Sunday, January 31, 2010

31 januari,2010~

Sebelum berlabuhnya tirai januari tahun ini, inginku panjatkan rasa syukur pada yang Maha Esa kerana hari ini aku masih berpeluang mengucapkan 'Selamat Hari Lahir,MAK...'yang ke 70 tahun. Terharu tatkala ku dengar suara yang selalu kurindui...kudoakan mak sentiasa dipayungi rahmat Allah S.W.T dan mendapat kebahagiaan dunia akhirat. Gembira sangat bila mak merasa tenang dan bahagia walau di mana saja mak berada...(mak,za sayang sangat pada mak!) rindu rindu rindu rindu rindu rindu sangat sangat nak berada di samping mak: mak maafkan salah silap za selama ni...maafkan segala keterlanjuran yang telah za lakukan...maafkan za mak...semoga Allah panjangkan umur mak, dimurahkan rezeki dan mak dapat apa yang mak hajati selama ini.amin amin amin ya rabbil alamin....

Sentiasa ingat pesan mak...terima kasih mak~sayang mak~

Umi doakan kebahagiaan juga pada insan-insan yang hampir dengan umi, sentiasa memberi sokongan dan menyayangi umi kiranya...semoga mereka berjaya dunia akhirat,  dipanjangkan umur dan silaturrahim ini tak  akan berhenti bagaikan air sungai yang sentiasa mengalir di muara.
Salam kasih sayang~


Wednesday, January 20, 2010

Yey!! Umi dah dapat!!!

@@tambah koleksi@@






Pada hari ahad; 17hb jan,2010

umi,cik ya dan kak ngah siap awal-awal lagi
nak temankan kak ngah
untuk urusannya
.
dari bukit jalil kami ke shah alam.
perut dah bernyanyi keroncong...
lalu kami pun mamam lah
>>>>>






mia tak ikut,
sebab
nak buat homework kat rumah.
tapi call n msg punya lah banyak..!
bertalu-talu~
kejap tya dok kat mana!
kejap suruh beli tu la..
kejap suruh beli ni laa..
adoilaaaaaa....
klu macam ni baik bawak jer tadi
.
oleh kerana mia suruh beli buku,
kami pun masuk laa ke sebuah kedai buku kat  shah alam ni.
kedai dia bawah mcD seksyen 18
(ni lepas makan mcD~pedas tu la..
cikya yang kepingin sangat
 nak makan tu..
haaa...pastu mula lah sakit perut~)

kat kedai tu umi jumpa buku yang umi cari-cari
untuk dibuat koleksi:
ni dia>>>

(yang ni beli kat karangkraf!)

(buku malar hijau ni lah dok cari lama dah..hehe)

yang ni pun ada kat situ.
suka sangat2 jumpa buku-buku karangan
prof. Dr. Hamka nih.

Lepas nih nak cari buku...
RANJAU SEPANJANG JALAN
pulak~

hehe:)))























Sunday, January 17, 2010

mak~




terimakasih mak, datang~

sesungguhnya jika anak merindui mak...dengan segala kepayahan, mak akan berusaha datang;
tetapi bila emak merindui anaknya...hanya mampu berbisik pada sang bayu yang gemersik...
~Ya Ilahi...sampaikan salam rindu ini>>>

Friday, January 15, 2010

makannnn...jer!


(yang ni kat restoran kapilla: kelate)
~demo loni x serupo mulo~






umi,mia>>mana??Ops!foto lama..





KAN>>>DAH GEMUK!!!
UMI>>>>





































Thursday, January 14, 2010

selamat ulang tahun sayang~


HAPPY BIRTHDAY TO SARAZAQEA

selamat hari jadi...
selamat hari jadi...
s.e.l.a.m.a.t.h.a.r.i.j.a.d.i.k.n.g.a.h
selamat hari jadi...
yang ke-19

semoga tahun ini memberi segala kemanisan 
sebagai tahun terakhir era belasan  
pasti tak akan berulang...
usia di belasan;
dengan harapan
hari jadi  
yang ke~
 s.e.m.b.i.l.a.n.b.e.l.a.s
tahun..
menjadi memori terindah
penuh kesyukuran
dalam menjejaki langkah
mendatang...




