Wednesday, November 5, 2014

10 STESEN KERETA API TERHEBAT DI DUNIA



1 - Grand Central Terminal, London
Dibina pada tahun 1913 untuk Syarikat New York dan Harlem Railroad. Kini, ia menjadi antara sistem pengangkutan terpenting di London dan merupakan kemudahan kereta api terbesar dunia dengan 44 platform, 67 landasan serta mempunyai dua tingkat.

2 - Atocha, Madrid
Stesen kereta api terbesar di Madrid, Sepanyol ini dibina pada tahun 1851. Stesen ini ditukar menjadi taman oleh arkitek Rafael Moneo. Taman seluas kira-kira 4,000 meter persegi ini menjadi rumah kepada 500 spesies tumbuh-tumbuhan dan penyu.

3 - St Pancras International, London
Stesen ini dibina antara tahun 1864 dan 1868 di London. Ia dibina semula serta diubah suai pada tahun 2000. Di sini juga terletak bar  champagne terbesar di Eropah.

4 - Chhatrapati Shivaji Terminus, Mumbai
Merupakan pusat pengangkutan paling sibuk di India. Sebelum ini, dikenali sebagai Victoria Terminus berdasarkan sejarahnya yang direka oleh arkitek Inggeris, Frederick William Stevens. Ia juga satu-satunya stesen kereta api yang tersenarai dalam tapak warisan dunia Unesco.

5 - Gare De Strasbourg, Perancis
Direka oleh arkitek dari Berlin, Johann Jacobsthal pada 1883, Gare De Strasbourg adalah salah sebuah stesen kereta api paling sibuk di Eropah dan memenuhi keperluan lebih 190 juta penumpang setiap tahun. Ia menawarkan perkhidmatan antarabangsa yang menghubungkan laluan berbeza seperti Belgium, Poland dan Jerman.

6 - Stesen Kereta Api Kuala Lumpur, Malaysia
Mula dibina pada 1910 oleh arkitek Britain A.B. Hubback dan pembinaan siap pada 1917. Bangunan bersejarah ini menggabungkan gaya seni bina daripada Arab, India dan Barat.

7 - Berlin Hauptbahnhof, Jerman
Merupakan sebuah karya seni bina moden dan salah sebuah stesen kereta api terbesar serta paling cantik di Eropah. Ia menjadi antara tarikan utama pelancong di Berlin. Mempunyai dua tingkat dengan lebih 80 premis kedai, 14 platform dan hampir 2,000 kereta api berhenti di sini setiap hari.

8 - Antwerp Central Station, Belgium
Pembinaannya mengambil masa lebih 10 tahun antara tahun 1895 hingga 1905. Mempunyai dua pintu masuk, banyak pusat beli belah dan galeri
berlian dengan lebih 30 kedai pasti membuat pengunjung berhenti untuk melihat.

9 - Steseb Kanazawa, Jepun
Dibina pada tahun 2005, pintu gerbang setinggi 14 meter adalah perkara pertama yang ditemui penumpang sebelum ke pintu masuk. Pembinaannya menggabungkan ciri tradisional Jepun dan futuristik moden.

10 - Southern Cross Station, Australia
Terletak di Melbourne, ia adalah stesen kereta api terbesar dan pusat pengangkutan utama di Australia. Oleh kerana seni bina yang menakjubkan, stesen ini pernah menerima Lubetkin Prize oleh Institut Arkitek Diraja Britain sebagai bangunan baharu paling menonjol yang terletak di Kesatuan Eropah.

* Sumber: Listcrux.com
 

Stesen Kereta Api Kuala Lumpur, Malaysia

STESEN KERETA API KUALA LUMPUR, MALAYSIA.

Kredit untuk : Wartawan Sinar Harian

Info

Tuesday, August 5, 2014

pantun hati ini



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Dan Maha Penyayang
Moga Allah redha dengan kehidupan kita di dunia ini.

Ada rahsia yang ku rahsiakan
Ada pandangan yang ku pendamkan
Ada keinginan yang ku simpan
Ada perasaan tak tertelan

Ku kira kau masih budak
Rasa baru semalam kau ku bedak
Tak sangka orang dah mintak
Tak tahu nak kasi ataupun tidak

Siapalah aku nak membantah
Kalau itu sudah perintah
Maut dan jodoh kerja Allah
Jadi aku akur redha mengalah

Bukan aku tak mahu berpisah
Tapi hati ini terasa gundah
Anak baru pandai pijak tanah
Takut kekok serba salah

Hati ini terasa sayu
Nak buka mulut terasa kelu
Beginilah hiba hati umi mu
Berasa bimbang berasa ragu

Bimbang ku mungkin tak bertempat
Bukan aku punya makrifat
Moga Allah beri berkat
Pada anak umi yang sangat taat.

