Wednesday, November 5, 2014

10 STESEN KERETA API TERHEBAT DI DUNIA



1 - Grand Central Terminal, London
Dibina pada tahun 1913 untuk Syarikat New York dan Harlem Railroad. Kini, ia menjadi antara sistem pengangkutan terpenting di London dan merupakan kemudahan kereta api terbesar dunia dengan 44 platform, 67 landasan serta mempunyai dua tingkat.

2 - Atocha, Madrid
Stesen kereta api terbesar di Madrid, Sepanyol ini dibina pada tahun 1851. Stesen ini ditukar menjadi taman oleh arkitek Rafael Moneo. Taman seluas kira-kira 4,000 meter persegi ini menjadi rumah kepada 500 spesies tumbuh-tumbuhan dan penyu.

3 - St Pancras International, London
Stesen ini dibina antara tahun 1864 dan 1868 di London. Ia dibina semula serta diubah suai pada tahun 2000. Di sini juga terletak bar  champagne terbesar di Eropah.

4 - Chhatrapati Shivaji Terminus, Mumbai
Merupakan pusat pengangkutan paling sibuk di India. Sebelum ini, dikenali sebagai Victoria Terminus berdasarkan sejarahnya yang direka oleh arkitek Inggeris, Frederick William Stevens. Ia juga satu-satunya stesen kereta api yang tersenarai dalam tapak warisan dunia Unesco.

5 - Gare De Strasbourg, Perancis
Direka oleh arkitek dari Berlin, Johann Jacobsthal pada 1883, Gare De Strasbourg adalah salah sebuah stesen kereta api paling sibuk di Eropah dan memenuhi keperluan lebih 190 juta penumpang setiap tahun. Ia menawarkan perkhidmatan antarabangsa yang menghubungkan laluan berbeza seperti Belgium, Poland dan Jerman.

6 - Stesen Kereta Api Kuala Lumpur, Malaysia
Mula dibina pada 1910 oleh arkitek Britain A.B. Hubback dan pembinaan siap pada 1917. Bangunan bersejarah ini menggabungkan gaya seni bina daripada Arab, India dan Barat.

7 - Berlin Hauptbahnhof, Jerman
Merupakan sebuah karya seni bina moden dan salah sebuah stesen kereta api terbesar serta paling cantik di Eropah. Ia menjadi antara tarikan utama pelancong di Berlin. Mempunyai dua tingkat dengan lebih 80 premis kedai, 14 platform dan hampir 2,000 kereta api berhenti di sini setiap hari.

8 - Antwerp Central Station, Belgium
Pembinaannya mengambil masa lebih 10 tahun antara tahun 1895 hingga 1905. Mempunyai dua pintu masuk, banyak pusat beli belah dan galeri
berlian dengan lebih 30 kedai pasti membuat pengunjung berhenti untuk melihat.

9 - Steseb Kanazawa, Jepun
Dibina pada tahun 2005, pintu gerbang setinggi 14 meter adalah perkara pertama yang ditemui penumpang sebelum ke pintu masuk. Pembinaannya menggabungkan ciri tradisional Jepun dan futuristik moden.

10 - Southern Cross Station, Australia
Terletak di Melbourne, ia adalah stesen kereta api terbesar dan pusat pengangkutan utama di Australia. Oleh kerana seni bina yang menakjubkan, stesen ini pernah menerima Lubetkin Prize oleh Institut Arkitek Diraja Britain sebagai bangunan baharu paling menonjol yang terletak di Kesatuan Eropah.

* Sumber: Listcrux.com
 

Stesen Kereta Api Kuala Lumpur, Malaysia

STESEN KERETA API KUALA LUMPUR, MALAYSIA.

Kredit untuk : Wartawan Sinar Harian

Info

Tuesday, August 5, 2014

pantun hati ini



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Dan Maha Penyayang
Moga Allah redha dengan kehidupan kita di dunia ini.

Ada rahsia yang ku rahsiakan
Ada pandangan yang ku pendamkan
Ada keinginan yang ku simpan
Ada perasaan tak tertelan

Ku kira kau masih budak
Rasa baru semalam kau ku bedak
Tak sangka orang dah mintak
Tak tahu nak kasi ataupun tidak

Siapalah aku nak membantah
Kalau itu sudah perintah
Maut dan jodoh kerja Allah
Jadi aku akur redha mengalah

Bukan aku tak mahu berpisah
Tapi hati ini terasa gundah
Anak baru pandai pijak tanah
Takut kekok serba salah

Hati ini terasa sayu
Nak buka mulut terasa kelu
Beginilah hiba hati umi mu
Berasa bimbang berasa ragu

Bimbang ku mungkin tak bertempat
Bukan aku punya makrifat
Moga Allah beri berkat
Pada anak umi yang sangat taat.

