Friday, December 23, 2011

Nasi Kapit Sambal Nyiur

Bahan-bahan untuk Sambal:

A;

Kelapa parut 1 biji (digoreng sampai garing)

B;

5 ekor ikan selayang (rebus ambil isinya)
5 batang serai (hiris)
5 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 inci halia
2 keping gula nisan/ gula melaka
Garam secukup rasa

Cara:

1. Kisar bahan B kemudian an gaulkan dengan kelapa parut yang telah digoreng.
2. Gorengkan semua bahan di atas api sampai kering. Masukkan perasa.Kalau kurang manis tambahkan lagi gula melaka kerana sambal nasi impit lebih sedap jika rasanya sedikit manis.
3. Sejukkan dan kisar dengan kisaran kering agak-agak separuh lumat.
4. Sedia dimakan bersama nasi impit.

Sumber: resepimudahlazat.blogspot.com & fromthekitchentohisstomach.blogspot.com/




Kredit kepada sahabat di facebook yang telah berkongsi resepi yang diidamkan ini. saya nak cuba buat sambal nasi kapit ni. Teringat arwah kakakku Wan Kelethum dan tok Bukit Payung yang selalu buat sambal ni...sememangnya ssangatlah sedap. Saya tak sempat belajar dari mereka walaupun dikatakan senang dan ringkas sahaja. Saya sangat teringin menjadi masterchef dalam membuat sambal kegemaran saya ini. Saya perlu belajar!




terima kasih pemberi maklumat.


Terima kasih.



Thursday, December 22, 2011

Poi Pokan...Kuala Pilah

Sehari ku di Negeri Sembilan.


pinjam gambar dari facebook jap...peace....


Selepas menghantar abah ke Taman Rekreasi Ulu Bendul untuk bermesyuarat di situ, kami berlalu ke pokan kuala pilah, hajat hati hendak memberi pendedahan tentang keunikan kehidupan masyarakat dan penempatan di situ kepada anak-anakku Sara dan Mia. Sangat teruja nak pergi tunjuk ex-rumah yang pernah kami duduk di situ suatu waktu dahulu di Jalan Bukit, Kuala Pilah. Sepertinya tiada banyak perubahan, tetapi agak terbiar. Tiada lagi kemeriahan sepertimana kami menetap di situ dulu. Suasana di bandar lama itu pula simpang siurnya masih sama. Tak ralat sangat memandu menyusur jalanan. Umi bercerita kepada Mia dan Sara di situlah tempatnya umi belajar memandu kereta pada tahun 1989 dahulu. 


Bermula dari 8.00 pagi; kami berlegar-legar mencari gerai makan untuk bersarapan..kami makan nasi lemak sahaja pagi itu. Kemudian kami menghala semula ke Ulu Bendul. Di Tanjung Ipoh kami membeli buah durian di jalanan. Beli 4 biji untuk 10 ringgit tapi bila  umi minta pakcik tukang jual itu belah durian tu, dah jadi sebaliknya...2 biji 10 ringgit, Eh! Mana aci...mahal tuu..


Umi memang hantu durian. Memang suka makan durian. Tanpa berlengah-lengah terus berhenti kereta untk santap durian dulu sebelum bersiram mandi-manda di Taman Rekreasi Ulu bendul. Oh! Kami bersiram bagai nak rak. Sejuk macam mandi ais! Menariknya di sepanjang sungai ulu bendul ini ada 'Kepala Air.' Kami diingatkan supaya berhati-hati kerana dalam keasyikan bermandi-manda itu harus berjaga-jaga keselamatan diri. Bila-bila masa sahaja tragedi Kepala Air itu boleh terjadi. Wajarlah diletakkan signbord besar di situ untuk pengunjung mengetahui apakah itu kepala air. Baca, faham dan akur! Ya..kawan-kawan...