Wahai anak permata umi
Sayang sungguh umi pada mu
Kira kau pergi jauh dari ku
Pandai pandai lah bawa diri mu

Kiranya sampai masa berpisah
Diri ini kan ku gagah
Takkan ku menangis seperti sudah
Masa kaki mu hendak melangkah

Wahai anak permata bonda
Apakah kau sudah sedia
Boleh kah kau melakukannya
Mengambil hati orang di sana

Orang di sana asing bagi mu
Akan menjadi keluarga mu
Hati ini bimbang dan ragu
Sayangkah mereka kepada mu

wahai anak ku permata intan
Kalau Allah sudah buat keputusan
Kita redha ikut peraturan
Insyaallah di situ ada kejayaan

Dengar lah anak ku umi mu pesan
Kiranya nanti sudah sendirian
Amal ibadat kena berterusan
Khidmat pada suami mesti laksanakan

Biar jauh beribu batu
Dirimu tetap dihati ku
kau lah anak kasayangan ku
moga hidup mu bahagia selalu

Diri ini sebagai ibu
Tidak ku beza anak menantu
Moga Puan juga begitu
Anggaplah anak ku bagai anak mu






Friday, March 7, 2014

Berkobar-kobar!



Seringkali...hati ini melonjak-lonjak ingin menitip segala macam catatan citra kehidupanku yang lama tertunggak di hamparan blog sepi ini. Bukan untuk sesiapa, tapi untuk simpanan memori yang akan ku tatap suatu hari nanti.


Sepanjang penyepianku selama ini, terlalu banyak rentak kehidupan yang kuharungi. Jejak perjalanan  hidup yang sukar diulangi lagi; mungkin! Kadang tersadung ingatan untuk menitip kemanisan demi kemanisan untuk dikenangi...namun aku seringkali tewas...tewas untuk menitip mencoret kisah-kisah itu...entah mengapa!


Mungkin kemalasan melanda kemudian menyesal pula!
Tidak dapat dikenal pasti kesibukan apakah yang melanda.


Akan ku cuba menggamit segala kenangan lalu, akan kutaip satu persatu...
InshaAllah.


semoga akan menjadi nyata.








Tuesday, December 31, 2013

KATA USTAZ.....




SELAMAT TAHUN BARU 2014



🍃Kata ustaz, apabila Allah tidak mengkehendaki kita lagi:

👉Allah akan sibukkan kita dengan urusan dunia

👉Allah akan sibukkan kita dengan urusan anak-anak

👉Allah akan sibukkan kita dengan urusan menjalankan perniagaan

👉Allah akan sibukkan kita dengan urusan menambahkan harta

👉Allah akan sibukkan kita dengan urusan mencari pengaruh, pangkat dan kuasa

🚫Alangkah ruginya kerana kesemuanya itu akan kita tinggalkan

Sekiranya kita mampu bertanya pada orang-orang yang telah pergi terlebih dahulu menemui Allah SWT

dan jika mereka diberi peluang untuk hidup sekali lagi, sudah semestinya mereka memilih tidak lagi akan bertarung


bermati-matian untuk merebut dunia

kerana tujuan kita diciptakan adalah untuk menyembah Allah dan beribadat kepada Allah

tidak akan Allah ciptakan manusia sekiranya tujuan hidup untuk merebut habuan dunia

💟Sebenarnya apa yang kita dapat dari habuan dunia ini telah pun ditentukan oleh Allah SWT

😖Kita mungkin cemburu apabila melihat orang lain lebih daripada kita dari segi gaji, pangkat, harta, rumah besar, kereta
 besar.🚗🚘🏡💶

📢Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat ilmu orang lain lebih daripada kita

📢kita tidak pernah cemburu melihat orang lain lebih banyak amalan daripada kita

📢kita tidak pernah cemburu apabila melihat orang lain bangun di sepertiga malam,solat tahajud dan bermunajat

📢kita cemburu apabila melihat orang lain menukar kereta baru yang mewah...

📢tetapi jarang kita cemburu apabila melihat orang lain yang boleh khatam Al'Quran sebulan dua kali...
          
📴Kesemua petanda-petanda ini menunjukkan dunia akhir zaman.

👉apabila duit, harta dan pangkat mengatasi segala- galanya..

