Friday, October 29, 2010

Lirik lagu bola kelate



Dengan 60,000 tiket sudah habis dijual, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memperuntukkan 15,000 lagi untuk dijual di Stadium Nasional bermula jam 9 pagi, sabtu ini.


olek olek olek olek
----------------------------


olek olek olek olek
olek olek olek olek
olek olek olek olek
olek olek olek olek

kito anak kelate
bako ore berani
bila masuk pade
kito gomo sengoti


Mulo-mulo dengar ingat ko dio kato
ole ole ole ole
serupo ore luar kecek
pahgak baru pahe
ghuponyoh oleq bola bia masuk gol
hehe...lampi sunggoh laa es...

bakpo umi nih,
semangat molep letak lirik nnanggo
benarnyoh tadi gi ambik anok dekat-dekat stadium bukit jalil tuh,
duk ngaji di IMU
pahgak aura bola esok nyoh mari slalu
sohih tak gi doh esok takut jeng
lagi pong fobia nga jeng nih...mace-mace jenis jeng
mujur anok abih ngaji hari ni, tak brebut nok gi bukit jalil ngan ore hok nok tengok bola.
takpo la...dengar-dengar kaba jah esok deh
tengok siaran langsung dale tibi lagi besh.
hukhukhuk.
tok som etep gi situ.
go more go more



sajo nok update blog jah niiii...
koksey kokdam


p/s: lautan merah di Stadium Bukit Jalil, harap-harap tidak akan mempengaruhi pensyarah-pensyarah IMU tukar loghat klate pulop time ngajar...hahahaa.

Gambar sekitar Giant Seri Kembangan tu...



Ngah...kalau nak buat apa-apa tu, silakanlah guna internet kat vista dulu. Kat rumah kita sekarang ni internet memang teruk. Nanti kalau dah balik tak siap pula kerja dek penangan internet yang bikin orang tension ni...



Sambil-sambil buat kerja tu, jangan lupa intai-intai blog umi yang sengaja nak dedicated kat kak ngah atas permintaan ...wah...wah...perasan...gambar-gambar dan cerita tentang apa yang ada kat giant yang umi pergi kemaren. Huh! kecohnya umi pasal internet 'jeng' bukan apa geram juga sebab dari petang kemaren usahkan nak upload gambar, abah nak buat kerja dia pun tak boleh...


Eleh...macam la tak pernah pergi GIANT...
kecoh arrr...


terhendap-hendap juga cari jalan masuk...
first time pergi kat giant baru buka ni...


waaahh! Besar gak eh....


ini salah satu pintu masuknya...



masuk-masuk terus terpampang kedai PEACE hehee...


umi dah tersangkut pada baju ni...sampai berjam-jam dok borak dengan pemilik kedai ni borak pasal bisness...kak As. Nasib umi gi jalan-jalan buka jugak minda umi pasal dunia yang umi minat tu, jangan jeles yer...umi dah beli yang ni...ramai yang datang pegang-pegang cakap cantik...pastu tuan kedai kata...baju ni dah berpunya!



Giant tetap giant...sama je kat mana-mana pun...tapi yang ni boleh umi kategorikan sama besarnya dengan Giant Kinrara!
Besarlah tuh...



Haaa.....yang ni paling mengujakan impian umi!



Oke. Nanti kak ngah, kak long, mia, idi balik...kita gi sama-sama. Kat situ ada secret recipe dan umi belum explore abis-abisan lagi sebab nak cepat nak balik memasak. Tapi umi tak berapa berkenan dengan ikan,sayur, semua kat giant tu...haa...nak yang segar-segar sila pergi ke pasar borong kat sebelah ye...beroperasi 24 jam tue....argh...tepuk dada tanya selera ya tuan-tuan dan puan-puan....


Oh ya...rupanya senang saja nak pergi sini ada shortcut ikut jalan belakang... lalu kot Klinik Qistina tu lagi dekat dan tak jeng nanti di lain kali! Umi balik kot situlah....


Sebenarnya yang menjadi excited sangat ni sebab Giant Seri Kembangan ini dekat sangat dengan kediaman kami. Buka jer gate dah nampak terpampang kat depan mata. Alhamdulillah satu demi satu kemudahan berada di sekitar tempat tinggal kami seperti Pasar Borong, Jusco, Putrawalk, Giant, Bazar Rakyat dan macam-macam...dengar-dengar nanti nak dibangunkan shopping complex cawangan 'Curve' di OU tu kat sini dan Terminal bas...sama-sama kita nantikan. Kawasan sekitar di sini pun sunyi umpama berada di perkampungan....Alhamdulillah bersyukur seadanya walau rumah kami kecil sahaja.


Alhamdulillah.....


Oke nak kuar dulu...nak pergi jemput puteri tercinta...

pendapat peribadi: best jusco lagi!

Thursday, October 28, 2010

Giant Seri Kembangan



Pagi-pagi tadi cuaca nampak mendung, sidai kain kat dalam takut hujan.
Sekarang ni panas membahang. Tak jadi hujan, kain pun dah kekeringan trang tang tang!


Rasa mual nak pitam kemalasan nak keluar rumah. Sampai ke saat ini, dah berpuluh dekat ratus kali aku menyelak langsir, intai kalau-kalau ada sesiapa yang balik. Boring sungguh keseorangan.


Sudah beratus kali aku mengajak diriku menjejakkan kaki ke Giant Seri Kembangan yang baru dibuka itu. Tapi mood sangat menghalang. Berat hati nak berjalan bila keseorangan. Malas sungguh. Sudah hampir seminggu berlalu. Tak juga aku kepingin memaksa kakiku ke situ. Alah bukannya penting sangat pun...kalau tak ada lauk, pasar borong pun dekat, sebelah Giant tu jugak. Lebih dekat lagi ke Jusco. Semua benda ada. Huhuu...


Hari ini masih lagi buntu nak masak apa. Hari dah semakin senja. Kalau macam tu aku nak pergi jugalah ke sana sambil meninjau-ninjau apa yang dapat kujadikan hidangan buat insan tersayang.....

Jom kita ke GIANT!


Nanti kuceritakan apa yang ada kat sana, oke!

Wednesday, October 27, 2010

Ancaman: Mutasi baru SUPERBUG lebih bahaya



(gambar sekadar hiasan)

~Orang ramai harus berwaspada terhadap ancaman bakteria kebal antibiotik, superbug.
~baka genetik baru.
~dikesan menyerang pesakit di Jepun, India, Pakistan dan United Kingdom (UK).
~belum dikesan di Malaysia.
~khuatir aktiviti pelancongan bakal mendorong menjadi wabak global.
~sudah dikenalpasti kebalterhadap semua jenis antibiotik.
~berjaga-jaga dan waspada.
~langkah pengawasan sudah dimulakan di semua hospital seluruh negara
~terutama jika ada kes bakteria yang mempunyai rintangan tinggi terhadap antibiotik.

Ya Allah...mintak dijauhkanlah!

Gunung Merapi Meletus



Dua minggu sebelum, sepanjang hujung minggu 500 gempa direkodkan.
meningkatkan pengeluaran lahar.


Akhirnya meletus...hujan abu dan awan panas melanda




saksikan video ini
~gunung merapi meletus.
~Erupsi & Lahar Gunung Merapi oleh Taman Nasional Gunung Merapi.
~ibarat pintu kecil neraka.
.dll.

.amat menakjubkan.




Tuesday, October 26, 2010

Hanya untukMU...




Cintaku tak berdusta
tak mengenal ingkar
tak kenal nestapa
Cintaku hanya indah
hanya bahagia untuk selamanya
apa yang kurasakan ini
persembahan untuk diriMu
Kau biarkan kasihku.

MencintaiMu tak mengenal waktu
tak mengenal puitis hanya tulusnya hati
MencintaiMu tak mengenal ragu keyakinan hati
hanya untuk diriMu selalu

Cintaku tak berdusta
tak mengenal ingkar
tak kenal nestapa
tak ada seribu janji
hanya bahagia untuk selamanya
apa yang kurasakan ini
persembahan untuk diriMu
Kau benarkan kasihku

MencintaiMu tak mengenal waktu
tak mengenal puitis hanya untuk diriMu
MencintaiMu tak mengenal ragu
Keyakinan hatiku hanya untuk diriMu

Apa yang kurasakan ini
persembahan untuk diriMu
Kau dengarkan kasihku

MencintaiMu tak mengenal waktu
tak mengenal puitis hanya tulusnya hati
MencintaiMu tak mengenal ragu
keyakinan hatiku
hanya untuk diriMu selalu...


