Friday, July 30, 2010

mmm...dapnyer...buah kiwi


Umi suka buah kiwi ;)
mmm...nyum..nyummmm...




FAKTA: Kandungan buah kiwi

  • vitamin C - mempunyai dua kali ganda vitamin C berbanding buah oren. Kandungan yang hanya perlu diambil dua biji buah kiwi setiap hari untuk mendapatkan kadar yang disarankan.
  • Vitamin E - jarang sekali terdapat dalam makanan rendah lemak semula jadi. Lebih-lebih lagi buah boleh menjadi sumber vitamin E (dikenali sebagai vitamin yang kaya dengan kebaikan untuk kesihatan jantung dan antioksidan)
  • Asid Folik - sumber semula jadi diperlukan bagi menghalang kecacatan neutral di kalangan bayi (manusia memerlukan asid folik sebelum dan ketika hamil) untuk perkembangan otak dan kognitif di kalangan kanak-kanak dan menghalang penyakit kardiovaskular. Setiap orang memerlukan zat itu dalam kadar yang mencukupi. Asid folik penting sehinggakan ada negara yang mempertimbangkan untuk menambahkan asid folik ke dalam tepung gandum untuk memastikan masyarakatnya memperoleh asid folik mencukupi.
  • Potasium - mempunyai tahap yang hampir sama dengan pisang. Buah kiwi sumber potasium rendah garam berpotensi memberi manfaat dalam penjagaan tekanan darah dan kesihatan jantung.
  • Lutein karotenoid - bukan saja mempunyai kandungan Lutein karotenoid tertinggi di kalangan buah-buahan, tetapi buah kiwi dibuktikan jauh lebih baik dari sayuran dari segi bio. Ia boleh membantu masalah penglihatan yang berkait dengan usia tua.
  • Antioksidan (contohnya polifenol, karotenoid) - berfaedah termasuk enzim unik lain. Memakan buah kiwi setiap hari adalah cara mudah untuk mendapatkan keperluan antioksidan seharian bagi melawan kerosakan yang disebabkan olah radikal bebas dan tekanan oksidatif.
  • Serat - Buah kiwi sesuai dimakan untuk mengurangkan rasa kembung dan tersumbat. Diiktiraf sebagai pembantu kepada sistem pencernaan semula jadi
Buah kiwi dikesan meningkatkan glukos dalam sel metabolisme dalam badan selain berfungsi untuk sel darah merah. Vitamin C yang terdapat dalam buah kiwi membantu meningkatkan tahap fungsi vaskular iaitu pembuluh darah dan arteri, malah membekalkan darah ke dalam tubuh.


Tuesday, July 27, 2010

Manggis, duku dan durian...


Makkk....nak balikkkk.....

umi ni asyik rindu merindu tak abis-abis. Tadi lepas solat terus capai telefon sebab rindukan mak. Macam-macam hal yang kita sembangkan. Tapi yang paling za ingat ialah khabaran mak tentang buah-buahan yang tengah masak. Tak aci tak aci kalau orang datang kait buah manggis sampai berguni pergi jual...sedangkan anak mak yang duduk jauh di perantauan ni kena beli...mahal mak!!

Cakap pasal durian, hari jumaat lepas, beli durian kat Tapah. Kata penjualnya durian ni elok sebab dari Bukit Tapah. (dalam hati mesti best ni durian kampung) mahal pun kira aci laa...tambah pula tukang jual durian tu kecek kelate...katanya orang pasir puteh. Umi harapkan kejujuran dialah untuk beri durian yang terbaik. Manalah umi reti nak pilih. Lupa la pulak nak suruh dia bukak terus kulitnya. Pastu...balik umah umi ni terkial-kial membuka kulit durian itu. Salah satunya punya lah susah, rupanya kes penipuan...durian putik! Ish! Marah betul nih...
Makkk....nak durian kat kampong kita...sedapnya dengar mak cerita tadi...kecur dah air liur anak mak ni bila mak cerita pasal durian, sambal durian dan yang special lagi mak dah kacau lepok.

Pastu mak cerita pasal buah duku dan dokong. Mak cakap mak tak sanggup tengok buah yang memutih tu...teringatkan anak-anak. Makkk....za nak balik lah kalau macam ni. za nak balik dengan bas ker...flight ker....nak balik nak balik...mak kata...balik lahhh!!!
Boleh jugak nak balik, tapi kena tanya abah dulu mintak permission, dia kasi ke tak umi balik sorang-sorang. Lagipun umi boring jugak...asyik bercakap dengan komputer jer sehari-hari. Macam nie...Fuh! Boring.