UMI SAYANG KAK NGAH SANGAT-SANGAT TAU!!!


(eheheh...lupa nak rotate)

duhai cintaku
semoga dirahmati Allah selalu.
umi doakan.

p/s: dah masuk 19 tahun rupanya anak umi ni, begitu cepat masa berlalu, umpama air tenang lalu meniti tirai-tirai dedaun yang sedang mekar menghias taman… semoga Allah merahmati dirimu, panjangkan umur, murahkan rezeki, dan  tenang dalam nikmat Islam dan Iman, InsyaAllah…

SELAMAT HARI LAHIR

ANAKKU SAYANG;

INSYAALLAH; esok kita raikan,

sebelum tu nah~tiup lilin tu dulu~hehee..

( :12:00 am: 15/1/2010:)


 

   

kalau aku bisa jadi burung..

kalau ku bisa jadi burung
kan ku tinggalkan kesepian
seperti malam ini

dengan berbunyi merdu
aku terbang menuju
kepada kekasihku
dengan senyum di bibirku
aku ketuk daun pintu rumahmu.

aku tahu 
kau pasti terharu
menatap senyum manisku
dan kau pasti tahu
aku datang dengan penuh rindu.
izinkanlah aku sayang, ku renungi sinar matamu
biar hilang rindu dendamku.

andai ku bisa 
jadi burung
alangkah beruntung!


s.e.k.a.d.a.r.
h.i.k.a.y.a.t.s.a.n.g.b.u.r.u.n.g
(kurindukan anakku;sesungguhnya)

Wednesday, January 13, 2010

kangan bangat sama kamoo..


idiii...
apa khabar
kenapa tak call umi...
umi teringat sangat2 kat idi
idiiiiiiiiiiiii!!!!
call laaa umiii...


````````````````````````````````

Bertuturlah cinta
Mengucap satu nama
Seindah goresan sabdamu dalam kitabku
Cinta yang bertasbih
Mengutus Hati ini
Ku sandarkan hidup dan matiku padamu

Bisikkan doaku
Dalam butiran tasbih
Kupanjatkan pintaku padamu Maha Cinta
Sudah di ubun-ubun cinta mengusik resah
Tak bisa kupaksa walau hatiku menjerit

Ketika cinta bertasbih nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud syukur padamu atas segala cinta


````````````````````````````````

Bisikkan doaku
Dalam butiran tasbih
Kupanjatkan pintaku padamu Maha Cinta
Sudah di ubun-ubun cinta mengusik resah
 tak bisa kupaksa walau hatiku
menjerit!    