Ya Allah...

Pernahkah anda terlupa di mana anda letak kereta?



Saya pernah....
(hihiii...kena makan kismis bebanyak nih!)


Begini...


Kadang-kadang sewaktu berkunjung ke shopping complex perasaan terus teruja nak melangkah. Mula lah terlupa tips-tips yang pernah singgah kat minda bagaimana nak hindarkan masalah tak jumpa cari tempat letak kereta selepas habis aktiviti window shopping dan sebagainya. Walhal bukan main lagi ingatkan anak-anak...jangan lupa tangkap gambar lokasinya dengan telefon dulu sebelum meninggalkan kereta...ingat nombor dan tingkat mana kita parking dan sebagainya...bukan main lagi!


Jumaat lalu, selepas ambil mia di SESTA kami bercadang nak cari bahan untuk folio di Perpustakaan Negara tapi bertukar arah sebab nak solat zohor di Sogo dulu. Kemudian kami makan-makan dan ke kedai buku kat Jalan TAR. Cari bahan tapi hampeh! Kami berdua mula mengorak langkah dari nak meminjam buku di library langsung tak jadi...


Bila difikirkan balik baik kita beli je buku yang berkenaan, senang cerita tak payah pergi pulangkan balik kat library nanti. Lagipun mesti umi kena pergi sorang-sorang tak berteman bila mia dah masuk asrama semula.

Akhirnya kami ke KLCC, fokus hanya ke kedai bukunya ~ KINOKUNIYA ~




Masa sampai KLCC tu kami terus pergi solat asar dulu. Takut ralit pula kat kedai buku nanti. Usai solat kami terus meluru ke kinokuniya. Biasalah bila masuk ke gedung ilmu mula ketar kaki tangan tak tahu nak keluar dah. Tapi tetap tak lupa keutamaannya nak cari bahan folio. Alhamdulillah ada. Kami beli sebab mia nak siapkan kerjanya sebelum hari ahad. Nak taip, scan dan apa-apa yang sengkatan dengannya. Nak binding lagi...Kena siapkan juga, terus boleh bawa ke sekolah.


Setelah beres semua, terpesona juga kami dengan sale dan sebagainya. Tak lupa kami jenguk kedai machines:Apple. Kat bawah tadi jumpa Apple duk promosi iPhone 4. Walaupun nak belikan iPod touch tapi mia tetap nakkan iPod shuffle juga. Huhuu...


Tiba masanya kami pun nak balik...eh eh..nak pergi ambik Idi kat Bukit Jalil pulak. Kami pun ingat-ingatkan balik kat mana letak kereta tadi. Rasanya betul dah tempat kami tuju, tadi kami parking kat hujung, ada tiga buah kereta kat situ. Tapi puas kami hendap tak ada. Risau dah! Heee....kat mana la kereta aku neh. Pak cik yang sering meronda dengan motor pun tak nampak batang hidung nak tanya. Maka berpusing-pusinglah kami meronda cari kereta yang tak jumpa-jumpa. Idi akan sampai pukul 8.00 malam. Adusssss.....!!


Teringat pula pernah kena sekali kat Pavilion. Siap naik kereta comel pakcik guard lagi dengan anak-anak sebab terlupa cari lokasi letak kereta. Hahahaa...kelakar giler! Macam naik kete yang orang main golf tuh. Apapun itulah yang dinamakan pengalaman yang mengindahkan kehidupan. Pahit manis masam masin semua ada. Buat malu jer...hakhakhak!


Nasib baik datang juga pak cik parking dengan motor. Umi siap lambai-lambai lagi. Mia cakap...tak payah la mi...malu! Alaa...kalau malu tak boleh balik lah kita. Lepas tu, pak cik tu tanya nombor kereta, warna dan jenisnya. Beliau nak pergi cari. Katanya sila tunggu kat KLCC Parking Managent Office. Apa-apa hal jumpa di situ.


Alhamdulillah...akhirnya jumpa dan kami terus ke Bukit Jalil pula nak ambil Idi yang PBM juga. Terima kasih pak cik. Resah kembali normal bila anak-anak di depan mata.



p/s: babai korang...nak pergi Hospital Serdang pula...kat sana pun susah parking wooo...





Dunia: Saudara Baru...Adik Ipar Tony Blair Pelok Islam


Alhamdulillah...beliau telah mendapat hidayah dari Allah. Hebat sungguh...seperti katanya...sudah 45 hari beliau tidak minum arak selepas 25 tahun. Baguslah...bukan senang nak tinggal rutin harian tu jika tidak istiqamah apatah lagi dah terbiasa sedangkan orang Islam tulin pun dah pandai nak meneguk kononnya akibat cuaca yang sejuk menggigit-gigit ke tulang hitam...kata oranglaa....apapun...tepuk dada tanya selera, kepuk kepala tanya iman...
Teruja dengan berita dunia ni...PETIK DI SINI


p/s: yang pentingnya: beliau mengaji setiap hari...kita bagaimana?

Monday, October 25, 2010

jika...


Jika bukit menjadi gunung
gunung menyuburi rimba
jika sakit mendorong menung
menung merangsang dewasa
lorong hidup banyak cabangnya.

Jika rakit menjadi kapal
Kapal meningkat bahtera
jika bangkit melawan gagal
gagal membibit hemah
Landas hidup banyak tuahnya.



Ulek Mayang- slot Lagenda TV3


jenguk-jenguk ~ jeling-jeling
drama terbaru selepas slot Lagenda Siti Kelembai...





Menariknya ialah:

- Love story yang tragis.
- Mula bersiaran pada hari ini jam 4.30 petang setiap hari isnin-khamis.
- First slot Lagenda dari pengarah cerita airmata yang tak asing lagi Rashid Sibir.
- Heavy drama: 20 episod.
- Kisah orang bunian yang bercinta dengan manusia, cinta dari dua dunia yang berbeza.
- Fezrul Khan yang memegang watak sebagai seorang yang psiko.
- Sabrina Ali watak jahat sebagai Mayang Mengurai~
~ tak dapat terima adiknya bercinta dengan manusia.
- Elly Mazlin watak utama sebagai Mayang Sari (yang ni nak tunggu neh, suka elly mazlin)
- Sudah menjadi pantang larang orang bunian tak boleh bercinta dengan manusia.
- Akan diusir dari dunia kayangan.
- Lagenda: Istana yag hebat dan pengarah menggunakan latar belakang pantai yang indah.
- Pantai Pelanduk- Elly Mazlin dan Fezrul sentiasa ada di situlah kata Rashid Sibir....



Lagu tema OST Drama Ulek Mayang: "kata hati", "ulek Mayang" dan "dari kerana mata" dialunsuarakan oleh pelakon dan penyanyi kesukaan...Elly Mazlin. Menariknya adalah tarian ulik mayang telah digubahsemula dari tarian asal yang mirip upacara pemujaan kepada tarian kebudayaan lebih sesuai dijadikan sebagai hiburan semata-mata.


sinopsis :

Ulek Mayang mengisahkan Ali (Fezrul Khan), seorang nelayan yang sering diganggu dengan bayangan Puteri di persisiran pantai. Namun, Ali hanya mendengar suara gurau senda tetapi tidak pernah melihat wajah si Puteri itu. Semakin hari bayangan Puteri itu semakin menghantui hidup Ali. Ali sentiasa pergi ke pantai untuk mencari Puteri. Malah, dia dapat merasa kehadiran Puteri dalam mimpinya kerana bilik tidurnya akan dipenuhi dengan bau wangian. Ibu Ali, Mariam (Mariani Ismail) semakin risau melihat keadaan Ali yang menjadi seperti sasau dan angau.

Sebenarnya, Ali telah bertembung dengan Puteri Mayang Sari (Elly Mazlein). Suatu hari, Ali telah menyeru nama Puteri Mayang Sari supaya dapat berjumpa. Pada kali pertama mereka bertentang mata, Ali dan Puteri Mayang Sari telah jatuh hati. Puteri Mayang Mengurai (Sabrina Ali) yang juga menyimpan perasaan terhadap Ali telah memukau mata orang sekelilingnya supaya melihat Sari sebagai hantu yang berwajah hitam dan menakutkan.