Kalau umi balik dengan flight, ada ke orang nak pergi ambik umi? Dari KB --> destinasi. Susah jugak tu kalau balik begini, tak ada transport, nak bergerak pun payah. Kalau umi balik dengan bas...mak cakap turun kat Jerteh. Rasanya...kat KL ni boleh la minta tolong kak long hantar ke stesen bas...or airport. Yesss!! Tapi...dah berbelas tahun da umi tak naik kenderaan awam ni. seriyes!
umi hanya pandai belikan tiket untuk anak-anak je...tak kira la tiket kapalterbang ker...tiket bas ker..tiket keretapi ker...tapi umi tak pernah naik semua nih. Sob3!

Teringat pula memori silam masa pregnant kat arwah adik faiz. Masa tu kami pulang kampung. Abah beriya-ia ajak kami anak beranak naik bas ke KB dari Melor. Turun kat stesen bas...kami berderet jalan kaki sekitar KB dan abah bawak kami pergi tempat-tempat yang dia biasa pergi masa dia bujang dulu. Mana kedai dia biasa makan...mana kedai tempat dia biasa pergi beli kain pelikat dengan mek...pendekkata kita jelajah satu KB. Rindunyer....

Pastu, dengan umi yang perut membuyut tu, abah ajak naik motor arwah mek pergi ke Bachok. Idi duduk depan dalam raga. Kak long dan kak ngah dah pergi dengan mek ke Bachok. Umi tahu...kalau abah tak buat macam tu...kami tak akan merasa kemanisan dan keriangan begitu. Bukan kami tak ada kereta time tu...tapi abah saja-saja dan kami pun suka adventurous camni. Rasa bahagia sangat! Kalaulah boleh diputarkan masa...alangkah indahnya.

Ermmm...cakap pasal balik tadi, nak mintak tolong sapa eh bila dah sampai nanti. Semua orang tentu busy sebab kerja...fikir-fikirkan....

p/s: umi memang hantu durian! Rawrr!!
rindu sesangat kat arwah WAN yang pengasih penyayang, boleh manja-manja dengan wan nak makan apa-apa pun wan akan bagi. al~fatihah...

Memperbaharui Roadtax Kereta.



Assalamualaikum wrb...

Pagi ini umi nak pergi perbaharui roadtax kereta kak long yang akan luput pada 31 Julai 2010.
Semalam lagi nak pergi tapi tak terpergi sebab ada tetamu datang ajak ke rumahnya malam ni...ada majlis kesyukuran sikit katanya. Tadi dah pesan kat abah supaya balik awal. Hmmm...
Harap-harap hari ni tak ada rintangan apa-apa lah sebab dah betul-betul nak expired dah tu...
Hehee...kalau x, baru lah kena bawa kereta tu dalam UM jer...x leh kuar daerah! Ingat pesan dan amanah abah tu...wat gi ngaji jah!

Bagaimana nak memperbaharuinya:

Mula-mula cari geran kereta dan insuran yang lepas.
kemudian bawa ke ejen insuran pilihan kita...dia akan uruskan semua dan mengira berapa kita kena bayar. Kat sini juga ejen akan check samada kereta kita ada saman tertunggak yang belum dibayar. Kalau ada kena pergi bayar dulu baru boleh sambung roadtax tu. Kalau tak ada, kita boleh buat pilihan samada nak pergi JPJ atau pejabat pos sendiri atau nak suruh ejen je buat semua tu, Biasanya kalau ejen settlekan, kena charge la...haaa...baik pergi sendiri, jimat rm 10 hinggit...

Kalau umi ni jenis rajin, umi uruskan sendiri...sambil-sambil pergi jamu mata kat jusco yang sentiasa ada sale dan belam-belam bayar bil-bil semasa yang lain kat pejabat pos yang terletak dalam jusco tuh. (umi bayar bil secara manual...tak main 2U 2U tuh. hehe...pesen lama la umi) Wah! Sambil menyelam minum air...eh..eh...puasa la hari nie...lupa!!

Okey, nak bersiap la ni...hari ni kena jadi lagu-lagu mano pung!
hahaa..(malas betul nak kuar rumah sorang-sorang..)


(ihiks...gambar lama nie...)

Tuesday, July 20, 2010

Rezeki Oh Rezeki!





Pesan abah semalam:
Bacalah Al-Quran jangan lupa.
Sehari 10 ayat pun tak apa asal baca...
sebab Al-Quran itu ibarat besi berani yang akan menarik/menyerap
unsur-unsur negatif di sekeliling kita
yang kita buat tanpa sedar sebenarnya.

