Monday, August 29, 2011

MERDEKARAYA TAHUN 2011



Terasa cepatnya masa berlalu, hari ini sudah 29 Ramahdan 1432H bersamaan 29 Ogos 2011 dalam beberapa jam lagi kita akan meninggalkan bulan yang penuh kerahmatan dan keampunan. Tetapi hari ini nampak mendung pula...kalau nampak anak bulan, berayalah kita besok tapi kalau terselindung di balik cuaca kita akan sambut MERDEKARAYA.


Pada tahun-tahun sebelumnya, kita pernah meraikan perayaan berganda seperti GONG XI RAYA dan DEEPARAYA kerana berkongsi hari besar berbilang bangsa iaitu masyarakat China dan India yang menyambut  perayaan mereka pada tarikh yang sama. Meriah sungguh masyarakat di Malaysia kerana mempunyai masyarakat berbilang kaum. Uniknya kita dapat hidup harmoni bersama dengan aman dan merdeka.


Tahun ini adalah tahun yang bertuah kerana kita dapat meluangkan masa bercuti bersama-sama seluruh rakyat Malaysia untuk meraikan hari yang paling bermakna untuk negara kita tercinta kerana tiba pula giliran menyambut kedatangan perayaan bagi umat islam HARI RAYA AIDILFITRI bersama hari kemerdekaan negara; 31 OGOS.  Dua perayaan besar pada tahun ini.


Pantun ini sempat kugubah buat teman-temanku di facebook dan ku copypastekan ke laman blog ini....mohon kemaafan dariku yang kerdil dan hina ini atas segala kekhilafan, keterlanjuran kata kepada semua kerana aku menitip bukan kerana apa...sekadar meluangkan masa yang bersahaja. Andai ada yang terasa dan kata-kataku menjengkelkan sesiapa...ku mohon ampunan maaf dari semua yang membaca, singgah tanpa ketahuanku dan semua followers yang sudi melayan kerenah emosiku...maaf beribu-ribu lemon; tak terniat nak sakiti hati orang...sekadar untuk kepuasan luahanku semata-mata. Pantun spontan ini mungkin ada yang telah terbaca di laman sesawang facebookku...tak apalah...kita layan di sini pula...malas nak gubah pantun lain..hehehe


Suara azan sangat lantang,
Bangun subuh macam tak kuasa;
Kalau tak ada aral melintang,
30 Ogos kita beraya.

Aura raya sudah dirasa,
Keliling rumah pasang pelita;
Dalam meriah menyambut raya;
Hari Merdeka usah dilupa.

Pergi menebang si pohon buluh,
Untuk memancing si ikan patin;
Ku menyusun jari sepuluh,
Mohon Maaf Zahir & Batin...



dari umi...




Jom kita pi sambut raya di Majlis Rumah Terbuka MB Selangor tahun ini...



 SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN DARI KAMI SEKELUARGA....





p/s: Tambah satu lagi perbendaharahaan kata : Merdekaraya....hehehee...

Sunday, August 28, 2011

Gurindam Berbahasalah





Bahasa jiwa bangsa selalu dijaja
sedang di dada berbeza gaya.


Bahasa melayu bahasa mulia
muram bangsa kerana bahasa.


Bahasa ibunda tidaklah sasa
lintarnya ada sabungnya tiada.


Bahasa kita harus dipelihara
seperti termaktub di dalam akta.


Membugar bahasa wajar dicinta
melestari bahasa dipikiul semua.


Mari kita mendinamik bahasa
sepenuh nuraga seperti tiara.


Berbahasalah kita dengan sempurna
rancu bahasa hinalah bangsa.


Berbahasalah kita perkasa bangsa
indah bahasa indahlah budaya.


Berbahasalah kita menyanyam kata
mencitra bahasa warisan bangsa.


Berbahasalah kita sejujur rasa
luahan kata magisnya nurbisa.


Berbahasalah kita secantik mutiara
darjatnya dijaga santunnya bahasa.


Wahai bangsaku pencinta bahasa
keleklah bahasa junjunglah budaya.