Percintaan Ali dengan Sari ditentang keras oleh Mariam kerana Sari dianggap sebagai hantu yang akan membawa mudarat kepada anaknya. Setelah Ali sesat dalam alam Puteri Mayang Sari, Mariam mendapat khidmat bomoh untuk mengadakan upacara pemujaan Ulek Mayang. Keadaan menjadi tidak terkawal apabila Mayang Sari mengamuk semasa upacara tersebut diadakan. Apakah yang akan terjadi selepas ini?


Info ini didengar dari WHI @ tv3 hari ini.
Jom layan slot lagenda ~ ULIK MAYANG bermula petang ini jam 4.30 petang. Siaran ulangannya jam 8.30 malam di TV9.
kalau best kita follow, kalau tak best kita lariiiii...ngehehee...




Saturday, October 23, 2010

Magik kah?


Terkilan juga bila tak berkesempatan menonton filem MAGIKA yang dikatakan sebuah garapan menarik buah tangan Edry KRU ni. Entahlah, disebabkan sikap acuh tak acuh maka terlepas nak tengok cerita rakyat yang diwar-warkan sangat berkesan ini kerana cerita-cerita dongengan melayu yang pernah kita dengar dari orang-orang tua dulu telah difilemkan. Menarik bukan?

Sebenarnya sudah sekian lama tak masuk panggung. Bila diflashbackkan, rasanya yang terakhir tengok filem Disney yang 3D dengan anak-anak kat mid valley. Itupun sebab anak-anak semua ada dan memang tunggu filem tu. Bila masing-masing dah masuk belajar, dan tiada rengekan yang mengheret ke sana...tenang seketika. Tapi MAGIKA mampu menggamit rasa untuk menjenguknya kerana filem Lagenda itu dikatakan mirip filem-filem Disneyland...

Namun apakan daya, dek kesibukan dan deria rasa endah tak endah...maka terlepas peluang sebab dah habis tempoh...sedih juga baca cerita dari Edry bila ada remaja sekarang tak kenal siapa MAHSURI. Tabik spring kat Edry yang punya wawasan untuk memupuk generasi sekarang menyanjungi cerita lagenda yang diwarisi dari nenek moyang kita itu. Sekurang-kurangnya dapat membuka minda anak-anak zaman sekarang TEKAN DI SINI untuk baca luahan Edry. Ada ke remaja siap mencemuh pasal darah putih kisah mahsuri....kalau tak tahu tu diam je...syhhhh!!!



Wednesday, October 20, 2010

Pasar Seni


berkunjung ke pasar seni
sorang-sorang di suatu pagi;




Pasar yang penuh dengan seni
pandang kanan...seni
toleh kiri...seni
sana sini...seni
penuh dengan keseniannya yang tersendiri
rambang mata hamba!
dalam banyak-banyak tu hanya berkenan yang ini:

DOK ROK CETONG SARI DOK TILIK
beli hok ning jer...hhehehe





GAYONG!
(nok wat mende au)


Tuesday, October 19, 2010

Hidup Bersama Ilahi



Ada banyak kelebihan bagi orang yang hidup bersama Ilahi. Ini kerana dengan berbuat demikian mereka akan dilimpahi...

---> Rasa aman dan selamat dalam hati dan perasaan.

~Semata-mata kerana sedar sentiasa dilindungi oleh Tuhan pencipta alam semesta yang Maha Kuat lagi Gagah Perkasa. Tidak perlu lagi ada rasa takut, risau, cemas atau gelisah sebab dapat berlindung dengan perlindungan yang amat kukuh.


---> Rasa gembira dan terhibur dalam hati dan perasaan,

~Semata-mata kerana penghidupannya ditanggung sepenuhnya oleh Allah. Rezekinya dijamin Tuan empunya khazanah perbendaharaan yang tidak pernah susut kesempurnaan kekayaan-Nya. Kesusahan dan kedukaan di hatinya jika ada pun diketahui berada dalam perhatian Allah yang Maha Pemurah. Begitu juga hatinya senang kerana peluang untuk dirinya dikasihi Allah terbuka seluas-luasnya, walaupun orang lain turut dikasihi Allah. Had kasih sayang Allah tidak bertepi. Malah tidak berkurangan, walaupun telah direbut oleh hamba-hamba-Nya yang lain.


---> Rasa tenteram hati dengan khabar gembira ganjaran besar menanti.

~Semata-mata kerana hadiah dijamin dan dijanjikan oleh Allah. Tuhan yang sekali-kali tidak memungkiri janji. Mana hati tidak tenteram apabila ada keperluan terisi, kemudahan dibekali, dan kekurangan dicukupi. Lebih-lebih lagi sakit pening diubati dan segala pengorbanan diganti serta kesabaran menanggung kesusahan dihargai. Kesilapan ditutupi dan sedia diampuni, kebaikannya diambil kira untuk dibalas dengan nikmat berkali ganda.


---> Rasa cukup dan puas.

~Semata-mata kerana ketenangan diperolehi apabila menempuh jalan hidup yang selari dengan yang diimpikan fitrah kejadian. Fitrah manusia itu kosong, sentiasa merasa lapar dan dahaga. Ia hanya dapat dipuaskan dengan benar-benar mengenali Allah (maarifah kepada-Nya), beriman dan mengarahkan tujuan hidup kepada-Nya. Ketika itulah baru fitrah manusia terisi dan terlepas dari kelelahan, puas dari dahaga, kenyang dari rasa lapar dan aman dari ketakutan.


---> Rasa sungguh seronok dengan kehidupan.

~Semata-mata kerana hidup dilimpahi rahmat dan nikmat dari Allah. Lebih-lebih lagi terpilih dianugerahi kesempurnaan rahmat dan kasih sayang Allah yang diberikan dalam bentuk petunjuk di samping kesihatan pancaindera dan akal. Pedoman dan petunjuk itu berupa wahyu disampaikan kepada para Nabi dan Rasul untuk menunjuk manusai kepada jalan yang benar.


Dengan sebab-sebab sedemikian, maka kebahagiaan sebenar itu dikatakan bukan milik setiap insan. Tetapi ia adalah milik insan yang beriman, taat berbuat baik dalam kehidupan dunia yang sementara ini untuk dikecapi dalam kehidupan akhirat yang kekal abadi...


dititip pada 11.11 pm.
wassalam.



Sunday, October 17, 2010

Produk Malaysia Kebanggaan Kita


Assalamualaikum...ni nak bagi-bagi chelelat nih.

saya satu...awak satu!



yang ni satu-satunya


dalam 1 Malaysia.

semua jenis chekelat rasa berkenan.
habisss laaa....kalau macam tu.



Guess My Value


Rugi tak cuba nih!

huhuhuu...


ce teka berape...

isi borang penyertaan...CEPATan!


haa...nilai tekaan hamper gergasi MCCD '10,
agaknya berapa eks?

RM.............................

teka...umi letak berapa.
siap pinjam pen keluarga bangsa arab lagi...semangat!!
.hehe.




Syoknya!...MALAYSIA COCOA & CHOCOLATE DAY 2010



bestnyer pergi kat pameran koko kat mid valley kelmarin



pergi dengan kak ngah, lepas pergi order buku


baju ni harganya rm20


mmm...yumyumyummy...strawberry chocolate asli, rm3.00 sahaja...offer!


mewah dengan cocopie...murahhh...4 paket rm 10! pilih...pilih!!

dapat bag...free!

syoknyer...


TAYLOR'S COLLEGE





Dniiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...................................!

Umi pergi taylor's college tadi.
Bukannya pergi join program glitterati nuffnang, bukan juga pergi jumpa blogger2 hebat.
Tapi umi ngan kak ngah pergi beli buku.
oh...oh....beli buku lagi...
Esok nak pergi lagi, ambik buku yang dipesan.
dni tak nak ikuuutt!!


jom!

Saturday, October 16, 2010

cerita loghat terengganu...



KISAH AMING GI SEJID.



