Monday, December 17, 2012

terhibur...Video Lagu Bila Diri Disayangi



Bila Diri Disayangi....


Terdengar bisikan mesra
Kalimah keramat bermentera
Bermulanya siang berakhir malamku
Tak akan kujemu menyebut namamu
Tiada batasan waktu
Tiada tempat mu tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa, keagungan kasih
Merubah takdir
(Korus)
Bila ku sedari diri disayangi
Langkah kaki ini semakin berani
Bila terkeliru ku ucap namamu
Terasa diriku kembali dipandu
Engkau yang pertama tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan engkaulah cahaya
Izinkahlah aku menumpang di sini
Di bawah naungan kasih dan sayang mu
Ku berserah diri
Tiada batasan waktu
Tiada tempat mu tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa, keagungan kasih
Merubah takdir..
(ulang korus)
keikhlasan doa, keagungan kasih
Merubah takdir..

Saturday, December 8, 2012

Bisikanku...




Ya Allah ampunkan dosa ku,dosa ibu bapaku,
rahmatilah mereka sebagaimana mereka merahmatiku semasa kecil,
ampunkn dosa muslimin muslimat, mukminin mukminat yang memiliki hak ke atasku,
tapi belum aku sempurnakan,
bantulah aku agar cinta dan kuat melakukan Amal salih yang Kau redhai,
peliharalah diriku dari melakukan maksiat, 
bangunkan aku pada waktu yang terbaik untuk bertemu denganMu, 
jadikan sebaik-baik hari hari pertemuan denganMu,
jadikanlah zuriat yang kutinggalkan penyejuk mata mmandang dan 
jadikan kami pemimpin pada orang-orang bertaqwa. 

Ya Allah ! 
Peliharalah kami dalam keadaan kami bekerja, kami duduk, dan jagalah kami dalam keadaan berbaring, selamatkan kami dari tipudaya musuh dan golongan yang hasad pada kami..
wasallalLahu ala sayyidina Muhammadin wa ala aalihi wa sahbihi ajma'in walhamdulilLahi Rabbil alamin..

Monday, October 22, 2012

TALI :Telemovie Khas Aidil Adha 2012 : Tayangan 25 Oktober 2012, 10.30ma...



( kecek klate sepenuhnya dale muvie nih )




Pagi tadi tekan-tekan channel tv pastu melekat kat Selamat Pagi Malaysia, dapat info tentang cerita menarik ni dan dapat kongsikan bersama....



Pastikan anda tidak terlepas peluang menyaksikan telemovie menarik bertajuk TALI pada malam raya nanti, Sementara menunggu mek, tok chek, wo, adik kakak buat ketupat atau tapai, molek doh kita pakat berhimpun depan tv2 jam 10.30 male pakat tengok cerito cerito kito, kecek kelate bahaso kito, budayo kito, mmainey kito pakat tengok blako dehh...



Diulangi :  Khamis jam 10.30 malam di TV2 pada malam raya untuk menyaksikan cerita hebat ini kerana bahasa yang digunakan adalah sepenuhnya loghat kelantan. Telemovie ini mengisahkan tentang hasrat untuk mengeratkan kembali tali persaudaraan antara dua beradik iaitu zaki dan zahar yang renggang lakonan hebat oleh syed azman ( suami linda rafar), sabri yunus dan lain-lain...




Sunday, October 21, 2012

Gema suara dari alam barzakh




Inilah perasaan seorang mayat dalam alam BARZAKH.

Ku merintih, aku menangis,
Ku meratap, aku mengharap,
Ku meminta dihidupkan semula,
Agar dapat kembali ke dunia nyata


Perjalanan rohku,
Melengkapi sebuah kembara,
Singgah di rahim bonda,
Sebelum menjejak ke dunia,
Menanti di barzakh,
Sebelum berangkat ke mahsyar,
Diperhitung amalan,
Penentu syurga atau sebaliknya

Tanah yang basah berwarna merah,
Semerah mawar dan juga rindu,
Tujuh langkah pun baru berlalu,
Seusai talkin bernada syahdu,
Tenang dan damai di pusaraku,
Nisan batu menjadi tugu,
Namun tak siapa pun tahu resah penantianku

Terbangkitnya aku dari sebuah kematian,
Seakan ku dengari,
Tangis mereka yang ku tinggalkan,
Kehidupan disini bukan suatu khayalan,
Tetapi ia sebenar kejadian

