Wednesday, May 11, 2011

Doa Harian







Doa Hendak Memulakan Pembelajaran:


"Ya Allah! Keluarkan kami daripada kegelapan serta keraguan dan muliakan kami dengan cahaya kefahaman. Kurniakan kami dengan ilmu pengetahuan, permudahkan bagi kami pintu-pintu kelebihanMu dan sempurnakan bagi kami cahaya kefahaman. Wahai Tuhan yang penyayang daripada segala yang penyayang."



Doa Penerang Hati:


"Ya Allah! Terangkan hatiku dengan cahaya petunjukMu, sebagaimana dikau menerangi bumi dengan cahaya mentariMu selama-lamanya dengan rahmatMu.
Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih."



Doa Bagi Memudahkan Segala Urusan:


"Ya Allah! Lembutkan kehidupan ini bagi kami dalam memudahkan setiap urusan yang sukar, memudahkan setiap yang sukar itu amat mudah di sisiMu. Ya Allah! Mudahkanlah bagi kami segala urusan. Tenangkan hati kami dan tubuh badan kami, berikan kesihatan dan keselamatan bagi agama kami dan dunia kami."



Doa Perlindungan Daripada Sikap Negatif:


"Ya Allah aku berlindung kepadamu daripada perasaan keluh kesah dan dukacita. Aku berlindung kepadamu daripada sikap lemah dan malas. Aku berlindung kepadamu daripada sifat ketakutan dan kebakhilan dan aku berlindung kepadamu daripada beban hutang dan kekerasan sikap manusia."



Doa Memohon Kebaikan Dan Berlindung Daripada Kejahatan:


"Ya Allah! Aku pinta daripadamu semua kebaikan yang ada cepat ataupun lambat. Apa yang aku ketahui dan apa yang tidak aku ketahui, aku berlindung denganmu daripada segala kejahatan sama ada cepat ataupun lambat, apa yang aku ketahui dan apa yang tidak aku ketahui." 


semoga bermanfaat...
.wassalam.


Tuesday, May 10, 2011

Hadiah dari penaja: Nuffnang...[TQVM]

Tiba-tiba rezeki datang bergolek, kenalah melayang ke menara nuffnang...dah dapat reward nampaknya ni...suka sangat⁹....terima kasih daun keladi, nak lagi...nak lagi...siapa nak tengok movie ngan umi :D :D angkat tangan!!!!



Monday, May 9, 2011

Boring...






kerja banyak TAPI malas nak start...
kain banyak TAPI malas nak lipat...
habuk banyak TAPI malas nak lap...
buku banyak TAPI malas nak mengadap...


semua orang duk senyap...
aku pula yang terkulat-kulat.


lalu di depan komputer
aku tercegat :))







hak3~~~
*tiada motif*















Saturday, May 7, 2011

ibu engkaulah ratu hatiku




Ku tak pernah lupa, 'syurga terletak pada keredhaan mereka'. Jasa mereka takkan dapat dibalas selama-lamanya. Apa yang termampu hanyalah sentiasa mengabadikan doa tulus seorang anak di dalam setiap solat: Maksudnya: Dan katakanlah: Ya Allah, kasihanilah mereka sebagaimana mereka memelihara aku semasa aku masih kecil~ surah al-isra' 17 : 24
♥ALLAH SELAMATKANLAH IBUKU♥ selamat hari ibu buat mak...




saat-saat manis masa lalu...



mak memangku arwah adik faiz...
(empat orang anak masa ni..)



di saat mengunjungi hari-hari sepi seorang ibu...idi dipangkuan umi, 
safiyya dan sara keriangan selalu...
(umi: tiga orang anak masa ni...)



arwah mek memerhati safiyya merengek mencari umi tatkala dipangku orang putey...hak3!
(umi: anak pertama masa ni...)



bersama arwah nenek: senyum di wajah tuanya tak akan putus
tatkala dikunjungi anak cucu...umi sedang memangku arwah
Abdulrahman Faiz bin Samsudin yang telah kembali ke rahmatullah.
(saat-saat akhir arwah adik faiz: dengan berbaju itulah arwah meninggalkan umi dan kita semua...sob3...)
(umi: masa ni anak empat orang...)



begitu cepat masa berlalu...idi dan damia bersama arwah mok bachok: dulu kami pulang keranamu...
(umi: time anak lima orang...)




Tanpa mereka siapalah kami...didikan, asuhan, kecekalan dan kasih sayang tak dapat dicari ganti...
ibu...ibu...engkaulah ratu hatiku.
semoga roh kalian dicucuri rahmat dan hanya Allah sahaja yang mampu membalas segala jasa...




Tahniah buat yang bergelar IBU, UMMI, MAK, MUMMY, MAMA, BONDA dan sebagainya kerana telah menjadi DOKTOR~bila merawat anak demam, GURU~ bila bantu anak ulangkaji pelajaran, USTAZAH~ bila asuh anak mengaji, CHEF~bila masak, AKAUNTAN~ bila anak perlu belanja sekolah, HAKIM~ biala anak bertengkar, KAUNSELOR~ bila anak dalam dilema dan lain-lain lagi yang kita lakukan sehingga mata tertutup tanpa SEGULUNG IJAZAH DUNIA. Semoga Allah swt menganugerahkannya di sana nanti, amin...SELAMAT HARI IBU...smile always to stay young!





kepada mak, mek, mok, umi, mama, mummy, mie, ibu dan sekalian bonda² tersayang tercinta...
'Selamat Hari Ibu'


edit~~~
kepada semua anak-anak kesayangan umi, umi ucapkan ribuan terima kasih di atas ingatan kalian mengucapkan 'SELAMAT HARI IBU' buat umi, umi amat menghargai dan berasa disayangi dan dikelilingi oleh orang-orang yang sentiasa rapat dalam hidup umi...
rasa terharu sangat bila diingati...nak nangis ni, sekurang-kurangnya selagi nafas ini masih berdenyut dapat juga umi rasai getar kasih dari anak-anak yang umi kasihi. Kepada yang mengucapkan secara special elalui call, sms, tag kat fb dan melalui apa cara sekalipun...umi ucapkan berjuta-jutaan terima kasih.
UMI SAYANG KAMU SEMUA, anak-anakku...