Ayoh ye kate doh tok bolih ikut. Ye nok ikut gok . Pah tu dalang sejid wat bising. Ye berembah ngan abang dia. Bising Bango. Ayoh dia hok tengah mayang ni nok maroh dok tau ahh. Geletik tangang rasa nok bui penampor sutir. Orang laing kiri kanang dalang sof mok’o rase gitu jugak, mesti dok kusuk semayang. Kalu ye maghi dekat, bulih junga tangang, belang-belang bace fatehoh, mesti kena keppok pale, baru ye bulih dudok diang. Base anok dok rajing mari sejid, ye ingat sejid ning macang padang tepat maing. Ye berembah, ye berembah jugak nge abang dia. Nok buwak gane , budok dua taung , dok tahu ke mende. Orang paka baju melayu nok gi sejid, ye derah-derah gi ambek baju retek dalang robok. Tak dok pioh, ye buke abih sorok dalang rumah cari pioh, bulih ke dia pioh besar, paka jugak, paka jugak walaupung dok lekat di pale. Tengelang separuh dahi napok butir mate je dua butir, kelit-kelit. Ayoh ye kate “Aming doh ayoh gi ahhh, kek gi aming bising, dok dudok diang, kaca orang mayang”. Panda ye jawak “Aming uduk je, Aming diang je, Aming mayang nge ayoh”. Uhh, jawak bukang maing juruh. Ayoh dia pong ajoklah, nok try ,bulih ke dok dia duduk molek-molek mase orang semayang jumaat. Kalu dok ajok kang ye nangis guling hanyar depang mok dia, sapa orang abih mayang. Rohoklah mok dia nok suruh senyap kekgi.


Mase khetbah tu ye start doh, iyah-iyah ye fire ke abang dia. Abang ye senyak je, dok layang. Ayoh ye keling-keling dari jauh, pah tu cerelong ngan wat mulut cettum gitu. Marohlah tu .Ye senyak kejap. Pah tu ye segok-segok pulak abang dia, iyah-iyah, koya jadi ultrameng lawang raksakse. Ayoh ye cerelong lagi, ambek jari tunjuk bubuh dekat nge bibir, wat gerok kiri kanang. Perit meto , takutlah tu konong. Derah-derah ye gi duduk bira abang dia, terkising-kising senyung. Dok dan dua minit ye segok pulak abang dia, maing pogong-pogong pulak, iyah-iyah..


Ayoh dia buat isyarat ke abang dia ,suruh maghi dekat. Ayoh dia bisik “koho teruk adik mung ning, mung ajok adik mung gi blakang, tepat orang buh lipar nung, mung layang ye berembah, kot panda ye ah nok begocoh ke, nak berguling ke, nok teranding di dinding ke.Dok bolih jadi gining, ye kaca orang nok mayang kekgi.” Abang dia ajoklah gi blakang. Ye pong derah-derah ikut.


Amanglah sementor. Bulihlah dengar khetbah molek skit. Tok imang perabih khetbah dia, pas tu sedia nok semayang. Pah takbir je , bace patehoh, eh-eh tubik mari duane dok tahu, ye mari pulok nge abang dia. Duk selit celoh sof. Ye akat takbir jugak pah tu wat mulut bebet-bebet, pecih-pecih, pecih-pecih bunyi, bace mende dok tau. Ekseng je lebih.Mase abang dia sujud ye buwak pulok, tengok molek ngat abang dia sujud, kabat lallu atah blakang wat macang kuda. Keduk-keduk , bising bango. Mase abang dia duduk , ye pelok tekok abang dia , lepah tunju dua tige butir, debih-debih bunying. Gitulah sapa orang abih semayang.


Lepah bagi salang, kiri dan kanang, ayoh dia cerrelong slalu, bulat gete mate dia macang nok sembul , maroh tahap gajah naik minyok. Ye kejut ke mate sembul ayoh dia , Ye lari gi nusuk blakang abang dia, tahu nye saloh sebab ayoh ye pesang benor doh jangang wat bising dalang sejid. Ayoh dia saoung slow-slow “Sape maing masae mayang takdi hahhh ?”. Dalang takut-takut dia jawak “Bukang Aming”. Kebetulang tok imang tengah bace doa lepah mayang, tok makmung pulak jawak rama – rama “Aminggggg”. Ye kejut , watpe semua orang kata Aming. Ayoh dia kate lagi “Sape bising bango main gocoh dalang sejid hahhh” . Tok Imang bace doa .Makmung jawab aminggggg. Ye pucat lesi doh muke, ye jawak “Bukang Amingggggg, bukang Amingggg.. muke paling kiri kanang tengok ke makmung, mintak kasihang belas. Abang dia doh dok tahan suke tengok keaadaang dia hok pucat lesi. Ayoh dia wat lolok tanye lagi “ sape hok maing berembah dalang sejid ahhhh?”. Tok Imang perabih doanya, hok akhir dia kate “Ya Rabbal Alaminnnnnn”, kuat skit dari biase. Makmung-makmung sume pakat perabih amingkan doa tok imang, kate kuat skit dari biase “Amin Ya Rabbal Alamin”. Ye kejut hanyar. Bukang Aming, Bukang Aming, selok ye nangis takutan. Makmung sume tengok ke dia . Derah-derah Ye gi jerba ke ayoh dia. Reboh nungging ayoh dia sapa sellok kaing-kaing. Abang dia dok tahan, suke sampai guling bating depang sof.


Bersambung….


Life Code...S.T Factor


Instructions:
Take orally. Put in your mouth or under your tongue. Two pieces a day, one in morning and one in afternoon respectively.


Diam tak diam sudah hampir 2 bulan dah umi terlupakan perkakas nih. Mungkin kerana terbantut dek sebulan berpuasa kemudian ghairah beraya lalu ia dipinggirkan seketika. Baru semalam umi terperasankannya. Tak boleh jadi ni, umi kena mulakan. Pada 1 oktober lalu, ada kak Jie call ajak ke spa di life code pada 2 hb oktober sebab ada sambutan hari raya tapi pada hari yang sama kak long ajak kawan-kawan dia ziarah raya kat teratak kami. Tak dapatlah umi ke life code tu...

Lagi pun semenjak dua menjak ni, benchinta betul nak keluar rumah. Tapi kalau bab anak-anak...laju jer umi pergi! Kalau untuk diri sendiri...malas betulll...walaupun nak pergi untuk manjakan diri di spa yang dah lama umi tak kunjungi. Kak Jie dah merajuk-rajuk...katanya...mana laa adik kita ni, kenapa tak datang...datang ni...sunyi sepi. Hehe...

Semalam umi dah nawaitu dalam hati...nak start balik dah kemam S.T Factor tu. Banyak kotak lagi tuh, rugi kalau dibiarkan begitu sahaja. Tapi...umi rindukan rutin harian tahun lalu, bangun subuh, minum air suam segelas ambik S.T Factor...pastu busy-busy siapkan breakfast mia kemudian hantar mia ke sekolah....sekarang ni tak macam dulu lagi, lain benar rasanya!

Kenapa mesti semua itu berlalu.....




Friday, October 15, 2010

Bola sepak: Kelantan vs Selangor


Ya Allah...umi tertido la...tak tengok pun siaran TV1 tadi...dan abah pula yang beriya nak tengok dah tukar haluan ke siaran langsung bola sepak Kelantan lawan Selangor pulak. Kelantan menang 3-0. Cantik gol dari pemain kelantan...comey...jah tandukan dan sepakan gol tu.
Alamak, gemuks la umi macam ni, asyik makan macam-macam...puding laa...buah laa...nasik laa...huhuu...

p/s: mana anakanda yang tunggu-tunggu ni, x tego pun...wuwuwu...rindu!

Thursday, October 14, 2010

Kekasih awal dan akhir...


Jadikan Al-Quran itu Kekasih

1) Kekasih yang terlalu istimewa.
~sekeping warkah dari orang yang kita cintai, pasti akan ditatap sepuas-puasnya malah berulang kali membacanya.
(zikrullah yang paling afdal yakni terbaik itu ialah membaca al-Quran)


2) Kekasih yang perlu dimuliakan.
~dimuliakan kerana sifatnya yang berkat dan banyak manfaatnya.
("dan apabila al-Quran dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah
[dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya]
supaya kamu beroleh rahmat")
ingatan Allah dalam surah al-A'raf, ayat 204


3) Kekasih yang Setia.
~orang yang bercinta dengan Al-Quran akan sentiasa mengukur kesetiaan dirinya.
Apakah ukurannya?
Bukankah qiamullail itu adalah pengukur yang paling relevan?
Ibadah pada malam hari dengan tidur yang sedikit itu menggambarkan pengorbanan!