Kembali oh kembali,
Kembalilah kedalam diri,
Sendirian sendiri,
Sendiri bertemankan sepi,
Hanya kain putih yang membaluti tubuhku,
Terbujur dan kaku,
Jasad didalam keranda kayu,

Ajal yang datang dib
uka pintu,

Tiada siapa yang memberi tahu,
Tiada siapa pun dapat hindari,
Tiada siapa yang terkecuali,
Lemah jemari nafas terhenti,
Tidak tergambar sakitnya mati,
Cukup sekali tak sanggup untuk ku mengulangi

Jantung berdegup kencang,
Menantikan malaikat datang,
Menggigil ketakutan gelap pekat di pandangan,
Selama ini diceritakan,
Kini aku merasakan,
Di alam barzakh jasad dikebumikan

Tuesday, October 9, 2012

Bacaan Semasa Anak-Anak Sedang Menjalani Peperiksaan






Salam;

Kepada sahabat yang mempunyai anak-anak yang akan menduduki peperiksaan,disini kita berkongsi bersama iaitu amalan yang baik untuk ibubapa melakukan amalan ini ketika anak-anak sedang menjawab soalan di Dewan Peperiksaan. Ibu atau ba
pa yang berada di rumah boleh melakukan amalan ini supaya anak-anak kita dapat menjawab soalan dengan mudah dan tenang.

KETIKA ANAK-ANAK SEDANG MENJAWAB SOALAN DI DEWAN PEPERIKSAAN.

Ibu atau bapa di rumah pula lakukan amalan ini:-

1. Ambil Wudhuk.

2. Mengadap kiblat.

3. Baca Syahadah - 3x

4. Al- Fatihah - 1x

5. 3 Qul- 1x

6. Surah Insyirah - 1x

7. Selawat Atas Nabi - 10x

8. Baca Surah Yassin - 1x

9. Baca Surah Insyirah 100x.

10. Niat di dalam hati supaya Allah SWT permudahkan anak-anak kita menjawab soalan dengan mudah dan tenang.

#Semoga anak-anak kita dapat menjawab soalan dengan baik serta beroleh kejayaan yang besar... aaminnnnn.


p/s: kredit kepada rakan fb,





Sunday, October 7, 2012

Rajuk....




Kata pujangga perempuan bagaikan angin,
lembutnya melenakan ributnya keresahan.

Adakalanya mereka seperti ibu menyaji kasih, menghidang sayang 
adakalanya mereka seperti anak ingin dibelai, minta dimanjakan 
adakalanya mereka seperti nenek berleter seadanya, merungut semahuannya.

Namun hakikatnya itulah mereka wanita lembut pada jiwa dalam sanubari.
kembara dalam kehidupan yang sementara ini...
bahagia dan derita kita sangat berkait dengan mereka.

Psst....
Tiba-tiba isteri merajuk pandai-pandailah memujuk
buka telinga, tajamkan pendengaran,amati suaranya teliti dengan hati yang tenang atau emosi ?
andainya emosi, belailah emosi itu jangan cuba dihadapkan secara sumpah seranah
kerana si dia tak akan terdaya mengunyah hujah,
berilah walau seribu sebab lengkap dengan penjelasan kerana fikiran sudah berjerebu.

Dalam situasi ini fikiran telah ditawan perasaan sebaiknya,
perhaluskan kata, perindahkan bahasa jinakkan perasaan, hadiahkan senyuman.

Masih gagal ?
cuba gunakan sentuhan semarakkan belaian.

Masih gagal juga ?
Tunggu saja rajuknya reda
emosi isteri bagai riak-riak air dalam cawan jangan digoncang......
buat selamba lambat laun, gelombang akan tenang air dicawan akan kita minum jua.

Tapi awas.....
kalau ternyata, rajuknya berfakta masamnya berdata,
geramnya berilmiah marahnya ada prima facieini rajuk taraf tinggi namanya perlu ditangani
berhati-hati kalau ternyata benar,apa salahnya kita terima mengaku lalu berjanji serta berikrar
" Sayang abang tak ulang lagi "
katakan
" Sayang....abang alpa "
bisikkan
" Darling.. I lupa.."
hulurkan tangan, pinta kemaafan pendekatan kasanova, tapi hati yang suci

Rajuk isteri seperti mangga muda
perisanya masam tetapi...
kalau kena cicahnya enaknya akan terasa.
ingat, api yang panas,
padam oleh salji yang dingin...

