Wednesday, November 5, 2014

10 STESEN KERETA API TERHEBAT DI DUNIA



1 - Grand Central Terminal, London
Dibina pada tahun 1913 untuk Syarikat New York dan Harlem Railroad. Kini, ia menjadi antara sistem pengangkutan terpenting di London dan merupakan kemudahan kereta api terbesar dunia dengan 44 platform, 67 landasan serta mempunyai dua tingkat.

2 - Atocha, Madrid
Stesen kereta api terbesar di Madrid, Sepanyol ini dibina pada tahun 1851. Stesen ini ditukar menjadi taman oleh arkitek Rafael Moneo. Taman seluas kira-kira 4,000 meter persegi ini menjadi rumah kepada 500 spesies tumbuh-tumbuhan dan penyu.

3 - St Pancras International, London
Stesen ini dibina antara tahun 1864 dan 1868 di London. Ia dibina semula serta diubah suai pada tahun 2000. Di sini juga terletak bar  champagne terbesar di Eropah.

4 - Chhatrapati Shivaji Terminus, Mumbai
Merupakan pusat pengangkutan paling sibuk di India. Sebelum ini, dikenali sebagai Victoria Terminus berdasarkan sejarahnya yang direka oleh arkitek Inggeris, Frederick William Stevens. Ia juga satu-satunya stesen kereta api yang tersenarai dalam tapak warisan dunia Unesco.

5 - Gare De Strasbourg, Perancis
Direka oleh arkitek dari Berlin, Johann Jacobsthal pada 1883, Gare De Strasbourg adalah salah sebuah stesen kereta api paling sibuk di Eropah dan memenuhi keperluan lebih 190 juta penumpang setiap tahun. Ia menawarkan perkhidmatan antarabangsa yang menghubungkan laluan berbeza seperti Belgium, Poland dan Jerman.

6 - Stesen Kereta Api Kuala Lumpur, Malaysia
Mula dibina pada 1910 oleh arkitek Britain A.B. Hubback dan pembinaan siap pada 1917. Bangunan bersejarah ini menggabungkan gaya seni bina daripada Arab, India dan Barat.

7 - Berlin Hauptbahnhof, Jerman
Merupakan sebuah karya seni bina moden dan salah sebuah stesen kereta api terbesar serta paling cantik di Eropah. Ia menjadi antara tarikan utama pelancong di Berlin. Mempunyai dua tingkat dengan lebih 80 premis kedai, 14 platform dan hampir 2,000 kereta api berhenti di sini setiap hari.

8 - Antwerp Central Station, Belgium
Pembinaannya mengambil masa lebih 10 tahun antara tahun 1895 hingga 1905. Mempunyai dua pintu masuk, banyak pusat beli belah dan galeri
berlian dengan lebih 30 kedai pasti membuat pengunjung berhenti untuk melihat.

9 - Steseb Kanazawa, Jepun
Dibina pada tahun 2005, pintu gerbang setinggi 14 meter adalah perkara pertama yang ditemui penumpang sebelum ke pintu masuk. Pembinaannya menggabungkan ciri tradisional Jepun dan futuristik moden.

10 - Southern Cross Station, Australia
Terletak di Melbourne, ia adalah stesen kereta api terbesar dan pusat pengangkutan utama di Australia. Oleh kerana seni bina yang menakjubkan, stesen ini pernah menerima Lubetkin Prize oleh Institut Arkitek Diraja Britain sebagai bangunan baharu paling menonjol yang terletak di Kesatuan Eropah.

* Sumber: Listcrux.com
 

Stesen Kereta Api Kuala Lumpur, Malaysia

STESEN KERETA API KUALA LUMPUR, MALAYSIA.

Kredit untuk : Wartawan Sinar Harian

Info

Tuesday, August 5, 2014

pantun hati ini



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Dan Maha Penyayang
Moga Allah redha dengan kehidupan kita di dunia ini.

Ada rahsia yang ku rahsiakan
Ada pandangan yang ku pendamkan
Ada keinginan yang ku simpan
Ada perasaan tak tertelan

Ku kira kau masih budak
Rasa baru semalam kau ku bedak
Tak sangka orang dah mintak
Tak tahu nak kasi ataupun tidak

Siapalah aku nak membantah
Kalau itu sudah perintah
Maut dan jodoh kerja Allah
Jadi aku akur redha mengalah

Bukan aku tak mahu berpisah
Tapi hati ini terasa gundah
Anak baru pandai pijak tanah
Takut kekok serba salah

Hati ini terasa sayu
Nak buka mulut terasa kelu
Beginilah hiba hati umi mu
Berasa bimbang berasa ragu

Bimbang ku mungkin tak bertempat
Bukan aku punya makrifat
Moga Allah beri berkat
Pada anak umi yang sangat taat.

Wahai anak permata umi
Sayang sungguh umi pada mu
Kira kau pergi jauh dari ku
Pandai pandai lah bawa diri mu

Kiranya sampai masa berpisah
Diri ini kan ku gagah
Takkan ku menangis seperti sudah
Masa kaki mu hendak melangkah

Wahai anak permata bonda
Apakah kau sudah sedia
Boleh kah kau melakukannya
Mengambil hati orang di sana

Orang di sana asing bagi mu
Akan menjadi keluarga mu
Hati ini bimbang dan ragu
Sayangkah mereka kepada mu

wahai anak ku permata intan
Kalau Allah sudah buat keputusan
Kita redha ikut peraturan
Insyaallah di situ ada kejayaan

Dengar lah anak ku umi mu pesan
Kiranya nanti sudah sendirian
Amal ibadat kena berterusan
Khidmat pada suami mesti laksanakan

Biar jauh beribu batu
Dirimu tetap dihati ku
kau lah anak kasayangan ku
moga hidup mu bahagia selalu

Diri ini sebagai ibu
Tidak ku beza anak menantu
Moga Puan juga begitu
Anggaplah anak ku bagai anak mu






Friday, March 7, 2014

Berkobar-kobar!



Seringkali...hati ini melonjak-lonjak ingin menitip segala macam catatan citra kehidupanku yang lama tertunggak di hamparan blog sepi ini. Bukan untuk sesiapa, tapi untuk simpanan memori yang akan ku tatap suatu hari nanti.


Sepanjang penyepianku selama ini, terlalu banyak rentak kehidupan yang kuharungi. Jejak perjalanan  hidup yang sukar diulangi lagi; mungkin! Kadang tersadung ingatan untuk menitip kemanisan demi kemanisan untuk dikenangi...namun aku seringkali tewas...tewas untuk menitip mencoret kisah-kisah itu...entah mengapa!


Mungkin kemalasan melanda kemudian menyesal pula!
Tidak dapat dikenal pasti kesibukan apakah yang melanda.


Akan ku cuba menggamit segala kenangan lalu, akan kutaip satu persatu...
InshaAllah.


semoga akan menjadi nyata.