4)Kekasih yang perlu Dibelai Sentiasa.
~bermaksud kita perlu menjaganya dan sentiasa mendampinginya.
membelainya dengan sifat kita berlumba-lumba untuk membacanya pagi dan malam malah berasa cemburu dengan 'kegilaan' orang lain yang membaca kalamullah itu.
daripada Ibnu Umar meriwayatkan bahawa rasulullah SAW bersabda:
"Hasad [iri hati] itu tidak dibenarkan melainkan dua perkara,
seseorang yang dirahmati Allah dengan bacaan Al-Quran dan terus berada dalam keadaan demikian siang dan malam
dan seorang lagi yang dilimpahkan dengan harta yang banyak oleh Allah dan dia membelanjakannya siang dan malam.

Hasad dan iri hati semestinya dilarang oleh Allah SWT.
Bagaimanapun ulama mentafsirkan hasad di sini
sebagai ghitbah yang bermaksud sifat ingin berlumba-lumba.
Sifat ini menggambarkan keinginan memperolehi sesuatu
sama seperti orang itu
dan berlumba-lumba untuk lebih terhadapan dalam beramal.


Semoga kita akan terus konsisten atau beramal secara berterusan untuk menjaga hubungan baik kita bersama Al-Quran.
Bukankah dia kekasih yang membahagiakan?


p/s: fikir-fikirkan dan selamat beramal...



Wednesday, October 13, 2010

catatan : surat dari soffiya...



siti nurbaya di abad millenium...



KCB/imu

Al-kisahnya...


Pada suatu hari, ahli Basrah berdebat sesama mereka. Berkata salah seorang daripada mereka bahawa ilmu lebih baik daripada harta dan sebahagian lagi mengatakan harta lebih baik daripada ilmu. Mereka mengutuskan seorang utusan bagi mendapatkan jawapan daripada Ibnu Abbas. Ibnu Abbas menjawab " Ilmu itu lebih baik daripada harta".

Utusan itu meminta penjelasan daripada Ibnu Abbas mengenai jawapannya. Ibnu Abbas berkata "Katakan kepada mereka bahawa ilmu itu warisan nabi-nabi dan harta itu warisan firaun. Ilmu itu menjaga kamu dan harta itu kamu yang menjaganya. Ilmu tidak kurang jika dinafkahkan tetapi harta akan berkurang jika dinafkahkan. Orang yang berharta tidak lagi dikenang selepas kematiannya dan orang yang berilmu terus dikenang selepas kematiannya".

Kemudian utusan itu pulang kepada ahli Basrah dengan menyampaikan jawapan yang diberikan oleh Ibnu Abbas dan menyelesaikan perdebatan mereka.


Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud "sesiapa yang berkehendakkan dunia maka hendaklah ia berilmu, sesiapa yang berkehendakkan akhirat maka hendaklah ia berilmu dan sesiapa yang berkehendakkan kedua-duanya maka hendaklah ia berilmu".
(Riwayat at-Tirmidzi)

ketupat sotong...


Assalamualaikum...
"umi...umi..." ku dengar suara kak long memanggil-manggil. Berlari-lari kubukakan pintu. "Eh...kenapa tetiba balik nie?" usulku nak tahu...Kata kak long, saja...rindukan umi! Lagi pun dah tak balik weekend tuh. Kak long dari tempat kerja lapangan di PJ tadi...pastu terus balik. Oh...baguslah...umi pun duk sorang-sorang ni, boleh temankan umi. Kami pun bersembang macam-macam...dari ceritanya pergi trip ke tempat kelip-kelip buat kajian dengan kawan-kawan satu course bersama prof. dan naik bas dua tingkat masuk perkampungan orang asli...macam-macam ceritalah. Umi tahu tempat tu, abah dah selalu buat kajian tempat kelip-kelip tu. Begitulah kak long...kalau pergi mana-mana mesti tak sabar nak cerita dan katanya...umi kena pergi nanti...seronok...best sangat!

Tapi hari ini umi tak masak ni...tadi umi pergi rumah kak ngah dan umi masak kat sana. Saja nak hilangkan boring duk sorang-sorang sementara abah tak ada nie. Saja umi menyibuk dengan rakan serumahnya yang umi anggap macam anak sendiri tu. Alaa...tak apa umi, kak long pun kenyang lagi nie...lagi pun kak long nak siapkan kerja sikit, nak print sebab esok nak kena hantar. Owh...kalau macam tu, kak long buatlah kerja tu, umi nak buat ketupat sotong...kegemaran kak long tuh! Yey...bestnyer...sedapnyer...kata kak long.


Aip...aik...tumpah kang, terbalik gambar tuh! ngee...

Petang itu kami makan ketupat sotong itulah. Malam nanti kita pergi makan beryani gam nak?
Boleh jer...kata kak long. Kak long kena pergi kolej dah malam ni. Selepas solat kami konvoi ke restoran beryani gam tu. Masa tu umi nampak lampu kereta kak long tak terang...malap jer...kesian pula anak umi, bawa kereta sorang-sorang nak balik kolej, malam-malam pulak tu. Umi pun belok ke kanan ke workshop terdekat...ganti lampu kereta kak long yang malap. Tukar bulb 2 lampu besar, 2 lampu kecil. Lampu brek sekali. Nasib baik kedai tu masih buka dan kami pelanggan yang last sekali. Rezeki...oh rezeki!

Sampai di restoran, kak long teringin nak makan steamboat, tapi malam tu tak ada pula. Lalu order nasi beryani dan char kue teow. Yang kak long punya sampai dulu. Yang umi CKT tu tak sampai-sampai...eeeiii....lambatnyer!! Umi tanya, buat tak yang dipesan tadi? katanya dia tengah buat banyak-banyak...so, lambatlah sikit. Sikit apa...selera nak menikmati makanan dah luntur. Owh! Kalau macam tu, makan lah long cepat-cepat...umi dah merajuk ni...kami pun bersurai di situ. kak long balik ke UM, umi balik ke rumah. Duduklah umi sorang-sorang lagi, bertemankan sepi...






catatan...sejarah:10.10.10 Dr Sheikh Muzaffar dan Dr Harlina


Jika insan lain mencatat sejarah suka dan duka masing-masing, tetapi hari ini dalam sejarah bagi mempelai ini amat berbeza. Mana mungkin dalam mana-mana perkahwinan yang kita dengar sebelun ini perkahwinan akan dihadiri oleh 65 orang angkasawan dari seluruh dunia? Tetapi itulah realiti dalam kehidupan pasangan yang bertuah ini. Indahnya...tetamu kehormat ini memakai pakaian tradisional yang ditaja khas oleh pihak jakel...orang putih yang memakai satu sut baju melayu lengkap dengan sampin dan songkok sekali. Mereka sangat teruja dan gembira sehingga ada yang tak sabar hendak tunjuk kat rakan senegara mereka bila pulang ke negara masing-masing. Itulah penangan perkahwinan angkasawan negara...hanya satu dalam malaysia!

Manisnya adalah mereka akan menunaikan fardu haji musim ini selepas bernikah atas undangan raja mesir...untuk berita detail...TEKAN di sini.

Tuesday, October 12, 2010

Pemanduan berhemah


naseb baik turun ke utara ahad lalu dengan kak ngah..

boleh la umi hilangkan rasa lenguh bila kak ngah memandu...

hati-hati...jangan laju-laju....


sebagai upah, esoknya umi ke rumah kak ngah. memasak untuk lunch (sukarela ni!)
kesian diorang...lebih-lebih lagi bella yang selalu cakap:
teringin nak makan masakan dari air tangan seorang ibu. Nasib baik duduk di vista sea jerp, kalau duk di oversea...tak dopet nak nolong eh...

*****

cinta itu seperti sinar mentari
memberi tanpa mengharap kembali.

cinta itu seperti sinar mentari
tidak memilih siapa yang ia sinari.

cinta itu seperti sinar mentari
memberi kehangatan di hati.


*****

biarkan umi menjadi mentari itu
andainya umi mampu



Mengenali permainan squasy



Namaste!
Sedang santai-santai keseorangan layan siaran langsung perlawanan squash sukan komenwel yang sedang berlangsung di DELHI:2010. Perlawanan beregu campuran antara pasukan negara Nicol An David/Ong Beng Hee dengan pasukan India (lupa nama mereka). Pasukan Malaysia telah menang dalam perlawanan ini tadi. Menarik juga permainan ini. Sebelum ni tak pernah faham bagaimana cara permaianannya dan tak pula ambil kesah...tapi tadi tergerak hati nak mengenali cara permainan sukan ini yang telah melonjakkan nama Nicol An David sehingga terkenal seluruh dunia.

