Wednesday, September 30, 2009

nilai~

Terima kasih yang tak ter~n.i.l.a.i~
buat kak anna dan abang rashid kerana membawaku dan kak long jalan-jalan kat Bandar NILAI yang selama ni tak pernah kesampaian ke sana.
pagi sabtu di suatu hari dalam bulan ramadan...
''za nak pergi pasar tani tak?
dekat serdang.kalau nak siap-siap nanti kak anna dan abang rashid datang ambik!''
lepas tu kita pergi NILAI pulak...nak ikut tak??
terdengar suara di hujung talian.Sapa lagi kalau bukan kakak tersayangku (sejakku di pinggiran,dialah kakakku tempat mengadu suka duka kehidupan.keserasiaanlah yang mengeratkan silaturrahim ini.terima kasih kerana sudi hadir menceriakan hari-hariku yang sepi dan suram)
terpana aku sebab mamai...hehee..
''nak..nak..boley...boley..thanx =D''
jap2!za siap-siap...oke..

seketika mereka pun datang,dan ku bawa kak long sekali sebab damia ada kelas hari sabtu.
kami ke sana memang aim nak beli tikar kayu..kikiii...
sampai di sana amat laa panasss...tapi hati masih sejuk sebab teruja dengan limpahan barangan yang banyak dan tak sanggup nak tengok.murah...murahhh...
apapun kami tuju pada matlamat asal ke sana dulu...

jeng..jeng..jeng...misi pun bermula~

first2 pilih kedai yang byk tikar...




pilih! jangan tak pilih!...kikii..habis pilih katanya kayu berlian yang aku berkenan tu...tapi abah ckp kayu sawit..huhuu...





abang rashid dah berkenan yang ni...nak letak bilik aniq katanya..hehe...



nie minah bunga-bunga.habis kedai peralatan pengantin dia masuk sebab nak cari bahan nak buat kad raya...

setelah settle pasal tikar kami tinjau-tinjau banyak juga kedai.kedai langsir pun geram jugak..eeeiii...perabot pun oke...yang putih2 style bunga vantage pun banyak,chantekk bangat!
apa pun kami tak lama ,sebab bahang kepanasan di sini amat menyengat.hauss..
yang paling gumbira,tikar kayu yang kami beli tu boley dilipat-lipat,ingat ke kena gulung...puas pikir sebelum datang macamana nanti kut-kut tak muat kete..hehee..

ye..ye..suka sangat bila berpeluang window shopping kat sana...ada masa dan ketika nak pergi lagi.sebelum ni tak pernah sampai lagi ke sana walau dekat jer dengan rumah.
Yang pasti carpet2 amat banyak dijual semurah-murahnyaa...fuyyyooohh!
tapi ku dah bertekad tak nak pakai carpet dah...berabuk!
ekekee..










Thursday, August 20, 2009

k.e.n.a.n.g.a.n


n.y.a.m.a.n...





 dari kanan fiena,me,datin miza,datin seri shara,kak miza,datin ani dan kak tie.

masih kuingat lagi...saat bertemu dan bermesra.kadang-kadang masa membataskan kita untuk bersua.kutitipkan kenangan ini untuk mengisi ruang  r.i.n.d.u...


dari kanan:me,datin miza,datin rosni,datin suwaidah,datin zainun,kak zainab,kak tie,datin kak nah dan kak miza.




di museum perlis.










bersama isteri menteri besar Perlis;di kediaman beliau=]
datin seri Shamsiah....skrg daa jd mantan..hmmm.

lake toba

bersama cikgu azmi,cikgu masliza, kak long asmawati ,muhsin,dan anak2ku.







percutian ini kerana tunaikan janji pada anak-anak
 yang telah memberi yang terbaek dalam exam mereka;
 idi upsr:5A...kngah dlm pmr:9A...Alhamdulillah!

Tapi belum berkesempatan lagi tunaikan janji
~umrah~
idi 8A pmr,kak ngah 12A spm
sabarlah sayang~kita kumpul duit dulu ekkks!

Insyaallah~sama-sama kita doakan...















Thursday, August 13, 2009

si kunang-kunang


Sekali-sekala biarlah
lampu padam
dan aku duduk berdiam
dalam gelita malam
indahnya melihat kelip kunang-kunang
dan indahnya dekad lalu yamg dikenang.