👉setiap kali menyambut hari jadi.kita sibuk nak raikan sebaik mungkin.tetapi kita telah lupa.dengan bertambahnya umur 
kita...maka kita akan dipanggil Illahi bertambah dekat...

📢kita patut bermuhasabah mengenai bekalan

👉ke satu perjalanan yang jauh.

👉yang tidak akan kembali..dan buat selama-lamanya.

👉sesungguhnya mati itu benar. 

📢Alam kubur itu benar, Hisab itu benar mahsyar Allah itu benar syurga dan neraka itu benar...


Jom kita kongsikan tazkirah rengkas yg byk memberi kesedaran bhw dunia sementara dan akhirat kekal abadi. Penyelesaian kpd masalah hidup adalah melalui iman dan amal. Iman sebesar zarrah, Allah muliakan dgn syurga 10 x dunia. Jaga solat 5 waktu (amal), Allah selesaikan masalah bukan hanya di dunia malah masalah di kubur, masyar, titian sirat dan mizan. Dgn 5 waktu amal selesai masalah di 5 tempat. Renung2kan dan selamat beramal.
😊


Semoga jejak-jejak ditahun 2014 membawa kita kepada kehidupan dunia akhirat yang lebih baik dari semalam.


umi~wanza

detik akhir 2013...bye...bye...



Thursday, June 27, 2013

Kembara Cinta Tetamu Allah


-i-

Laibbaikallah humma labbaik!
Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu, Ya Allah!


Sebelum melangkah mulakan muhasabah.
Buat refleksi yang telus rapi. Cermin diri. Murnikan hati nurani. Tanya diri.

Bagaimana belanja kita ke sana? 
Adakah hasil daripada keringat sendiri yang bersih suci?

Adakah daripada sumber yang 'halalan toyyibban'?
Hasil titik peluh yang paling bersih dan terbaik.

Tanpa penipuan. Tanpa penzaliman. Lillahi taala.

Kemudian muhasabah pula visi dan misi kita seikhlasnya.

Leburkan sifat-sifat mazmumah semampunya.
Lemparkan sejauhnya sikap hasad, dengki, marah, dan bakhil.

Cuci nanah-nanah hanyir dan busuk yang mengalir.
Sucikan hati di pepohonan keampunan.

Minta kemaafan daripada manusia. Lampiaskan taubat nasuha atas  segala dosa.
Barulah terlerai ikatan yang merantai hati. 
Ringan kaki untuk melangkah pergi.

Pakailah ihram di tubuh yang lusuh. Serah diri seluruh.
Pangkat, darjat, gelaran, dan bintang biarkan meluruh.

Kita kini hanyalah seorang hamba yang benar-benar hina di hadapan-Nya.
Mengharapkan rahmat daripada al-Khaliq Yang Agung dan Perkasa.

Datanglah bagaikan seorang hamba tawanan. 
Yang melutut gentar menanti hukuman.

Labbaikallah humma labbaik!
Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu, Ya Allah!

Dengan rohani yang suci murni. Di cermin mata hati yang sendu meratapi.
Katakan bahawa kau tiada punya apa-apa.
Harta dan keluarga. Nyawa dan jiwa raga semua milik-Mu jua!

Kami datang, wahai Tuhan. Kami datang menyahut panggilan-Mu.
Tuhan yang tidak ada sekutu bagi-Mu. Tuhan yang memiliki segala pujian.
Tuhan yang mewariskan segala nikmat dan kuasa pemerintahan.

Tuluskan niat hati ketika memulakan umrah ini, ibadah ini.
Bukan untuk ihsan manusia, Juga bukan lanjutan urus niaga.
Pun bukan kerana riak dan bangga.
Tapi kerana benar-benar kau seorang hamba.
Yang mengharapkan rahmat dan redha-Nya.


-ii-

Niat suci perisai hati,
Menangkis kelalaian sepanjang destinasi.
Ikhlas itu sangat maknawi, Namun kesannya zahir pada diri.

Ikhlas melahirkan sabar.
 Sabar kita dengan kaerenah insan. Sabar juga dengan pelbagai cubaan.

Ikhlas juga melahirkan syukur.
Semuanya mengharapkan  rahmat Tuhan. Demi mengharapkan keampunan.

Nun di sana kelibat Kaabah mula menyapa.
Rindu tiba-tiba datang menerpa. Kian lama kian membara.

Hati menjadi hiba tanpa dipinta. Tanpa disedari berjuraian air mata. 

Oh! Di situ pernah melutut Ibrahim.
Di persada mulia itu juga pernah sujud Ismail.

Di situ juga pernah menangis Muhammad, Abu Bakar, Umar, Usman dan Ali.