Wahai anak permata umi
Sayang sungguh umi pada mu
Kira kau pergi jauh dari ku
Pandai pandai lah bawa diri mu

Kiranya sampai masa berpisah
Diri ini kan ku gagah
Takkan ku menangis seperti sudah
Masa kaki mu hendak melangkah

Wahai anak permata bonda
Apakah kau sudah sedia
Boleh kah kau melakukannya
Mengambil hati orang di sana

Orang di sana asing bagi mu
Akan menjadi keluarga mu
Hati ini bimbang dan ragu
Sayangkah mereka kepada mu

wahai anak ku permata intan
Kalau Allah sudah buat keputusan
Kita redha ikut peraturan
Insyaallah di situ ada kejayaan

Dengar lah anak ku umi mu pesan
Kiranya nanti sudah sendirian
Amal ibadat kena berterusan
Khidmat pada suami mesti laksanakan

Biar jauh beribu batu
Dirimu tetap dihati ku
kau lah anak kasayangan ku
moga hidup mu bahagia selalu

Diri ini sebagai ibu
Tidak ku beza anak menantu
Moga Puan juga begitu
Anggaplah anak ku bagai anak mu






Friday, March 7, 2014

Berkobar-kobar!



Seringkali...hati ini melonjak-lonjak ingin menitip segala macam catatan citra kehidupanku yang lama tertunggak di hamparan blog sepi ini. Bukan untuk sesiapa, tapi untuk simpanan memori yang akan ku tatap suatu hari nanti.


Sepanjang penyepianku selama ini, terlalu banyak rentak kehidupan yang kuharungi. Jejak perjalanan  hidup yang sukar diulangi lagi; mungkin! Kadang tersadung ingatan untuk menitip kemanisan demi kemanisan untuk dikenangi...namun aku seringkali tewas...tewas untuk menitip mencoret kisah-kisah itu...entah mengapa!


Mungkin kemalasan melanda kemudian menyesal pula!
Tidak dapat dikenal pasti kesibukan apakah yang melanda.


Akan ku cuba menggamit segala kenangan lalu, akan kutaip satu persatu...
InshaAllah.


semoga akan menjadi nyata.








Tuesday, December 31, 2013

KATA USTAZ.....




SELAMAT TAHUN BARU 2014



🍃Kata ustaz, apabila Allah tidak mengkehendaki kita lagi:

👉Allah akan sibukkan kita dengan urusan dunia

👉Allah akan sibukkan kita dengan urusan anak-anak

👉Allah akan sibukkan kita dengan urusan menjalankan perniagaan

👉Allah akan sibukkan kita dengan urusan menambahkan harta

👉Allah akan sibukkan kita dengan urusan mencari pengaruh, pangkat dan kuasa

🚫Alangkah ruginya kerana kesemuanya itu akan kita tinggalkan

Sekiranya kita mampu bertanya pada orang-orang yang telah pergi terlebih dahulu menemui Allah SWT

dan jika mereka diberi peluang untuk hidup sekali lagi, sudah semestinya mereka memilih tidak lagi akan bertarung


bermati-matian untuk merebut dunia

kerana tujuan kita diciptakan adalah untuk menyembah Allah dan beribadat kepada Allah

tidak akan Allah ciptakan manusia sekiranya tujuan hidup untuk merebut habuan dunia

💟Sebenarnya apa yang kita dapat dari habuan dunia ini telah pun ditentukan oleh Allah SWT

😖Kita mungkin cemburu apabila melihat orang lain lebih daripada kita dari segi gaji, pangkat, harta, rumah besar, kereta
 besar.🚗🚘🏡💶

📢Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat ilmu orang lain lebih daripada kita

📢kita tidak pernah cemburu melihat orang lain lebih banyak amalan daripada kita

📢kita tidak pernah cemburu apabila melihat orang lain bangun di sepertiga malam,solat tahajud dan bermunajat

📢kita cemburu apabila melihat orang lain menukar kereta baru yang mewah...

📢tetapi jarang kita cemburu apabila melihat orang lain yang boleh khatam Al'Quran sebulan dua kali...
          
📴Kesemua petanda-petanda ini menunjukkan dunia akhir zaman.

👉apabila duit, harta dan pangkat mengatasi segala- galanya..

👉setiap kali menyambut hari jadi.kita sibuk nak raikan sebaik mungkin.tetapi kita telah lupa.dengan bertambahnya umur 
kita...maka kita akan dipanggil Illahi bertambah dekat...