Terlalu sayu mendengar cengkerik berdengung
dan sudah terlalu jauh
sebenarnya aku bermenung
terbayangkan bunga dan rama-rama
serta teringat cerita hati yang lara
terkenang jua diri yang sudah tua
berbaur suka duka dan 
cita-cita yang luka

Masih juga terlihat kelip kunang-kunang
dan masih juga terbayang
serpih kenangan
biarlah malam ini gelap padam
duduk seorang belajar menghargai
cantik warna kunang-kunang
tahu membezakan 
cahaya dan bayang-bayang
dan redha menerima takdir TUHAN.

Tuesday, August 11, 2009

Belajar Untuk Mengerti...



Sesekali jadilah kawan yang mendengar
dari yang bercerita.
Ambillah masa untuk memahami hati
dan perasaan kawan.
Kerana dia juga seorang manusia
dia juga ada rasa takut,
ada rasa bimbang,sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan
dia juga perlukan kawan
sebagai kekuatan
Jadilah kita kawannya itu
Kita selalu melihat dia ketawa
tapi mungkin sebenarnya
dia tidak setabah yang kita sangka
disebalik senyumannya itu
mungkin banyak cerita duka
yang ingin diluahkan
di sebalik ketenangannya
mungkin tersimpan 
seribu kekalutan
kita tidak tahu
tetapi...
jika kita cuba
jadi sahabatnya
mungkin kita akan tahu.


Thursday, July 23, 2009

sekadar renungan~

*jika sebelum ini
kumohon setangkai bunga
Tuhan beri pohon berduri
kupinta rama-rama
ulat berbulu Tuhan bagi
Sebagai hamba-Nya yang mengadu
tak semestinya akan dapat apa yang dipinta
kerana di sebalik itu ada
hakikat dan hikmah 
yang tersembunyi~

  Tuhan,
kuingin kasih-Mu

"Ya Tuhan kami,kami telah menganiaya diri kami sendiri,
dan sekiranya 
Engkau tidak mengampuni kami
dan memberi rahmat
kepada kami,
nescaya
pastilah 
kami termasuk orang-orang yang rugi" 

Orang-Orang Yang Diperkenankan Doanya*

a. Orang Soleh

Sabda Rasulullah s.a.w;
Ertinya:Doa orang yang soleh untuk orang yang baik itu tidak ditolak oleh Allah.

b. Orang Tua Yang Sentiasa Berbuat Baik

Sabda Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh thabrani; 
"Sesungguhnya Allah merasa malu
kepada orang Islam yang telah beruban,
apabila dia benar-benar mengikuti sunnah Rasulullah
 kmd dia meminta sesuatu kepada Allah
tentu dia akan dikurniakan.

c. Orang Yang Dizalimi

Orang yang dizalimi iaitu orang yang sedang teraniaya 
oleh pihak-pihak lain.
 Orang demikian doanya dikabulkan oleh Allah.
Banyak keterangan yang demikian.
Samada orang yang dizalimi itu orang baik-baik atau ahli maksiat,
orang mukmin atau orang kafir.
Air mata orang yang teraniaya
akan dijadikan oleh Allah sebagai banjir
yang membahayakan dan meruntuhkan
keagungan maruah 
orang yang menganiaya.

Rasulullah s.a.w berpesan:
Ertinya: "Takutlah kamu akan doa orang yang teraniaya,
kerana sesungguhnya 
tiada dinding yang memisah 
antara doa si teraniaya dengan Allah"

dalam sebuah riwayat disebutkan: 
"Barangsiapa yang mahu berjalan bersama
orang yang teraniaya 
dan ia mahu
menolongnya,
maka Allah mengukuhkan kakinya
di atas Sirath al Mustakim
pada hari Kiamat
ketika
kaki-kaki mudah tergelincir"


d. Orang Yang Sedang Melaksanakan Ibadah Haji

Sabda Rasulullah: 
Orang-orang yang sedang mengerjakan Umrah 
adalah utusan Allah
seandainya mereka memohon, 
akan diperkenankan
dan
seandainya dia meminta ampun 
mereka akan diampunkan. 


e. Orang Yang Sedang  Berperang Di Jalan Allah

f. Orang Yang Sakit.

sabda Rasulullahs.a.w:
"Tidak tertolak doa 
orang yang sedang sakit
sehingga dia sembuh"
(H.R. Baihaki)

Oleh itu Islam mengesyorkan
mengunjungi orang sakit. Sebagaimana sabda Rasulullah yang
diceritakan oleh Anas:
Kunjungilah orang yang sedang sakit 
dan mintalah agar mereka berdoa untuk kamu
(yang berkunjung); kerana sesungguhnya doa
orang yang sedang sakit itu
diperkenankan dan dosanya diampuni"

g. Orang Yang Mendoakan Saudaranya.

