaira
5~ Mira
6~ Elly
7~ Onee
8~ Arnee






selamat mencuba!!! 










Saturday, November 27, 2010

Perlukah Penggunaan Haji dan Hajjah?


soal jawab agama yang diambil secara random...menarik juga kerana biasanya sebaik sahaja orang balik dari Mekah terus dipangkal nama mereka diletakkan haji...atau hajjah...malah sampai tertulis dalam kad pengenalan...satu kenyataan.





soalan:


Apakah dibolehkan seseorang itu 'menuntut' dan menggunakan gelaran 'Haji' dan 'Hajjah' sesudah pulang daripada menunaikan ibadat itu?


Adakah ia satu kesalahan di dalam Islam kerana tidak pernah digunakan oleh Nabi dan Sahabat?


Jika dibenarkan, apakah pula alasannya?


JAWAPAN:


Sebelum ini juga ramai bertanya sama ada gelaran ‘Haji’ boleh digunakan kepada mereka yang selesai menunaikan haji.

Saya teringat sekitar 10 tahun lalu, seorang kenalan saya memarahi rakannya kerana tidak memanggilnya dengan gelaran itu.

Bila saya tanya kenapa sampai begitu sekali, dijawabnya: “Ye la, kita dah bertungkus-lumus melaksanakan haji, berbelas-belas ribu ringgit habis, jadi hormatlah sikit kita dengan pengiktirafan.” Demikian tegasnya secara emosi.

Saya yakin, pembaca mempunyai pelbagai reaksi membaca jawapannya. Majoriti mungkin merasa tidak bersetuju dengan hujah yang disebut sahabat itu tadi.

Namun, itulah hakikat bagi sebahagian besar umat Islam, khususnya di Malaysia. Mereka ingin serta berasa selesa dan bangga dengan gelaran ‘Haji’ sesudah pulang daripada mengerjakan ibadat agung itu.

Jadi persoalan kita ketika ini, adakah ia dibolehkan di sisi Islam?
Pada pendapat saya, gelaran sebegini bukan persoalan ibadat khusus yang memerlukan kepada dalil khusus daripada amalan Rasulullah SAW atau sahabatnya.

Isu gelaran adalah sebuah isu kemasyarakatan dan sosial yang tidak tertakluk kepada dalil khusus. Ia hanya tertakluk kepada dalil umum yang mengandungi nilai dan asas, sama ada untuk mengarah atau melarang.

Dalam hal gelaran, dalil yang menjelaskan prinsip atau disiplin dalam gelar- menggelar boleh diambil daripada firman Allah SWT seperti tercatat di dalam ayat surah al-Hujurat yang bermaksud: “Janganlah kamu mencela dirimu sendiri dan janganlah kamu panggil memanggil dengan gelar-gelar yang buruk. Seburuk-buruk panggilan ialah segala jenis nama panggilan yang berciri fasik selepas kamu beriman.”

Jelas daripada ayat di atas, prinsipnya adalah Allah SWT melarang umat Islam menggelar saudara seagama dengan apa juga gelaran buruk dan menyakitkan hatinya, tidak kira sama ada ia benar atau tidak, selagi mana ia dilakukan dengan niat menghina dan menjatuhkan, ia adalah dilarang.

Imam Abu Ja’far At-Tabari mengatakan: “Memanggil dengan gelaran adalah seperti seseorang memanggil saudaranya dengan cara yang dibencinya sama ada (menggunakan) nama tertentu atau sifat. Dan larangan Allah SWT itu umum tanpa sebarang pengkhususan kepada satu jenis gelaran tanpa yang lain, maka oleh itu, tidak harus (haram) bagi seorang Muslim untuk memanggil saudaranya sama ada dengan nama atau sifat yang dibencinya.” (Jami al-Bayan, 22/29)

Justeru dalam Islam, budaya gelar menggelar dengan gelaran buruk bukan tindakan benar, malah paling keji dan hanya mainan individu yang dipimpin emosi.

Jangan sesekali mudah memulakan gelaran seperti ‘ulama Mi egera’, ‘Si bodoh’, ‘Munafik’ dan lain-lain.

Walau apapun sebab dan latar belakang kemarahannya, menggelar seseorang dengan gelaran buruk bukan caranya. Ada banyak cara bahasa lain yang lebih sesuai untuk menegur seseorang.

Ia hanya akan memburukkan keadaan dan seterusnya menjatuhkan maruah anda sendiri, bukan mereka yang digelar.

Tiada kebaikan yang boleh tersebar daripadanya kecuali kepuasan peribadi pihak menggelar kononnya untuk menegakkan yang hak tetapi sebenarnya hanya memuaskan nafsu amarah masing-masing.

Islam melarang menggelarkan seseorang dengan sebarang gelaran buruk, dilarang juga mengkafirkan seseorang tanpa kejelasan yang putus atau kelak kekafiran dan gelaran itu akan kembali kepada dirinya sendiri. Seluruh gelaran buruk yang dicipta juga akan kembali kepada individu yang memberikan gelaran buruk itu.

Namun demikian, ada pengecualian jika sesuatu gelaran dibuat bagi keadaan tertentu seperti untuk membezakan antara individu, maka mereka digelar dengan sifat atau nama yang sesuai bagi fizikal mereka. Walaupun gelaran itu buruk, panggilan itu dibuat bukan untuk menghina dan merendah, ia hanya diniat untuk memberi pengenalan kepada mereka yang bertanya. Tatkala itu, ia dibenarkan.