Selepas mandi manda dengan kesejukan yang menggigil, kami naik kerana tak tahan sejuk sangat macam berendam dalam ais. Kami mendapat maklumat bahawa abah akan selesai meeting lebih kurang pukul 4.00 petang. Oh! Boringnya menunggu. Abah kata pergilah round-round dulu. Bawa anak-anak ke Muzium Istana Seri Menanti ke...


Kami pun pergi semula menghala ke pekan Kuala Pilah. Di sepanjang jalan pula seperti dipenuhi bunga-bunga kerana banyak sungguh buah rambutan masak. Macam bunga. Merah dan kuning. Meriah sungguh. Kalaulah itu kampung halaman kami, oh! terujanya nak jadi warga yang pemurah...janganlah bakhil sangat nak jual buah-buahan tu mahal-mahal sangat.


Tanpa sedar kami telah sampai di Istana Seri menanti yang gah dengan rekabentuk Minangkabau. Kami mendaki anak tangga istana purba di Seri Menanti hingga ke puncak tertinggi istana lama itu. Hati kami begitu berdebar-debar walaupun sebenarnya kami hanya memberanikan diri menjejak istana yang menyimpan banyak kisah itu. Dan cerita yang pernah dimomokkan pula adalah kisah seram. Macam tak percaya kami melangkah di setiap penjuru istana yang penuh nostalgia itu dengan berani. Kami menyusur menaiki tangga-tangga kayu dengan kecondongannya 180 darjah untuk sampai ke tingkat paling atas istana itu.  Sungguh sunyi dan seram. 


Menariknya, asal dipanggil minangkabau itu adalah bermula daripada kemenangan orang melayu bertanding kerbau. Maka jadilah menang kerbau itu minangkabau.


Banyak lagi nak cerita dan letak gambar...tapi nanti dulu...nak keluar jap...ada hal...hehe...

Monday, December 19, 2011

Video Adly Mukhtar, Aqif Azizan di Meja Bulat Astro Awani; 9 Dis 2011

Semasa dalam perjalanan balik dari Melaka Bandaraya Bersejarah, tetiba umi mendapat satu sms dari Adly Mukhtar mohon sokongan dan doa dari rakan-rakan untuk sama-sama menyaksikan rancangan Meja Bulat di Astro Awani channel 501 jam 8.15 malam pada 9 Disember, 2011. Beliau dan Aqif Azizan akan bersiaran selama satu jam bagi mengupas isu yang agak sensitif mengenai 'Mengejar Kejayaan hidup' bersama seorang doktor/professor...


Umi tunggu dan sempat merakam tapi tak sepenuhnya. Rakam secara manual sekerat-sekerat sebab tangan lenguh. Watlek Watpis. Hero Tak Gadoh...bak kata sara...:p


video


video



video



video

isu drop-out yang diketengahkan memang menarik perhatian.
Semoga terus melakar kejayaan di dunia dan di akhirat. Amin.


sweet sangat!!

*teruja dan terharu*



Rasa terharu sangat sampai menitiskan airmata dengan catatan dari kakak aka Arisya anak saudara umi yang cute, perihatin, tak pernah bantah cakap parents, sweet, sentiasa mengalah dengan kerenah adik2 sebagai kakak sulong yang best, sentiasa menolong mummy, minat dan rajin ke dapur,  bijak, lemah lembut, semua ada padanya...


Terima kasih papa dan mummy yang sentiasa menyokong dan merestui kasih-sayang umi dengan anak-anak mummy...sejak mereka dilahirkan, bukan sedikit kesabaran papa dan mummy menangani kerenah mereka yang sentiasa rindukan umi yang jauh ini. Tahniah mummy! Semua itu datangnya dari Allah dan kita-kita sahaja yang memahami apa yang telah kita lalui dalam mengharungi erti kasih yang tak bertepi. Ajaib sungguh kasih sayang antara kami.



