Sunday, November 29, 2009

Salam Seharum Kasturi...Buat anakanda di Syurga Firdausi...

album nasyid RAIHAN inilah yang menjadi alunan dodoi tidur adek faiz...Syukurlah liriknya adalah bertemakan ketuhanan..amat sendu bila mengenangkan keletahnya .




Salam yang teramat rindu buat anakanda...bonda tak dapat pulang untuk ke pusaramu kali ini.namun bonda tetap hadir padamu di setiap detik dan waktu.bonda tahu anakanda masih menunggu...jangan begitu anakku,sekudus doa itu letaknya di hati yang tulus dan suci,dipanjatkan pada Ilahi...tenanglah di sana...yang kuinginkan,satu hari nanti kau hulurkanlah tanganmu menggapai bondamu ini bersama secangkir air dari telaga  syurgawi...bondamu ini yang perlu mencari...jalan ke persemadianmu itu...jalan yang diredhai-Nya.dan alam yang membatasi kita adalah dua situasi yang berbeza...terlalu banyak dugaan untuk memantapkan keimanan...sama-samalah kita doakan,semoga nanti akan ternoktah kerinduan yang amat dalam  dan semoga kita dapat bertemu di syurga...

Selamat Hari Raya Korban...
Jumaat...dan kenangan itu datang tepat pada waktunya..hari yang sama..saat dan ketika..tragedi yang  menimpa...yang mana jiwa itu perlu tabah..setabah
nabi:
           saat berderai jatuh titisan air mata suci
 IBRAHIM
melihatkan keteguhan anaknya 
ISMAIL,
dikala itulah bermulanya sejarah agung
ERTI SEBUAH PENGORBANAN
 
Kupasrah pada yang HAK...kerana kita ini milik-Nya.bila dan di mana akan pulang juga.Namun kuredha atas apa yang tertulis di azali...kepulangan pada waktu azan zohor,19.4.1997;hari raya korban,12 tahun yang lalu...kuhitung-hitung...jika adek e_ez ada sekarang 14 tahun usianya...mungkin menjadi penyejuk hati bonda...pelindung duka nestapa..tak apa..umi redha.sekadar mengimbau  saat-saat manis yang sempat dipinjamkan..lantas tercipta ruang rindu yang maha dalam.kehadiranmu mengisi episod terindah dalam hidupku..2 tahun saja Allah pinjamkan ABDULRAHMAN FAIZ untukku..lalu dihantarkan untuk menungguku ..Insyaallah..kita akan bertemu..kuharus bersedia ...jika itu yang ku MAHu...

Sesungguhnya lirik lagu PUJI-PUJIAN-RAIHAN inilah alunan terakhir yang menjadi ikutan suara comel adek E-ez  sebelum adek Faez  melelapkan mata...memuji-muji Allah s.w.t...berselawat juga kepada rasul-Nya...(itulah yang dikhabarkan oleh abah dan ketika itu mek tercengang mendengar bayi sekecil itu sudah menghafal kebesaran Allah...)di dalam tidurnya dia telah dijemput menemui Allah Yang Maha Esa...kerana kemalangan jalan raya yang amat tragis...kereta yang dipandu abah bertembung dengan treller...dekat nilam puri. sedangkan waktu itu umi sedang menunggu idi yang dimasukkan di wad Hospital Kota Bharu..Seolah-olahnya Idi telah terhutang nyawa dengan adik Faez kerana idi yang sakit dengan tak semena2  dimasukkan ke wad di hospital itu...tetapi takdir Allah...adek yang pergi dulu..amat sayu..sungguh pilu.walaupun usianya baru setahun jagung...namun seorang tahfiz di hati umi dan abah..comel dan petah berkata-kata. al-fatihah dan selawat ke atas nabi junjungan pun telah dihafalnya...sebab selalu tengok kakak dan abang mengaji...sebab tu umi redha...yakin atas  atas pemergiannya...buatkan hati umi tabah..walaupun pada ketika itu dugaan demi dugaan mendatang bagai sudah jatuh di timpa tangga...masa itu mia dalam kandungan...abah takut umi tak dapat terima semua ni...tapi umi yakin umi mampu,walaupun saat itu adek masih lagi menyusu  ibu...walau~
TIADA LAGI KIDUNGMU,
semasa dalam perjalanan dari bachok ke hospital
hanya ada umi,abah dan faez
(sebelum tragedi)
masih ku ingat
pada lambaian terakhir 
waktu adek masih dalam pelukanku
katanya:
babai ummi...
babai abah...
babai along...
babai angah...
babai idi...
namun waktu itu tak terlintas 
maksud yang tersirat
saat itu umi hanya mampu tersenyum
membelai manja
sambil mendodoikannya... 
sungguhku tak menyangka
adek ingin meninggalkan kita
beberapa jam selepas bibir mungil itu
berkata-kata 
dan tangan kecilnya melambai-lambai 
 memori inilah 
part yang paling menyayat
hati umi.