Demikian juga jika ada maslahat lebih besar untuk dijaga, seperti ulama menggelar beberapa ‘perawi’ sebagai ‘kazzab’ yang ertinya ‘banyak berbohong’ bagi menjaga ketulenan sesebuah hadis. Namun, ia bukan diguna secara meluas hingga ke peringkat masyarakat awam kerana hal sedemikian hanya diketahui golongan ulama daripada kalangan pengkaji hadis dan perawinya.

Hadis Riwayat Abu Daud menyatakan, terjadi perbualan antara orang ramai dan Rasulullah apabila mereka memanggil baginda: “Wahai Rasulullah, wahai yang terpilih dan anak yang terpilih, tuan kami dan anak kepada tuan.”

Namun, Rasulullah SAW lantas menjawab: “Wahai manusia, kamu berkata dengan perkataan kamu, namun jangan sampai kamu diselewengkan oleh syaitan, aku adalah Muhammad, Hamba Allah dan Rasul-Nya, tiadalah aku suka kamu mengangkat darjatku melebihi darjat yang diberikan Allah kepadaku.”

Kita perlu tahu bahawa gelaran perlu digunakan secara berhati-hati supaya tidak melampau sehingga terjebak dalam kes pengikut Kristian yang menganggap Nabi Isa sebagai anak tuhan akibat berlebihan dalam mengagungkan dirinya.

Tentunya tiada halangan di dalam Islam untuk gelaran biasa yang kurang kontroversi seperti Tuan Haji, Ustaz, Dr, Datuk, Syeikh, Profesor, Tok Guru, Imam, Hujjatul Islam, Syeikhul Islam dan apa juga gelaran yang baik lagi disukai dan baik untuk digunakan sebagai penghargaan, pujian, doa dan pengiktirafan.

Isu sama ada gelaran itu akan mendatangkan rasa riak, takbur dan ‘ujub’ adalah persoalan kedua. Hal ini mempunyai sedikit persamaan dengan isu memuji seseorang di depannya.

Kesimpulannya, jika diketahui pujian itu akan memusnahkannya, jangan dilakukan. Maka larangan adalah disebabkan hal luaran yang mendatang dan bukan pada pujian itu sendiri. Demikian juga gelaran Tuan Haji, Say- yid dan sepertinya.

Oleh itu, jika kita memanggil seseorang dengan gelaran Tuan Haji dan ia disukai olehnya, sudah tentu ia tidak dilarang, sebaliknya lebih digalakkan lagi.

Ini kerana, mungkin gelaran itu boleh mengingatkannya kepada Allah SWT serta boleh mengekalkannya dirinya supaya sentiasa insaf kepada Allah SWT.

Apatah lagi apabila menjadi adat di sesebuah kawasan untuk menggunakan nama panggilan yang baik itu.

Adakalanya, gelaran ‘Haji’ juga diguna semata-mata kerana tiada gelaran lain yang sesuai untuk seseorang bagi menunjukkan hormat kita.

Saya pernah mempunyai beberapa kenalan jutawan veteran yang sangat rapat dengan saya, walaupun mereka jutawan, hartawan, pengasas dan ketua syarikat masing-masing, mereka belum menerima anugerah Datuk dan juga bukan pemegang taraf Doktor Falsafah.

Justeru, gelaran apa paling sesuai untuk memanggil mereka di samping menunjukkan penghormatan kita kepada umur peringkat itu?

Tatkala itu saya hilang idea, hanya gelaran ‘Tuan Haji’ saya kira paling sesuai setiap kali berhubung dengan mereka. Gelaran pakcik atau gelaran syeikh pasti kurang sesuai dengan orang yang berperwatakan sepertinya.

Kita sedar, kesan buruk juga boleh berganda apabila seorang bergelar ‘tuan haji’ dan ‘puan hajah’ melakukan maksiat dan dosa terang-terangan. Lebih mendukacitakan apabila kesnya membabitkan tangkapan khalwat, zina, pecah amanah dan lain-lain yang biasanya tersiar di dada akhbar.

Namun demikian, hal itu tidak menjadikan penggunaan gelaran ‘Haji’ dan Hajah’ sebagai haram.

Bagaimanapun perlu diingatkan, walaupun seseorang itu ‘harus’ mendapat atau menggunakan gelaran ‘Haji’, yang perlu disedari adalah pemergian menunaikan rukun Islam kelima itu bukan kerana gelaran yang diberi manusia, sebaliknya pandangan serta pengiktirafan Allah SWT sendiri.

Nenek Doakan Obama Pelok Islam





Terharu pula mendengar doa dan pengharapan seorang nenek kepada seorang pembesar negara yang dikenali. Siapa tak kenal OBAMA Presiden Amerika Syarikat itu.


Yang pasti ada di kalangan kerabatnya yang beragama Islam termasuk neneknya; Sarah Omar, 88 yang telah mengerjakan ibadah haji pada tahun ini.


Mereka pula diberi penghormatan apabila menjadi tetamu Raja Arab Saudi.


Apa Kaitannya Minta Hujan di .... semalam dengan Kisah Tasik Galilee?




BEBERAPA lelaki Yahudi meniup alat muzik shofar sebelum majlis penyembahan meminta hujan diadakan di atas bot di laut Galilee, pada Rabu lalu.



GAMBAR menunjukkan seorang pemimpin agama Yahudi (berjanggut) menaiki belon udara panas untuk meminta hujan dekat Kibbutz Ruhama di Negev kelmarin.