Alkisahnya; hari ini papa n mummy dah janji dengan kakak n adik reen nak singgah umah umi. Diorang ni pantang sebut nama umi...kalau tengah moody pun terus jadi okey. senyum-senyum semewek selalu kerana suka sangat...Diaorang sefamili dalam mode bercuti sakan kerana papa n mummy mereka bawa anak-anak jalan-jalan makan angin dari kedah ke perak, kuala lumpur, johor dan melangkah masuk ke kota singa!


Dua hari mereka di johor dan singapore, balik tetap singgah ke teratak kami. Budak-budak tu dilanda ombak rindu kata mummynya...heheee...


Tadi papanya nak beransur pulang, tetiba je cuaca mendung berarak, maka turun hujan dan tempias di wajah anank-anak manis ini kerana belum puas melepas rindu di sini. Adik sudah mengeraskan diri. Umi  pujuk nak dukong pun dia sudah mula keliru, risaunya takut umi olok2 berbaik kemudian umi bawa masuk kereta papa Takk...!!! umi pun belum puas main-main dengan adik...umi nak dukong sebab nak ajak bergambar tadi...kami bergambar kenang-kenangan bersama mummy, awisy, kakak, umi dan adik reen. Kerisauan untuk pulang tenang seketika. Tapi tak sempat nak upload lagi sebab gambar tu ada dalam camera...kak ngah nak upload nanti...ok.


Kakak sedikit protes dalam diam, katanya " alaa...kakak baru nak melukis..." kemudian kakak dilihat mendiamkan diri di atas katil sambil menulis dan melipat kertas kajang... tetapi tetap akur bila mummynya cakap..."kakak, cepat la...kesian papa penat menunggu, nanti kita datang lagi umah umi..." pujuk mummy bertalu-talu.


Selepas episod meragam adik yang agak lama tetapi dapat dilenturkan tangisannya dengan pujukan "nanti umi pergi ke rumah adik dan kakak pula..." janji umi. Barulah mereka agak tenang. Selepas mereka permisikan diri...kak ngah perasan...kakak telah meninggalkan nota ini buat kami sekeluarga. ----->>>


♥ sweet sungguh ♥


Iye...nanti umi kena tunaikan janji untuk ke rumah syasya, adik reen n awisy pula. Itu janji umi. Dengan budak-budak tak baik mungkir janji, mereka akan ingat sepanjang hayat. bahaya tau!


gambar-gambar kami akan diletakkan kemudian...ngantuk dah...lagi pun ada dalam camera, tunggu kak ngah settlekan, nanti mummy pun nak tag juga kat fb....wuhuhu...semoga kita dipanjangkan umur bertemu lagi di tahun hadapan. Insyaallah.



Bye, salam sayang dari umi ♥
Wassalam.

Saturday, December 17, 2011

bersantai...




Derasnya masa berlalu meninggalkan kita. Hampir setahun menempuh suka dan duka, pahit manis kehidupan dengan senyum, tawa dan tangis. Cukup lengkap asam garamnya, pahit manis, duka gembira, kejutan, musibah dan segala-galanya. Namun tetap bersyukur kepada Allah kerana diberikan kekuatan untuk mengharunginya. Segala yang terjadi saya serahkan pada-Nya, kembali pada-Nya mencari kekuatan diri, menginsafi kekurangan dan kesilapan yang dilakukan, sama ada sedar atau tidak. Kadangkala kita tertanya-tanya bagaimana aku dapat melalui semua ini?
Kematangan fikiran, kejernihan hati dan keterbukaan sikap menerima apa-apa yang datang, membuat kita kuat dan tabah. Yakin Allah sentiasa bersama kita. Allah sentiasa ada. Semoga esok lebih baik dari hari ini. SELAMAT TINGGAL 2011!

Thursday, December 15, 2011

Laju-laju buaiku laju....