Berbahasalah bangsaku lewahkan serata
tuntaskan tenaga garapkan minda.


Sayugia diingatkan wahai pembaca
kerincingkan ritma dendanglah bahasa.


Bahasa melayu sangatlah mulia
tiada kata secantik bahasa.




Terserempak: Penggambaran "Ah Beng The Movie" di...


Semasa tergocoh-gocoh membeli barang keperluan untuk memasak di Pasar Borong Selangor, Bandar Putra Permai...tanpa sedar umi telah melintasi set penggambaran untuk satu movie. Masa tu masih di awal puasa dan yang bermain di fikiran ialah..."Eh, orang nak buat jualan besar-besaran ke apa ni? Banyak pula lori dan peralatan kat sini"...lepas tu baru perasan apabila ternampak kebanyakan mereka yang berada di situ memakai baju 'krew'


Mula lah umi slow down perjalanan sambil membeli sayur tu...corius nak tahu apa nama judul movie itu.  Pandang-pandang tak pula nampak pelakon melayu kat situ...semua krew dan warga kerjanya berbangsa china...


Kemudian perasan mereka memakai baju...the making of  'AH BENG THE MOVIE : Three Wishes'. Pastu sempat jugalah snap beberapa keping gambar sebagai bukti...


Dalam gambar-gambar ini sebenarnya mereka sedang menyediakan set penggambaran..



umi pun sama busy nampak!!!! hehehe..

umi beli sayur kat sini ler...

rupanya siap ada...1...2...3....ACTION!!  Huwaaa...


Gambar tak berapa jelas kerana segan siot kat krew yang sedang bertungkus lumus menyiapkan set. Segan gak kita tetiba menyibuk nak rakam segala...heheheee...nampak para pelakon duk relax jer standby nak berlakon...nak tegur Ah Pek dan Ah Moi semua...tapi ada la juga nampak mereka senyum...eheh!


Sampai kat rumah terus g00gle search nak tahu filem apa yang sedang dalam pembikinan tadi...Oh! Memang ada rupanya filem  komedi ini. Rupanya tahun depan baru masuk pawagam...


Selang tak lama selepas itu, terseremppak lagi dengan pembikinan filem ini di tepi jalan di Cheras...Bandar Tun Razak semasa kami dalam perjalanan dari UM ke Kajang....Eh! Orang tengah shooting..."Ah Beng The Movie; three wishes" lagi...heheheheeee....





: THREE WISHES






















































Release Date: 19 January 2012
Language: Cantonese
Subtitle: Info Not Available
Genre: Comedy
Running Time:
Director: Silver
Cast: Jack Lim, Gan Mei Yan, Royce Tan, Bernard, Ah Yoke

Synopsis: Ah Beng, Ah Lian, Rain, Bobby and Salted Fish Lian are coming to the big screen CNY 2012. The eve of The Lunar New Year, every household in a village is busy preparing to receive the auspicious God Of Fortune (GOF). Ah Beng's father being poor can only give coins and a scruffy GOF, who is in fact, the true and almighty GOF is touched by Ah Beng's father's sincerity and grants him 3 wishes. Not-so-bright security guard Ah Beng is being bullied by a group of rich brats. A mysterious guy comes in and helps Ah Beng. Grateful for his help, Ah Beng invites him into his life and things starts to change around him.

(Source: Ram Entertainment)



Friday, August 26, 2011

i Love u : Jurlique, sejarah ku bersamamu...


Semalam walaupun sorang-sorang redah juga kesesakan jalanraya untuk dating dengan cik Jurlique. Aku sudah mengenalinya lama; faham sangat dengannya; terasa hangat mengasyikkan dibuai keharuman Lavender (kerana Lavender sesuai untukku walaupun ada berbagai pilihan essense semulajadi yang mengujakan).