~AL-Fatihah~


Tuesday, November 24, 2009

Video Paling Best: Kecek Siye

setiap kali tengok video ni memey TORgelak sokmo..acu dengar molek dia kata gapo..hahaa..
akad nikoh TORsebOt..


melukis di langit


ku ingin melukis di langit
yang kanvasnya luas terbentang
melakarkan semua harapan 
dan pastinya aku pun boleh terbang
meneroka di segenap ruang
menggapai ilusi impian 
yang  ilhamnya adalah kebahagiaan.
tapi bagaimana harus ku teruskan
kira langitnyagelap
bakal mengundang hujan
yang akan melunturkan
cantiknya sebuah lukisan
pasti kupinjam keindahan
sebuah pelangi petang
yang hadirnya tatkala gerimis mengundang
mampukah merenjis karya ciptaan
jika itu hanya milik Tuhan...
tak mungkin akan bertahan
selepas habis hujan
pergilah ia dan aku ditinggalkan
haruskah ku titipkan nukilan
pada sebuah lukisan 
masih adakah lagi harapan
untuk melangkah keesokan.
kupohon restu-Mu, Tuhan..
kerana ruang itu hanya  Kaupinjamkan.

(23/11/2009)
salam sayang
````````````````````````````

~siapa benar siapa salah~
(Mei Ling telah melanggarku...Aduh~sakit nya jantungku...)





Sunday, November 22, 2009

MALAM KEINDAHAN BERSAMAMU





Ahad:(Ya Hayyum Ya Qayyum) peringatan untuk diri sendiri
22 Nov,2009.

rintik-rintik hujan dibawa angin yang agak kencang...seawal pagi ku telah siapkan sarapan, kain dah bersidai anak-anak tengah santai riang.
ada yang tgh tgk movie,ada yang maen game ada yang maen piano...
huhuu...begitulah bila semua dah berkumpul.
cuma hati ku dipagut resah, fikirkan nak masak apa pula untuk juadah tengahari nanti.
ada yang mengidam nak makan tomyam,ada yang teringin nasi kuning gulai ayam..emmm..macam2 selera diorang..
aku pula memang berhajat nak buat rendang dan  pulut kuning kesyukuran (tapi bukan hari ni kot) 
sempena kejayaan anakanda bongsu tercinta mendapat 5A dalam upsr nya..Tahniah mia.
umi bangga dengan mia sebab mia paling tough x gi tuisyen pun dapat juga 5a..hehe..
yang paling umi lega ialah  berakhir sudah  episod sekolah rendah dalam diary harian umi..bererti usia pun menginjak seiring waktu,(kesedaran tu..)
tapi cabaran lebih getir bakal menanti..sebab semua anak2 dah berhijrah ke alam remaja..besar benar tanggungjawabnya.
Ya Allah...hanya engkau sahaja tempat ku berpaut dan  memohon pertolongan dalam meredah rentetan kehidupan seterusnya..lindungilah aku.

semalam...
sabtu: Mengucap dua kalimah syahadah 1000 x (sekadar mengingatkan diri sendiri)
21 Nov,2009.

Abah dah kunci jam nak bangun pukul 2.00 am untuk bersiap2.siapa yang nak ikut kena bangun n mandi!
kami (umi, abah dan mia) bertolak ke penang pukul 3.30 am dengan harapan dapat sampai di sekolah idi pukul 8.30 am.
pada mulanya kami plan nak pergi satu family,bila semua dah ada sekali nak celebrate kejayaan mia kat penang,tapi nampaknya tak menjadi sebab kak long kena pergi ke UM ada meeting pasal course @ jam kredit diaorang.kak ngah pula baru tahu ada offer
so sibuk menyelenggarakan urusannya yang dah agak lewat.nak isi borang dan macam2 n kena pergi jumpa IDP dkt Subang Jaya tu..
Abah sangat teruja dalam pemanduannya.Pada mulanya abah tak mahu pergi,tapi disebabkan guru idi call sendiri ke talian abah,abah jadi bersungguh pula nak pergi.aku hanya berdiam diri dan akhirnya bermimpi sehinggalah kami singgah solat subuh