📢kita patut bermuhasabah mengenai bekalan

👉ke satu perjalanan yang jauh.

👉yang tidak akan kembali..dan buat selama-lamanya.

👉sesungguhnya mati itu benar. 

📢Alam kubur itu benar, Hisab itu benar mahsyar Allah itu benar syurga dan neraka itu benar...


Jom kita kongsikan tazkirah rengkas yg byk memberi kesedaran bhw dunia sementara dan akhirat kekal abadi. Penyelesaian kpd masalah hidup adalah melalui iman dan amal. Iman sebesar zarrah, Allah muliakan dgn syurga 10 x dunia. Jaga solat 5 waktu (amal), Allah selesaikan masalah bukan hanya di dunia malah masalah di kubur, masyar, titian sirat dan mizan. Dgn 5 waktu amal selesai masalah di 5 tempat. Renung2kan dan selamat beramal.
😊


Semoga jejak-jejak ditahun 2014 membawa kita kepada kehidupan dunia akhirat yang lebih baik dari semalam.


umi~wanza

detik akhir 2013...bye...bye...



Thursday, June 27, 2013

Kembara Cinta Tetamu Allah


-i-

Laibbaikallah humma labbaik!
Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu, Ya Allah!


Sebelum melangkah mulakan muhasabah.
Buat refleksi yang telus rapi. Cermin diri. Murnikan hati nurani. Tanya diri.

Bagaimana belanja kita ke sana? 
Adakah hasil daripada keringat sendiri yang bersih suci?

Adakah daripada sumber yang 'halalan toyyibban'?
Hasil titik peluh yang paling bersih dan terbaik.

Tanpa penipuan. Tanpa penzaliman. Lillahi taala.

Kemudian muhasabah pula visi dan misi kita seikhlasnya.

Leburkan sifat-sifat mazmumah semampunya.
Lemparkan sejauhnya sikap hasad, dengki, marah, dan bakhil.

Cuci nanah-nanah hanyir dan busuk yang mengalir.
Sucikan hati di pepohonan keampunan.

Minta kemaafan daripada manusia. Lampiaskan taubat nasuha atas  segala dosa.
Barulah terlerai ikatan yang merantai hati. 
Ringan kaki untuk melangkah pergi.

Pakailah ihram di tubuh yang lusuh. Serah diri seluruh.
Pangkat, darjat, gelaran, dan bintang biarkan meluruh.

Kita kini hanyalah seorang hamba yang benar-benar hina di hadapan-Nya.
Mengharapkan rahmat daripada al-Khaliq Yang Agung dan Perkasa.

Datanglah bagaikan seorang hamba tawanan. 
Yang melutut gentar menanti hukuman.

Labbaikallah humma labbaik!
Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu, Ya Allah!

Dengan rohani yang suci murni. Di cermin mata hati yang sendu meratapi.
Katakan bahawa kau tiada punya apa-apa.
Harta dan keluarga. Nyawa dan jiwa raga semua milik-Mu jua!

Kami datang, wahai Tuhan. Kami datang menyahut panggilan-Mu.
Tuhan yang tidak ada sekutu bagi-Mu. Tuhan yang memiliki segala pujian.
Tuhan yang mewariskan segala nikmat dan kuasa pemerintahan.

Tuluskan niat hati ketika memulakan umrah ini, ibadah ini.
Bukan untuk ihsan manusia, Juga bukan lanjutan urus niaga.
Pun bukan kerana riak dan bangga.
Tapi kerana benar-benar kau seorang hamba.
Yang mengharapkan rahmat dan redha-Nya.


-ii-

Niat suci perisai hati,
Menangkis kelalaian sepanjang destinasi.
Ikhlas itu sangat maknawi, Namun kesannya zahir pada diri.

Ikhlas melahirkan sabar.
 Sabar kita dengan kaerenah insan. Sabar juga dengan pelbagai cubaan.

Ikhlas juga melahirkan syukur.
Semuanya mengharapkan  rahmat Tuhan. Demi mengharapkan keampunan.

Nun di sana kelibat Kaabah mula menyapa.
Rindu tiba-tiba datang menerpa. Kian lama kian membara.

Hati menjadi hiba tanpa dipinta. Tanpa disedari berjuraian air mata. 

Oh! Di situ pernah melutut Ibrahim.
Di persada mulia itu juga pernah sujud Ismail.

Di situ juga pernah menangis Muhammad, Abu Bakar, Umar, Usman dan Ali.

Bagaikan melihat 'wajah' Allah. Di kehitaman warnaya terpancarnya nur kesucian.
Menerobos hati, jiwa dan perasaan.
Terkaku menginsafi keagungan Tuhan.