heheh :D




Tuesday, September 25, 2012

Sos Steamboat ala-ala Johnny's









Ieda Zairi
Sos Steamboat ala2 johnny's

6 biji cili merah*
2 ulas bawang putih*
3 sudu besar sos ikan*
3 sudu besar minyak bijan*
1/4 cawan cuka*
1/3 cawan kuah air tp aku guna kuah tomyam*
Garam & gula secukupnya*
1/2 sudu kacang tanah* ni aku taruk 3 bijik kacang je
Bijan
Daun ketumbar di racik2 halus
1 sudu oren sunquick*

Cara:
Masukkan bahan bertanda * di dalam pengisar. Kisar sebati. Masak di atas dapur sehingga sos menjadi sedikit pekat. Sejukkan. Bila nak hidang masukkan bijan & daun ketumbar. —









* Jom sama-sama kita mencuba....pasni boleh la makan johnny kat rumah...hari-hari pun takpe...hihihiii...








Tuesday, September 11, 2012

Himpunan Resepi Yang Best-Best...




   



APAM TEPUNG BERAS

Bahan-bahan

* 2 cwn nasi
* 2 cwn tepung gandum
* 2 cwn tepung beras
* 1 cwn brown sugar
* 3/4 cwn gula
* 2 1/2 cwn air
* 1 sudu kecil yis (mauripan)
* kelapa parut dgn sedikit garam

Cara-cara

1. blend nasi dan air sehingga hancur.
2. setelah hancur,campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
3. dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
4. selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati. Bahagikan kepada warna yg disukai.
5. perap selama 3 jam. (saya perap 1 jam jer)
6. masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
7. hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..siap!




resepi dari Suriani Osman


Saturday, August 25, 2012

Kek Keladi Yummy Yummy




Beraya tahun ni dah nekad nak buat kek keladi. Rindu betul nak makan kek yang sedap yummy yummy ni. Kalau masa duduk di Terengganu dulu pakai tempah je dah dapat makan tapi tempahnya dekat Kota Bharu....satu jer....kek ni cepat basi kalau tak letak dalam peti ais....



Meh Mia kita buat, umi dah beli keladi sebelum raya lagi masa gi ke pasar dengan abah...Kesibukan pulang beraya dan tak punya banyak masa untuk ke dapur maka belum buat pun lagi kek nih...JOM!





Dsc01385
As promised...

Created on : 29-06-2007


 





Bahan-bahan ( Saiz Loyang: 22cm )

  • KEK:
  • 250 gram sponge cake mix
  • 5 biji telur (A)
  • 1/2 sudu besar ovellatte
  • 40 ml air
  • TOPPING KELADI:
  • 1 kg keladi
  • 1/2 cawan gula
  • 3 biji telur (A)
  • 120 gram santan pekat
  • 300 ml air
  • 1/4 cawan tepung gandum
  • 20 gram tepung jagung
  • 25 gram gelatin
  • Beberapa titik pewarna ungu
  • 1/2 sudu teh garam
  • Kelapa kering sebagai hiasan

Cara-cara

  1. KEK :
  2. Panaskan oven.Campurkan semua bahan-bahan kek. Pukul dengan mixer hingga kembang. bakar pada suhu 170 darjah.
  3. Dsc01372
     Potong kek tadi kepada tiga bahagian menggunakan cake leveler atau pisau yang panjang. Kemaskan bahagian tepinya dengan memotong bahagian yang berwarna coklat.
  4. KELADI:
  5. Kupas keladi dan potong-potongkan. Rebus hingga empuk.
  6. Dsc01370
     Blend keladi dengan air dan telur. Masukkan kedalam periuk.Campurkan bahan-bahan lain hingga sebati- santan,gula,tepung gandum,tepung jagung,gelatin, pewarna ungu dan garam. Kacau hingga mendidih dan masak.
  7. Dsc01375
     Ambil satu lapis kek. Kemudian sapukan krim keladi keatasnya.
  8. Letakkan satu lagi lapisan kek dan sapukan krim keladi ke atasnya.Ulang untuk lapisan yang ketiga.Ratakan semua bahagian kek dengan menggunakan scrapper.
  9. Dsc01379
     Kek keladi yang telah siap diratakan. Taburkan kelapa kering keseluruh bahagian kek.
  10. Masukkan ke dalam peti ais. Seelok-eloknya biarkan beberapa jam sebelum dipotong supaya kek kemas dan padat.
  11. Dsc01383
     NOTA: Kek ini mengandungi santan , jadi mudah basi. Jika tidak mahu makan simpan dalam peti ais.