Bagaikan melihat 'wajah' Allah. Di kehitaman warnaya terpancarnya nur kesucian.
Menerobos hati, jiwa dan perasaan.
Terkaku menginsafi keagungan Tuhan.


-iii-

Langkah kian cepat. kian mendekat.
Tawaf, Tawaf, tawaf.
Tujuh pusingan Baitullah.

Tiga yang ertama bagaikan lari daripada dosa menuju pahala.
Empat yang berikutnya keolah-olah terlepas daripada kesalahan menuju pengampunan.

Bismillahi. Allahu akbar. Walillahilhamd.

Lambaian istilam tanda kerinduan. Jejari dikucup tanda kecintaan dan kepasrahan.

Ya Allah, Rabbul Izzati!
Cintaku hanya pada-Mu.
Meski cinta itu sering terganggu.

Kau bawa hati yang lara ke Safa dan Marwah,
Sa'i ke sini dan ke sana bagaikan seorang sandera yang tercedera.
Cemas bila dirasuk azab. tenang seketika dibujuk harap.
Ke sana khauf, ke sini raja'.

Bimbang tenang berulang datang, Saling bertindan bagaikan gelombang berhempasan ke tepian.
Ya Allah! Ya rahman! Ya rahim!
Siapakah diri ini pada pandangan-Mu?

Kepala kau cukur. Helaian rambut pun gugur.
Luruh bersama simbolik dirimu yang lalu. 
Kini bangun dirimu yang baru.

Bukan sekadar membuang helaian rambut, tetapi menungkai fikiran yang berserabut.
Bukan sekadar membersih kepala, tetapi hakikatnya membersih minda.
Itulah rahsia tahallul.
Meninggalkan diri yang kotor. Hijrah ke dunia baru yang luhur.


-iv-

Di Madinah, Di Masjid Nabawi.
Hatimu tersentuh oleh laungan azannya.

Terbayang sejarah anak yatim yang kesepian. 
Terbayang gembala kecil di padang pasir.

Luka kakinya di Thaif. Hilang kesayangannya di Badar.
Gugur giginya di Uhud.

Atap rumahnya dicecah jari. Alas tidurnya berbekas di badan.

Sujudlah. Bertelekulah di situ. 
Tunduk malu di Makam Nabi.

Di sana tersemadi jasadnya yang mulia. Rasul yang tidak pernah jemu berkorban.
Demi umatnya. Tegar baginda pada semua derita.

Hayatilah betapa malunya Rasul di Masjid Qiblatain.
Ingin merayu lidahnya kelu.

Qiblat itu hak mutlak Tuhan. Tidak layak dirinya menempelak pertukaran.
Namun Tuhan Maha Mengetahui resah di hati kekasih-Nya itu.
Lalu beralihlah kiblat daripada Masjid Aqsa di Palestin ke Baitullah di Makkah.
Rintihan sanubari Rasulullah terjawab sudah.


-v-

Di Badar kau diajar bertawakal.
Betapa golongan yang sedikit mengalahkan golongan yang ramai.

Tetapi apabila disiplin robek lantaran tamak haloba dan godaan harta.
Uhud mengingatkan kita pada sebuah alpa.
Pada sebuah amanah yang dinoda.

Pada batu-batu yang terdampar di Makam Syuhada'.
Pada batu-batu di Perkuburan Baqi'.

Terimbau deretan sahabat dan syuhada'.
Bagaikan bintang-bintang yang bertaburan di langit.

Terlalu banyak hikmah yang tersimpan dalam kembara ini.
Jika segalanya dilihat dengan tusukan mata hati.

Jiwa akan kukuh disepuh iman. Fikrah akan bersih disuluh hidayah.
Fizikal akan perkasa disimpai derita dan tawakal.
Umrah bagaikan kolek rohani yang diulit rahmah Ilahi.

Padanya tersimpan rahsia kekuatan.
Kan terserlah hanya dengan keikhlasan.

Inilah hakikat perjalanan seorang insan.
Datangnya daripada Allah. Kepada-Nya jualah kita akan dikembalikan.

APAKAH DENGAN KEMENANGAN ATAUPUN KECELAKAAN?



-Perkongsian hebat dari Umrah Super A-










Sunday, March 10, 2013





Minum petang...jom ^_^


Bahan2;

Tepung gandum 500gm
Yis 10gm
Gula kastor 50gm (suka manis lbhkan)
Shortening 25gm
Marjerin 25gm
Telur 1 biji
Air 250ml (ikut kesesuaian doh)
sedikit garam

Cara2;

Satukan semua bahan kecuali telur dan air. Jadikan seperti serbuk roti kemudian masukkan telur dan air. Uli sehingga lembut. Rehatkan biarkan adunan naik sedikit baru dibentukkan. Bila naik sepenuhnya barulah digoreng dgn api yg sederhana.