Semalam terbaca surat khabar Kosmo mengatakan bahawa Para Pembesar Agama di ..... mengadakan upacara meminta hujan. Sila tekan KOSMO untuk berita lanjut. Di sini disertakan juga artikal mengenai Tasik Galilee yang sedang hangat dibicarakan orang. Apapun artikal itu saya paparkan sebagai bahan bacaan santai untuk pengetahuan sahaja. Manakala artikal "Tatkala Keringnya Tasik Galilee" ini pula saya ambil dari HALAQAH...















Kenapa kita perlu meninjau kepada paras air di Tasik Galilee? Apa istimewanya Laut ini kepada kita orang Islam? Saya cuba mendapatkan beberapa pandangan dari beberapa sumber yang saya kira boleh dikongsi untuk kebaikan kita semua. Yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu dari kelemahan penulis ini sendiri. Insya Allah.....

Assalamualaikum semua wahai hamba Allah s.w.t. yang sedang membaca berita bermanfaat ini menerusi alam maya.Salam peringatan dari saya kepada semua sahabat dunia dan akhirat.
Hari ini saya akan dedahkan secara terbuka kepada semua pembaca mengenai Tasik Galilee,sebuah tasik yang dikelilingi darat sedang pun mengering dengan derasnya ketika ini.Nama lain bagi tasik ini ialah:
- Lake of Gennesaret
- Lake Kinneret
- Sea of Tiberias
Ada satu hadis sahih yang saya sengaja tidak tunjukkan di sini,hadis itu memberitahu saya dan anda semua,bahawa apabila keringnya tasik ini maka tunggulah kamu akan turunnya Al-Masih Isa, itulah saatnya dan perhatikanlah tasik ini sebagai antara sempadan begitu hampirnya tanda-tanda besar.Carilah hadis sahih ini sampai dapat,dan bila anda tahu dan menjumpai hadis ini,pada ketika anda tahu itu,anda pasti dalam ketakutan yang amat sangat.Apa yang menjadi kerisauan saya sekarang ialah tasik ini sudah pun kering dengan derasnya setiap hari turun beberapa milimeter sejak tahun 2000 masihi lagi dan 10 tahun telah pun berlalu...
Saudara serumpunku,anda semua harus beringat,bila tasik ini kering,maka itulah saat di mana Nabi Isa akan turun ke planet bumi untuk membantu Imam Mahadi,memburu dajjal ke seluruh pelusuk bumi.
Saya ingatkan lagi,hadis ini amatlah sahih,sedangkan tiada satu pun ulamak di Tanah Melayu berani membongkar hadis sahih ini,dengan kata lain,mereka tahu tapi mereka kurang keberanian kerana hakikat itu jelas,Tasik Galilee sedang kering dengan lajunya,dan mengikut kajian sains,tasik ini akan kering dalam tempoh masa 50 tahun sahaja dan menemui dasar permukaan bawahnya,dan ketika itulah Nabi Isa turun.
dan anda semua perlu faham,sebelum Nabi Isa turun dalam tempoh 50 tahun akan datang (plus-minus), sudah pastilah proses-proses untuk menjadi asbab perlunya baginda turun,asbab itu mestilah terjadi, Ini bermakna wahai saudaraku sekalian,proses ini "sepatutnya" sudah berlaku:
- tasik galilee sedang mengering dengan derasnya setiap hari...
- ini bermakna sistem dajjal akan mencapai kemuncaknya (yang membolehkan dajjal muncul dengan sempurna)
- bila dajjal akan keluar itu kita tak pasti, namun semua tanda kecil & fitnah yang membolehkan dia keluar itu sudah pun wujud di sekeliling kita,benarkan???
- anda kena faham, banyak hadis sahih mengatakan pemuda dari timur yang dilantik menjadi Imam Mahadi adalah dalam sekitar umurnya mencecah 40 tahun....
- dan ini bermakna saya amat yakin, bahawa Imam Mahadi dari timur itu sudah pun berada di kalangan kita,samada baginda di saat ini baru dilahirkan? atau masih kanak-kanak ? atau sedang belajar di sekolah menengah, atau pun sedang dalam alam remaja, kita tak pasti...
-Ingatlah, saya menyampaikan mesej ini di dalam alam maya tidak lain tidak bukan, ingin mengajak anda semua melangsaikan hutang secepat mungkin sebelum nibiru melintasi orbit kita, kerana atas sebab lintasan itulah, maka gerhana matahari & gerhana bulan akan berlaku serentak,