Sunday, August 5, 2012

Lempeng Nyior....cicah kari.



Teringat pula  semasa menetap di Kuala Terengganu dari tahun 2000-2006 dahulu, jika ke Marang pasti singgah ke sebuah restoran yang menyajikan menu Lempeng Nyior. Memang peberet lah...tak singgah tak sah rasanya. Lempeng tu disajikan seperti kita order roti canai...tapi ditukar kepada lempeng...dicicah dengan kari...




Sekarang ni jika teringin...kena lah buat sendiri. Tak jamin resepi asli dari restoran tu, tapi ini adalah resepi tradisi yang mudah dan sedap...




ni nok kabo ...lempeng org kg mmg sedap dari lempeng org bando ...amik gandum ..buboh nyor muda dengan airnya selalu ....buboh sedikit garam ...sedikit gula ...telur .lps tu adun sampai x melekat d senduk .....nk wangi lagi buboh seiris ,atau 2 hiris bawang merah ...ha ha ..ni ..acu cuba buat ...mkn saja .pn sedap ..x payoh ngn sambal sardine ....."





Resepi sempoi. tak perlu bahan-bahannya...tak perlu cara-cara membuatnya....
Kita cuba duluuuu...piece!!!!








macam-macam pun teringat time posa nih...haih!


Thursday, August 2, 2012

Catatan Citra Kesyukuran...



Sekilas catatan citra kejayaan anakku Rusydi...



video



p/s: Waduh2...sungguh tak sangka masuk tv3 malam tu...





Bersama Menteri Pengajian Tinggi...
gambar diambil dari laman web UPU/KPT




Bersama Naib Canselor UTM Prof Dr Zaini Ujang...gambar dari UPU/KPT


gambar dari laman web UPU/KPT



gambar dari akhbar...


gambar koleksi peribadi




aanakanda bersama abah...



bersama umi...







Tuesday, July 31, 2012

Itulah Ketetapan~Mu Ya Allah





TERIMA KASIH ALLAH...

......kerana seringkali memberikan hamba rezeki yang tidak pernah disangka-sangka.....

Monday, July 23, 2012

  





Apam Ice Cream

Bhan A:
250 gm tpg gndum
200 gm gula halus
1 stp baking powder
1 tbsp ovellate
4 bji telur gred A

Bhn B:
1 tsp essen rose/vanila
1/2 cwn ais cream soda

Bhn lain:
corong kertas (kon eskrim) (tengok dlm album cara wt kon eskrim)
pewarna

Hiasan:
coklat masakan
coklat rise @ colour rise @ bdam cincang


cara:

1) satukn semua bhn A n pukul smpi gebu
2) masukkan bhn B selang seli, pukul rata
3) bahagikan adunan kpd bbrpe bhgian n titiskn pewarna
4) paipkan dlm corong kertas, selang seli kn warna
5) cucukkn kon kertas yg d siap di isi pda lubang pengukus
6) kukus slma 5 mnit dgn api sederhana
7) sejukkn apam n koyakkn kon kertas

utk hiasan:

1) cairkn coklat masakn secara double boiler
2) celupkn bhgian atas apam eskrim dlm coklat cair n taburkn dgn coklat rise @ sbginya..




p/s: teruja sangat nak buat nih...jom kita pakat buat...siapa yang menjadi...umi pun baru nak cuba buat ni...hehe



kredit kepada : pengguna fb...



Thursday, June 28, 2012

soal jawab agama: untuk rujukan bersama





APAKAH hukum membaca doa solat tahajud ketika duduk tahiyat akhir sebab saya tidak ingat doanya.

RUSMAN, Pahang


SOLAT tahajud atau solat malam adalah solat sunat yang paling afdal ketika semua orang nyenyak tidur. Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sebaik-sebaik solat selepas solat fardu

ialah solat malam (tahajud).” Waktu afdal ialah pada waktu separuh akhir malam dan waktu sahur selepas terbangun daripada tidur. Solat tahajud biasa dilakukan dalam dua rakaat.

Dalam sujud terakhir dibaca doa daripada ayat al-Quran surah al-Isra’, ayat 80 yang bermaksud: “Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku ke dalam urusan agamaku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi; dan berikanlah kepadaku daripada sisi-Mu hujjah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.”

