Saturday, December 11, 2010

Jangan Lupa Lirik Menang Anugerah Gameshow Terbaik TV Asia 2010

:: JANGAN LUPA LIRIK ::


Sebuah program dalam bahasa Melayu; 'Jangan Lupa Lirik' telah diangkat sama tinggi dengan pelbagai program lain di rantau Asia setelah berjaya memenangi Anugerah Gameshow Terbaik di Asian Television Awards 2010 yang diadakan di Singapura malam kelmarin.


Program terbitan Astro Productions Sdn. Bhd. ini telah bersaing dengan 1000 pencalonan dari 15 buah negara seperti Australia, China, Jepun, India dan Korea.


Pengacara yang turut bertindak sebagai penasihat program tersebut, Aznil Hj. Nawawi berasa amat berbesar hati dan berbangga dengan kemenangan itu dan menganggap sebagai satu petanda baik untuk industri hiburan tempatan.


Kemenagan gameshow tersebut berkemungkinan disebabkan konsep gameshow yang berlainan dengan gameshow lain di samping turut memasukkan unsur-unsur emosi dan realiti serta hadiah berupa duit yang menjadi tarikan.



p/s: selingan berta terkini =) 

Friday, December 10, 2010

Perjalanan masih jauh...

Musim anak-anak bergelut dengan peperiksaan besar baru sahaja berakhir. Sudah boleh merasa lega walaupun dalam tempoh waktu genting itu situasi amat menduga seorang aku; seorang ibu untuk memberi apa jua sokongan moral dan spiritual sedaya termampu...mungkin Allah datangkan rahmat untuk menduga kesabaranku...


Maafkan aku andainya ada sahabat yang terasa pabila aku menyepi tanpa bicara. Cubalah faham bahawa aku ingin menyepi dalam berharap kepada Tuhan...aku ingin memencilkan diri demi anak-anakku yang sedang berjuang. Aku perlu banyak waktu demi memanjatkan doa kepada Tuhan...doa seorang ibu untuk anak-anak tersayang. Aku tak mahu melepaskan peluang yang terbentang...


Namun begitu, tiada manisnya hidup jika tidak diduga. Lalu airmata saja yang mampu menggambarkan kemelut di muara jiwa. Aku redha jika diberikan rasa kesakitan dalaman yang tak mampu aku cerita. Siapa tahu dalam kerianganku darah menitis tiada henti dari dalaman. Memang sikap aku, selagi terdaya aku akan pantas ke sana ke mari tanpa siapa dapat mengesan kesengsaraanku. Jika aku penat, darah yang mengalir semakin deras...lenguh-lenguh di sana sini...siapa tahu kerana semua benda aku tetap lakukan seperti tiada apa yang berlaku...tak semestinya tidur berselimut bagai orang pitam...


Bukan nak mengeluh...tapi setiap orang tidak akan lepas dari membuat kesilapan. Apatah lagi jika sukar mencari penyelesaian pada masalah yang orang tak faham. Lagi parah bila orang hanya membuat andaian padahal tak pernah bertanya apa masalah yang terhumban..berlari-lari ke sana ke mari mencari penyelesaian tapi disalah faham...lantas dihentam!


Amat kecewa bila mengenangkan aku ini bukanlah ibu yang sempurna. Bukanlah juga seorang ibu yang dapat menjana segala. Aku tiada wang ringgit yang berjuta untuk menabur bahagia.Hidup dengan seadanya dalam mencanai bahagia, namun syukurku kami tetap bahagia dalam kelasnya...janganlah beranggapan kami dapat beri segala yang ada diminda. Sungguh tiada upayaku melainkan Pemunya...Tuhan yang Maha Esa.


Perjalanan masih jauh...namun sekuat mana pun berlari, tetap dikejar bayang-bayang sendiri...Tiada kekuatan untuk mentafsir mimpi ngeri yang terpalit di sepanjang persinggahan ini. Biarlah ku pasrah pada Yang Maha Mengadili. Segala yang terbaik itu dari Allah jua dan yang buruk laku adalah dari ketidaksempurnaanku...maafkan aku.


p/s:..penang--->felda residen trolak--->johor--->singapura--->kelantan-->KL- $$$$$$$$$hhhhh!

Thursday, December 9, 2010

Lumrah kehidupan..