Doa orang yang mendoakan saudaranya
tanpa sepengetahuan orang yang didoakan
Bermakna yang didoakan tiada di hadapan 
orang yang mendoakan dan 
tidak ia meminta untuk didoakan.
Oleh kerana itu
sesama orang islam hendaklah
saling mendoakan saudaranya 
demi kejayaan sekalipun tidak diminta
kerana
doa yang demikianlah
yang diperkenankan. 

Sadba Rasulullah s.a.w:
Errinya:Tiadalah seseorang yang berdoa
 untuk saudaranya (sesama Islam)
secara dibelakang mata
 (tanpa sepengetahuan yanh didoakan)
melainkan Malaikat berkata
"untuk kau juga seperti itu".

Ibnu Abbas menceritakan;
Ertinya: "Lima jenis doa yang diperkenan;
iaitu doa orang yang teraniaya hingga tertolong,
doa-doa orang yang sedang mengerjakan haji hingga kembali,
doa orang yang berperang ((di jalan Allah) hingga ia kembali
doa orang yang sedang sakit sehingga ia sembuh,
dan
doa orang yang mendoakan saudaranya  di belakang mata.
sedangkan
 doa yang paling cepat diperkenankan di antara kesemuanya itu
adalah doa seseorang untuk saudaranya di belakang mata"
(H.R. Muslim)

h. Orang Yang Berpuasa

Sabda Rasulullah s.a.w.
Ertinya"Orang yang berpuasa
mempunyai doa yang mustajab 
di kala ia berbuka".

i. Penghafal Al Quran

Rasulullah s.a.w bersabda;
Ertinya; "Sesungguhnya bagi penghafal-penghafal Al-Quran 
ada doa yang diperkenankan 
yang apabila didoakan dengan sebab 
(penghafalnya)
maka diperkenankan".

Sudah tentu penghafal yang dimaksudkan adalah
 para penghafalyang memelihara akan hafalnya,
bukan yang  lupa
setelah menghafal.
Penghafal yang lupa tidak termasuk
dalam hal ini.
An-Nawawi  mengatakan,
"Lupa Kepada surat-surat atau ayat
 yang telah dihafal adalah merupakan
SUATU DOSA BESAR".

j. Para Nabi

Para nabi adalah manusia paling dekat
kepada Allah dan doa mereka 
diperkenan oleh Allah.

Sabda Rasulullah s.a.w dari Abu Hurairah:
Ertinya;"Bagi setiap nabi ada 
doa mustajab,
maka setiap nabi disegerakan doanya.
Adapun aku menyimpan doaku
sebagai syafaat
bagi ummatku di hari
kiamat"
(H.R. Bukhari Muslim)


k. Ibubapa

Doa ibubapa untuk anaknya diperkenan oleh Allah.

Rasulullah  s.a.w bersabda:
Ertinya: "Doa ibubapa untuk anaknya menembusi hijab".

Samada doa ibubapa itu baik atau kutukan terhadapnya,
semua diperkenan oleh Allah.
Oleh kerana itu
anak harus waspada terhadap sebarang kutukan 
ibubapa,
demikian juga 
ibubapa JANGANLAH
mendoakan yang buruk untuk anaknya.

l. Doa Anak Yang Soleh Untuk Ibubapanya

m. Doa Orang Yang Berpergian Musafir

Sabda Rasulullah s.a.w:
Ertinya;"Tiga Permohonan yang diperkenankan 
tanpa
diragukan;
permohonan ibubapa (untuk anaknya)
doa orang musafir,
dan
doa orang yang sedang teraniaya."

n. Orang Yang Sedang Dalam Kesusahan

o.Penguasa Yang Adil.


Semuga kita adalah di antara orang-orang yang
dimakbulkan doa
pergunakanlah sepenuhnya
untuk keabadian yang hakiki.
Amin
YA RABBUL ALAMIN.
 
 

Tuesday, July 21, 2009

cinta..



suamiku
kerana menyedari
siapakah kita ini
aku tidak bermimpi
sebuah rumah bertatah intan
cukuplah sekadar
melindungi panas dan hujan
sebuah gubuk kita berdua
dengan anak-anak menumpang manja
yang tiangnya cinta
yang atapnya setia
yang sayang menjadi lantainya
yang kasih menjadi dindingnya
yang tamannya pula
dihiasi bunga-bunga mesra
suamiku
aku tak minta lebih dari itu.