Tuesday, December 21, 2010

Walimatul Urus ~ Aku terima nikahnya ~



Dengan penuh kesyukuran ke hadrat Allah SWT dan memohon keredhaan serta taufikNya, 
maka selesailah sudah majlis akad nikah yang berlangsung di kediaman pengantin perempuan pada 18 Disember, 2010 nan lalu di Subang Jaya.
Hezrin Aini...pasangan anak saudaraku Muhammad Fazli.
Alhamdulillah.


hezrin aini dan fazli 



pengantin bersama ibunda masing-masing


kami~kami



keluarga pengantin lelaki...


tak boleh berenggang nih  ~ pasangan gossip gossip gossip



yang ni bila lagi??? mama dah bising...haha


Ya Allah
Satukanlah hati kedua Muhammad Fazli & Hezrin Aini ini
sepertimana Engkau satukan hati Adam dan Hawa,
Yusuf dan Zulaikha dan seperti Engkau satukan hati
Muhammad S.A.W dan Siti Khadijah....
amin...


ada dua majlis lagi menanti...
di hotel marriot, putrajaya pada 25 Disember &
majlis menyambut menantu di Ampang...
1 Januari, 2011.


Ermmm...nak pakai baju mana la nanti...huhuu. Alkisahnya masa pergi akad nikah hari tu, kami baru sampai dari Johor Bahru, makanya tak sempat nak melawa sakan...alahai...main capai jer, mana idaknya...abah hanya salin pakai baju melayu...terus tunggu dalam kereta...pastu hon hon..huaa...



kat hotel nanti harapnya tak rushing macam ni. kalau yang kat rumah pengantin lelaki dah tahu warna tema...senang cerita..hehe...



SELAMAT PENGANTIN BARU ~ lili ~ anak sedara umi..
18 Disember 2010




Bahasa Rojak





Yang indah itu bahasa; yang sedap itu rojak!





Semasa jalan-jalan ke plaza pelangi hari tu, terjumpa orang jual rojak buah tetapi apa yang dirojakkan bukan sahaja buah malah bahasanya sekali. Memang terbaiklah penangannya. Rojak pun ada macam-macam rojak...bukankah bahasa sms pun sudah sinonim dengan rojaknya yang tersendiri. Mana ada orang nak tulis ayat bahasa melayu yang betul, macam ayat kat pejabat melainkan bila abah ber~sms~ hehe...









Opss!! Ada panggilan lah dari mama nazmi semasa dalam perjalanan ke JB...Insyaallah...27 Januari, terima kasih jemput adinda di kejauhan ini...jika ada kelapangan waktu kita jumpa di dewan felda nanti. Tq.






Monday, December 20, 2010

Aduh! Tak sihat...


selamat datang ke jay bee...





Seminggu sudah kesihatan agak terganggu. Batuk yang akan menyakitkan kepala, suara yang serak dan sakit dalam perut. Huhuu...amat tidak selesa. Batuk ini memang merimaskan...Nak disekat tak boleh...kena batuk jugak hingga bengang sebelah kepala. Batuk oh batuk...cepat cepatlah sembuh!






Namun begitu sempat lagi sampai ke Johor Bahru, namun mood yang tidak berapa sihat ini menjadikan segalanya mengecewakan. Makanan yang disua ke mulut pun terasa tawar belaka. Terima kasih kak Anna yang telah menjadi GPS kami sepanjang ke sana. Dari Kuala Lumpur sampailah ke sana beliaulah yang jadi tourist guide kami via phone...Alhamdulillah...sampai juga kami ke Kampung Melayu,  kampung kelahiran kak Anna di JB,yang memang tersohor dengan Yong Tahu. Kami makan Yong Tahu dan Nasi goreng ayam serta otak-otak Kempas...Ais Kacang sekali...!



Kg Melayu, JB. kami sudah jejaki...



Malam berikutnya kami berusaha mencari kedai Singgah Selalu yang kak Anna cakap tu...tapi tak jumpa. Suasana di sekitar Danga Bay itu agak mengelirukan kami, lalu kami menyusur ke Sekudai. Pusing balik kami ke JB tetapi singgah di Kg Majede makan kat situ saja. Anak-anak dengan otak-otak kempas lagi...mereka sukaaa...hehe. Dah dua kali ke JB tapi sedih tak pernah dapat pergi ke Danga Bay! Frust. Tapi dalam perjalanan balik kami singgah kat Ayer Hitam...waduh banyaknyaaa...kerepek, telor pindang pun ada serta ubi dan nenas, pasu segala bagai...



danga bay dalam mimpi...


Tatkala dikhabarkan akan ke JB untuk 2-3 hari, dah mula berangan nak makan asam pedas la...laksa johor la...nasi beriyani gam la...tapi mungkin sebab tak tahu nak cari kat mana makanya terasa hampa kerna tak jumpa apa-apa...Nak kontek anak sedara atau member-member...malas lah pula takut menyusahkan mereka. So, kami redah jer...selebihnya duk bertenggek dalam hotel. Habis cerita!



dari atas...


p/s: selalu ingat pada janji seseorang...nak masak laksa johor kat umi sejak umi duduk di KT sampai ke hari ini...rasa terkilan sebab belum dapat rasa, nak masak sendiri takut jadi tak ori sebab umi bukan orang JB...hehee... 