Jurlique Malaysia Facial is only available at our Concept Stores at the moment. That is The Curve, Mid Valley, Mont'Kiara and Queensbay. TQ



Pertemuan bermula semenjak lima tahun lalu di Queensbay, Penang. Jutaan terima kasih kepada encik suamiku yang tercinta kerana beliaulah yang telah menghadiahkan package yang begitu awesome buat diriku yang tak pernah ku termimpikan selama ini. Suamiku yang beriya-iya menghadiahkan package 10 sessi untuk facial dan body sekaligus, semahal itu di hari jadi ku yang ke 38 dulu.


Selepas beliau membayar keseluruhan program itu, terasa kagum dibelai pakar kecantikan bertaraf profesional yang tak pernah terfikir terjadi padaku. di saat aku teruja aku nekad untuk tunjukkan hasilnya kepada suamiku...tiba-tiba pula beliau kena terbang ke Guangzhou, China kerana mewakili Pulau Mutiara menggantikan Yang Di Pertua PP iaitu TYT selama 2 minggu bersama seorang YB...itu yang aku ingat; kerana frust juga tak dapat tunjuk result pergi facial mahal-mahal padanya...syukurlah kerana  ada banyak sesi lagi.



Bukan nak membanggakan diri, tapi catatan ini sebagai ingatan untuk menghargai apa yang telah orang beri kepada kita, tak tulis nanti terlupa. Sejak dari itu, aku mula menggunakan semua product Jurlique untuk perawatan muka dan akan ke salon sebulan sekali; itu atas pilihanku..kalau diikutkan beauticiannya mahu aku pergi 3 minggu sekali..huhuu...


saat memanjakan diri bermula...


Sebelum itu aku sudah berhabis juga kerana setia kepada product Elken. Semasa teruja dengan produk kecantikan Elken sempat jugalah habiskan satu set Majesta dan sempat beli Mega Beauty (MB) yang hebat masa tu, pastu mula beralih kepada yang lebih matang seiring usia iaitu produk Elken juga; Ultimate Perfect bersama Eternal Beauty (EB). Barang-barang ini kalau orang join Elken mereka akan tahu...memang bagus. Alhamdulillah...dalam banyak-banyak produk, produk elken ini memang ku pakai habis tak seperti sebelumnya. Ya aku menghargai kerana bukan senang nak cari yang serasi...


Cuma apabila aku slow sikit dengan Elken, masa itu pada tahun 2004 aku telah naik pangkat Saphire, tetapi aku mula mengingkarinya dengan mencari produk lain. Dalam pencarian itulah kutemui Jurlique kerana aku tak akan pilih produk yang ada chemical...aku suka produk alami...yang semulajadi. maka Jurlique lah jawapannya. Alhamdulillah...pertemuan yang manis itu atas keredhaan suami...terbaiklah!


Setelah berpindah ke Kuala Lumpur, staff Jurlique di Queensbay menasihatiku untuk menyambung sesi yang telah kuambil dan memilih mana-mana cawangannya di sini. Masa itu aku hanya terbayangkan Midvalley sahaja kerana agak senang nak pergi ke salonnya. Maka Jurlique Penang pun mem-forward-kan  segala data dan fail aku ke Jurlique Midvalley. Perhubungan kami tidak terputus di tengah jalan kerana telah menjadi member...on je sampai hari semalam...facial untuk hari raya..hehe...


terbaru...

Pengalamanku bersama Jurlique ni memang memang sangat bagus...walaupun kekadang terasa cemburu juga dengan produk lain seperti SK-11 yang sering diperkatakan orang yang tidak kurang hebatnya...namun aku mungkin akan stick pada yang satu. Insyaallah kerana ia sesuai untukku...aku suka produk alami tanpa chemical dan berbau wangi selembut salju...


keharumannya memikat hatiku...



Aku yakin....ia terbaik buatku...oh! JURLIQUE.






Memori semalam itu indah, tetapi mengulangi keindahan semalam itu lebih indah dan harum...sekian.




Wednesday, August 24, 2011

Wordless Wednesday...2: Yang Tersirat Dan Tersurat


HARI JADI



  (x ada maknanya nak menunjuk...) 



:'(

mengharapkan suatu keajaiban...


Sunday, August 21, 2011

mStar Online : SPAD kena bertindak...

mStar Online : SPAD kena bertindak...





dan abah masuk akhbar lagi...