dan kamu wahai orang muslim, tentu di saat itu sedar, bahawa di masa 2-3 tahun lepas, ada manusia pernah memberitahu anda tentang hal ini, namun anda mungkin terlambat dan mengabaikannya di saat itu...
-dan kerana itulah saya hadir untuk menyedarkan ramai saudara-saudaraku,rakan-rakan,semua hamba Allah dan ramai dari mereka sebelum saat itu tiba,menjelma tanpa kita duga...
Ingatlah saudara-saudara ku... Mereka bertiga akan muncul selang silih berganti sahaja,dan mereka bertiga berkongsi gelaran yang sama,mereka bertiga adalah manusia belaka,Dua daripada mereka mendapat rahmat berupa umur yang panjang,sedangkan satu daripada mereka bertiga berumur pendek tetapi dapat memimpin dunia.
Ketahuilah mereka bertiga ialah:
- Al Masih Imam Mahadi
- Al Masih Dajjal
- Al Masih Isa
Ingatlah kawan-kawan... sekiranya umur anda adalah sekitar 20-an 30-an (pada hari ini), percayalah,dalam tempoh 50 tahun ini sahaja,semua tanda-tanda untuk munculnya tanda-tanda besar, pasti 100% muncul di zaman anda,samada anda ditakdirkan untuk mati sebelum peristiwa itu muncul, atau anak-anak anda yang bakal berhadapan dengan ujian itu.Ketahuilah,Tasik Galilee sudah pun mulai mengering sejak tahun 2000 masihi lagi,dan proses pengeringan ini amat dahsyat sehingga yahudi di Israel meminta bantuan dunia untuk menaikkan kembali aras Tasik Galilee ini dan 10 tahun sudah pun berlalu,ada baki lagi 40 tahun (plus-minus) sebelum turunnya Nabi Isa ke planet bumi,dan anda harus ingat!!!
Sekali lagi saya ingatkan anda,bila Nibiru melalui nanti (diteorikan),2 gerhana planet akan berlaku (diselidiki),iaitu bulan dan matahari (dari pandangan mata di permukaan bumi),dan teori 2 gerhana pada tahun 80-an "akan bergabung" teori gerhana tahun 2012,dan sekiranya teori ini benar-benar berlaku, maka sahlah dan lengkaplah semua tanda-tanda kecil,dan kehadiran tanda-tanda besar pasti berlaku tanpa anda jangka.
Planet Nibiru(Planet-X) adalah planet yang dimaksudkan oleh Rasulullah ï·º sebagai dua gerhana berlaku serentak yang memancarkan cahaya merah ke bumi.Planet Nibiru ini tidak menghentam bumi tetapi tarikan gravitinya yang sangat kuat akan menjahanamkan semua PANCARAN API yang terdapat pada bumi. TANDA-TANDA BESAR KIAMAT?OBJEK MERAH KELIHATAN DI LANGIT.Planet ini hanya akan lalu di antara bumi dan matahari dimana kecerahannya berwarna kemerah-merahan seakan-akan anak matahari. Sekiranya kehadiran planet besar ini melintas di antara orbit bumi & matahari,gelombang-gelombang pancaran akan keluar,dan menjahanamkan semua sistem-sistem dunia yang menggunakan elektronik atau pancaran api. Ini bermakna,apa sahaja jentera langit dan bumi,asalkan yang mempunyai saluran elektrik,akan dengan sendirinya tidak berfungsi,satelit, jet pejuang, kapal laut enjin fuel system, kereta api, motorsikal, kereta kebal, laptop,tenaga elektrik, handphone, playstation tidak akan berfungsi lagi,dan anda akan kembali ke zaman sebelum tibanya elektrik.Itu pun sekiranya anda masih hidup hasil dari peristiwa ini, kerana dianggarkan 2/3 penduduk bumi akan lenyap pada 2012 hasil dari tindak balas berbahaya antara bumi dan Planet-X.
Benarlah kata-kata RASULULLAH s.a.w bahawa satu hari nanti bumi akan hancur dan satu zaman dipanggil back to ancient berlaku di mana segala teknologi pupus dan manusia akan kembali seperti zaman purba, berperang dengan pedang cara kuno,menunggang kuda sebagai satu medium pengangkutan...bersedialah kita umat islam...ALLAHHUAKBAR......
KAJIAN SAINS: Setelah saya membuat kajian,sekiranya kehadiran planet besar ini dan melintas di antara orbit bumi & matahari,gelombang-gelombang pancaran akan keluar,dan menjahanamkan semua sistem-sistem dunia yang menggunakan elektronik atau pancaran api.Anda akan kembali ke zaman sebelum tibanya elektrik. Ini pesanan saya lagi...
Tiada satu hadis pun menerangkan yang manusia akhir zaman berperang dengan alat-alat yang selain pernah nabi sendiri gunakan
Sekiranya kajian saya di atas berpandukan hadis,maka sudah tentulah bahawa apa sahaja teknologi moden hari ini,persenjataan tercanggih,akan menjadi tidak aktif dan hancur dari dunia ini... Maka hidup anda selepas peristiwa besar ini berlaku,adalah satu kehidupan di mana anda bakal hidup di zaman sebelum hadirnya elektrik,manusia akan kembali kepada fitrah semula,dan mana-mana manusia yang tinggal di bandar,adalah manusia yang paling rugi di kala itu kerana bandar yang duduki itu sedang tenggelam,kerana itulah kita kena bina perkampungan Muslim seperti banyak yang ada di Tanah Melayu...