Tuesday, January 5, 2010

asmaa ul husna

1. Ar-Rahmaanu : Maha Pengasih
2. Ar-Rahiimu : Maha Penyayang
3. Al-Maaliku : Maha Merajai
4. Al-Qudduusu : Maha Suci
5. As-Salaamu : Maha Menyelamatkan
6. Al-Muminu : Maha Pemelihara Keamanan
7. Al-Muhayminu : Maha Penjaga
8. Al-Aziizu : Maha Mulia
9. Al-Jabbaaru : Maha Perkasa
10. Al-Mutakabbiru : Maha Mega
11. Al-Khaaliqu : Maha Pencipta
12. Al-Baariu : Maha Pembuat
13. Al-Mushawwiru : Maha Pembentuk
14. Al-Ghaffaaru : Maha Pengampun
15. Al-Qahhaaru : Maha Pemaksa
16. Al-Wahhaabu : Maha Pemberi
17. Ar-Razzaaqu : Maha Pemberi Rizki
18. Al-Fattaahu : Maha Membukakan
19. Al-Aliimu : Maha Mengetahui
20. Al-Qaabidhu : Maha Mencabut
21. Al-Baasithu : Maha Meluaskan
22. Al-Haafidhu : Maha Menjatuhkan
23. Ar-Raafiu : Maha Mengangkat
24. Al-Muizzu : Maha Pemberi Kemuliaan
25. Al-Mudzillu : Maha Pemberi Kehinaan
26. As-Samiiu : Maha Mendengar
27. Al-Bashiiru : Maha Melihat
28. Al-Hakamu : Maha Menetapkan Hukum
29. Al-Adlu: Maha Adil
30. Al-Lathiifu : Maha Lemah Lembut
31. Al-Khabiiru : Maha Waspada
32. Al-Haliimu : Maha Penyantun
33. Al-Azhiimu : Maha Agung
34. Al-Ghafuuru : Maha Pengampun
35. Asy-Syakuuru : Maha Menghargai
36. Al-Aliyyu : Maha Tinggi
37. Al-Kabiiru : Maha Besar
38. Al-Hafiizhu : Maha Memelihara
39. Al-Muqiitu : Maha Pemberi Kecukupan
40. Al-Hasiibu : Maha Menghitung/Penjamin
41. Al-Jaliilu : Maha Luhur
42. Al-Kariimu : Maha Pemurah
43. Ar-Raqiibu : Maha Peneliti
44. Al-Mujiibu : Maha Mengabulkan
45. Al-Waasiu : Maha Luas
46. Al-Hakiimu : Maha Bijaksana
47. Al-Waduudu : Maha Pencinta
48. Al-Majiidu : Maha Mulia
49. Al-Baaitsu : Maha Membangkitkan
50. Asy-Syahiidu : Maha Menyaksikan/Mengetahui
51. Al-Haqqu : Maha Benar
52. Al-Wakiilu : Maha Memelihara Penyerahan
53. Al-Qawiyyu : Maha Kuat
54. Al-Matiinu : Maha Kokoh/Perkasa
55. Al-Waliyyu : Maha Melindungi
56. Al-Hamiidu : Maha Terpuji
57. Al-Muhshii : Maha Penghitung
58. Al-Mubdiu : Maha Memulai
59. Al-Muiidu : Maha Mengulangi
60. Al-Muhyi : Maha Menghidupkan
61. Al-Mumiitu : Maha Mematikan
62. Al-Hayyu : Maha Hidup
63. Al-Qayyuumu : Maha Berdiri Sendiri
64. Al-Waajidu : Maha Menemukan/Kaya
65. Al-Maajidu : Maha Mulia
66. Al-Waahidu : Maha Esa
67. Al-Aahadu : Maha Esa
68. Ash-Shamadu : Maha Diperlukan
69. Al-Qaadiru : Maha Kuasa
70. Al-Muqtadiru : Maha Menentukan
71. Al-Muqaddimu : Maha Mendahulukan
72. Al-Muakhkhiru : Maha Mengakhirkan
73. Al-Awwalu : Maha Awal/Pertama
74. Al-Aakhiru : Maha Akhir/Penghabisan
75. Azh-Zhaahiru : Maha Nyata
76. Al-Baathinu : Maha Tersembunyi
77. Al-Waali : Maha Menguasai
78. Al-Mutaaali : Maha Agung/Suci
79. Al-Barru : Maha Dermawan
80. At-Tawwaabu : Maha Menerima Taubat
81. Al-Muntaqimu : Maha Penyiksa
82. Al-Afuwwu : Maha Pemaaf
83. Ar-Rauufu : Maha Pengasih
84. Maalikul Mulki : Maha Menguasai Kerajaan
85. Dzul Jalaali wal Ikraami : Maha Memiliki Kebesarandan Kemuliaan
86. Al-Muqsithu : Maha Adil
87. Al-Jaamiu : Maha Mengumpulkan
88. Al-Ghaniyyu : Maha Kaya
89. Al-Mughniy : Maha Pemberi Kekayaan
90. Al-Maaniu : Maha Menolak/Membela
91. Adh-Dhaarru : Maha Pemberi Bahaya
92. An-Naafiu : Maha Pemberi Manfaat
93. An-Nuuru : Maha Bercahaya
94. Al-Haadi : Maha Pemberi Petunjuk
95. Al-Badiiu : Maha Pencipta Yang Baru
96. Al-Baaqii : Maha Kekal
97. Al-Waaritsu : Maha Mewarisi
98. Ar-Rasyidu : Maha Cendekia
99. Ash-Shabuuru : Maha Penyabar
jom kita pakat hitung sama-sama~