Sunday, August 14, 2011

Happy Birthday ...e_iezz...


SEMOGA ROHNYA DICUCURI RAHMAT DAN DITEMPATKAN DI KALANGAN ORANG-ORANG YANG BERIMAN DAN DIKASIHI~NYA...ameen!


Selang dua hari daripada ulang tahun abahnya, kini tiba pula  14.8.2011 hari ulang tahun tarikh kelahiran allahyarham anakanda tercinta terindu...adik e-eizz...(arwah seringkali membahasakan dirinya begitu...) daripada pemunya nama Abdul Rahman Faiz Bin Samsudin, yang ke 16 tahun, walaupun hayatnya hanya setahun lapan bulan...dan telah kembali ke rahmatullah pada 19.4.1997 namun Allah telah pinjamkannya untuk umi susukan...dodoikan...manjakan...syukur kepada~Nya kerana memberikan umi  kesempatan membesarkannya seketika sebagai saham termahal yang dianugerahi~Nya untuk umi abadikan di sepanjang hidup umi; dunia dan akhirat...amin!



Sejenak mengimbau kembali sorotan potret-potret lama bersamanya...








Setelah sekian lama umi ditinggalkan merindu...kini bagaikan dianugerahi kembali seiras wajah yang saling tak tumpah membayangi wajah kesayangan hamba...kurenung...kutelek...kudukung...ku kilek...


arwah: Abdul Rahman Faiz...anak umi...



Muhammad Darwisy Al-Wafiy...anak ciksu...


dulu-gulu...ciksu yang rajin melayan anak-anak saudara, asal cuti semester ciksu datang memanjakan anak-anak umi, kini ciksu dapat baby boy saling tak tumpah seperti arwah adik faiz...berlinang airmata ciksu di kala umi suakan gambar kenagan lalu, umi pun terkedu...huhu



Dua minggu lepas ada umi petik gambar terbaru baby Darwiy Al-Wafiy...tetapi hp umi pula tak berfungsi untuk berkongsi gambar tersebut di sini...tak apalah, nanti ciksu nak datang lagi minggu depan ke rumah umi...nampak gayanya dapatlah umi melepas rindu kepada anak-anak comel dan tentunya baby boy yang hensom penuh gelak dan senyum sentiasa...baby wafiy...yang bagai pelanduk dua serupa dengan arwah kesayangan umi...adik e-eiz...


E-eiz...umi tak pernah lupa saat dikau menjadi tetamu terindah dalam hidup umi...selamat hari ulang tahun yang ke 16 tahun (sekiranya ada) pada 14.8.2011 ini...
AL`FATIHAH~


Thursday, August 11, 2011

Happy Birthday ...



Hari ini sudah sebelas hari umat islam berpuasa di bukan ramadhan yang mulia dan penuh keampunan. Maka bersamaan hari ke sebelas ( 11 Ogos 2011) jatuh tarikh ulang tahun kelahiran suamiku yang tercinta. Kami; umi, kak long, kak ngah, idi, damia mengucapkan selamat panjang umur, sihat senantiasa, bertambah ilmu dunia dan akhirat, dimurahkan rezeki dan sentiasa tenang menjalani ibadah terhadap-Nya.


  



didoakan juga semoga abah tidak pernah jemu membimbing dan mengimamkan kami di sepanjang perjalanan hidup ini.
.amin.


Tahukah anda nama glemer bagi kuih yang anda suka...

Kuih gangster= Lompat Tikam
Kuih sexy= Puteri Mandi
Kuih paling keji= Taik Itik
Kuih bajet cute= Cek mek molek
Kuih utk awet muda=Seri Muka
Kuih paling alim= Kuih Ketayap
Kuih penyakit lelaki kronik= Batang Buruk
Kuih suka pukul=Kuih Lompang
Kuih dalam zoo= Badak Berendam
kuih yang bangun sendiri=kuih bangkit
kuih org x mandi= BAU-LU
kuih paling tenteram= kuih makmur
kuih paling lembap= kuih siput
kuih paling mahal = jala emas
kuih org kaya = sekaya





p/s:  kalau ada lagi sila senaraikan...