Saya berpesan kepada anda sekali lagi,gunakan duit anda untuk:
-melangsaikan hutang dunia
-membeli tanah di kawasan pedalaman
-menguasai sungai-sungai dan pinggiran gunung
-membeli kuda seorang dua ekor
-mengasah pedang dan mencanai keris
-menguasai kembali teknik MEMANAH
-dan kembali mengajar anak-anak anda semua berenang
Ketahuilah, kita ada tak sampai 40 tahun sahaja lagi sebelum Tasik Galilee kering sepenuhnya, kita ada hanya purata 40 tahun sahaja lagi sebelum turunnya Nabi Isa ke planet Bumi ini, dan anda kena faham lagi sekali,sebelum Nabi Isa itu turun, sudah pastilah Imam Mahdi itu sudah pun ada di keliling kita, dan sudah pastilah peperangan besar pasti terjadi,dan sudah semestinya lah akibat perang itu, dengan sebab sistem yang lengkap di sekeliling kita menyebabkan Dajjal itu pasti juga akan keluar, ya kawan-kawan... dajjal akan muncul dulu sebelum turunnya Nabi Isa,dan Imam Mahdi akan muncul dulu sebelum Dajjal keluar dari Khurasan,sekali lagi saya ingatkan,anda hanya ada 40 tahun lebih sahaja sebelum 1 tanda besar pertama keluar,bila satu tanda besar keluar,perhatikan sekeliling anda,semua tanda-tanda kecil sudah lengkap kan?bila satu tanda besar keluar,akan datang tanda-tanda besar seterusnya tanpa ragu-ragu...
Dan ingatlah wahai Muslimin,doa Nabi Ibrahim makbul sehingga akhir zaman,dari susurgalur bagindalah berakhirnya Rasul terakhir Nabi Muhammad,dari susurgalur Nabi Muhammad lah, akan munculnya pemuda bernama Muhammad Bin Abdullah (di zaman kita "mungkin"), yang mana dia sendiri tak tahu dia adalah bakal Imam Mahdi,percayalah bahawa di dalam darahnya ada kombinasi DNA Nabi Ibrahim & DNA Nabi Muhammad,kerana mereka berdua dari keturunan yang sama, sedangkan Mahadi adalah waris dari keturunan yang tak pernah meninggalkan Solat,carilah balik doa Nabi Ibrahim itu, (ada dalam Al-quran) dan kerana itulah,Solat 5 Waktu di tahiyat akhir,kita akan selalu bacakan nama 2 Nabi itu.

Pesanan Terakhir,langsaikan hutang secepat mungkin,tinggalkan bandar kalau anda sudah ada tanah baru di pedalaman,kumpulkan kain-kain yang tahan lama,ternak dan gembala kambing,ajar anak-anak menunggang kuda,simpan cermin mata anda sebaik mungkin,banyakkan mencetak sebelum tibanya hari tiada elektrik,banyakkan menulis dan berpesan pada jiran sebelah,latihkan anak-anak Melayu kita dengan kemahiran memanah,banyakkan berenang di waktu petang,minta maaf pada saudara-saudara terdekat dan saudara-saudara jauh,kita kena cepat minta maaf (kerana apa pun boleh jadi bila Dajjal menguasai hari ini)
Jika perlu,sila sebar-sebarkan nasihat di atas kepada semua Muslimin yang pandai berbahasa Melayu.


Peristiwa Tamim ad-Dari disebutkan dalam Sahih Muslim:

Telah menyampaikan kepada kami Ibnu Buraidah dari Amir bin syurahbil asy-Sya, kabilah Hamdan, bahawa ia pernah bertanya kepada Fatimah binti Qais dan termasuk kelompok perempuan pada hijrah pertama. Amir berkata:" Sampaikanlah kepadaku suatu hadis yang engkau dengar dari Rasulullah s.a.w yg tidak engkau sandarkan kepada sesiapapun selain beliau." Fatimah berkata:" jika engkau mahu, nescaya aku lakukan." Amir berkata: Tentu, sampaikanlah kepadaku."



Fatimah berkata: Setelah menyelesaikan solatnya, Rasulullah s.a.w duduk dimimbar. Sambil tersenyum, beliau bersabda:" Hendaklah setiap orang tinggal di tempat solatnya." Selanjutnya beliau bersabda:" apakah kamu semua mengetahui sebab aku mengumpulkan kamu?" mereka menjawab: " Hanya Allah dan RasulNya yang lebih mengetahui."



Beliau bersabda: "Sesungguhnya aku, demi Allah tidak mengumpulkan kamu semua bukan kerana ada pengharapan ataupun ketakutan. Melainkan, aku mengumpulkan kamu semua adalah kerana Tamim ad-Dari, yg dulunya seorang Nasrani, datang untuk berbai'at masuk Islam. Ia menceritakan kepadaku seperti apa yang telah disampaikan kepada kamu tentang Dajjal. Ia menceritakan kepadaku bahawa ia mengenderai sebuah perahu bersama tiga puluh orang dari Lakhm dan Judzam. Mereka di buai ombak selama sebulan di laut. Lantas mereka berlabuh menuju suatu pulau di laut itu sampai terbenam matahari. Mereka duduk-duduk di pantai dekat perahu. Lalu mereka naik ke pulau itu. Maka mereka didatangi oleh seekor binatang yang banyak bulunya, yang mereka tidak dapat membezakan mana bahagian depan dan mana bahagian belakangnya.



Mereka berkata:' Celaka kamu, apakah kamu ini?' Binatang itu menjawab:'Aku adalah Jassasah (mata-mata)' mereka bertanya:'Mata-mata apa?' Ia menjawab:'Wahai kaum, pergilah kepada orang yang berada di dalam gua, kerana ia merindukan berita dari kamu.'



Tamim ad-Dari berkata: 'Ketika binatang itu menyebutkan kepada kami seseorang, kami meninggalkannya kerana mungkin ia adalah syaitan perempuan.'



'Lalu kami berangkat segera hingga memasuki gua. Tiba-tiba di dalamnya ada seorang manusia yang paling besar badannya dan diikat dengan rantai yang kuat. Kedua tangan dan lehernya disatukan dan diikat dengan rantai yang kuat. Kedua tangan dan lehernya disatukan dan diikat dengan besi diantara hingga kedua mata kakinya. Kami katakan:

'Celaka kamu, makhluk apakah kamu ini? Ia menjawab: 'Kamu semua telah mengetahui perihalku, kini beritahukan kepadaku, siapakah kamu ini?' Mereka menjawab: ' Kami adalah adalah manusia dari Arab. Kami belayar perahu lalu dipukul gelombang laut besar dan ombak mempermainkan kami selama sebulan'. Maka kami duduk-duduk di pantai dekat perahu lalu memasuki pulau ini. Kami didatangi oleh seekor binatang yang berbulu lebat sehinnga tidak diketahui mana bahagian muka dan mana bahagian belakangnya.



