Thursday, June 30, 2011

SAMSUNG...oh...SAMSUNG...

Uwaaaaa....sekarang hati sudah terpikat dengan segala macam gadget SAMSUNG...canggih-canggih belaka oooo...





lepas satu...satu...


Suatu hari di kedai gambar...terbekenankan camera digital...huhu. tak sangka semudah itu jatuh cinta lalu buka surat cinta yang bernama order...model apa dah lupa pula..


Yang membuatkan hati terpesona adalah kerana keunikannya yang tersendiri:

1.  Satu-satunya yang berwarna pink..
2.  Bermegapixel 14.2 mgp
3.  Dual view...dapat ambil gambar sendiri tanpa orang lain tahu...
4. Video HD
5.  Screen yang besar..
6.  5x zoom..
7.  Dapat edit gambar...
8.  Model terkini...
9.  USB
10. YANG PENTING TENGAH OFFER....i like it!!!


Lepas tu jalan-jalan cari pasal...


Tak boleh nak buat jiwa kering, mesti terkesima juga dengan jenama SAMSUNG ni...
Nampak gaya malam ni samada tak dapat tidur kerana teringatkan si dia yang cun melecun tadi atau tertidur panjang bermimpikan kacak bergayanya si dia yang bernama...






TV LED SAMSUNG...





An elegent blend of practicality and performance.










Haih! promoter pulak bukan main lentuk lagi berkisahkan segala kebaikannya. Manakan tidak hati terpikat, mau gila meroyan terbayang-bayang jadinya...huk huk huk...fuh3!...harga promosi pulak tu...siap dengan home theater and karaoke segala.....uhuk uhuk...haisyemm...nak demam dah rasa..:D



*saja nak promote SAMSUNG...oh... SAMSUNG memang cun!*

Monday, June 6, 2011

seorang sahabatku kembali ke rahmatullah semalam...


Al~Fatihah...


me, Wan Salina Wan Kadir dan seorang sahabat...zaman persekolahan dulu.


Assalamualaikum dik....rasanya awk sama sekolah di SMA ITTIFAKIAH dengan Wan Salina Wan Kadir keh....dia telah meninggal dunia semalam...di hospital Kuala Terengganu...sakit ketumbuhan di saluran pernafasan....AL-FATIHAH....
(berita kuterima di laman sesawang facebook dari kakak sekampongku; kak Imi)


Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman...amin.


Beliau adalah seorang sahabat juga seorang kakak yang baik pernah kujumpa, manja dan kreatif orangnya. Ku kenalinya tak lama namun kami amat mesra tatkala bersama. Kami berpisah setelah aku berkahwin sehingga sekarang tak pernah bertemu walaupun beliau tidak berpindah ke mana setelah berkahwin masih juga tinggal bersama keluarganya, memang ku tahu sifatnya yang manja wajarlah sebagai seorang anak bongsu.


Setelah mendapat berita yang amat mengejutkan itu, aku terus menalipon emakku di kampong. Emak pun turut terkedu mendengar berita kematiannya, kata emak pada satu hari emak pergi ke rumah ibubapa arwah, tapi tidak diberitahu pun tentang kesakitan kawan yang mesra ku panggil MA itu. Emak langsung tak tahu Ma sakit. Kata emakku lagi, beliau meninggalkan anak yang ramai...Alhamduillah...semoga anak-anaknya akan mendoakan kesejahteraan roh ibu mereka sampai bila-bila...aku sungguh terharu. Mengingati saat kematian hatiku merasa sungguh sayu.


Bagaimanakah seandainya nyawaku diambil pada bila-bila masa? Apakah yang bakal kubawa ke alam perpindahan di sana?
Ya Allah andai ku tahu...aku memang kosong sekosong kosongnya. 
Pemergian seorang sahabat yang selayaknya kupanggil kakak itu amat menginsafkan.


Aku pun mempunyai anak-anak tapi mampukah untukku mengharapkan dari mereka secebis doa? Pengalaman banyak mengajarkan dan sememangnya berlaku di depan mata. Saat permergian hanya ditangisi sekejap saja. Selepas itu mereka akan mengatakan 'hidup perlu diteruskan' yang pergi tetap akan pergi dan tak akan kembali...maka pusara akan terus sunyi bersendirian tanpa kunjungan yang diharapkan...
Sampai bila kita terus berharap!
Yang pasti bawalah bekal untuk diri sendiri, pesan untuk diri sendiri yang kuharap akan sentiasa melekat dikalbuku yang naif ini.