Kuih Paling Mahal : JALA EMAS




Bahan-bahan ( Anggaran 10-15 orang. )450g tepung gandum
1 camt garam
1/2 camt serbuk kunyit
450 ml susu segar
3 biji telur (di pukul sedikit )
450 ml air ( sekiranya semasa menyediakan adunan, ianya agak pekat tambahkan sedikit air )
2 camb mentega cair
minyak untuk melenser
acuan roti jala

Cara-cara :Ayak tepung, garam dan serbuk kunyit ke dalam mangkuk besar. Buatkan lubang di tengahnya. Tuangkan susu, telur, separuh daripada air dan setengah mentega cair ke dalamnya. Gunakan pemutar belon / balloon whisk untuk membancuh. Masukkan baki air dan mentega hingga adunan tidak bergentel. Tapis dengan penapis halus.
Ketepikan adunan selama 20-30 minit.
Panaskan kuali leper yang tidak melekat atas api sederhana. Kemudian lenserkan sedikit minyak panas dengan berus lenser atau berus pandan.
Kacau dan isikan 80ml adunan ke dalam acuan roti jala.
Bermula dari bulatan luar, pusingkan acuan kira-kira 6-8 cm di atas kuali. Terus memusing dalam bulatan untuk membentuk juraian roti jala. Jangan buat pada bahagian yang sama dua kali kerana roti jala akan menjadi tebal. Biarkan masak tetapi jangan sampai keperangan.
Angkat dan lipat roti dalam bentuk baji atau gulungkan. Ulangi proses yang sama sehingga semua adunan habis di gunakan.
Tips: Untuk membuat berus pandan, ambil 4 helai daun panda, belah setiap helai kepada 2 secara memanjang. Kemudian hiris sepanjang 20 cm. Akhirnya ikat pada satu hujung dengan getah bulat.


Kuih Bajet Cute : Cek Mek Molek





Bahan-bahan ( 12-13 biji )
2 cawan ubi keledek(yg telah direbus dan dilecek)
1 cawan tepung gandum
gula
minyak untuk menggoreng
Cara-cara :
Gaulkan ubi dengan tepung sehingga jadi doh yang lembut
Bahagikan kepada 12 bahagian. Buatkan bentuk bulat.
Leperkan doh kecik tadi. Kemudian masukkan 1 sudu kecil gula- kalau tak mahu manis boleh kurangkan sukatannya.
Tutup rapat-rapat supaya gula tak keluar semasa menggoreng. Buatlah bentuk seperti di dalam gambar ini.
Panaskan minyak. Goreng dengan api sederhana sehingga masak/perang.


Kuih untuk awet muda : Seri Muka




KUIH SERI MUKA
Bahan-bahan ( size loyang 22cm / 3'' )Bahan lapisan bawah:-
500gm beras pulut
400ml santan cair
1 st garam
2 sm minyak
Bahan lapisan atas:-
120gm tepung gandum
3 sm tepung jagung
140gm gula
3 biji telur
450ml santan pekat
1/2 st garam
300ml air + 10 helai daun pandan dikisar utk dijadikan air pandan (bagi yg tak mudah nak dptkan daun pandan..boleh digantikan dgn 1 st pandan paste)

Cara-caraUntuk lapisan bawah:-A) Sediakan kukusan terlebih dahulu. Biarkan air mendidih.
B) Bersihkan beras pulut dan direndam selama 10-20min.
C) Toskan beras pulut. Tak perlulah lama2 sekejap je pon boleh.
D) Satukan semua bahan2 didlm loyang dan dikacau sedikit agar minyak dapat diratakan.
E) Kukus diatas kukusan yg telah sedia mendidih selama 20-30min.
F) Keluarkan loyang dari kukusan dan ratakan permukaan pulut tadi. Siap untuk dilapis dgn lapisan atas.
Untuk lapisan atas:-1) Pukul gula bersama telur hingga kembang..sikit je pon boleh.
2) Masokkan santan yg telah dilarutkan bersama garam. Diikuti dgn air pandan dan dipukul/dikacau lagi...
3) Akhir sekali ayakkan tepung gandum & tepung jagung ke dlm adunan tadi. Dipukul/dikacau lagi agar tidak berbiji. Hendakla ditapis adunan ini dan siap untuk dikukus!!
4) Sekali lagi dgn kukus yg sedia mendidih tapi INGAT api biar sederhana aje...letakkan loyang yg berisi pulut tadi tu....kedlm kukusan dan dgn perlahan tuangkan lapisan atas. Kukus la selama 45min atau 1jam....
PERINGATAN...kuih ini hendak la betol2 sejuk barula mudah dipotong n cantik dihidangkan...jadi SELAMAT MENCUBA!!