Nicol David, juara dunia lima kali dan juara Asia tujuh kali juga telah melengkapkan pingat elusif Sukan Komenwel dalam koleksinya yang tersendiri. Tahniah! Datuk Nicol David. Terujanya kerana Nicol adalah bekas pelajar sekolah Convent Green Lane iaitu pernah berkongsi sekolah yang sama dengan Mia semasa bersekolah di Penang. Beliau telah mendapat anugerah Datuk dari kerajaan negeri Pulau Pinang sebagai menghargai jasanya kepada negara, beliau juga pernah membuat lawatan khas ke sekolah Convent Green Lane. Nampaknya kacang tak pernah lupakan kulit!


duduk barisan hadapan 3 dari kanan,Mia: skcgl


Mari mengenali permainan sukan ini:

SEJARAH DAN PERKEMBANGANNYA

Squasy dikatakan permainan bereket yang dimainkan di lorong-lorong kecil di London seawal kurun ketujuh belas. Ia mula diperkenalkan di Harrow School di England kepada penggemar permainan raket yang bosan menunggu giliran kerana kekurangan gelanggang, sebagai alternatif atau pilihan kerana ia boleh dimainkan di dalam gelanggang yang lebih kecil. Selain daripada itu, ia boleh dimainkan sama ada secara luaran atau dalaman. Cubaan memainkan bola dengan menggunakan bola getah dengan raket berbentuk bet dan dipukul secara melantun ke dinding yang mengeluarkan bunyi seakan-akan ‘squasy’, akhirnya membawa kepada terciptanya permainan yang dipanggil squasy.
Semenjak dari 1875, squasy mula dimainkan di kolej-kolej di England, permainan ini terus berkembang ke Eropah. Pada tahun 1929, Persatuan Squasy telah ditubuhkan di England dan buku undang-undang atau peraturan permainan yang pertama dikeluarkan pada tahun yang sama. Pada tahun 1930, Kejohanan Squasy Terbuka England diadakan sehinggalah pada tahun 1950-an, dengan pemenang-pemenangnya adalah daripada kalangan pemain-pemain England. Hanya selepas itu, juara Kejohanan England dan antarabangsa didominasi oleh pemain-pemain dari Pakistan. Antara pemain squasy terunggul dunia ialah Jahangir Khan.

Tidak diketahui bila bermulanya squasy di Malaysia tetapi pada tahun 1939, kejohanan rasmi pertama telah diadakan di Kolej Melayu Kuala kangsar (MCKK). Kini squasy dimainkan di seluruh negara kita. Tahun 2006 mencatat sejarah kegemilangan permainan squasy di negara kita apabila Nicol Ann David, muncul sebagai pemain squasy wanita nombor satu dunia serta menjadi juara dunia. Kejayaan Nicol telah menjadi pembakar semangat dan menyebabkan lebih ramai pemain-pemain muda mula muncul seperti mana kejayaan negara dalam sukan badminton yang pernah dijulang oleh Keluarga Sidek, telah mencetuskan fenomena baru dalam permainan badminton di negara ini, apabila negara muncul juara Kejohanan Piala Thomas, 1992.

BAGAIMANA SQUASY DIMAINKAN
Permainan ini dimainkan di antara dua orang pemain dengan menggunakan raket dan bola squasy di dalam gelanggang segi empat lurus yang tertutup.

Skor atau Pengiraan Mata
Perlawanan ditentukan dalam tiga (3) atau lima (5) permainan atau ‘game’ terbaik. Setiap permainan atau ‘game’ dimainkan dalam sembilan (9) mata. Pemain yang mendahului sembilan mata adalah pemenang. Jika kedudukan mata terikat 8 – 8, penerima servis akan membuat pilihan sama ada permainan akan diteruskan ke sembilan atau sepuluh mata. Mana-mana pemain yang mendapat sembilan atau sepuluh mata terlebih dahulu, dikira pemenang. Seperti badminton, pemain yang membuat servis sahaja yang mendapat mata sementara yang menerima servis pula, hanya boleh merampas servis semula.

Kedudukan Servis yang Betul dengan garisan

Tidak Dipijak
Selepas memainkan bola, seseorang pemain mestilah berusaha untuk tidak menyekat pergerakan pemain lawan. Dia mesti cuba untuk :

(i) memberikan kejelasan kedudukan bola
(ii) tidak menghalang pergerakan lawan terhadap bola
(iii) memberikan lawannya kebebasan atau ruang untuk memainkan bola


Award: B.L.O.G H.E.B.A.T


Hehehehe...gelak sakan ambik award dari blogger hebat ardinihumaira...



Sebenarnya bukan blog umi yang H.E.B.A.T tapi saja nak ngengada jawab TAG yang dni cakap ambil jer sesiapa yang terbaca entri yang dia postkan tu...wuwuwu...umi x malu...lalariiiikks: (pinjam ayat dni...jangan mare..)



1 - Nama blog anda buat masa ini?
catatan...citra kehidupan, dulu kelip si kunang-kunang pastu tukar EVERYBODY HAS A STORY...SO DO I. Hehe...



2 - Anda rasa blog anda hebat?
Langsung tak. Memang merapu tahap gaban. Tapi still ada value...hak3!



3 - Benda apa yang anda sayang?
Penghargaan dan silaturrahim.


4 - Anda tengok waktu dekat mana?
Jam yang besar gedabak kat depan mata ni...



5 - Laman web sesawang yang selalu anda jenguk?

blogspot, yahoo, gmail, ym, you tube, akhbar online...bukan apa...boringgg!



6 - Letakkan 3 hingga 5 blog yang anda rasa 'Blog Hebat'
Anda semua memang hebat-hebat, tak banyak soalan yang perlu dijawab...so, ambil jer sesiapa pun...hehee...





Gajah Tarik:Strycnos pubescens


Kembali menghijaukan blog...

Oh...oh! Sudah lama tidak menghijaukan blog hamba dengan tumbuhan herba. Hehehehehee...
Rugi ouh tak update pokok-pokok herba saranan dari abah tu. Sebabnya nanti abah akan muncul dalam TV bercakap pasal pokok-pokok herba ini dalam 10 slot. Penggambaran akan dibuat di Perlis Indera Kayangan. Sekarang ni abah tengah outstation ke Perak, lepas ni akan ke Perlis untuk memenuhi undangan pihak TV tersebut. Owh, tak sabar nak tengok abah dalam TV nanti...
Kalau macam tu, umi nak promot lah nama-nama pokok herba nih...hari tu dah rasa malas...ngeehehe.


Gajah Tarik


GAJAH TARIK : STRYCNOS PUBESCENS


Famili : Loganiaceae

Nama saintifik : Strycnos pubescens

Kegunaan : Lemah tenaga batin, kencing manis dan darah tinggi.

Kaedah :
Rendamkan bahagian batangnya ke dalam air panas dan minum air rendamannya. Air rendaman berasa pahit.

Ciri-ciri istimewa :
Akarnya yang dipotong mengeluarkan air yang pahit, daunnya berkilat dan berpelepah.

Habitat : Hutan bukit cangkat rendah

Morfologi :
Akar pepanjat berkayu boleh mencapai20m. Saiz akarnya boleh mencapai 5 cm diameter. Daunnya licin dan urat daunnya tiga. Akarnya tidak melilit pada pokok. Kulit batangnya berbintik-bintik dan berwarna ungu kemerahan. Terdapat tompokan putih pada batang seolah-olah berkulat. Isi dalamnya keras berwarna putih kekuningan. Akar yang dipotong akan mengeluarkan air jernih yang mengalir dalam amaun yang banyak, rasanya yang pahit. Ada sejenis akar yang menyerupai batang dan daunnya tetapi akar tersebut agak lembut dan rasanya tidak pahit.

Kaedah pembiakan : Biji benih.

sumber : Buku Panduan Tumbuhan Ubatan Semenanjung Malaysia, samsudin salleh.



p/s: Memang sesiapa yang datang bertandang rumah, umi akan hidangkan air gajah tarik ni...lepas tu dapat feed back dari mereka...haji...kami ada kat tepi pantai ni...ambik angin...panassss! heheheee...kelakar habis diorang nih!