Kami bertanya: ' Celaka kamu, apakah kamu ini?' Binatang itu menjawab: 'Aku adalah mata-mata' 'Mata-mata apa?' 'Pergilah kepada orang yang ada di dalam gua ini, kerana ia sangat merindukan berita dari kamu semua.' 'Maka kami pun segera menjumpaimu. Kami takut pada binatang itu, dan kami tidak tenang jangan-jangan syaitan betina. Orang itu berkata:' Beritahukan kepadaku tentang kurma Baisan!' [Nota:Baisan sebuah daerah berada dekat Syam lama dan merupakan salah satu kota di Palestin]. 'Tentang apakah yang kamu tanyakan?' 'aku bertanya kepadamu, apakah pohon kurma itu hampir berbuah?' 'ya' 'Sesungguhnya pohon kurma itu hampir tidak berbuah' Lalu ia berkata lagi:' Beritahukan kepadaku tentang tasik Tabariyyah!' 'Tentang apakah yang kamu tanyakan?' 'apakah tasik itu masih berair?' [Nota:Tasik ini besar, luasnya 10x6 batu2 . Airnya makin berkurang. Jarak Tasik Tabariyyah dgn Bait al-Muqaddis sekitar 100 batu] 'Ya, tasik itu masih banyak airnya' 'Sesungguhnya air tasik itu hampir habis' Ia berkata:' Beritahukan kepadaku tentang mata air Zughar!' 'Mengenai apakah yang kamu tanyakan?' 'Apakah mata air itu masih memancarkan airnya dan apakah penduduknya masih bercucuk tanam dari mata air itu?' [Nota:Melimpahnya air dari mata air Zughar terjadi sekali lagi adalah isyarat dekatnya keluar Dajjal silaknat] 'Ya, mata air itu masih memancarkan banyak air, dan penduduknya bercucuk tanam dari air tersebut.' 'Terangkan padaku tentang nabi yang diutus kepada orang-orang yang buta huruf, apa yang dilakukannya?' 'Ia telah keluar dari Makkah menuju Yathrib' 'Apakah orang Arab memeranginya?' 'Ya' ' Bagaimana caranya memperlakukan mereka?' 'Ia telah menundukkan orang-orang Arab terdekatnya, sehingga mereka mengikutinya' 'Apakah demikian?' 'Ya', 'Lebih baik dari mereka untuk mengikutinya. Aku akan memberitahukan kepada kamu mengenai diriku. Aku adalah al-Masih Dajjal. Aku hampir akan diizinkan keluar, maka aku akan keluar. Lalu aku akan berjalan di muka bumi. Aku tidak melewatkan suatu kampung melainkan aku akan tinggal di situ selama empat puluh malam kecuali kota Makkah dan Taibah (Madinah). Kedua kota itu diharamkan atasku. Setiap kali aku akan memasuki salah satu kota itu, aku akan dihadang oleh malaikat yang memegang pedang untuk memenggalkan kepalaku. Di setiap celah kedua-dua kota itu dijaga oleh para malaikat.' Fatimah berkata:

"Sambil memukulkan tongkatnya pada mimbar Rasulullah s.a.w bersabda:



Ini adalah Taibah(kota Madinah), Ingatlah apakah hal itu telah aku sampaikan pada kamu semua?" Orang-orang menjawab:" Benar" Nabi Muhammad s.a.w bersabda, "Sungguh cerita Tamim itu sesuai dengan apa yang telah aku sampaikan kepada kamu, juga mengenai kota Makkah dan Madinah. Ketahuilah Dajjal itu berada di laut Syam atau dilaut Yaman, bukan dari timur, bukan dari timur, bukan dari timur,sambil mengisyaratkan tangannya kearah timur" (Lihat Sahih Muslim dengan syarah Imam an-Nawawi, Matba'ah al-Misriyyah, XVIII, hlmn 78-7

p/s:kisah tasik galilee diambil dari HALAQAH.

Friday, November 26, 2010

KINDORI Ice Cream & Fruity Juice


"because happiness meant to be share..."


sedang menikmati...durian sejati


emmmmm...yummy yummy!!


haih! x ready...nangka kak ngah...best ssangat



terbaik punyer...



i miss ice cream yogurt :)

Pengalaman baru: Rafunzel @ 3D Big cinemas


sepetang bersama Rafunzel si rambut cantik~



Sesekali bersantai bersama anak-anak dapat juga merasa pengalaman baru. Jika asyik berada di bawah tempurung macam tiada kehidupan pula. Kita perlukan masa untuk diri kita sendiri tetapi perlu juga meneroka ke dunia luar. Apapun terserahlah pada persepsi masing-masing...


Menuai pengalaman menarik di 3D BIG cinemas Lotus Five Star Sdn. Bhd (Big Cinemas) semalam amat mencuit hati. Mulanya sekadar menemani anak-anak yang sukakan cerita-cerita terbitan Disney...aku pula terpengaruh dengan minat mereka. Sukakan karektor comel kartun disney yang dapat mereleasekan minda. Nasib baik la anak-anak gemarkan movie genre begini. Cute sangat cerita tu, anak-anak kecil pun akan jatuh hati, mewah pula dengan nilai-nilai murni.