Panduan sapuan cat pada permukaan baru...


Hai...Assalamualaikum.  kadang-kadang terpanggil juga untuk mngecat sendiri kediaman demi penjimatan kos...umi dah tanya tukang, untuk mengecat besi grill kat rumah yang kecil ini pun...mahunya...RM 500. Woah! Kalau camtu, baik pergi beli cat sendiri dan hentam sampai jadi...
Di sini nak kongsikan sedikit panduan setelah mencari sepenuh hati, bertanya sana dan sini:


(semangat nih! hehe..)


~  Lapisan kayu, gunakan cat asas kayu disusuli dengan satu lapisan cat alas dan dua lapisan cat kilat.
~  Permukaan besi dan keluli, satu lapisan cat asas logam oksida merah atau cat asas logam zink kromat disusuli dengan satu lapisan cat asas sebelum mengecat dua lapisan cat kilat.
~  Bagi permukaan besi yang baru atau pernah dicat, pastikan permukaan itu kering bersih daripada habuk karat dan minyak.
~  Cat ini sedia digunakan dan jika perlu gunakan pencair kegunaan am atau 'turpentine'.
~  Biarkan lapan jam atau hingga kering sebelum mengecat semula.



PANDUAN MENGECAT


[*]   Persediaan


~ Pastikan ruang yang mahu dicat itu kosong.
~ Tampalkan pita pelekat pada tingkap, birai dan suis lampu.
~ Tutup perabot dan lantai dengan surat khabar lama.
~ Pastikan dinding bersih daripada sebarang bekas paku, cat luntur, rekahan dan lelehan air pada cat lama.


[*]   Panduan Keselamatan


~ Baca label dan fahami arahan yang diberikan.
~ Pakai topi, sarung tangan dan pelindung mata yang sesuai.
~ Jauhkan cat daripada kanak-kanak.
~ Simpan lebihan cat di tempat sejuk, kering dan berudara.
~ Jika terkena mata, cuci dengan air yang banyak. Dapatkan rawatan sekiranya sakit berterusan.
~ Jika terkena kulit, kesat segera dengan kain dan cuci menggunakan air dan sabun.
~ Tutup tin cat dengan rapat selepas digunakan. Jangan biarkan cat terdedah.
~ Gunakan beg sampaj khas untuk cat dan pastikan ia dibuang ke dalam tong sampah bertutup.
~ Pastikan peredaran udara baik ketika mengecat. Buka tingkap dan pintu jika ada bau kurang menyenangkan.



[*]   Empat Langkah Sebelum Mengecat


~ Pastikan dinding diperiksa dan semua kesan yang tidak sepatutnya diperbetulkan untuk mendapatkan liputan sekatan dan tahan lebih lama.
~ Lubang dan rekahan - Tampal dengan bahan penampal dan gunakan kertas pasir pada bahagian yang ditampal.
~ Permukaan kasar - Gunakan kertas pasir untuk meratakan permukaan.
~Bekas paku - Tampal dengan penampal Cat terkopek - kikis dan bersihkan dengan pisau pertukangan.