Laju Laju … Buaiku laju…
Pohon beringin tegaknya tinggi
kalau rendah menyapu bumi
penghibur aku menolong aku
bertiuplah oh angin bayu
laju laju buaiku laju
akulah anak yatim piatu

Laju Laju… buaiku laju..
pohon beringin daunnya rendang
akar berjalur cecah ke bumi
hatiku ingin hidup gemilang
nasib malang suratan diri
hidupku tidak beribu
akulah anak yatim piatu




























p/s: tadi main2 dengan bunga raya, habis melekat stigma kuning tu kat baju umi...huhu


Ummi ummi ummi...oh terbaik..ummi...ummi...ummi

Penghujung November, 2011:


balik kampung...


Umi balik kampung. Naik bas jam 10.00 malam seorang. Nasib baik naik Mahligai. Lena bermimpikan permaisuri naik mahligai bergemerlapan. Jam 5.00 pagi sampailah di Jerteh. Dijemput abang dan anaknya yang menyorok nak surprisekan umi. Dengar-dengarnya anak-anak saudaraku tak lena tidur menantikan kepulangan umi ke kampung. Terima kasih kak yong, nyanyah, kak lang, abang dan adik. Umi pun sayang kamu juga. Oh!Terharu.


Kepulangan kali ini amat bermakna. Rindu yang saban hari singgah di sudut hati kepada kesemua adik beradikku, dapat kuleraikan. Kami berkumpul tanpa orang luar. Kami berbincang demi kesejahteraan...demi mencari kesepakatan. Apa yang kami dapat adalah dipermudahkan segala urusan. Alhamdulillah. Terharu lagi.


Syukurku dengan kehadiran anak-anak saudara kecilku yang begitu menyayangiku. Tiada apalah yang dapat ku persembahkan buat mereka selain sepenuh kasih sayang yang tak terbendung lagi...Mereka menyayangiku pun sudah cukup memberi kekuatan untuk meneruskan hidup. Buat peminat setia umi, kakak (syasya), adik (reen) n baby (awisy)...mereka tak pernah lupakan ummi. Mummy selalu cakap kerinduan mereka terhadap ummi. Di siang dan malamnya mereka selalu memaasang lagi ini yang ditujukan kepada umi. Sangat terharu! Mari kita tengok lagu apakah itu --->






Ya...mereka tak pernah jemu menyebut nama umi sehinggakan mummy mereka akan berseloroh....sebutlah mummy getek....janganlah ummi sajaaa...ekekekekee....


Begitulah budak-budak. Bukan senang nak memenangi hati mereka sampai melekat rindu begitu sekali. Itulah yang dikatakan aura spiritual yang di anugerahkan-Nya. Aura antara kita saling berhubung. Syukurku kepada-Nya kerana telah menjadikan aku alat untuk menebarkan aura kasih sayang ini sejauh itu. Dan akulah bahan itu.
Lagi lagi lagi terharu.



Syukurku bertalu-talu.
Sekian.

Terharu...





Ohh...

Sangat familiar dengan pelakon serta prop dalam video ini...selamat maju jaya anak-anak umi =)
Beri sokongan moral kepada mereka dengan meng~like~kan video ini di youtube...

Wednesday, December 14, 2011

Hari Tanpa Kata...





p/s: sekilas menumpang lawatan sambil kerja..


Sunday, December 11, 2011

Punah

Huhuu...rano la layout blog umi jadi gini...nampak pelik, garis-garis makin mengecil!
Tak best! urmm...nak tukar layout baru tapi tak reti.


tak yah berblogging pun tak pe kalau macamni

Saturday, December 3, 2011

aku tak malu


jika engkau bertanya sepedih apa hidupku cukup tatap mata ini dan kau rasakan dan kau rasakan ku ikhlaskan kerana apa adanya aku tanpa aku harus mengeluh karena ku yakin Tuhan lebih tau ini terbaik untukku.....tak perlu lagi ada air mata hidupku belum habis semua karena ku yakin Tuhan masih ada dan akan slalu ada......aku malu padamu tahu kekuranganku tapi aku lebih malu bila Tuhan tahu ku tak terima hidupku ku ikhlas apa adanya aku tanpa aku harus mengeluh karena aku yakin Tuhan lebih tahu ini terbaik untukku tak perlu lagi  ada air mata hidupku belum habis semua karena ku yakin Tuhan masih ada dan akan selalu ada.....