Selepas selesai solat disunatkan memperbanyakkan bacaan doa dan istighfar. Antara doanya ialah doa yang bermaksud: “Ya, Allah! Bagi-Mu segala puji, Engkau yang mengurusi langit dan bumi serta seisinya. Bagi-Mu segala puji, Engkau Tuhan yang menguasai langit dan bumi serta seisinya. Bagi-Mu segala puji, Engkau cahaya langit dan bumi serta seisinya. Bagi-Mu segala puji, Engkau benar, janji-Mu benar, (terutusnya) Muhammad adalah benar (dari-Mu), peristiwa hari kiamat adalah benar.

Ya Allah, kepada-Mu aku serah, kepada-Mu aku beriman, kepada-Mu aku bertawakal, kepada-Mu aku kembali (bertaubat), dengan pertolongan-Mu aku berdebat (kepada orang-orang kafir), kepada-Mu (dan dengan ajaran-Mu) aku menjatuhkan hukum. Oleh itu, ampunilah dosaku yang lalu dan yang akan datang. Engkaulah yang mendahulukan dan mengakhirkan, tiada Tuhan yang hak disembah kecuali Engkau. Maha suci Engkau, Tiada daya dan upaya kecuali dengan Allah yang maha Tinggi dan maha Agung.”

Doa berkenaan hendaklah dibaca dalam bahasa Arab sekiranya dibaca dalam tahiyyat akhir sebelum salam.

Sekiranya tidak dapat menguasai bahasa Arab lebih baik dibaca selepas salam dan diharuskan dalam bahasa Melayu. 

Monday, June 25, 2012

Semalam ku di kebingitan Egypt...




Malam itu, lantaran tiada apa-apa aktiviti...umi, ciksu dan paksu turun menelusuri kehiruk-pikukan bandar Egypt untuk mencari sedikit keperluan kami. Ciksu sibuk mencari kedai kaca mata hitam, paksu mencari simcard baru untuk menghubungi keluarga di tanah air...dan umi hanya mencari erti sebuah perjalanan di satu persinggahan yang begitu asing sekali...



jangan tinggalkan aku di situ....




salah satu pengangkutan awam di Egypt...mereka bebas bergerak, tiada undang-undang lalu lintas seperti di mesia...hehe




kelihatan penjaja membakar jagung di dalam tin dan kuali yang berkarat...di jalanan..
untuk mencari sesuap nasi




gerai buah-buahan...kusam...berdebu...



Roti...kebanyakannya terdedah begitu sahaja...



Bawang putih dan mentimun....



kacang...kuaci...bunga matahari...lebih tinggi dari penjual yang berdiri...




membeli...kerana teruja...




terlupa nak makan...ia menyelinap masuk ke bilik ciksu...x merasa...tak apa lah...












sekadar bergambar di hadapannya...



sinonim di mesia...mobil...



Ohh...tanpa sedar...begitu ralit mengharungi episod jalanan untuk dijadikan sebagai kenangan dan pengalaman untuk diri sendiri. Baru semalaman di sini...sudah terasa begitu rindu kepada bumi Malaya yang umi cintai...semakin cinta dan sangat mencintai bumi tanah airku tercinta kerana di bumi asing ini rupanya hanya indah khabar dari rupa.....mungkin kerana adat dan budaya kita yang berbeza....



...bersambung.....








Dairi Ziarah Umrah: Di Kaherah




Hari ke-2: KAHERAH





Selama berada di dalam penerbangan, sila pastikan kita tidak meninggalkan solat...jika situasi  membataskan pergerakan, bersolatlah dengan niat menghormati waktu solat tersebut di tempat duduk kemudian wajib qodha solat setelah sampai ke destinasi...




welcome to Cairo...




Berpijak di dunia nyata: Di Bumi Mesir...



Sebaik tiba di Kaherah. para jemaah telah dijemput oleh wakil Andalusia untuk dibawa ke hotel penginapan...Kami disambut oleh Puan Mervat H.Kefafy iaitu English Tour Guide kami yang merupakan rakyat tempatan dan beliau adalah seorang pensyarah universiti di Mesir. Beliau sangat berbudi bahasa, sangat baik hati serta peramah dan perihatin...




Umi, mak dan ciksu bersama Puan Melvat H.Kefafy aka Sharifah tour guide yang sangat berhemah tinggi...rasa bertuah dapat mengenalinya ^___^



Hotel penginapan kami selama 3 hari 4 malam di Cairo...




Selepas mendapatkan bilik penginapan masing-masing, kami dibawa bersarapan pagi di sini...




jemaah dibawa melawat menaiki bas ini ke....