Penangan...Ten...Ten...Ten...(10.10.10)



Hebatnya penangan ten.ten.ten...
Macam-macam al-kisah yang melanda tarikh bersejarah yang diwar-warkan itu. Ramai yang memilih tarikh tersebut sebagai memperingati hari-hari istimewa mereka. Tapi masih ada yang berduka nestapa dengan tragis malang yang menimpa.

Misalnya, ramai personaliti hebat tampil dengan majlis perkahwinan mereka. Nampaknya di awal bulan 10 ini ramai yang melangsungkan perkahwianan namun rasanya tertimbus dek kemasyuhuran pahlawan angkasawan Datuk Dr.Sheikh Muszaffar dan isterinya, Datin Dr. Harlina. Namun pada tarikh yang sama, ada insan kehilangan orang-orang yang tersayang tanpa diduga kemalangan ngeri pula yang menimpa...itulah kemalangan maut yang menyaksikan mayat-mayat bergelimpangan di atas jalan raya. Khabarnya ada yang putus kepala, mayat terkulai di tingkap van dan sebagainya. Satu tragedi besar telah mencipta sejarah pada tarikh tersebut. Siapa sangka. Ada juga yang mengharapkan kelahiran cahaya mata pada tarikh cantik ini. Anda pula bagaimana?

Begitulah...citra kehidupan, suka dan duka silih berganti dalam satu masa yang sama. Kita hanya mampu merancang...Allah jua yang menentukan kesudahannya. Semoga dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat kita semua. Ameen...



Kemalangan ngeri, 12 maut di km 223 Lebuhraya Plus...


Ya Allah...ngerinya kemalangan maut yang berlaku pada petang ahad lalu. Insaf seketika, teringat saat-saat umi memandu dalam keadaan yang amat mengantuk hari ahad yang sama. Umi dengan kak ngah ke perak lalu terus ke Bukit Mertajam di Penang dan terus balik ke Kuala Lumpur tanpa henti. Memang mengantuk siot, tak dapat nak celik mata tapi dek kesuntukan masa yang dah diprogramkan...umi mencuba sedaya upaya supaya dapat sampai KL seawalnya. Sebab kak ngah nak siapkan 2 assignments yang kena hantar esoknya...itu la pasal. Terima kasih kak ngah...temankan umi melawat adik-adik...Allah masih sayangkan kita!



p/s:
sebenarnya ada cerita menarik di sepanjang perjalanan balik malam tu, tapi kak ngah pun tak tahu sebab lena beradu...umi sorang-sorang yang meremang....terbau harum semerbak...wuwuwu! Tempat yang sama sewaktu dengan kak long dulu. Teringat pesan orang : jangan pandang belakang dan jangan tegur....diam jer. Adusss....rasa nak pejam mata!



Monday, October 11, 2010

Realiti Hidup Ini


Semakin hari terasa semakin sunyi dan sepi. Masing-masing sibuk dengan tugasan harian. Tinggallah aku yang melopong sendirian tak keruan. Semakin dimamah waktu, semakin aku keliru, sekadar apakah yang aku termampu, menyongsong hari yang semakin lesu?

Selama empat hari ini, dua hari telah ku peruntukkan buat anak-anak tersayang. Jika jumaat lalu, ku ambil kak ngah kemudian terus ke UM bertemu kak long dan kami ke pasar malam kerinchi membeli YTF, lama benar aku tak masuk UM dan ke pasar malam ini...selepas hantar kak long, kami balik ke rumah dan lewat malam baru hantar kak ngah ke vista sea.

Paginya aku mengemas barang-barang serta pakaian suamiku yang akan ke Perak untuk empat hari atas urusan kerja. Kali ini aku tak ikut, sebab esok aku nak melawat si puteri bongsu di Tapah. Kalau tiada aral melintang, teringin benar aku ke Penang juga menjengok si jejaka bertuah yang sedang bergelumang dengan examnya...trial SPM peringkat negeri. Tapi kudiamkan dulu hajatku yang satu ini. Insyaallah, jika diizinkan Allah sampailah tu...

Begitulah seorang aku, seorang ibu yang tidak akan pernah tergamak membiarkan anak-anak. Jika yang ini kujengok, yang sejauh Penang itupun hendak ku kayuh kudratku untuk bertemu. Aku akan membahagi kasih ku ini sama banyaknya.Dalam situasi ini, hati dipagut pilu, air mata jatuh berjuraian tatkala teringatkan kata-kata seseorang yang tak pernah saling mengenal, aku menulis bukan untuk menunjukkan aku tunduk dengan lontaran kata-kata sinisnya yang tak pernah mengenal aku, aku menulis kerana aku adalah aku, Jujur kukatakan, sehingga ke hari ini aku amat terasa hati, dan bila aku terkenang aku akan menangis sepuas-puas hati. Tergamak benar kata-katamu itu kana...

Semalam, aku yang bertemankan kak ngah pagi-pagi lagi ke pasar borong selangor. Membeli stok seminggu untuk isi rumah vista. Sebenarnya aku ingin cepat, tapi ku usaikan dulu hajat mereka dan hantar ke sana. Selepas itu aku dan kak ngah terus ke Tapah melawat si bongsu, Mia. Mia demam,batuk dan lelah. Sejenak bersua canda, ku mohon permisikan diri dulu dari situ. Sebenarnya aku ingin sekali ke sekolah idi pula di Penang. Erm...kak ngah ada dua assignment yang kena hantar esok, tapi kak ngah bawa sekali dan sambil-sambil buat dalam kereta. Aku pun panjangkan langkah....

Dalam pukul 5.30 kami sampai ke soksek. Idi mungkin terkejut tatkala melihat kami terjungol kat sekolahnya. Kesian idi, mentang-mentanglah dia jauh, apakah itu satu alasan untuk tidak melawatnya. Bagi umi, tidak ada satu pun yang menjadi penghalang. Hendak seribu daya...tak hendak seribu dalih! Idi dah pesan awal...kalau nak jumpa, selepas jam 5.00 petang. Idi satu kelas ke open house rakan sekelas di rumah YB di kepala batas. Oleh kerana mereka masih belum sampai dari sana, umi lelapkan mata seketika melepas lelah memandu dari KL ke Tapah terus ke Penang. Hari ini umi suruh kak ngah pandu kereta. Bukan apa...biar terbiasa!

Seketika aku dikejutkan oleh idi. Umi! Katanya...kan idi dah cakap...kalau penat tak payah la datang. Kesian umi. Umi hanya tersenyum puas. Dapat menatap mata anak jejaka seorang. Biar jauh pun umi akan tetap datang. Tak lama dah...lepas SPM ni...hah..idi lah akan temankan umi nanti. Kami juga sempat jumpa juhairi. Romlah juga berhasrat nak jumpa umi. Umi tunggu tapi tak sempat...ada masa kita jumpa lain kali, yea! Umi perlu segera pulang kerana assignment kak ngah belum beres lagi. Bukan satu...tapi dua. Nak hantar esok. Perjalanan kami mungkin memakan masa 4-5 jam. Umi akan cuba sehabis mampu untuk segera sampai ke destinasi.

Mujurlah tadi idi berikan umi 'coklat DAIM' dan ;TOBLERONE' ole-ole dari Langkawi. Ada program SPM mereka ke sana. Umi suka 'coklat DAIM' sebab rasanya saling tak tumpah sejenis manisan buatan orang kampong dulu-dulu. Orang kampong macam umi ni panggil 'cekelat nesan'. Dulu mak long kiah yang selalu buatkan untuk umi...kalau dia datang rumah, dia akan bawa cekelat nisan tu...teringatkan arwah, umi rasa terharu. Dia akan cakap macam ni..."Nah! Ambik ni...mak long buatkan untuk za cekelat nisan ni, "nanti mak long ajarkan za buat cekelat ni,yea?" umi selalu minta mak long ajarkan cara membuatnya. Sayang seribu kali sayang, selepas umi kahwin, umi terus ikut abah tanpa sempat belajar membuatnya dari mak long. Kini, mak long tiada lagi...Namun begitu, coklat daim menyegarkan ingatanku pada mak long...