Friday, December 2, 2011

Cantik





kredit : sesipa yang telah berusaha memuat turunkan doa dhuha ini, semoga mndapat keberkatan dariNya. Niat di hati hanya Allah sahaja yang tahu. Semoga tiada dikatakan riak atas perkongsian ini.

Sunday, November 27, 2011

Hari ini , esok , semalam dan selamanya...


jangan pura-pura yer :b


Tuesday, November 22, 2011

Menghargai..



Tanpamu...


Selamat Pagi Semua
Dengarkanlah nada Suara dan irama
Yang menyakitkan telinga
Embun pagi yang lembut
Menyentuh pipi yang gebu

Tanpamu
 Ku kan terlewat
Tanpamu
Ku kan sedih
Kerana kau lah penyelamat
Dan akan sentiasa di hati
Saat 7 pagi
Akan ku tersedar
Mungkin kerana kau
Aku dapat merasa
Embun pagi yang lembut
Menyentuh pipi yang gebu
Waktu pagi diriku
Hingga pagiku sambut
Tanpamu
Ku kan terlewat
Tanpamu
Ku kan sedih
Kerana kau lah penyelamat
Dan akan sentiasa di hati
Tanpamu
Ku kan terlewat
Tanpamu
Ku kan sedih
Kerana kau lah penyelamat
Dan akan sentiasa di hati
Tanpamu
Ku kan terlewat
Tanpamu
Ku kan sedih
Kerana kau lah penyelamat
Dan akan sentiasa di hati
Tanpamu
Kerana kau lah penyelamat
Dan akan sentiasa di hati

Semoga silaturrahim ini akan terjalin dengan ruh kasih sayang, walau kita tidak pernah mengenali dan mengetahui apa yang tersirat di hati...umi amat menghargai kehadiran kalian. 
Ingatlah...umi hanyalah insan biasa yang tidak lari dari melakukan kesilapan.
Yang baik itu dari Allah, dan yang buruk itu pula dari kesilapan diri hamba yang dhaif ini.
Sesungguhnya kesempurnaan sifat itu hanya milikNya.


Tanpamu...
Apalah yang dapat umi ucapkan selain dari 
jutaan terimakasih
kerana kesudianmu hadir
di celah sepiku
membawa sejambak bunga harum
dan menghias kamar sempitku
menjadi istana kecil yang 
wangi dan segar.

Maafkan salah silap umi...



“Demi MASA. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali yang beriman dan yang beramal soleh.
Yang berpesan-pesan dengan KEBENARAN. Yang berpesan-pesan dengan KESABARAN”.


terjemahan surah Al-Asr

L♥VE IS TELLING EACH ♥THER A THOUSAND THINGS WITHOUT TALKING




Walk-Walk Eat Air...Pheww :P





K♥SIH S♥Y♥NG MENZ♥HIRK♥N BERIBU-RIBU PERK♥T♥♥N T♥NP♥ DIL♥F♥ZKAN



FOLLOW ME


FOLLOW LOVE





Monday, November 21, 2011

Mimpi Bulan Dipagar Bintang...