-iii-

Langkah kian cepat. kian mendekat.
Tawaf, Tawaf, tawaf.
Tujuh pusingan Baitullah.

Tiga yang ertama bagaikan lari daripada dosa menuju pahala.
Empat yang berikutnya keolah-olah terlepas daripada kesalahan menuju pengampunan.

Bismillahi. Allahu akbar. Walillahilhamd.

Lambaian istilam tanda kerinduan. Jejari dikucup tanda kecintaan dan kepasrahan.

Ya Allah, Rabbul Izzati!
Cintaku hanya pada-Mu.
Meski cinta itu sering terganggu.

Kau bawa hati yang lara ke Safa dan Marwah,
Sa'i ke sini dan ke sana bagaikan seorang sandera yang tercedera.
Cemas bila dirasuk azab. tenang seketika dibujuk harap.
Ke sana khauf, ke sini raja'.

Bimbang tenang berulang datang, Saling bertindan bagaikan gelombang berhempasan ke tepian.
Ya Allah! Ya rahman! Ya rahim!
Siapakah diri ini pada pandangan-Mu?

Kepala kau cukur. Helaian rambut pun gugur.
Luruh bersama simbolik dirimu yang lalu. 
Kini bangun dirimu yang baru.

Bukan sekadar membuang helaian rambut, tetapi menungkai fikiran yang berserabut.
Bukan sekadar membersih kepala, tetapi hakikatnya membersih minda.
Itulah rahsia tahallul.
Meninggalkan diri yang kotor. Hijrah ke dunia baru yang luhur.


-iv-

Di Madinah, Di Masjid Nabawi.
Hatimu tersentuh oleh laungan azannya.

Terbayang sejarah anak yatim yang kesepian. 
Terbayang gembala kecil di padang pasir.

Luka kakinya di Thaif. Hilang kesayangannya di Badar.
Gugur giginya di Uhud.

Atap rumahnya dicecah jari. Alas tidurnya berbekas di badan.

Sujudlah. Bertelekulah di situ. 
Tunduk malu di Makam Nabi.

Di sana tersemadi jasadnya yang mulia. Rasul yang tidak pernah jemu berkorban.
Demi umatnya. Tegar baginda pada semua derita.

Hayatilah betapa malunya Rasul di Masjid Qiblatain.
Ingin merayu lidahnya kelu.

Qiblat itu hak mutlak Tuhan. Tidak layak dirinya menempelak pertukaran.
Namun Tuhan Maha Mengetahui resah di hati kekasih-Nya itu.
Lalu beralihlah kiblat daripada Masjid Aqsa di Palestin ke Baitullah di Makkah.
Rintihan sanubari Rasulullah terjawab sudah.


-v-

Di Badar kau diajar bertawakal.
Betapa golongan yang sedikit mengalahkan golongan yang ramai.

Tetapi apabila disiplin robek lantaran tamak haloba dan godaan harta.
Uhud mengingatkan kita pada sebuah alpa.
Pada sebuah amanah yang dinoda.

Pada batu-batu yang terdampar di Makam Syuhada'.
Pada batu-batu di Perkuburan Baqi'.

Terimbau deretan sahabat dan syuhada'.
Bagaikan bintang-bintang yang bertaburan di langit.

Terlalu banyak hikmah yang tersimpan dalam kembara ini.
Jika segalanya dilihat dengan tusukan mata hati.

Jiwa akan kukuh disepuh iman. Fikrah akan bersih disuluh hidayah.
Fizikal akan perkasa disimpai derita dan tawakal.
Umrah bagaikan kolek rohani yang diulit rahmah Ilahi.

Padanya tersimpan rahsia kekuatan.
Kan terserlah hanya dengan keikhlasan.

Inilah hakikat perjalanan seorang insan.
Datangnya daripada Allah. Kepada-Nya jualah kita akan dikembalikan.

APAKAH DENGAN KEMENANGAN ATAUPUN KECELAKAAN?



-Perkongsian hebat dari Umrah Super A-










Sunday, March 10, 2013





Minum petang...jom ^_^


Bahan2;

Tepung gandum 500gm
Yis 10gm
Gula kastor 50gm (suka manis lbhkan)
Shortening 25gm
Marjerin 25gm
Telur 1 biji
Air 250ml (ikut kesesuaian doh)
sedikit garam

Cara2;

Satukan semua bahan kecuali telur dan air. Jadikan seperti serbuk roti kemudian masukkan telur dan air. Uli sehingga lembut. Rehatkan biarkan adunan naik sedikit baru dibentukkan. Bila naik sepenuhnya barulah digoreng dgn api yg sederhana.