TAKZIAH untuk kaum keluarga MA yang sentiasa kuingati walaupun kta terpisah namun kenangan bersamamu terus kekal di sanubariku dan sekalong doa untuk Ma, semoga bahagia di sana. Amin!



p/s: hanya gambar itu sahaja yang ada dalam simpananku, sekian lama menyemarakkan ingatanku padamu...Al-Fatihah.

Saturday, June 4, 2011

Kelate kito, kebanggae ambo





Oke, sambung entri terdahulu pasal balik kelate terburu-buru...

Masalah besar kami untuk kerap balik ke rumah kami di kelate adalah disebabkan ketiadaan air paip. Nasib baik ada perigi. Bukan tak bayar bil...tapi tak pasti sebab musababnya sehingga agak menyusahkan kami. Ada yang menyarankan kami satu idea ni...


Tapi rasa macam serba salah, balik pun sekejap-sekejap tak berkesempatan pula untuk itu...


Di sana kami menginap di singgahsana tercinta yang telah sekian lama ditinggalkan, berhabuk, berhama tapi masih kukuh menunggu kami tiba untuk bermandi-manda di telaga...klasik punya bak turunnya puteri-puteri dari kayangan mengelilingi telaga...berkarai air dengan timba saling jirus menjirus antara satu sama lain dengan riang gembira. Sesekali bersembunyi di sebalik tembok telaga tatkala perasan ada orang yang lalu lalang...woah...sejuk nyaman bersiram...takkan ada di bandaraya :)



perigi yang ditinggalkan...airnya tetap jernih dan nyaman



Sambil bermandi-manda kami membersihkan kawasan sekitar iaitu menyapu dedaun rambutan yang kering berguguran di sekitar perigi tempat kami mandi, yang mana mengundang sejenis hidupan yang bisa membuatkan kami bertempikan bila dihinggapinya...tak lain dan tak bukan...PACAT yang menjengkau-jengkau naik ke betis putih gebu kami...huh ~ geliiiiiiiiiii.....opocot.opocot.opacat.opacat...tolong jangan singgahi kaki kami!


Kami membakar sampah dedaun kering di situ dengan rakusnya. Kami batuk terbahak-bahak dek asap yang berkepul-kepul bak ceritera puteri bunian turun ke bumi. Sungguh indah sehari di istana hinggap kami. Tiadalah berkesempatan ke mana-mana hatta hendak ke wakaf che yeh untuk mengusha baju kaftan pun tak sempat. Apatah lagi hendak ke pekan jelawat untuk membeli perkakas awas untuk berbekal ke kota metropolitan nanti. Oh!


Namanya pun balik kelantan bukan semata-mata untuk bercuti melainkan atas urusan kerja dan kami mengikut sahaja. Makanya dari pagi-pagi lagi aku akan ke Pusat Bandar menghala ke Jalan Pengkalan Chepa untuk menghantar abah atas urusannya di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).




Sementara menunggu abah siapkan kerjanya, kami dengan tergesa-gesa balik ke Jertih sekejap untuk berjumpa mak, ayah dan mana yang sempat. Kami ke ofis ayah untuk sedikit urusan. Selepas itu kami segera ke Kota Bharu semula untuk mengambil abah.


Dua hari abah menyelesaikan tugasannya maka beginilah kami berulang alik menghantar dan mengambilnya. Namun masih berkesempatan ke Pantai Bachok untuk makan angin di pantai, makan colek,  dan makan aiskrim...Keesokannya kami terus bersiap-siap untuk ke majlis kenduri di Bachok selepas mengambil abah di SPA...


tengoklah...abah pergi kenduri pakai baju ofis :P


Ambil kesempatan bergambar ketika pengantin sedang makan beradab.hehe (gambar x edit dr hp cabuk)


Lepas makan gulai, kami bergegas pulang ke Kuala Lumpur kerana esoknya seawal jam 8.00 pagi ada tugas untuk abah di Putrajaya pula. Good Luck lah kepada sesiapa yang ditemuduga oleh abah...selamat bekerja ~~

Tuesday, May 24, 2011

bermain dengan warna...

Hari ini agak busy. Seronok bermain dengan warna. Hidup pun penuh dengan warna-warni. kena berhati-hati untuk dapat warna hidup yang berseni.