# bole juga diisi inti kcg merah,kelapa dsb..

Thursday, March 7, 2013

Lirik "Lagu Apo Kono Eh Jang" Versi Kelate



Lagu ini mengisahkan gelagat suami isteri di mana suaminya malas bekerja...Boleh layan lagu yang best ini kat You Tube...cari lagu Apo Kono eh Jang Versi Kelate.
Semoga terhibur...


P:  Abe oh abe...
     gi mano pulok ore tuo ni
     senyak jah ni...cepat la wei...
     lembu dale kande tok wat tubik lagi tu...

L:  Pucuk tere pucuk ubi...
      sedak make cicoh budu...
      sakit pingge lengoh sendi...
      duk kijo semace tak dok beradu...yai...

P:   Guano pulok abe
       Tok cekat sokmo...
       tido mengere...
       serbo tok keno.

chorus:

P:    Padi di bende...
       tok tengok lamo
       pitih doh kure...
       runsing wei raso...

       Beras di dapur...
       tinggal segengge...
       tok leh nok nyayo...
       dok ghok nga nyingge...

       anok duk tutur...
       tok lalu make..
       turuk ko tido...
       tok puah semace.


       Ambo tengok raso here
       pakai jangok siye male
       ko duk telenggok keda buje
       pitih tak dok make berute
       hisap rokok gude gare
       kelik nawok sakit pingge


*

 P:   Hai...raso dok sedak doh
       lamo doh ore duk royak
       beringat sikit...
       tok laki demo tu duk gilo ko buje
       ambo jah tok cayo nyo...


L:   Ah...
       demo ni duk denga kato ore
       ore ni mace-mace
       hok nok munoh ko kito pun ado


P:    Pah tu
        kalu tok denga ore nok denga sapo
        demo hok kecek blawok sokmo
      
L:     Demo tok tengok ko kawe ni..
         gewe tak dok sore, judi tok panda..

P:     Ingat wei retek, anok doh rama
        bendo tok molek...
        jange dok gata...
        buke nok ngepek
      

        nok suruh sedar...
        hute bertepek...di pajok gada
        demo make keda kopi
        kito drumoh demo tok duli...
      

        pitih jare demo bui
        lapa dok nok bini lagi
        cubo tilik dulu diri
        kubur duk panggil hari-hari...


       Demi ni klu bak bini
       kecek panda sengoti
       tapi kalu hal lain
       serbo serbi tok reti


 L:   Rezeki jange ditolok kalu mari,
        nyakit jange dicari
        ngepek tok bereti demi ni
        mano kei jadi sengoti...eey


P:    Ai...denga ko dengung tu nok sengoti
        pesen tu
        cari la cari....


L:    Berlambok-lambok ore buje
        abe tak dok jatuh hati
        kalu beto abe galok
        bulih cari lebih lagi....


       Mari adik dekat abe...
       tulong picit pingge....
       tok soh runsing dik...
       jange bimbe
       ko demo sore
       abe dok saye..


       Jange tuduh mace-mace
       kalu jodoh tok leh nok lare
       adik wei...

P:    Hey....gata napok teh!!!


Lirik lagu ini dinyanyikan style lagu "Apo Keno Eh Jang", sangat sedap didengar mengisahkan tentang sikap segelintir lelaki/suami yang tidak bertanggungjawab, malas bekerja mencari nafkah untuk keluarga. Sikap suka melepak di kedai kopi amat tidak disenangi oleh para isteri yang terjebak dalam situasi ini. Bukan mereka  (isteri) cemburu buta, tetapi geram dengan sikap malas tetapi ada keinginan nak tambah cawangan baru/berbini lagi.

Senikata lagu ini amat bertepatan sekali untuk menunjukkan gelagat sebenar apa yang sering dialami dalam masyarakat di kelate. Jika dalam lagu asal Apo Kono Eh Jang dalam loghat Negeri Sembilan mengisahkan anak bujang yang malas sehingga si gadis manis dipinang orang...melepaslah hajat hati omaknyo nak bermenantukan si Milah...kerana anak bujangnya malas mencari belanjo...suasananya sama sahaja dengan kesah masyarakat suami isteri di kelate malah diterjemahkan dengan begitu simbolik sekali. Mudah difahami. Seronok mendengar lenggok patah bicara loghat kelate asli...syabas kerana dapat merealisasikan cerita benar ke dalam lagu. Saya suka pemilihan baris demi baris lirik Abe Oh abe...yang sangat kena dan meresap molek gitumo.