di hentian simpang pulai. seterusnya abah suruh aku drive pula sebab dia dah mengantuk. ku bawa sehingga sampai ke sekolah idi 
manakala abah terlentuk kerana diserang rasa mengantuk yang sangat teramat..mia dah sah-sah tido kat belakang..siap berselimut lagih!
sampai di smstsss aku disambut oleh anakanda tercinta; muhammad rusydi amin,kemudian kami dibawa ke dema (tempat perjumpaan waris) kerana dewan besar sedang digunakan oleh calon2 SPM 2009 yang sedang berlangsung.kami adalah di antara parents yang paling awal sampai.selepas pendaftaran kami mula mengambil tempat.
Program kali ini bukan sahaja bertemu waris  bersama guru-guru akademik tetapi diselitkan program motivasi sekali yang dinamakan
PROGRAM KEINDAHAN BERSAMA MU.

 
Sesungguhnya ku amat berbesar hati apabila abah bersetuju untuk sama-sama hadir ke sekolah idi hari ini biarpun aku terpaksa batalkan banyak program yang telah dirancang sebelum ni.Tak apalah sebab kehadiran abah ini amat bererti buat seorang anak.Umi bersyukur sangat2 cikgu call abah direct...hehee..
sekurang-kurangnya dapat melenturkan ego seorang lelaki yang workaholic..
Apabila majlis bermula,kudengar keluhan demi keluhan dari abah kerana tak selesa dengan program tersebut.kupujuk juga...tak apalah sekejap je pun..abah bebel sebab lambat,ku buat tak dengar je komen-komen dia...tak dengar laa,bang...bising nih.abah diam.ku layan program yang agak sentimental itu.bukan apa hanya kerana ku teringatkan ibuku...walaupun aku seorang ibu,ku juga punyai seorang ibu tua di kampung sana..makankah ibu di sana...bagaimana situasinya..segalanya amat meruntun rasa.
Ditayangkan suasana anak-anak semasa mengikut program ini semalam.Aku mudah tersentuh tetapi abah tak dapat terima semua itu...dia terkilan sebab cikgu yang call dia tak cakap pun ada majlis begini.Kupujuk lagi...alaa...tak apalah bang...kita datang dah ni..sabar je laa..kemudian kami diberi kertas dan pena untuk menulis segala harapan buat anakanda..ku lihat abah segera menitip apa jua harapannya tanpa memberi ruang kepadaku sebagai seorang ibu.Namun kutuliskan juga harapan ku padamu anakku..
Suasana semakin sayu kerana emosi dimainkan..biasalah...itulah yang dinamakan program motivasi.Situasi bertukar apabila anak-anak sudah tidak sabar untuk menatap wajah ayah ibu...sayu..aku mula tak cukup tisu...huhuu..dan yang paling pelik bagiku ...
airmata abah pun gugur jua tatkala anakanda kami rusydi datang memeluk kami...bersama secebis harapannya
buat kami berdua...sungguh ku tak menyangka...tadi marah-marah..dan akhirnya...runtuh juga benteng keegoaannya di situ.
  



lebih terharu lagi tatkala anak-anak yang mana ibubapa mereka tidak hadir atau lewat sampai @yang terlepas episod bermakna ini dengan anak2 mereka...mereka kulihat tiada arah...termangu menunggu ibubapa...ada yang tersedu...lalu ku hadirkan diri memeluk mereka umpama diriku inilah ibu mereka...erat sungguh pelukan harapan mereka pada seorang ibu
tempat melempiaskan semua masalah.ku terdengar bisikan mereka..'saya anggap makcik macam emak saya sendiri'~terharu sungguh,lalu kutepuk lembut bahunya...sabarlah sayang..ibumu pasti datang...huhuu...
pelajar perempuan..menanti kehadiran ibu ayah..


pelajar lelaki pun dalam situasi yang sama..



kata idi...

abah...