Bacalah Al-Quran selalu
tiap-tiap hari...rezeki akan mudah
hati akan berkata TIDAK pada anasir-anasir yang membawa angkara...
menjadi pelembut hati, ego tidak tinggi.
rezeki Allah bagi tanpa disedari...

Sebagai contohnya,
minggu ini tersenyum ceria
tiba-tiba dapat surat dari LHDN:
Tuan,
BAYARAN BALIK CUKAI TERLEBIH BAYAR.
Eiii...sukanya!!
Ingatkan lambat nak dapat, tapi hari ni dah sampai ceknya.
ALHAMDULILLAH...rezeki nak menyambut puasa namanya.

Kelmarin dapat surat untuk Safiyah Ulfah dari DARA.COM
Alhamdulillah...
Sebelum tu dapat penyampaian cek dari SINAR INSPIRASI...
Alhamdulillah...
Bukan nak membanggakan diri tapi nak buktikan bahawa jika kita
YAKIN dengan rezeki Allah...Pasti akan datang rezeki yang halal itu dengan mudah.


Bukan apa...kami bersyukur walau tak seberapa, tidak seperti pendapatan orang-orang di luar sana. Kami tetap bersyukur. Allah sayangkan kita diberinya rezeki yang halal untuk menjadi darah daging...


"ya Allah, jika rezekiku di langit, maka turunkanlah ia,
dan bila di dalam bumi maka keluarkanlah ia,
bila di dalam laut maka keluarkanlah ia,
dan bila lambat, percepatkanlah ia,
dan apabila sulit, maka mudahkanlah ia,
dan apabila haram, maka sucikanlah ia,
dan apabila jauh, dekatkanlah ia,
dan apabila sedikit, maka perbanyakkanlah ia,
dan apabila banyak, maka berkahkanlah ia bagiku atasnya,
dan sampaikanlah ia di mana saja aku berada,
dan janganlah Engkau pindahkan aku ke tempatnya."

Ya Allah Ya Karim...Ampunkanlah dosa-dosa yang lalu...


video

Sunday, July 18, 2010

Lagi kisah balik kampong...



ISNIN:
Kami balik hari ahad, perancangan awalnya hari isnin tu terus ke Kuala Terengganu pastu terus balik ke KL ikut highway kuantan sebab nak kejarkan hari selasa appointment kat hospital serdang tu. Isnin tu pagi-pagi lagi dah bersiap tapi banyak pula rintangannya. ke hulu ke hilir mencari YB tapi semua tiada dalam daerah...dengar-dengarnya mereka hanya ada pada hari rabu, khamis dan jumaat sahaja dan hari lain mereka berada di KL. Hampa. Tak jadi pergi ke KT hari isnin tu tapi berusaha juga menjejak mana yang perlu. Beres, esok pula lah kena anjjakkan perancangan asal..walaupun x jadi ke KT, rasa malas pula nak ke mana-mana walaupun dalam hati ni nak sangat ke Kelate, rindukan rumah rindukan macam-macam...tapi hari itu hujan memanjang. Sebab malas, asyik tido saja sambil teman mak berbuka puasa dan dengar cerita2 yang tak kunjung padam. Maalum laa...orang baru balikpergi berjalan ke sabah...

SELASA:
Umi, kak long, kak ngah, zarith dan zati dah bersiap-siap nak ke destinasi. sedang duduk-duduk menunggu anak-anak dara bersiap tu datang lah kak nik (sepupu umi) bersembang katanya "za nak gi mana?""erm...za nak gi ke k.Terengganu" sahut kak nik pula "...ooo...tu shidah pun nak gi jugak tapi takde kenaikan, kena gi dengan taxi la.." umi pulak dengan tak berfikir panjang terus cakap "owh, marilah pergi sekali dengan za" sebenarnya lupa sangat-sangat muatan dah lebih had dan kereta memang rosak dan sedang sakit kedua-dua absorber belakang sudah dinasihatkan oleh pusat servis suruh tukar kedua-dua belah dan 3 perkara yang lain yang berkaitan kerana dah berbunyi kuat tapi umi tangguh dulu repair sebab balik kampung pun tergesa-gesa. biasanya tak tangguh-tangguh bab-bab baiki kereta ni. tapi masa x mengizinkan. Nak balik dengan gen2 pun baru keluar workshop rasa tak percaya juga 
kereta lepas excident ni...kesian crv. Kami pergi juga. kadang-kadang bila pikir balik kata-kata orang macam iye juga. "Alaa...umi ni baik sangat...!" 