[*]   Panduan Mengecat Siling


~ Mulakan dengan mengecat siling bagi mengelakkan cat menitik ke atas permukaan yang baru dicat.
~ Cat mengikut arah lebar terpendek untuk hasil lebih sekata.
~ Dinding - Mulakan dengan sempadan dinding dan sapukan ke bawah. Pada dinding atau pintu, cat bahagian atas diikuti bahagian tepi dan bawah.
~ Pintu dan tingkap - Tutup kawasan seperti tombol dan sendal yang tidak perlu dicat dengan pita pelekat.
~ Cat bahagian dalam bingkai, diikuti luar. Untuk pintu, cat permukaan yang timbul diikuti panel, segneb mendatar, segmen menegak dan diakhiri dengan bingkai.
~ Lantai - Bahagian terakhir selepas cat dinding, pintu dan tingkap kering.







sekian dulu....



Wednesday, August 10, 2011

Wordless Wednesday.~






lokasi : Shhhhhhhhhhhhhhhhh!!!


Monday, August 8, 2011

Ameera Sofea...

muka comel baru bangun tido...



tak sempat nak main-main dengan dia...terjaga time mamanya dah nak balik. bad mood . ermm.

Wednesday, August 3, 2011

Tempek saja di sini..

Opss!!!...takpe kan...sekadar nak berkongsi, bukan bergossip!



Suka tengok lakonan Zach...tapi timbul pula keraguan, Zach ni beragama apa yer? Sebab bila baca artikel ni ada menyebut 'mendiang' datuknya...persoalan di situ. Sebelum ni pun tak pernah ambil tahu statusnya walaupun minat pada bakat lakonannya...handsome, romantik...hehe. Apapun sekadar minat bakat lakonannya yang mantap dalam tv...