# bole juga diisi inti kcg merah,kelapa dsb..

Thursday, March 7, 2013

Lirik "Lagu Apo Kono Eh Jang" Versi Kelate



Lagu ini mengisahkan gelagat suami isteri di mana suaminya malas bekerja...Boleh layan lagu yang best ini kat You Tube...cari lagu Apo Kono eh Jang Versi Kelate.
Semoga terhibur...


P:  Abe oh abe...
     gi mano pulok ore tuo ni
     senyak jah ni...cepat la wei...
     lembu dale kande tok wat tubik lagi tu...

L:  Pucuk tere pucuk ubi...
      sedak make cicoh budu...
      sakit pingge lengoh sendi...
      duk kijo semace tak dok beradu...yai...

P:   Guano pulok abe
       Tok cekat sokmo...
       tido mengere...
       serbo tok keno.

chorus:

P:    Padi di bende...
       tok tengok lamo
       pitih doh kure...
       runsing wei raso...

       Beras di dapur...
       tinggal segengge...
       tok leh nok nyayo...
       dok ghok nga nyingge...

       anok duk tutur...
       tok lalu make..
       turuk ko tido...
       tok puah semace.


       Ambo tengok raso here
       pakai jangok siye male
       ko duk telenggok keda buje
       pitih tak dok make berute
       hisap rokok gude gare
       kelik nawok sakit pingge


*

 P:   Hai...raso dok sedak doh
       lamo doh ore duk royak
       beringat sikit...
       tok laki demo tu duk gilo ko buje
       ambo jah tok cayo nyo...


L:   Ah...
       demo ni duk denga kato ore
       ore ni mace-mace
       hok nok munoh ko kito pun ado


P:    Pah tu
        kalu tok denga ore nok denga sapo
        demo hok kecek blawok sokmo
      
L:     Demo tok tengok ko kawe ni..
         gewe tak dok sore, judi tok panda..

P:     Ingat wei retek, anok doh rama
        bendo tok molek...
        jange dok gata...
        buke nok ngepek
      

        nok suruh sedar...
        hute bertepek...di pajok gada
        demo make keda kopi
        kito drumoh demo tok duli...
      

        pitih jare demo bui
        lapa dok nok bini lagi
        cubo tilik dulu diri
        kubur duk panggil hari-hari...


       Demi ni klu bak bini
       kecek panda sengoti
       tapi kalu hal lain
       serbo serbi tok reti


 L:   Rezeki jange ditolok kalu mari,
        nyakit jange dicari
        ngepek tok bereti demi ni
        mano kei jadi sengoti...eey


P:    Ai...denga ko dengung tu nok sengoti
        pesen tu
        cari la cari....


L:    Berlambok-lambok ore buje
        abe tak dok jatuh hati
        kalu beto abe galok
        bulih cari lebih lagi....


       Mari adik dekat abe...
       tulong picit pingge....
       tok soh runsing dik...
       jange bimbe
       ko demo sore
       abe dok saye..


       Jange tuduh mace-mace
       kalu jodoh tok leh nok lare
       adik wei...

P:    Hey....gata napok teh!!!


Lirik lagu ini dinyanyikan style lagu "Apo Keno Eh Jang", sangat sedap didengar mengisahkan tentang sikap segelintir lelaki/suami yang tidak bertanggungjawab, malas bekerja mencari nafkah untuk keluarga. Sikap suka melepak di kedai kopi amat tidak disenangi oleh para isteri yang terjebak dalam situasi ini. Bukan mereka  (isteri) cemburu buta, tetapi geram dengan sikap malas tetapi ada keinginan nak tambah cawangan baru/berbini lagi.

Senikata lagu ini amat bertepatan sekali untuk menunjukkan gelagat sebenar apa yang sering dialami dalam masyarakat di kelate. Jika dalam lagu asal Apo Kono Eh Jang dalam loghat Negeri Sembilan mengisahkan anak bujang yang malas sehingga si gadis manis dipinang orang...melepaslah hajat hati omaknyo nak bermenantukan si Milah...kerana anak bujangnya malas mencari belanjo...suasananya sama sahaja dengan kesah masyarakat suami isteri di kelate malah diterjemahkan dengan begitu simbolik sekali. Mudah difahami. Seronok mendengar lenggok patah bicara loghat kelate asli...syabas kerana dapat merealisasikan cerita benar ke dalam lagu. Saya suka pemilihan baris demi baris lirik Abe Oh abe...yang sangat kena dan meresap molek gitumo.


Inilah ulase sayo.