Kami sampai di KT dalam pukul 12.00 tengahari. Tinggalkan mereka berurusan. umi dan zati ke SESMA sebab zati nak ambil sijil spm nya. Lucu pulak rasanya bila tetiba zati dah bertukar loghat keterengganuan. Terdengar jugak cikgu-cikgu yang mengajar dalam bahasa terengganu pekat. Pastu kami ke pusat bandar semula. Menunggu dan menunggu bagai nak rak di situ. kak ngah dan kak long pula macam hadir reunion sebab jumpa ramai kawan-kawan satu sekolah kat situ. Pukul 5 petang semua settle, selepas solat nak pergi makan. Mula-mula pergi kat Jalan Kolam nak makan nasi minyak kat situ tapi dah tak macam dulu kami pun bertukar arah ke Nasi Ayam Yunnan di Pantai Batu Buruk.



(dulu sedap...skrg ni mcm kureng!)


Tiba-tiba..."mi..mi...abe long call kak long mi..banyak kali, bakpo tau" kata kak long. umi tanya.."abelong mana?" kata kak long..."abe long syafiq". OOO...tiba-tiba abe long tercongok di depan mata. umi pun pelawa makan sama-sama. Lama benar tak jumpa anak sedara umi yang sorang nih. katanya... abe long ternampak kelibat crv cikza satni. cari-cari no telefon cikza cepat2 nak call jumpa yang kak long terus call...hehee...ngeeee...jumpa abe long jauhnya di KT. Padahal rumah sebelah menyebelah je kat Melor tu. Lepas makan minta abe long tunjukkan jalan ke Masjid Kristal sebab memang berhajat nak singgah ke situ. Alang-alang dah datang Terengganu. Abelong pun nak balik ke Kelate jugak. katanya cikza balik dulu...nanti abelong sempat kejar cikza ni...wah...kete abe long tip top gitu! Lajuuu....kami ke lokasi Masjid Kristal. Bergambar seketika dan maghrib. Kami pun beransur kembali ke Jerteh.


(umi, abe long pok jak dan kak long)

Dalam perjalanan balik tu, hujan lebat datang lagi. Hati risau kerana kereta tak berapa sedap dengan lampunya pejam sebelah mata. Masa ada roadblock kat gua musang malam tu dah dinasihatkan pasang lampu yang padam tu. ..tadi lupa. Adusss...!! Alhamdulillah selesai jugak semua perkara. Esok ada sikit-sikit lagi kena kejar masa cepat-cepat sebab nak balik KL dah. 
sampai rumah mak, dah malam pun terus tido kerana keletihan. Sambung esok pula...Kesian kat anak umi...contact juga takut umi lupa. Kesian abah kena tinggal sorang-sorang...kena pergi appointment tu sendirian...hurmmm...

TAHNIAH! BANGGAnya...


*ALHAMDULILLAH*

Minggu ni minggu berbunga-bunga mangga
Ops! penuh dengan rasa bangga dengan pencapaian anak-anak
 TAHNIAH
kepada yang telah berjaya merentasi berbagai ujian
dugaan dan rintangan.
INGAT!
semuanya pahit getir itu pasti ada hikmah yang tersembunyi...

KADANG-KADANG ALLAH SEMBUNYIKAN MATAHARI,
DIA DATANGKAN PETIR DAN KILAT.
KITA MENANGIS DAN TERTANYA-TANYA,
KE MANA MENGHILANGNYA SINAR.
RUPA-RUPANYA, ALLAH NAK HADIAHKAN KITA PELANGI.


Yang ni dapat surat dari anakanda puteri bongsu
siap pesan suruh letak dalam blog lagih
pastu dapat juga surat 
keputusan peperiksaan pertengahan tahun dari SESTA
Tahniah Mia..nangis-nangis pun 
results ok dan umi bangga dengan anak umi
"umi...umi...Mia dapat g lawatan! As a reward dpt marks tinggi dlm exam..."
pastu dapat email jugak 
seperti yang dijanjikan
TAHNIAH
semoga terus berjaya dalam hidup
doa umi tak pernah putus
serah saja segala urusan pada yang Berhak
Besar sangat hati umi bila dengar anak-anak gembira dalam hidup mereka
jangan nangis-nangis
bukan senang nak senang, belajar kat mana-mana pun susah belaka
kuatkan semangat tutup mata pekakkan telinga
apa yang tak best best tu abaikan
kena kuatkan semangat untuk 10 tahun ke hadapan
harap-harap masa tu umi masih wujud lagi.
masih mampu tersenyum lagi
walaupun dah xde gigi
^__^
.tuo doh.