Terima kasih kerana mari sekolah idi.idi minta maaf banyak2 kat abah.idi sayang abah dooh.kalu abah ado rasa ati kat idi tu semua kesilapan idi.idi akan tunaikan janji utk belajar sunggoh2 dan dpat straight A's.abah nak idi jadi Engineer,Insyaallah idi usahakan.

p/s: Balik nanti idi nak belajar baca Al-Fatihah ngan abah,sebab idi tengok di antara semua orang yang pernah idi dengar (jadi imam)..abah baca Al-Quran paling best. (x tipu)

buat umi...
idi x tau nak kata gapo sebab idi sayang umi dooh2.idi tahu umi banyak kali raso ati kat idi sebab tu idi tulih surat ni untuk mintak maaf.umi byk tolong idi masa idi susah.idi rasa idi
tal leh wat gapo kalu umi tak dop.idi akan belajar molep2.idi mintak maaf banyak2.umi maafkan idi deh.idi janji akan sentiasa bagi umi gembira sampai akhir hayat.idi tak akan
lupakan umi selama-lamanya.







(nak letak video lagu  ayah dan ibu - sudirman hj arshad kat sini tapi tak dapat~huhuu)














           wae dan mak

             anakmu ini amat merinduimu...semoga wae tenang di taman syurga firdausi,
balik nanti kami akan ziarahi pusaramu...kami sayang sangat2 pada wae...
    pada mak,anakmu ini sentiasa menghargaimu
menyayangimu 
aku berjanji akan selalu bertanya khabarmu
selagi nafasmu 
berdenyut.
mak
maafkan salah silapku
maafkan anakmu.


p/s: mohon kemaafan juga buat ciksu sekeluarga yang hampa kerana kami tak sempat ke sungai petani hari ni...lain kali kami pergi...

msg ciksu...
Mai la esok.Terkilannya kalau umi tak mai.dah dekat dah..lagipun cuti sekolah. Ckp la kat abah,nanti kita pergi makan dekat ikan bakar.Berbesar hati ciksu kalau u all boleh mai kat kedai kecik ciksu ni walau pun sekejap.

(maaf! ciksu,bukan tak sudi tapi faham2 saja la...abah sudi pergi sekolah idi pun umi dah tersangat gembira...lagipun kami dah tukar plan..x semua ikut kali ni.cuti sekolah panjang lagi nanti kami datang..)
happy birthday adikku sayang..)

juga kemaafan dipinta kerana membuatkan kak maria juga hampa.kak maria beria-ria suruh singgah kat Ipoh..aku dah cakap kat abah tapi nampaknya tak dapat sebab abah nak cepat nak siapkan bukunya..apa nak dikato...sabor je laa.

msg kak maria..

lalu Ipoh nanti singgah tau...kak tunggu ye..lama tak jumpa. rindu tau!

(sorry2...kami tak berkesempatan pada hari ini...lain kali,k..sayang akak~)



Saturday, November 14, 2009

KENAPA IBU MENANGIS?


Seorang anak bertanya kepada ibunya yang menangis,
"mengapa ibu menangis?"
       jawab ibunya, "Sebab ibu seorang wanita, sayang."
     "Tak faham ibu."balas anaknya. Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat.

   Kemudian, anak ini bertanya pada ayahnya.
"Ayah, mengapa ibu menangis?"
      Ayahnya menjawab, "semua wanita memang menangis tanpa ada alasan," 
anak itu membesar menjadi remaja dan tetap tertanya-tanya mengapa wanita menangis.


     Pada suatu malam, dia bermimpi bertanya seorang ulama tentangnya.
"Ya tuan, mengapakah Allah menjadikan wanita mudah menangis?"

     Ulama itu menjawab,"Allah menciptakan wanita sebagai golongan yang sangat  istimewa.
Bahunya dicipta supaya mampu menahan beban dunia dan pada masa yang sama
harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tidur.
wanita diberi kekuatan untuk melahirkan bayi dari rahimnya,
 walaupun sering kali dia menerima cerca daripada anaknya itu.