Bismillahirrahmaanirrahiim...




terima kasih yang tak terhingga andai ada yang sudi membaca apa jua tulisanku yang tak seberapa..
dari catatan terawal hingga ke titipan akhir.
yang sebenarnya...ketahuilah betapa:


(dah lama nak cakap: jgn anggap umi pilih kasih @ yg sewaktu dgnnya..)


lumrah kehidupan...
hati ini sentiasa tertarik pada motif keindahan, samada kata-kata maupun gambaran...
ianya sekadar hiasan semata-mata. Mana yang sedap didengar dan dipandang lalu dihidangkan untuk tatapan bersama...yang tidak sama sekali ditujukan pada sesiapa...tetapi kenapa seringkali disalah duga, dikatakan dituju kepada sesiapa..
anak-anakku adalah permata jiwa...tidak terlintas walau sehalus hama untuk menyakiti segala.
tolonglah jangan buat assumption dari apa yang dibaca..sehinggakan sekeping gambar yang tak cukup salah seorang anak pun sampai ada yang bertanya...mengapa!
mengapa anak ini ada...tapi yang ini tiada. kenapa hingga sedemikian rupa perlu selidik segala.
kami tak pernah kesahkan ini semua, tapi ada orang lain yang sibuk mengata...pantang umi buat entri sedih-sedih...anak-anak umi yang kena..yang ditanya..
nak katanya ibu dan anak telah bersengketa..kamu kenalkah kami siapa?
Tolonglah! Tolonglah!
jangan buat andaian pada kehidupan kami. kami tahu kebahagiaan kami..

Marilah kita sama-sama berhijrah...

Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa orang yang beruntung adalah mereka yang hari ini lebih baik dari semalam.






Marilah sama-sama kita menjadi mereka yang beruntung..


p/s: tq...usrah!




Tuesday, December 7, 2010

Seksaan Meninggalkan Solat

suka baca buku ni...


.....sedikit tentang solat;


A-Zahbi merawikan, bahawa Rasulullah saw bersabda:

"Ketika hamba solat di awal waktu, maka solat itu naik ke langit, ia memilikki nur hingga sampai ke Arasy. Maka Arasy memohonkan ampun untuk orangnya sampai hari kiamat dan solat itu berkata:


"Semoga Allah menjagamu sebagaimana engkau telah menjagaku."


Dan ketika hamba solat tidak tepat pada waktunya, maka solat itu naik ke langit dengan wajah hitam. Jika telah sampai ke langit, ia dilipat seperti pakaian manusia dan lalu dipukulkan pada pelakunya."


Setengah mereka mengatakan dan berlaku dalam hadis bahawa siapa yang memelihara solatnya, Allah akan memuliakannya dengan lima hal:

~Hilangkan sempit penghidupan
~Hilangkan seksa kubur
~Diberikan buku amal dengan tangan kanannya
~Melalui siratul Mustaqim dengan kilat
~Masuk syurga tanpa hisab.


Adapun siapa yang meremehkan solatnya, Allah akan menyeksa dia dengan sepuluh perkara.
Lima di dunia, tiga ketika mati, tiga tiga lagi di kubur, dan tiga yang lainnya ketika keluar dari kubur.


Adapun lima yang di dunia:

i)  Dihilangkan berkat umurnya
ii) Dihilangkan tanda "solihin" dari mukanya
iii) Allah tidak memberi pahala setiap amalnya
iv) Doanya tidak dinaikkan ke langit
v) Tidak ada bahagian untuknya dalam doa orang-orang soleh.


Yang tiga ketika mati ialah:

 ~Dia mati dalam keadaan hina, 
~lapar, 
~ ia mati dalam keadaan haus yang kalau diminumkan lautan dunia ini, tidak hilangkan kehausannya.


Yang tiga lagi ketika di kubur:

i- Kubur akan menghimpitnya hingga bercerai berai tulang-tulangnya.
2- Kubur akan menyalakan api padanya hingga ia bergelumang dalam api siang dan malam.
3- Di dalam kuburnya ia akan dililit oleh ular jantan yang botak, kedua matanya dari api, kukunya dari besi panjang yang setiap kuku  sepanjang sehari perjalanan.