Inilah ulase sayo.
      



    

Monday, December 17, 2012

terhibur...Video Lagu Bila Diri Disayangi



Bila Diri Disayangi....


Terdengar bisikan mesra
Kalimah keramat bermentera
Bermulanya siang berakhir malamku
Tak akan kujemu menyebut namamu
Tiada batasan waktu
Tiada tempat mu tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa, keagungan kasih
Merubah takdir
(Korus)
Bila ku sedari diri disayangi
Langkah kaki ini semakin berani
Bila terkeliru ku ucap namamu
Terasa diriku kembali dipandu
Engkau yang pertama tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan engkaulah cahaya
Izinkahlah aku menumpang di sini
Di bawah naungan kasih dan sayang mu
Ku berserah diri
Tiada batasan waktu
Tiada tempat mu tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa, keagungan kasih
Merubah takdir..
(ulang korus)
keikhlasan doa, keagungan kasih
Merubah takdir..

Saturday, December 8, 2012

Bisikanku...




Ya Allah ampunkan dosa ku,dosa ibu bapaku,
rahmatilah mereka sebagaimana mereka merahmatiku semasa kecil,
ampunkn dosa muslimin muslimat, mukminin mukminat yang memiliki hak ke atasku,
tapi belum aku sempurnakan,
bantulah aku agar cinta dan kuat melakukan Amal salih yang Kau redhai,
peliharalah diriku dari melakukan maksiat, 
bangunkan aku pada waktu yang terbaik untuk bertemu denganMu, 
jadikan sebaik-baik hari hari pertemuan denganMu,
jadikanlah zuriat yang kutinggalkan penyejuk mata mmandang dan 
jadikan kami pemimpin pada orang-orang bertaqwa. 

Ya Allah ! 
Peliharalah kami dalam keadaan kami bekerja, kami duduk, dan jagalah kami dalam keadaan berbaring, selamatkan kami dari tipudaya musuh dan golongan yang hasad pada kami..
wasallalLahu ala sayyidina Muhammadin wa ala aalihi wa sahbihi ajma'in walhamdulilLahi Rabbil alamin..

Monday, October 22, 2012

TALI :Telemovie Khas Aidil Adha 2012 : Tayangan 25 Oktober 2012, 10.30ma...



( kecek klate sepenuhnya dale muvie nih )




Pagi tadi tekan-tekan channel tv pastu melekat kat Selamat Pagi Malaysia, dapat info tentang cerita menarik ni dan dapat kongsikan bersama....



Pastikan anda tidak terlepas peluang menyaksikan telemovie menarik bertajuk TALI pada malam raya nanti, Sementara menunggu mek, tok chek, wo, adik kakak buat ketupat atau tapai, molek doh kita pakat berhimpun depan tv2 jam 10.30 male pakat tengok cerito cerito kito, kecek kelate bahaso kito, budayo kito, mmainey kito pakat tengok blako dehh...



Diulangi :  Khamis jam 10.30 malam di TV2 pada malam raya untuk menyaksikan cerita hebat ini kerana bahasa yang digunakan adalah sepenuhnya loghat kelantan. Telemovie ini mengisahkan tentang hasrat untuk mengeratkan kembali tali persaudaraan antara dua beradik iaitu zaki dan zahar yang renggang lakonan hebat oleh syed azman ( suami linda rafar), sabri yunus dan lain-lain...




Sunday, October 21, 2012

Gema suara dari alam barzakh




Inilah perasaan seorang mayat dalam alam BARZAKH.

Ku merintih, aku menangis,
Ku meratap, aku mengharap,
Ku meminta dihidupkan semula,
Agar dapat kembali ke dunia nyata


Perjalanan rohku,
Melengkapi sebuah kembara,
Singgah di rahim bonda,
Sebelum menjejak ke dunia,
Menanti di barzakh,
Sebelum berangkat ke mahsyar,
Diperhitung amalan,
Penentu syurga atau sebaliknya

Tanah yang basah berwarna merah,
Semerah mawar dan juga rindu,
Tujuh langkah pun baru berlalu,
Seusai talkin bernada syahdu,
Tenang dan damai di pusaraku,
Nisan batu menjadi tugu,
Namun tak siapa pun tahu resah penantianku

Terbangkitnya aku dari sebuah kematian,
Seakan ku dengari,
Tangis mereka yang ku tinggalkan,
Kehidupan disini bukan suatu khayalan,
Tetapi ia sebenar kejadian