Di dalam BIG CINEMAS




Dah lama anak-anak menunggu filem Rafunzel ditayangkan. Pembikinannya bukan main lama lagi memakan masa selama 6 tahun. Patut pun best sangat citer ni. Berbaloi walaupun bayar lebih. Tapi dekat nak last-last citer tu tak tahu pula kenapa ada air mata pula merembes macam Rafunzel sedih... mata kartun itu nampak berair...hehe..kartun la umi nih!




Amat menghargai si rambut panjang macam Rafunzel itu. Ayu...silalah simpan rambut panjang-panjang ye anak-anak...nanti boleh jadi guna untuk macam-macam situasi..ngehehee...






Thursday, November 25, 2010

Nasi Dagang Rapunzel...






Segantang nasi dagang & Rapunzel anak-anak...



Semalam boss bertanya...macamana nasi dagang untuk ofis esok? Saya cakap...ya, ingat...saya memang tak lupa..


Tapi semalam jugalah saya terkejar-kejar ke sana ke mari bagai nak rak. Bukan ke mana pun...pergi kat anak-anak di imu dan um yang demam segala dan merealisasikan satu tujuan bersama anak-anak juga. Siap-siap beli tiket untuk Rapunzel 3D di MAX. Janji anak-anak terhibur di hari pertama.


Nasib baik pasar borong dekat rumah saya tu beroperasi 24 jam. Saya ke pasar mencari bahan untuk memasak hari ini. Tapi ikan tak segar...nak kena pergi beli pagi-pagi esok jugalah. Mujur kedai runcit orang kelantan tu masih buka lagi, dapatlah beli beras wangi kat situ.


Balik rumah saya terus layu. Letih giler...
Tadi saya bercongak-congak nak rendam beras sebelum tidur...tapi saya terlupa. Hajat nak buatkan acar pun terbengkalai juga...habis la saya hari ini. Harap-harap sempat buat semua itu sebelum tengahari. Boleh la diorang lunch dengan nasi saya ni. Kata boss esok nak jamu orang surau ofis dengan ustaz sekali.



Oh...oh...lupa...kena pergi pasar sekali lagi, beli ikan dan santan. Nanti tak berlauk pula nasi saya...hehe. Kena terkejar-kejar lagi...



Nasi dagang mesti hantar sebelum pukul sebelas...Rapunzel anak-anak dah tempah pukul dua suku. Haaa....sekali harung la ke Kuala Lumpur nanti. Lepas ke ofis terus ke MAX.



Ya Allah...Permudahkan semua urusan hamba-hamba-Mu hari ini.




Wednesday, November 24, 2010

AYAT PENAWAR DARIPADA API DAN RASA SAKIT


Salam selamat pagi,
sesegar mawar pink ini...



di pagi yang hening ini demam telah bertukar arah. Boss tak pergi kerja kerana demam melanda tiba-tiba minta panadol, batuk dan pening kepala.


merenung mawar merah jambu ini dapat juga melegakan rimas yang belum reda. namun dipanjatkan setitis doa dari yang maha Esa, agar anakanda tenang menjawab periksa.


AYAT PENAWAR DARIPADA API DAN RASA SAKIT


Surah al-Anbiya' ayat 69
Maksudnya: "Hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim!"

:: Keterangan ayat ::


Apabila Maharaja Namrudz mendapati setiap kerja jahat yang dilakukan terhadap Ibrahim a.s. menemui jalan buntu, maka beliau telah mengambil keputusan untuk membakarnya. Taktik kotor itu mendapat sokongan setiap rakyatnya, sehinggakan seorang perempuan tua yang uzur turut bernazar menghantar kayu api untuk merealisasikan taktik kotor itu jika dia sembuh.


Sebuah lubang besar digali untuk dimuatkan dengan kayu api tersebut lalu dinyalakan api untuk membakar nabo Ibrahim di dalamnya. Nabi Ibrahim a.s. telah dicampak menggunakan lastik yang besar. Pada masa itu datanglah Jibrail a.s. untuk menawarkan pertolongan tetapi ditolak oleh Nabi Ibrahim a.s. kerana baginda hanya mendambakan kasih dan perlindungan Allah.


Malaikat penjaga awan turut menawarkan khidmat menurunkan hujan untuk memadamkan api yang besar itu, tetapi baginda tetap menolaknya. Diriwayatkan semua binatang merasa simpati dan berusaha memadamkan api dengan kudrat masing-masing melainkan cicak. Cicak makhluk yang jahat sebaliknya berusaha meniupkan api itu agar semakin bersemarak membakar Nabi Ibrahim a.s.. Menurut al-Zuhri daripada Aisyah r.h.a. itulah sebab mengapa cicak dipanggil sebagai 'Fuaisiq' yang bermaksud jahat. (Tafsir Ibn Kathir, tafsir surah al-Anbiya' ayat 69).