Ia berkata kepada mayat "Aku ular gundul", suaranya bagai petir menyambar:
Tuhan memerintahkan aku untuk menyengatmu kerana telah mensia-siakan solat 
Subuh sampai terbit matahari,
Agar menyengatmu kerana telah mensia-siakan solat 
Isya sampai Subuh.
Sekali ia menyengat dan melibaskannya, ia tenggelam ke bumi hingga tujuh puluh hasta.
Dalam kubur ia selalu disiksa hingga kiamat.


Adapun tiga hal yang menimpanya ketika keluar dari kuburnya iaitu 
1 ~beratnya dihisab, 
2 ~kemurkaan Tuhan dan 
3 ~masuk ke Neraka"


Dalam suatu riwayat: Sesungguhnya pada hari Kiamat didatangkan seorang hamba dan tertulis di mukanya tiga baris.
Baris pertama: "Wahai yang mensia-siakan hak Allah"
Baris kedua: " Wahai orang yang pasti mendapat murka Allah!"
Baris ketiga: "Sebagaimana engkau telah mensia-siakan hak Allah di dunia, maka putus asalah kamu kini dari rahmat Allah".


Dari Ibnu Abbas ra, dia berkata: Pada hari Kiamat seorang lelaki didatangkan di hadapan Allah, Lalu Allah memerintahkannya masuk Neraka. Dia berkata: " Ya Tuhan, mengapa demikian?"  Allah berkata: " Kerana engkau telah mengakhirkan waktu solat dan sumpahmu dengan nama-Ku adalah palsu..."


Setengah mereka mengatakan, dari Rasulullah saw. baginda bersabda kepada para sahabatnya pada suatu hari: " Katakanlah: Allahumma Ya Allah, jangan engkau biarkan kami celaka dan terhalang."
Lalu Nabi bersabda: Tahukah engkau siapa yang celaka dan terhalang itu?
"Siapa  mereka wahai Rasulullah?"
Mereka kembali bertanya, Rasulullah saw lalu menjawab: 
" Ialah orang yang meninggalkan solat."


Dirawikan  pula bahawa yang pertama sekali hitam mukanya pada hari Kiamat,
ialah orang yang meninggalkan solat.





p/s: peringatan untuk diri sendiri dan anak-anak...
semoga Allah selalu menolong kita untuk memelihara solat dengan sempurna dan tepat pada waktunya. Sesungguhnya Dia Zat Yang Maha Mulia dan Pengasih lagi Penyayang..






Taqwim Islam







Bulan Bulan Islam

Artist: Alarm Me
Song Category: Nasyid
Muharam Safar Rabiulawal
Rabiulakhir Jamadilawal
Jamadilakhir
Rejab Syaaban Ramadhan
Syawal Zulkaidah Zulhijjah

Awal Muharam bermula hijrah
Safar hindari amalan salah
Rabiulawal awal nabi diputerakan
Di tahun gajah

Israk dan Mikraj di bulan Rejab
Syaaban tingkatkan amalan
Berpuasa di bulan Ramadhan
Berhari raya di bulan Syawal

Ibadat haji di bulan Zulhijjah
Juga menyambul Aidil Adha
Ibadat haji di bulan Zulhijjah
Juga menyambul Aidil Adha

Ya Allah Maha Kuasa
PadaMu kami meminta
Perlindungaan di tahun ini
Dari godaan syaitan durjana

Ya Allah Maha Kuasa
PadaMu kami meminta
Kebaikan di tahun ini
Berkekalan ke tahun depan
TAQWIM ISLAM


~Selamat Tahun Baru Hijrah 1432 H~
buka buku baru, semoga hari-hari mendatang
lebih baik dari semalam yang ditinggalkan...



Monday, December 6, 2010

Salam Maal Hijrah



selamat tahun baru hijrah
jangan lupa baca doa akhir dan awal tahun..
semoga tahun ini lebih baik dari tahun yang sebelumnya...

  Doa Akhir Tahun Hijrah:

Hendaklah dibaca beberapa minit lagi sebelum masuk waktu maghrib
(akhir waktu asar)




"kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada tahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua, dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"


Doa Awal Tahun Hijrah:

Hendaklah dibaca setelah menyempurnakan fardhu Maghrib awal tahun Hijrah.



"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan"



kartun hari ini