3 Piramid dan 'The Sphinx'...di sini penduduk tempatan menjual cenderahati. Namun pesan dari penaja...berhati-hatilah...jangan lembut hati nanti gigit jari...





umi bersama emak, adik dan adik ipar..




...kerana bergambar berlatar belakangkan unta dan orang di belakang itu, umi dikejar minta bayaran...retis betul orang arab atas unta tu...mintak royalti bagai...huhu










ibu...engkaulah ratu hatiku...






menariknya kerana ia merupakan salah satu dari 8 benda ajaib di dunia...



Kemudian kami dibawa makan tengahari di restoran tempatan dan berehat di hotel penginapan...pada malamnya kami makan malam dan aktiviti bebas...



............................................................







Saturday, June 23, 2012

Pakej Umrah Ziarah Mesir: Cairo dan Iskandariah




Harga Pakej ini adalah bermula dari RM 5990 - RM 6590 tertakluk kepada pilihan bilik yang kita kehendaki. Maksudnya...RM 6590 (Bilik Berdua), RM 6290 (Bililk Bertiga) dan RM 5990 (Bilik Berempat/Berlima). Umi berdua dengan mak, maka kami ambil bilik berdua. Syukur Alhamdulillah....semua rezeki dari Allah.



Pengembaraan menarik:



MESIR (CAIRO)



Dikenali sebagai KAHERAH dan merupakan ibu negeri bagi Mesir. Bandar paling utara di Afrika Utara dan bersempadan dengan Libya, Sudan, Jalur Gaza dan Laut Merah. Dengan bayaran tambahan EGP100. mumia Firaun. Piramid Giza dan Sphinx. Muzium Cairo, Masjid Al-Shafei, Masjid Al-Azhar, Bazar Khan El-Khalili, Pharaonic Village, Salahuddin Citadel, Alabaster Mosque, Kilang kristal, Papyrus Institute.



ISKANDARIAH



Merupakan Bandaraya kedua terbesar di negara Mesir. Kini merupakan pusat pelabuhan utama Mesir, pusat industri tekstil dan pusat penapisan petroleum. Photo Stop di Qait Bay Citadel, Library of Alexandria, Montaza Palace, Mursi Al-Abbas Mosque, Nabi Daniel Mosque, Lukman Al-Hakeem Mosque.



PIRAMID GIZA



Piramid paling terkenal dan paling terbesar adalah Piramid Kufu yang terletak di Giza merupakana salah satu dari 8 benda ajaib di dunia. Dibina pada tahun 2600SM dan diperbuat daripada batu padu sebagai maqam Firaun. Pembinaannya dengan tenaga buruh kasar dan tanpa jentera moden mengambil masa selama 20 tahun dan menggunakan 2 juta batu blok.




Tempek sedikit gambar sebagai ingatan diri sendiri suatu hari nanti, sepanjang perjalanan ke Mesir...



Hari 1 : KL - KAHERAH
9 jam 30 minit.





kat airport KLIA sebelum berlepas with anak-anak yang menghantar umi...






sebahagian dari ahli rombongan kami seramai 40 orang...






nak pergi dah...bye-bye abah dan anak-anak umi...jaga diri baik-baik tau,
umi pergi kejap jer...doakan umi ye...♥





Doa di skrin...juga di hati nurani. Semoga selamat perjalanan kami, pergi dan kembali.






Jemaah menaiki pesawat Egypt Air ke Kaherah dan akan transit di Bangkok.





Keboringan...baca paper bahasa arab. Wahh gitew....





Bismillahirrahmaanirrahim...jom makan bagaikan lapar disorongkan nasi, hik hik





Transit di Bangkok sekejap...mak sentiasa di sisi anakanda...Insyaallah...




Selesai urusan transit di Bangkok, kembali menyambung perjalanan ke Kaherah. Penerbangan selama 9 jam 30 minit...pejam celik pejam celik, kejap makan kejap minum akhirnya tertidur juga...




Kita merancang, Allah jua yang menentukan. Hebat sungguh hikmah anugerah yang diatur oleh-Nya. Indah dan halus perancangan-Nya. Tak pernah terfikir dapat jejak kaki ke Mesir. Ziarah ke Mesir selama 3 hari 4 malam sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi kami ke Madinah seterusnya mengerjakan ibadah umrah di Mekah...





p/s:  ....entri akan bersambung ke hari-hari seterusnya pengembaraan kami selama 16 hari.....