Sunday, December 19, 2010

Wow! Hanis Zalikha tempat ke-6 dalam carian google di Malaysia


>10 individu paling dicari dalam Google Malaysia

1. Maher Zain (penyanyi antarabangsa)
2. Justin Bieber (penyanyi antarabangsa)
3. Luna Maya (artis Indonesia)
4. Din Beramboi (pelakon/pelawak/penyampai radio)
5. Lady Gaga (penyanyi antarabangsa)
6. Hanis Zalikha (model/blogger/pelajar)
7. Lee Min Ho (pelakon Korea)
8. Adam Lambert (penyanyi antarabangsa)
9. Datuk Siti Nurhaliza (penyanyi/ahli perniagaan)
10. Paul Tan (blogger)


Hebat sungguh aura sicantik manis Hanis Zalikha ni, mengalahkan Dato' Siti Nurhaliza dan Adam Lambert. Amacam Damia Lambert? Tergugat tuh..kedudukan Adam Lambert dalam carian google di tempat ke-8.   muehehehee...Kan umi dah cakap... sohor sangatkah si Adam Lambert tu, mia oii<--- sorry mia...umi gurau jer pasal Adam Lambert tuh. Ini adalah carian kat Malaysia...mana ada orang nak cari Adam Lambert sangat...kan..




Tapi kenyataannya adalah Hanis Zalikha memang glamour. Dalam sehari lebih 16 000 orang cari nama dia. Apapun beliau memang seorang yang best..cantik..kelakar..bijak..kalau baca blog dia memang seronok.



Satu lagi, umi rasa mak dia tu sebaya dengan umi kot...sebab...citarasa dia sama dengan umi...apa-apa yang dia buat, dia luah, rasa macam...eh...macam...kurasa apa yang kau rasa...cewahh...bukan nak tumpang glamour nih..ngehehee...(maluuuu)



Kadang-kadang baca cara mak dia masak pun..eh...sama la dengan umi buat...tapi umi tak glamer; makanya tak ada umph..laa..itu yang selalu terluah kat anak-anak...bukan nak perasan tapi anak-anak pun cakap macam tu...yang pasti, mereka anak beranak memang hebat! Mak cantik...anak pun cantik...waaa...kagum giler!



Hanis Zalikha memang patut jadi orang famous...ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi...kan emaknya pun gojes~



umi tumpang bangga dan teruja!

Wednesday, December 15, 2010

Siti Di Alam Fantasi - Sinopsis

Tak sabar rasanya nak tengok teater SDAF yang akan berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya pada 22 - 31 Disember ini. Teater ini memang menjadi igauan kami sejak dulu-dulu sekitar pada tahun 1998 dan 2000 yang pernah dilakonkan oleh Amy Mastura dan dipentaskan di IB.


Masa tu, setiap kali kami datang ke Kuala Lumpur, pasti teater inilah yang tengah dipromosikan dan kami sangat teruja tapi tak pernah berkesempatan kerana tiada kelapangan waktu apatah lagi time tu kami belum menjadi warga ibukota lagi. Sekarang kami di sini, insyaallah kami pergi...suka sangat tengok cerita kanak-kanak macam cerita walt disney...hehe.


Pada teater SDAF yang akan dipentaskan nanti watak Siti akan dilakonkan oleh Liyana Jasmay, Vanida Imran sebagai labah-labah, Ebby Yus (mamat), Lan Pet Pet (pokok), Fizo Omar (Putera Raja).


Sedikit sinopsis teater Siti Di Alam Fantasi:


 SDAF, ia pernah dipentaskan pada 1998 dan 2000 di IB. 


Ia mengisahkan seorang budak perempuan kaya raya, cantik dan manja tetapi sombong, degil serta angkuh. Suatu hari ayah Siti, Tuan Malim mahu meraikan hari jadi Siti tetapi satu bayang besar dengan secara tiba-tiba mencuri geliga keturunan Siti. Rumah Tuan Malim dan semua tetamu tenggelam ke dalam tanah, tetapi Siti berjaya diselamatkan Mamat, anak tukang kebun dan Andan. Gergasi Batu kemudian membuka rahsia, kekayaan keluarga Siti datang dari tuah geliga, jika tidak dicari geliga yang dicuri itu, kelak papa kedanalah tujuh keturunan mereka. Gergasi Batu menelan Siti, Mamat dan Andan dan dari situlah bermula pengembaraan Siti mencari semula geliga hikmat itu.






waahh...best...best...best sangat-sangat macam cerita Rapunzel la pulak...tak nak lepaskan peluang ni. Semoga Allah permudahkan perjalanan kami ke johor bahru buat beberapa hari...balik nanti insyaallah tengok Siti Di Alam Fantasi..






 umi nak bawak anak-anak umi...sapa lagi nak ikut ni?







Tuesday, December 14, 2010

Lima tahun di SMSTSSS


tammallasudaabelajaadisekollaa...
mensainstunsyedsheikhshahabuddin0610




di sana telah mendewasakan...



Jangan pernah menyesal
karena pernah mengenalku
aku telah menciptakan hari yang ajaib bagimu
kenang aku dalam langkah ceriamu


Jangan pernah melupakan
bahawa kita pernah bersenda tawa
mengukir kisah menakjubkan
setelah jerih melepas lelah
mengutip ilmu mencari arah

Bagiku kamu adalah keindahan
bagimu aku adalah kehebatan
kita selalu hanyut dalam pujian
terhanyut mimpi yang kelak harus terjadi
 memintal fantasi menjadi realiti

Kamu pergi dengan langkah haru
dan entah kapan akan bertemu lagi
bungkus pengalaman yang kita kenal
menceritakannya kembali
waktu kita bertemu nanti

sayonara……
kawan dan rakan-rakan...
guru yang telah banyak mengajarkan...
erti sebuah kehidupan
makna keindahan pada suatu persinggahan
pasti pelitamu akan terus menyuluh
denai perjalanan di kemudian hari...
terima kasih smstsssku



(titipan khas umi buat idi)





Monday, December 13, 2010

Terharu...



istimewa buat yang menyayangi umi...umi bagi lima bintang yang berkerlipan...


sayang kamu :)