Teringat pula time anak-anak belajar pendidikan seni kat sekolah dulu, umi memang menjadi mangsa untuk menyiapkan tugasan yang diberi. Paling kelakar...tajuk lukisan yang menjadi pilihan tak lain dan tak bukan iaitu:

 i) Buah-buahan
ii) Pemandangan
iii) Corak Batik
iv) Rumah Saya (yang ni mesti ada tangga kat tengah²...kikiki)



Time melukis biasanya okey, tapi bila tang mewarna tu dah jadi lain macam...tak sharp, apapun umi cakap...alaa...cantik dah tu...padahal malas nak buat ulang-ulang kali sebab esok pagi nak serah kat cikgu dah~tak larat nak berjaga sampai kesudah..hehehe.



Bila mereka semakin besar nampaknya mereka dah pandai mengadun idea sendiri. Jari jemari mereka ada aura seni yang tersendiri. Ada yang masuk peraduan mewarna dan macam-macam walaupun tak semestinya menang...umi tetap beri sokongan.



Alah...panjang pula jemari ini menari di lantai ini. Ada seni jugakkah umi ni :P



Jika diberi pilihan untuk mengecat sebahagian dinding...warna yang mana paling cun?


dah berapa kali main campur-campur warna tadi...penat jer! Rasa tak cantik la pula...huhuu




gambar dari google, hiasan semata-mata :P



sekian untuk kali ini.


Wednesday, May 18, 2011

Dah berubah...



(dahulunya premis ini berjenama Tabung Haji sepenuhnya tetapi kini bertukar menjadi Bank Islam...wahhh...senanglah sikit budak-budak intec nak berurusan...tak macam dulu)

Semalam temankan encik suami ke Shah Alam. Biasa la tu, kalau hendak pergi  ke bank mesti mintak aku la juga temankan...dia rela ambik cuti atau pulang sekejap untuk menjemputku supaya menemaninya untuk urusan banking.  Maklumlah aku ni merangkap PAnya dalam institusi keluarga ini.


Biasalah tu...time anak nak menyambung pelajaran, kami akan ke tabung haji untuk mengetuk kantung di situ. Tujuan kita menabung pun untuk keperluan anak-anak di dalam pelajaran. Harapan kami anak-anak dapat belajar dengan jayanya dan tidak menghampakan ibubapa.


Motif entri ini adalah nak sampaikan rasa terkejutnya kami kerana ada perubahan di Tabung Haji seksyen 18 dekat dengan kolej kediaman budak-budak INTEC tu. Kalau dulu ada tabung haji tetapi kini dah bertukar menjadi Bank Islam. Akan tetapi masih boleh juga berurusan dengan tabung haji. Dua-dua sekali beroperasi.


Sebenarnya sudah agak lama kami tak ke situ. Dulu boleh dikatakan tempat paling kerap dikunjungi kerana anakku sara zaqea study di situ. Di Ole-Ole pun dah ada ayam penyet...dulu ada Pok Li je yang femes kat ole-ole tu...pastu di restoran Seri Keningau yang dulu lesu kini dah berwajah baru, dihias cantik dengan pokok-pokok buluh dan menu yang menyelerakan...Di sebelahnya pula sudah ada kedai sukan berjenama Mizisport, ada penjaga gol kelantan (apek) menghiasi kedai sukan itu.


Aku meronda-ronda sendirian di sekitar kawasan itu kerana boring menunggu giliran suamiku berurusan di bank, nak masuk ke dalam bank pun orang ramai sangat iaitu terdiri dari pelajar-pelajar yang akan menyambung pelajaran nak bayar wang pendaftaran di bank yang sama. Fuhhh~


Setelah aku membeli barang-barang keperluan di Giant berdekatan. Tetiba hujan turun, langkahku pun terbatas...hajat nak pergi ke Mydin tapi tak jadi. Aku masuk ke kedai baju bersebelahan bank islam tu untuk bertanyakan uniform sekolah untuk mia. Saja jer aku tanya padahal keperluan mia dah lebih dari mencukupi. Hanya ku teringat mia cakap kain sekolahnya sudah di~ngap oleh seterika...itu pasal aku saja-saja tanya..


Semasa di kedai itu berlakulah satu ensiden yang agak menghiburkan hati yang bosan. Begini kisahnya:

Gadis Penjual :  "Ya Allah! Kak..."

Aku :  "Ada apa?"...tanya ku kehairanan...

Gadis Penjual :  "Mata akak...mata akak tu asli ke kak?"