HIBURAN

Zachery Berpisah Selepas Sembilan Tahun Bercinta
PETALING JAYA: Pelakon Zachery Francis, 34, atau mahu dikenali sebagai Zach Diamond ini baru sahaja berpisah dengan kekasihnya selepas sembilan tahun bercinta.
Pelakon yang terkenal menerusi drama Si Capik dan Duyung Airidinata ini terpaksa meninggalkan wanita itu apabila cintanya didustai kira-kira tiga bulan lalu.
Biarpun hatinya sudah patah untuk untuk mencintai bekas kekasihnya itu, Zach, bekas anggota kumpulan X-Factor ini masih menghulurkan salam persahabatan dan tidak bermusuh.
“Saya tidak mungkin kembali kepadanya sebagai kekasih tetapi kami tidak berniat untuk memusuhi antara satu sama lain. Saya juga tidak menyesal dengan keputusan yang dibuat ini dan tetap memaafkannya terhadap apa yang berlaku.
“Saya menganggap kami sudah tiada jodoh untuk bersama lagi dan biarlah masing-masing memilih haluan hidup sendiri.
“Andai saya bertemu dengan orang lain, mungkin saya akan terus berkahwin dengan wanita itu dalam tempoh tiga atau empat tahun lagi.
“Selepas melalui pengalaman pahit ini, saya akan menilai seseorang itu dengan mempelajari karakternya mengikut gerak hati dan akal fikiran,” ujarnya kepada OopStarz!.
Di sebalik kisahnya dengan wanita yang pernah bertakhta di hatinya itu, ada satu hadiah yang masih disimpan untuk diabadikan sebagai kenangan hidupnya iaitu kotak muzik kecil.
Selain itu, Zach turut berkongsi kenangannya dengan kedua-dua datuk tersayang apabila melihat bekas tembaga dan basikal mini.
Kotak muzik
Kotak muzik ini merupakan hadiah pemberian bekas kekasih Zach sewaktu hari jadinya. Waktu itu usia hubungan mereka baru mencecah tiga tahun. Walaupun telah berpisah selepas sembilan tahun bercinta, Zach tetap menyimpan kotak muzik itu sebagai kenangan.
Bekas tembaga
Bekas tembaga ini merupakan pemberian mendiang datuknya bernama Unggang sebelum meninggal dunia pada tahun 2007. Dia sangat manja dengan datuknya itu. Menurut Zach, bekas tembaga itu dipercayai berusia lebih 100 tahun.
Basikal mini
Zach membeli basikal mini hiasan ini sewaktu bercuti di Thailand. Basikal itu sangat unik dan mengingatkan dia kepada datuk sebelah ibunya yang selalu membawanya menaiki basikal mengelilingi kampung di Kuching, Sarawak dan ke kebun semasa kecil dulu. Zach turut terkenang kenakalannya yang suka mencuri duit RM1 dalam poket seluar milik datuknya.
Ukiran kayu
Bekas ini merupakan pemberian peminatnya sewaktu dia masih bersama kumpulan X-Factor.
Bekas letak lilin
Zach agak bertuah kerana tempat letak lilin ini juga di hadiah oleh peminatnya dari Indonesia pada tahun 2001. Sehingga kini, dia masih menghubungi peminat itu melalui laman sosial Facebook miliknya.
Anak patung panda
Sekali lagi, patung ini juga merupakan pemberian peminat cilik dari Singapura. Waktu itu, Zach bercuti di sebuah zoo di negara itu pada tahun 2003. Zach menggemari patung ini kerana ia sangat comel dan dia sering memeluknya apabila tidur.
Robot X-Men
Zach membeli robot ini sejak filem X-Men pertama kali ditayangkan di pawagam. Selain itu, dia meminati karakter Transformers dan sanggup mengeluarkan belanja lebih untuk membeli barangan berkenaan.
Komik superhero
Pemuda ini minat membaca komik sejak kecil. Ketika berada di Kuching, dia sudah menghabiskan ribuan ringgit untuk menempah komik yang hanya boleh didapati di KL Plaza, Kuala Lumpur. Antara superhero yang paling diminati adalah karakter Knight Grey dan Wolverine. Dia juga pernah bercita-cita untuk menjadi seperti karakter superhero itu.
Jam tangan
Tiga buah jam ini memberikan kenangan kepada Zach. Dia memakai jam berwarna biru jenama Alba itu sebelum menyertai X-Factor pada tahun 1999. Jam ini merupakan pemberian kawan baiknya Loke sewaktu bekerja di Hotel Hilton, Kuala Lumpur. Sementara jam kedua yang berjenama DKNY dihadiahkan oleh peminat dari Brunei dan dipakai sewaktu dia menyertai X-Factor. Manakala jam GC dipakainya sekarang. Ia jam pertama yang dibeli pada tahun ini.
Gitar
Gitar ini juga dihadiahkan oleh Loke semasa hari lahirnya pada tahun 1998. Sebelum itu, Zach selalu meminjam gitar daripada rakannya kerana dia gemar menyanyi. Zach juga menggunakan gitar tersebut semasa menghadiri uji bakat nyanyian di KRU Studios dahulu.
Foto RAYMOND OOI
*Artikel dipetik daripada sisipan OopStarz! dalam Mingguan mStar yang diedarkan bersama akhbar Sunday Star di sekitar Lembah Klang

Monday, August 1, 2011

Wahai Tetamu Ramadhan...

Untukmu rahmat dan maghfirah...airmata taubat, dendangan tadarus, selimut tarawih dan bantal tahajjud!
Moga mewarisi JANNAH...




Jadikan Ramadhan ini yang terbaik kerana kita tidak pasti apakah ada lagi Ramadhan untuk kita selepas ini.




Berebut-rebutlah meraih bonus sebulan sahaja dalam setahun. Sekiranya kita begitu excited untuk menyambut kedatangan hari raya, mengapa tidak gandakan keghairahan untuk mengisi ruang yang sedikit ini untuk selangkah menempah tiket ke syurga!




Pesanan Jibril a.s kepada Nabi s.a.w menjelang Ramadhan;
Jangan lupa bermohon maaf dengantiga golongan ketika hadir Ramadhan...




1 -  Maaf terhadap kedua ibubapa
2 - Maaf sesama suami isteri
3 - maaf pada keluarga, sahabat dan mereka di keliling kita.




Di kesempatan ini, saya memohon maaf atas segala kekhilafan kiranya ada. Bulan yang menagih sepenuh penghayatan demi mengharapkan redhaNya.




SELAMAT BERPUASA DAN BERTARAWIH...