Rupa-rupanya kasih sayang Allah s.w.t mengatasi kasihnya makhluk-makhluk itu kepada Nabi Ibrahim a.s. Api yang sifatnya panas dan membakar bertukar menjadi sejuk dan nyaman untuk Nabi Ibrahim a.s. Natijahnya keberadaan Nabi agung ini dalam api tidak menjejaskan baginda sedikit pun. (Tafsir Ibn Kathir, tafsir surah al-Anbiya' ayat 69)


:: Khasiat Dan Kaifiat Beramal) ::


Menurut keterangan ramai orang-orang soleh dan bertaqwa, ayat ini mampu menjadi penawar bagi bahaya kepanasan yang berpunca daripada demam, api dan sebagainya. Penulis pernah melihat pengalaman seorang wanita yang terkena tumpahan minyak panas ketika memasak tanpa melecur sedikt pun. Beliau terselamat daripada bencana tersebut berkat mengamalkan ayat ini.


Caranya ialah ayat ini dibaca tatkala berlakunya musibah itu sebanyak tujuh (7) kali dengan yakin akan rahmat Allah yang menyelamatkannya.


Doa ini pernah dibaca oleh Hassan al-Basri yang menyebabkan ia terselamat daripada kejahatan al-Hajjaj bin Yusuf al-Thaqafi zalim yang terkenal dengan kegemarannya membunuh orang yang ingkar terhadap suruhannya.


Hasan al-Basri telah menegur perbuatannya membazir wang negara untuk pembinaan istana peribanya. Akibatnya, beliau merasa terlalu marah dan bercadang membunuh al-Hasan al-Basri. Al-Hasan yang tidak memiliki sebarang pengaruh dan kekuatan hanyalah berserah kepada Allah lalu memanjatkan munajatnya mengharap ihsan Allah dengan membaca ayat ini.


Tiba-tiba musuhnya itu sekelip mata bertukar menjadi kawan rapatnya dengan izin Allah, berkat daripada ayat ini. (Tabaqat Ibn Sa'ad, Kisah Hidup Al-Hasan al- Basri)


sama-samalah kita amalkannya denga penuh keyakinan. semoga mendapat berkat dengan izin Allah. Amin..


Umi nak pergi ambil kak ngah kat vista...sorry ngah...umi lambat sebab nak habiskan menitip huruf-huruf bermakna ini :)





Tuesday, November 23, 2010

catatan...umi setuju! TAK PERLU BERCOUPLE..


umi sokong~



sudah tertulis

by Ber"couple" itu Haram. on Sunday, November 21, 2010 at 10:47am


Pada suatu hari, Saya bertanya kepada emak, "Mana satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang? "Mak jawab, "dua-dua bukan.." Saya tercengang..Mak mengukir senyuman.


"Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah.." Saya menarik nafas dalam-dalam."Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?" Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.

Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya."Yang paling tahu hanya Allah.." mak merenung dalam-dalam wajah anaknya.


"Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. " mak menyusun ayat-ayatnya."Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjolkan oleh seseorang tu.."

Saya memintas, "Tak faham.."Mak menyambung "Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah.." Mak menyambung lagi,"begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu.."


Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Mak menyambung "Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki,jodoh dan maut sejak azali lagi..

Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu?" mak berhenti seketika.Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi.Emak buat-buat tidak nampak.



Secret Admire


"Kakak, mak dulu masa remaja ada secret admire.. Rajin betul dia hantar surat ..Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal..Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur.. Mak sedar mak anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh. .lama budak tu tunggu mak..Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak..


Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu." Mak merenung jauh.Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..

"Mak memang tak ada perasaan langsung pada dia ke?" saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak. Emak ketawa kecil."Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu..Mak takut pada Allah.


Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain.."Mak, seperti kakak.." mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya.kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.

"Mak anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong.. Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji.. Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya..Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung.


Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya.."emak melemparkan pandangan ke lantai. "Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan.." sambung emak.


Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.


"Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama da tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak.." mak menelan air liurnya. Saya diam.

Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.



Adakah ia suatu diskriminasi?


"Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita

jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada

sesuatu keistimewaan pada seseorang tu.

Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas

jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak

akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh

cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple

mungkin.. Tetapi bukan berkahwin... Kerana kita

berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah

tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang

kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan

dikahwinkan dengannya.."


Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya

kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan,

"Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi

hambaNya..Sesungguh nya, yang selalu menzalimi

hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnya

hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang

bukan milik dia.


Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.

Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai

antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi

apabila kita mencintai saudara perempuan, kita

bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita

ada batas-batasnya.


Orang kafir kata batas-batas ini suatu

diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat

itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki

dan seorang perempuan. Cuba kakak renungkan, kita

mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna

agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya.

Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula

dengan yang lain..


Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan

dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha

Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama

bekerjasama untuk mencari redha Allah..

Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan

untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang

awalnya." emak berhenti seketika.. Bukan luar

biasa...


Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya

persoalan hati ini.


"Kakak.. jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh

cinta bukan perkara luar biasa..Dan berkahwin pun

bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada

lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang

curang, suami yang curang..

Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang

penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita

supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta

itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia.

Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang

kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si

dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita,

segala perkara yang kita cintai dan sayangi

termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah..

Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu,

beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita

benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata. ."


"Kakak.. Hati kita ni walaupun dalam dada kita

sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu

untuk mengawalnya. . Hanya Allah yang boleh

memegangnya. . Sebab tu kita kena dekatkan diri

dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-

kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam

hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa

tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa

sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta

dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza

dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah

pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan,

sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta

dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu..

Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang

pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. "



Redha


"Kakak.. Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan

untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha.. Tak

mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau

yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau

dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang

ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap

insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing

-masing. Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat

mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna

dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil

kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si

lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak..

Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. "


Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri. Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat.

"Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah.. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara.."

Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya...



p/s: wah...panas panas! Boleh bikin kontroversi nih!