Friday, May 6, 2011

kenang daku dalam doamu...



si jantung hati


harapan setinggi gunung...semoga sentiasa diberkati...



kian meninggalkan jejak² terakhir di sini...




semoga berjaya di dunia dan di akhirat...umi sentiasa doakan idi.


Wednesday, May 4, 2011

Yang Terindah Hanya Sementara





Setinggi seluas gunung dan lautan
Sejuta harapan dipertaruhkan
Beronak berliku jalan kulalui
Selagi berupaya kuteruskan
Alangkah sukarnya memadam bayangan masa silam
Di dalam keberanian terusik jua perasaan
Tidak hentinya memanjangkan doa dan semoga jiwa ini terus tabah
Sesungguhnya saat yang terindah hanyalah sementara
Yang terpahat di dalam diri hanya kenangan dan nestapa
Tak rela kuturutkan hati
Menyesali apa yang terjadi
Andainya begitu suratan yang tertulis diazali
Biarlah walaupun kusepi
Sedih pedih dikhianati
Aku kan tetap terus mengorak langkah perjalanan ini


Tuesday, May 3, 2011

HAKA: kami datang...



KEHADIRAN KAMI KE MAJLIS HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK
SM SAINS TUN SYED SHEH SHAHABUDIN PULAU PINANG
KE-37 TAHUN 2011.


:khamis:
 Kami (umi, idi dan sara) bertolak ke Penang pada pukul 9.30 malam dalam hujan dan kelam. Penat jua kian menjengah setelah seharian banyak urusan yang perlu diselesaikan. Umi memandu sehingga R&R Tapah kemudian Idi menyambung pemanduan malam itu sehinggalah sampai ke Penang lebih kurang dalam pukul 2.15 am. Kemudian kami meninjau-ninjau hotel sekadar untuk melepas lelah dan berehat barang seketika sementara hari cerah kerana sepanjang pencarian, hotel sudah penuh. Risau juga memandu di situ kerana terasa bagai diikut dan diperhati...susahnya nak dapatkan hotel...siapa suruh tak tempah awal² kan...


Kami singgah minum di kedai mamak sekitar jam 3.30 pagi setelah perut memberontak minta diisi.
Akhirnya kami kuatkan semangat pergi bertanya hotel pilihan terakhir. Jika tak dapat juga alamatnya tidur dalam kereta aje lah gamaknya...
Alhamdulillah...dapat juga akhirnya...hotel bajet rm 88 tapi dikurangkan rm78 kerana hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi subuh akan menjengah...pukul 4.00 pagi sudaaa...tau tak pe~
Kami tak kisah...asalkan dapat lelapkan mata seketika dan dapat mandi dan bersiap-siap seawal pagi untuk ke majlis keesokannya...syukur Alhamdulillah.

:jumaat:
8.30 pagi kami dah tercegat di sekolah SMSTSSS...jom kita layan video untuk cerita seterusnya. 




mula-mula ketibaan tetamu jemputan diikuti ketibaan tetamu kehormat.


Majlis diserikan dengan persembahan band smstss yang baru sahaja memenangi
anugerah emas pertandingan Wind Orkestra di cyberjaya baru-baru ini.
mereka mempersembahkan beberapa buah lagu dan diantaranya adalah lagu kesukaanku
~permaidani~


Semasa pengarah pelajaran negeri pulau pinang berucap...katanya beliau terperangkap dalam banjir untuk datang ke majlis ini kemudiannya mengambil jalan alternatif (jalan kampung) kerana takut terlambat tiba...memang ramai yang tak sempat sampai untuk ambil hadiah kerana banjir tiba-tiba melanda di bukit mertajam pagi itu. Mujur semalam tak banjir. Hanya hujan tiada henti...


Majlis diteruskan seperti yang telah diatur. Tetapi umi hanya uploadkan video yang berkenaan sahaja iaitu mana yang ada nama anak umi: muhammad rusydi amin bin samsudin.

SENARAI NAMA PELAJAR CEMERLANG BAHASA ASING:




SENARAI PELAJAR CEMERLANG SPM 2010...
(sebahagian sahaja diuploadkan...)


bersama anakanda tercinta



candid :)


di belakang tabir...gambar lawa lawa malas nak cari; ngantukkk...


blur....


sekian dulu...dah ngantuk dan letih sebab baru balik dari menghantar mia ke hostel tapi nak juga update blog yang dah lama terbiar kerana kesibukan. Esok tak ada api...itu yang digagahi juga tu...
huhuu...selamat malam...semoga ceria selalu dan dapat hadapi esok dengan tenang...bye...salam...
zzzzzzzzzZzzzzzzzz


*bersyukur seadanya*

dah lama nak upload gambar anakanda safiyya @ dara.com seperti yang umi janjikan...
nanti umi buat entry khas deh..
busynyer la loni huhuu...