Kembali oh kembali,
Kembalilah kedalam diri,
Sendirian sendiri,
Sendiri bertemankan sepi,
Hanya kain putih yang membaluti tubuhku,
Terbujur dan kaku,
Jasad didalam keranda kayu,

Ajal yang datang dib
uka pintu,

Tiada siapa yang memberi tahu,
Tiada siapa pun dapat hindari,
Tiada siapa yang terkecuali,
Lemah jemari nafas terhenti,
Tidak tergambar sakitnya mati,
Cukup sekali tak sanggup untuk ku mengulangi

Jantung berdegup kencang,
Menantikan malaikat datang,
Menggigil ketakutan gelap pekat di pandangan,
Selama ini diceritakan,
Kini aku merasakan,
Di alam barzakh jasad dikebumikan

Tuesday, October 9, 2012

Bacaan Semasa Anak-Anak Sedang Menjalani Peperiksaan






Salam;

Kepada sahabat yang mempunyai anak-anak yang akan menduduki peperiksaan,disini kita berkongsi bersama iaitu amalan yang baik untuk ibubapa melakukan amalan ini ketika anak-anak sedang menjawab soalan di Dewan Peperiksaan. Ibu atau ba
pa yang berada di rumah boleh melakukan amalan ini supaya anak-anak kita dapat menjawab soalan dengan mudah dan tenang.

KETIKA ANAK-ANAK SEDANG MENJAWAB SOALAN DI DEWAN PEPERIKSAAN.

Ibu atau bapa di rumah pula lakukan amalan ini:-

1. Ambil Wudhuk.

2. Mengadap kiblat.

3. Baca Syahadah - 3x

4. Al- Fatihah - 1x

5. 3 Qul- 1x

6. Surah Insyirah - 1x

7. Selawat Atas Nabi - 10x

8. Baca Surah Yassin - 1x

9. Baca Surah Insyirah 100x.

10. Niat di dalam hati supaya Allah SWT permudahkan anak-anak kita menjawab soalan dengan mudah dan tenang.

#Semoga anak-anak kita dapat menjawab soalan dengan baik serta beroleh kejayaan yang besar... aaminnnnn.


p/s: kredit kepada rakan fb,





Sunday, October 7, 2012

Rajuk....




Kata pujangga perempuan bagaikan angin,
lembutnya melenakan ributnya keresahan.

Adakalanya mereka seperti ibu menyaji kasih, menghidang sayang 
adakalanya mereka seperti anak ingin dibelai, minta dimanjakan 
adakalanya mereka seperti nenek berleter seadanya, merungut semahuannya.

Namun hakikatnya itulah mereka wanita lembut pada jiwa dalam sanubari.
kembara dalam kehidupan yang sementara ini...
bahagia dan derita kita sangat berkait dengan mereka.

Psst....
Tiba-tiba isteri merajuk pandai-pandailah memujuk
buka telinga, tajamkan pendengaran,amati suaranya teliti dengan hati yang tenang atau emosi ?
andainya emosi, belailah emosi itu jangan cuba dihadapkan secara sumpah seranah
kerana si dia tak akan terdaya mengunyah hujah,
berilah walau seribu sebab lengkap dengan penjelasan kerana fikiran sudah berjerebu.

Dalam situasi ini fikiran telah ditawan perasaan sebaiknya,
perhaluskan kata, perindahkan bahasa jinakkan perasaan, hadiahkan senyuman.

Masih gagal ?
cuba gunakan sentuhan semarakkan belaian.

Masih gagal juga ?
Tunggu saja rajuknya reda
emosi isteri bagai riak-riak air dalam cawan jangan digoncang......
buat selamba lambat laun, gelombang akan tenang air dicawan akan kita minum jua.

Tapi awas.....
kalau ternyata, rajuknya berfakta masamnya berdata,
geramnya berilmiah marahnya ada prima facieini rajuk taraf tinggi namanya perlu ditangani
berhati-hati kalau ternyata benar,apa salahnya kita terima mengaku lalu berjanji serta berikrar
" Sayang abang tak ulang lagi "
katakan
" Sayang....abang alpa "
bisikkan
" Darling.. I lupa.."
hulurkan tangan, pinta kemaafan pendekatan kasanova, tapi hati yang suci

Rajuk isteri seperti mangga muda
perisanya masam tetapi...
kalau kena cicahnya enaknya akan terasa.
ingat, api yang panas,
padam oleh salji yang dingin...