Artis & Kebendaan
#sila ambil iktibar#


Siti fikir semua orang pernah baca atau dengar tentang hantaran kahwin artis, hadiah kahwin artis, beg tangan artis, kasut tumit tinggi artis dan kereta mewah pemberian suami artis. Semuanya hebat-hebat belaka. Kalau kita tengok dari sudut “kekayaan”, artis kita tak sengkek. Artis kita hidup dilimpahi kebendaan setaraf artis Hollywood.
Ada artis dapat hadiah perkahwinan berbelas juta. Bukan juta rupiah tapi juta ringgit. Siti fikir kalau kebahagiaan boleh diukur dengan kebendaan yang ditunjuk itu, artis kita yang paling bahagia. Mereka memiliki wang ringgit dan kemewahan hidup, semua itu ditunjukkan kepada peminat. Seolah-olah itulah matlamatnya.
Peminat pun bermimpi nak jadi artis. Mereka ponteng sekolah, yang lulus periksa pula tak nak sambung belajar sebab nak jadi artis. Ada mak bapa yang terasuk dengan budaya kebendaan ini rela membimbing anak menjadi artis. Kesian budak itu mana tahu yang dipilihnya tepat atau tidak. Tapi bagi sesetengah mak bapa, ini adalah pelaburan.
Siti melihat sebahagian besar artis kita menyuburkan budaya kebendaan. Semuanya diukur dengan benda. Berapa banyak banglo, kereta mewah, beg tangan mewah yang sama dengan harga sebuah kereta Kancil. Maka akhirnya ukuran manusia adalah harta benda bukan budi pekerti. Siti tak fikir artis tidak boleh hidup mewah waima punya kereta panjang macam keretapi. Tapi tak usahlah memperagakan kepada umum. Tak usah menjadikan kebendaan itu matlamat dalam hidup.
Siti fikir banyak buruk dari baiknya kalau hidup diburu kebendaan. Kita dengan sendirinya mengukur orang lain dengan kebendaan. Masyarakat pun mula menilai orang dari sudut pandangan kebendaan.
Maka apabila orang melihat ada artis yang makan di gerai, tinggal di rumah teres atau tak memandu kereta mewah, mereka anggap ini adalah luar biasa. Artis pun takut untuk dilihat “luar biasa”. Mereka pun cuba menzahirkan mimpi-mimpi indah jutaan peminat yang menyanjungi kebendaan yang dia miliki.


Kredit untuk Siti Jarum.


Saturday, November 19, 2011

Video Peristiwa Langit Terbelah Dua Di Kalimantan 15/11/2011





Fenomena Langit Terbelah Dua di Kalimantan Barat


  • PDF


Pesanan ini


Pesanan Terakhir Rasulullah s.a.w.

Ketika Rasulullah SAW mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijarah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, di antara isi dari khutbah terakhir Rasulullah SAW itu ialah:

“Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

“Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

“Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

“Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

“Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.

“Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

“Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur’an dan Sunnahku.

“Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu.”



 Pesanan ini ku terdengar di IKIM semasa aku sedang memandu, sesampai di rumah aku segera mencari di google. Aku berbuat begitu kerana aku ingin menghayatinya kerana dengan hanya mendengar aku akan tertinggal...aku hanya insan biasa yang penuh dengan sifat ketidaksempurnaan.  Gembira sangat apabila mendapat PESANAN TERAKHR ini lalu aku ingin simpan supaya senang dicari pada bila-bila masa pun...

Tiada esok bagimu...




Sejenak merenung diri sendiri:


Enam alam yang kita lalui:


1) Alam Ruh
2) Alam Rahim
3) Alam duniawi
4) Alam Barzakh
5) Alam Masyhar
6) Alam Syurga



Kita ini umpama warga akhirat yang sedang mengembara di hutan belantara, memerlukan kompas untuk mengemudi kehidupan yang penuh dengan dugaan, menuju ke tiga alam yang masih berbaki iaitu alam barzakh, alam mahsyar dan alam syurga. Hargailah detik yang masih bersisa untuk mengumpul amalan sebagai bekalan kerana alam fana ini sahaja masa untuk kita berusaha menyemai akar kebaikan yang bakal dituai di negeri yang kekal...

Ayuh! Usah bertangguh lagi...tiada esok bagimu!!!