Diberikan keperkasaan yang membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah,
pada saat semua orang berputus asa. Diberikan kesabaran dan ketabahan
merawat keluarganya walaupun letih, sakit dan lelah tanpa berkeluh-kesah.
Dia diberikan perasaan peka dan kasih sayang untuk menyayangi semua anaknya
dalam keadaan apa sekalipun. Sentuhan ini akan memberikan keselesaan
kepada anak-anaknya ketika didakap dengan lembut oleh ibunya.

      "Dia diberikan kekuatan untuk membimbing suaminya, melalui masa-masa
sukar dan menjadi pelindung bagi suaminya. Kerana, bukankah tulang rusuk
yang melindungi setiap hati dan jantung supaya tidak terkoyak? Dia diberikan
kebijaksanaan dan kemampuan bagi memberikan pengertian dan kesedaran
kepada suaminya, yang mana suami yang baik tak pernah melukai isterinya 
walaupun sering  kali diuji kesetiaan dan ketetapan hatinya untuk berada di sisi suaminya."

     "Dan, akhirnya, dia diberikan airmata supaya dapat mencurahkan perasaannya.
Anugerah ini khusus untuk wanita;air mata untuk digunakan bila-bila
 dia memerlukannya,walaupun sebenarnya air mata ini adalah    
AIR MATA KEHIDUPAN."

~hati seorang ibu adalah seperti sebuah jurang yang penghujungnya sentiasa ada kemaafan~

salam penuh keinsafan,
~umi~


Tuesday, November 10, 2009

Smilebox

Click to play this Smilebox scrapbook: pixies~
Create your own scrapbook - Powered by Smilebox
Make a Smilebox scrapbook

Tuesday, November 3, 2009

Kek Batek;))












Anak-anakku kini dah menjadi penggemar tegar Kek Batek,oleh itu...pantang nak habis terus kena buat lagi.Dipendekkan cerita,Kek Batek tak pernah putus dalam fridge...alahai!takpe laa...dah mereka berselera nak makan...diorang ni bila sukakan sesuatu makanan kira bermusim...kalau time suka dadih;jenuh dok buat dadih macam-macam perisa,try belaka...tak putus lah dadih musim tuh!huhuu...budak-budak...seronok jer melayann.^.~

cara umi buat senang jer...main campak-campak...kiki;

Bahan-bahannya;

1 paket biskut marrie
1 ketul Buttercup (250gm)
1/2 tin susu pekat
1 paket milo (paling kecik harga rm 3.90 tuh)
2 biji telur 
sedikit cocoa (umi guna Van Houten~jangan banyak takut pahit)
air panas untuk bancuh milo & cocoa

cara campaknyer;

1.mula-mula pecah-pecahkan biskut marrie dalam satu bekas.
2.dalam sebuah periuk/kuali (mana-mana pun bley),cairkan butter kemudian masukkan    telur yang telah dipukul,kacau sentiasa agar tidak berketul kemudian masukkan susu.
 kacau terus-terusan dan masukkan milo/coklat yang telah dibancuh dengan air  panas  tadi.terus kacau akhir sekali masukkan biskut marrie yang telah dipecahkan tadi kmd 
 gaul dan balik-balikkan.
3.Akhir sekali,masukkan ke dalam satu bekas yang bersesuaian,mampatkan adunan biskut  tadi,masukkan ke dalam peti ais,tunggu agak keras sudah boley dimakann...
 yummy-yummy! 

*(kalau tak nak bubuh telur pun boley juge~)
*(try laa tambah kacang atau badam serbuk ke..lagi best kot!!)
*(masak ni kena rajin mencuba,baru best..hehe..)


selamat mencuba makan...hikhikhik~

saja umi pos entry ni sebab boring..ni cara umi campak-campak,tak lah pandai sgt pun.orang lain mungkin berbeza caranya>yang penting keinginan untuk membuatnya tu ada!

satu lagi niat biar ikhlas dan happy,jangan lupa sertakan rasa kasih sayang sekali..baru betul2 sweet~