heheh :D




Tuesday, September 25, 2012

Sos Steamboat ala-ala Johnny's









Ieda Zairi
Sos Steamboat ala2 johnny's

6 biji cili merah*
2 ulas bawang putih*
3 sudu besar sos ikan*
3 sudu besar minyak bijan*
1/4 cawan cuka*
1/3 cawan kuah air tp aku guna kuah tomyam*
Garam & gula secukupnya*
1/2 sudu kacang tanah* ni aku taruk 3 bijik kacang je
Bijan
Daun ketumbar di racik2 halus
1 sudu oren sunquick*

Cara:
Masukkan bahan bertanda * di dalam pengisar. Kisar sebati. Masak di atas dapur sehingga sos menjadi sedikit pekat. Sejukkan. Bila nak hidang masukkan bijan & daun ketumbar. —









* Jom sama-sama kita mencuba....pasni boleh la makan johnny kat rumah...hari-hari pun takpe...hihihiii...








Tuesday, September 11, 2012

Himpunan Resepi Yang Best-Best...




   



APAM TEPUNG BERAS

Bahan-bahan

* 2 cwn nasi
* 2 cwn tepung gandum
* 2 cwn tepung beras
* 1 cwn brown sugar
* 3/4 cwn gula
* 2 1/2 cwn air
* 1 sudu kecil yis (mauripan)
* kelapa parut dgn sedikit garam

Cara-cara

1. blend nasi dan air sehingga hancur.
2. setelah hancur,campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
3. dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
4. selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati. Bahagikan kepada warna yg disukai.
5. perap selama 3 jam. (saya perap 1 jam jer)
6. masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
7. hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..siap!




resepi dari Suriani Osman


Saturday, August 25, 2012

Kek Keladi Yummy Yummy




Beraya tahun ni dah nekad nak buat kek keladi. Rindu betul nak makan kek yang sedap yummy yummy ni. Kalau masa duduk di Terengganu dulu pakai tempah je dah dapat makan tapi tempahnya dekat Kota Bharu....satu jer....kek ni cepat basi kalau tak letak dalam peti ais....



Meh Mia kita buat, umi dah beli keladi sebelum raya lagi masa gi ke pasar dengan abah...Kesibukan pulang beraya dan tak punya banyak masa untuk ke dapur maka belum buat pun lagi kek nih...JOM!





Dsc01385
As promised...

Created on : 29-06-2007


 





Bahan-bahan ( Saiz Loyang: 22cm )

  • KEK:
  • 250 gram sponge cake mix
  • 5 biji telur (A)
  • 1/2 sudu besar ovellatte
  • 40 ml air
  • TOPPING KELADI:
  • 1 kg keladi
  • 1/2 cawan gula
  • 3 biji telur (A)
  • 120 gram santan pekat
  • 300 ml air
  • 1/4 cawan tepung gandum
  • 20 gram tepung jagung
  • 25 gram gelatin
  • Beberapa titik pewarna ungu
  • 1/2 sudu teh garam
  • Kelapa kering sebagai hiasan

Cara-cara

  1. KEK :
  2. Panaskan oven.Campurkan semua bahan-bahan kek. Pukul dengan mixer hingga kembang. bakar pada suhu 170 darjah.
  3. Dsc01372
     Potong kek tadi kepada tiga bahagian menggunakan cake leveler atau pisau yang panjang. Kemaskan bahagian tepinya dengan memotong bahagian yang berwarna coklat.
  4. KELADI:
  5. Kupas keladi dan potong-potongkan. Rebus hingga empuk.
  6. Dsc01370
     Blend keladi dengan air dan telur. Masukkan kedalam periuk.Campurkan bahan-bahan lain hingga sebati- santan,gula,tepung gandum,tepung jagung,gelatin, pewarna ungu dan garam. Kacau hingga mendidih dan masak.
  7. Dsc01375
     Ambil satu lapis kek. Kemudian sapukan krim keladi keatasnya.
  8. Letakkan satu lagi lapisan kek dan sapukan krim keladi ke atasnya.Ulang untuk lapisan yang ketiga.Ratakan semua bahagian kek dengan menggunakan scrapper.
  9. Dsc01379
     Kek keladi yang telah siap diratakan. Taburkan kelapa kering keseluruh bahagian kek.
  10. Masukkan ke dalam peti ais. Seelok-eloknya biarkan beberapa jam sebelum dipotong supaya kek kemas dan padat.
  11. Dsc01383
     NOTA: Kek ini mengandungi santan , jadi mudah basi. Jika tidak mahu makan simpan dalam peti ais.