Dalam masa musafir itu, memang tidak dinafikan rasa penat menyelinap ke seluruh urat. Dari hujung kaki ke hujung kepala sangat berat. Mengantuk sangat, tapi hari dah beransur gelap. Malam itu, umi memandu agak laju. Namun rasa mengantuk menguji pemanduan. Mungkin kerana itu, umi terasa macam ada sesuatu yang tak kena...di tempat yang sama semasa bersama kak long dulu, kerana rasa mengantuk juga kami diganggu. Kali ini terbau harum bunga kenanga. Ya, bau yang harum sungguh! Masa ni kak ngah tertidur di belakang. seat depan sebelah umi tak ada orang. Terdiam...teringat kata orang usah ditegur andai ada sesuatu yang pelik berlaku tiba-tiba.

Meremang juga tengkok ini, tapi buat-buat tak reti. Sampai fly over dekat Sungkai, bau itu hilang begitu saja. Mujurlah umi tak lalai. Masa dengan kak long dulu, umi mengantuk dan minta kak long memandu. Sampai kat situ dalam mamai, ingatkan umi je yang nampak...rupanya kak long yang memandu pun nampak juga. Tetiba je ada kereta warna putih bertulis 'KERETA MAYAT' dengan tulisan yang besar sedang ditunda memotong kami. Kereta penunda pun berwarna putih juga. Kata kak long..."mi...umi nampak tak?" masa tu pun malam jugak dalam pukul 1.00 pagi kami dari sungai petani nak ke kl. ya..ya..umi nampak. cepat long...bawak laju-laju sikit tak nak kereta tu bersaing dengan kita...takuuuttt..." Lepas kawasan Sungkai tu...puas kami tunggu, tak ada pun kereta tu. Sampai d hentian Ladang Bikam, umi memandu pula. Memang pengalaman pertama nampak benda macam tuh!. Bila berlaku perkara yang sama...baru terfikir, rasa mengantuk yang amat sangat boleh mengundang situasi yang tak terduga. Mungkin gangguan itu akan mengundang padah jika kita lalai. Nauzubillah.

Mujur ada coklat daim pemberian idi tadi...umi kerik buat hilang mengantuk. Manis pun manis laaa...idi oiii...Akhirnya sampai juga di rumah. Kami bergerak dari soksek tadi jam 6.30 petang dan sampai dalam pukul 10.30 malam. Kak ngah terus mengemas sebab dalam keterpaksaan dia harus pulang ke rumahnya di vista demi menyiapkan dua assingmentsnya yang perlu dihantar esok. Sebenatnya umi sangat risau, tak nak kak ngah seteres! Dalam pukul 11.00 malam hantar kak ngah. Kalaulah boleh, mahu saja umi temankan kak ngah buat kerjanya. Tapi tak dapat parking dalam kawasan kondo tu sebab tiada pelekat...huhuu...umi pun pulang ke rumah, selepas kunci pintu umi terus tertidur...


ole-ole dari langkawi...i like it!

hanya Allah sahaja yang tahu betapa boringnya hidup...
dah hampir seminggu duduk di rumah bersendirian...
lamanyaaa...abah berpergian..bosannya...bosannya...mujur anak-anak ada dekat-dekat,
jika mereka tak balik, umi boleh pergi jumpa mereka.
namun Allah tetap ada,
sentiasa ada!



Sekilas Pandangan


Tajamnya Mata Perempuan

Perempuan memang mempunyai pandangan mata yang cukup tajam. Mungkin kerana itu jugalah, perempuan mudah jatuh cinta serta mempercayai cinta yang lahir dari pandangan fizikalnya.

Seorang perempuan mampu mengenali sehelai rambut asing yang terlekat pada kemeja suaminya pada jarak 10 kaki! Mata mereka cukup tajam untuk melihatnya, mengenalpasti dan mengesahkannya. Namun, dengan mata yang sama juga, perempuan ini boleh meredah pagar rumah sewaktu mengundurkan kereta dengan alasan...tak nampak!

Apa pun, kajian makmal membuktikan persepsi mata wanita lebih mencapah, lebih lebar dan menjangkaui perkara yang tidak disangka-sangka. Sedangkan pandangan mata lelaki hanya lurus dan lurus bagai cahaya yang panjang di sebuah terowong. Jadi, kalau diri diamuk cinta hanya terpegun melihat mata si dia yang bercahaya bening, terpesona memandang senyumannya yang penuh aura, tampar pipi anda beberapa kali!
Kita hidup di bumi yang nyata. Semua ini tidak kekal, fizikal akan berubah, dan gerak hati kita ada ketika menipu kita terutama kala diri sedang asyik dipanah asmara.

Dan percayalah!
Cinta itu sukar dipastikan di mana puncanya, di mana akar umbinya, apakah sumbu cinta yang sebenar. Di hati...di mata? Sukar membuat kepastian! Cinta itu sedikit dalam serba serbi. Cinta itu cantik dalam kekurangannya di sana-sini.

Usah mudah terpedaya kalau pada awal pertemuan,kekasih yang digilai hanya dari renungan matanya itu, berubah 360 darjah selepas perkahwinan. Kalau dahulu renungan matanya dikatakan begitu ampuh, mampu membuat lutut menggeletar, mampu membuat bibir sendiri merasa kejang dan kebas untuk tersenyum...

Selepas satu ikatan yang sah, renungan mata itulah yang paling tak ingin kita lihat!
Benci melimpah tebing sebab al-kisah renungan yang tajam itu, yang dahulunya menikam hati tembus ke jantung sudah menjadi renungan beracun. Renungan itu satu signal si dia minta anda menggosokkan bajunya dengan lebih licin, renungan itu satu amaran, anda lambat bangun pagi, sedangkan si dia sudah selesai membasuh kereta dan sarapannya sekadar dua biji telur separuh masak, belum anda hidangkann!!

Nah, jangan mudah terpesona dengan bening pandangan matanya.

p/s: sekadar menulis...

Sunday, October 10, 2010

N8 Model Terbaru NOKIA: Nokia Mobile Computing N8 LB

Tetiba nuffnang letak iklan Nokia N8 kat blog, aduss...teruja sungguh nak mengushanya dengan lebih detail lagi. Memang dah lama menanti model terbaru telefon bimbit pintarnya. Nak belikan untuk suami tercinta sebab beliau tak berminat dengan jenama lain yang berlambak, melainkan telefon dari Nokia. Nokia lah jugak pilihan hatinya. Awal tahun, umi dah belikan abah xperia 2 tapi sikit pun dia tak berminat...sempena anniversari. Katanya tak mesra alam laa...macam-macam bila hati tak berkenan. urmh...orang nak gantikan telefon dia yang terjatuh tu...tapi Nokia memang kuat<>

Khabarnya...N8 menawarkan pelbagai aplikasi teknologi terkini yang menarik, tak kurang hebatnya dari telefon pintar pesaing. Nokia N8 dilengkapi ciri-ciri video berdefinasi tinggi (HD) bagi membolehkan merakam video lebih jelas dan terang. Menariknya N8 menerusi resolusi kamera 12 megapixel adalah setanding dengan kamera digital berkuasa tinggi, lensa Carl Zeiss dengan lampu flash xenon, fungsi rakaman video dan suntingan.

Salah satu aplikasi paling popular yang dinantikan oleh peminatnya adalah tarikan sumber interaksi paling popular iaitu memaparkan kandungan Facebook dan Twitter sebagaimana yang terdapat pada pesaing telefon pintar yang lain. Memang wajiblah benda ni sekarang jika dinamakan telefon pintar...

Satu lagi tentang sistem bunyinya pula, N8 dilengkapi teknologi bunyi sekeliling (Dolby Digital Plus) sekaligus menambah keasyikan tatkala mendengar muzik mahupun rakaman video. Apapun, kena tunggu dulu....N8 akan memasuki pasaran Malaysia pada hujung tahun ini, jadi boleh simpan duit untuk mendapatkannya...Uishh...tak sabarnya lah...harap-harap abah dah berkenan yang ni, nak gantikan Nokia abah yang lama tu, caya lah NOKIA! Memang tahan lasak.

spesifiksi:

Produk : Nokia N8
Sistem Operasi : Symbian 3
Skrin : LED 3.5 inci (640x 360 piksel-peka sentuhan kapasitif)
Kamera : 12 MP, Lampu flash xenon, pengesan muka
Lensa : Carl Zeiss
Memori : 16GB (dalaman) slot kad microSD
Format video : H.264, MPEG4, VC-1, H.263, Real Video 10, ON2 VP6, video flash
Bateri : Ion Iitium 1200mAh




p/s: kalau nak tahu tentang N8 lebih lanjut, silalah tekan iklan yang disediakan oleh nuffnang kat atas tuu...