Aku : (buat-buat tak dengar sambil membelek-belek uniform)

Gadis Penjual : Kemudian datang lagi dan bertanya "Akak tak pakai contact lens ke?" tanyanya lagi.

Aku :  "Tak..." jawabku selamba.

Gadis Penjual : "Saya ingatkan akak pakai contact lens...cantik mata akak!" katanya lagi

Aku :  (ada apa dengan dia, mataku sepet jer...cuma suamiku kata mataku mata kucing; meong meong! Hahaa~)


Selepas itu kami berbual-bual seketika sebelum ku keluar dari kedai itu. Kain sekolah mia tak ada, yang ada hanya uniform untuk budak sekolah rendah. Terkuntang-kanting aku tiada tujuan, sesekali aku masuk juga ke dalam bank mengintai suamiku sudah siapkah atau belum, kemudian aku keluar balik. Terasa dahaga aku ke Giant sekali lagi membeli Bliss air yogurt untuk mengalas tekak yang haus...


Sekejapan aku melihat jam untuk tempoh parking kereta. Aku pun dah malas nak menalipon suamiku berkali-kali bertanyakan gilirannya. Setiap kali ku talipon jawapannya ialah "Lambat lagi...." Aduh duh duh duh...baik aku duduk dalam kereta sahajalah kalau macam tuh...huhuuu.


Usai berurusan, suamiku menghantarku pulang. Selepas solat dan makan suamiku ke ofisnya untuk menyambung kerja kembali.


Dan aku bersama idi dan kak long keluar lagi meneruskan urusan-urusan mana yang sempat dibuat untuk hari ini...alhamdulillah...siap tiga perkara penting tetapi masih banyak yang perlu diselesaikan untuk menyambung pengajian idi.

Sunday, May 15, 2011

Nasi Hujan Panas...

Panas sungguh cuaca hari ini, sangkaku cuaca yang terik memancar ini berlarutan hingga ke petang rupanya hujan di tengahari. Lebat sekali hujan yang turun mencurah-curah bersama guruh dan petir yang berdentam-dentum membuatkan kami memencilkan diri dari semua perkakasan elektronik maka berenak-enakan mengulit mata lalu semuanya terlena pabila dialas menu istimewa hari ini :
                                                      


                                                         NASI HUJAN PANAS





terbuai terlena dek keharuman nasi hujan panas, sedar tak sedar hujan sudah usai dan umi dikejutkan oleh anakanda sara yang tidak ketiduran kerana ralit membaca untuk menghadapi final examnya esok.
Terasa jemari ini disentuhinya seraya berkata..."pakat tidur belako...gara-gara nasi hujan panas"
umi tersenyum-senyum lalu disahut abahnya..."nok make nasi pulop ehhh"
~kuikuikui~


.umi masak gulai ayam dan pajeri nenas untuk dipadankan dengan nasi ini tadi.
sekiranya rajin boleh juga ditambah dengan sambal
emmm...sedap weiyh.


p/s: macam kena pukau kami tertidur...pssssttttt!

TGV: 6 tiket movie dari Nuffnang...

Terima kasih yang tak terhingga kepada pihak Nuffnang yang telah bermurah hati memberi enam (6) keping tiket TGV free untuk Hari Jadi umi tahun ini. Sah sehingga 31 August 2011. Umi telah ditemani anakanda .safiyya untuk menuntut tiket tersebut dikawal rapi oleh anakanada Rusydi Amin dengan jayanya. Bukan apa...sekarang ni orang heboh bercakap pasal isu simbah asid...so, ke mana-mana pergi pun perlu berhati-hati tambahan pula di kawasan Lembah Klang ni...huh! serammmm....




Semangat tengah berkobar-kobar untuk menjenguk team Nuffnang di office mereka....





Yeah...akhirnya sampai jua ke sana, kami dilayan dengan senyuman yang paling manis dan umi merasa bangga kerana dapat menjejakkan kaki di pejabat Nuffnang yang cantik itu...inilah yang umi dapat :





Huaaa....tak tahu nak tengok citer apa lagi nih...tunggu anak-anak semua free dulu baru boleh gi serang TGV. Pastikan mereka bebas dari belengu peperiksaan baru kita ENJOYYYY!!!


Ok, bye...nak masuk dapur dulu nak masak nasi hujan panas...kerana cuaca amat mempengaruhi mood :P yahoo....


♥❤♥ Nuffnang ♥❤♥

*Thank you*