Thursday, July 15, 2010

Giveaway Watermark 14-18 Julai




INI STICKY POS, SILA SCROLL DOWN KE BAWAH UNTUK ENTRY TERKINI..

Siapa nak join
giveaway watermark.
sila klik




mudah saja...

syaratnya ialah:

1~ warganegara Malaysia & perempuan sahaja.

2~ jadi followers.

3~ buat entry pasal giveaway watermark ini dengan ayat mengayat:

"SAYA NAK MENANG WATERMARK & HADIAH MISTERI
DARI
 eybizzonline"

4~ pastu tinggalkan link entry kat link komen eybizzonline

5~ Setiap komen HARUS ada link entry berkenaan giveaway di kotak komen entry

iYe,
 saya memang teruja
sebab watermark dari eybizzonline sangat comel. 
kalau ada rezeki tak ke mana, jom layan stok watermark yang lawa-lawa tu.
hihii

Tertarik dengan info ini.

sekadar berkongsi :)

 untuk info penuh klik di



TIER 6: OUTSTANDING (none)

TIER 5 : EXCELLENT

Termasuk dalam senarai:

-INTERNATIONAL MEDICAL UNIVERSITY

&

- UNIVERSITY MALAYA.

SYABASSSS anakanda berdua.

tertarik, menarik kau memang d'bomb...kiki

 masa duk boring-boring asyik duk belek paper ni lah hotel impiana kat Ipoh hari tuh
terbaca info menarik ni.

Wednesday, July 14, 2010

Berdua Lebih Baik??


Entahlah...tepuk dada tanya selera, dan situasi lah yang menentukannya.
Sukar untuk didefinasikan setelah sekian lama dikelilingi anak-anak manja.
20 tahun selepas itu, kita warga tua ditinggalkan termangu empat mata.
anak-anak yang empat juga telah pergi ke medan perjuangan.
perkataan pertama yang terkeluar adalah...
kini fikiran kita dah terbahagi kepada empat tempat.
menerawang menanti,  walau jauh dari pandangan mata, 
hati gusar tak terkira.
tanggungjawab terus mennyusur sampai bila-bila.
hati hebat merindu. sepi menerjah saban waktu. 
oh...oh...tiada lagi teman bicara.
buat seketika, aku hanya ingin begini...
berdiam diri dan menunggu saja siapa yang teringat pada bonda.

Mujurlah pada hari-hari bermula situasi ini, umi tidak terlopong seorang saja. Setelah menghantar mereka ke destinasi berbeza kami menghala ke Tapah menjenguk si bongsu di sana. kerana selepas itu, abah akan ke medan kerja. Umi ikut saja. Jadi driver pun iya. Tak apalah asalkan ada kerja. boring tak terkata. 

Setelah berdua, macam-macam topik kita bicara. sampailah juga ke ragam anak-anak kita. Umi jugalah yang dipersalahkannya. Mana aci...orang lain yang negatif, kita yang terkena debunya. tak tertahan sebak, airmata pun berkaca-kaca memandang jauh ke luar tingkap.
sungguhpun begitu terkilan rasa bila sesekali anak kasar berbicara. 
tak mendengar kata. hiba hati ditelan jua. 
memamah usia yang tiada bergula.

mohon maaf andai tersasul bicara, bukannya apa...
sekadar bercanda menghibur hati nan lara.
seperti biasa...abah pergi kerja jam 6.15 pagi, pulangnya bukan lagi senja tapi selepas isyak. workaholic sudah tentunya. Bukan tak biasa...
cuma boring aje duduk yang bersahaja. 
lalu menulis entah apa-apa.

 

Alhamdulillah...

Sampai dah bungkusan yang dinanti-nanti dari dni yang baik hati.


Tak sabar nak buka...suspen nih!


Rasa amat berbesar hati...baru lah umi tahu bagaimana perasaan menanti dan mendapat hadiah yang dipos ekspres macam ni...teruja dan seronok.
suka sangat suka sangat


Wah...cantik bangat, bangganya...ni semangat nak masuk giveaway lagi.
semangat...semangat
Terima kasih daun keladi
mintak2 menang lagi lain kali
fuh...fuhhh...

hati berbisik...kerna terusik.




Merenung jauh menyingkap langsir hati
yang suasananya bergelora hiba 
beberapa kali mencuba untuk mengupdatekan blog. 
Tapi semangat yang berkobar-kobar tetiba hilang begitu saja. hilang mood.
Sejak semalam lagi hati terusik, kepala sakit dada berdebar, bibir bergetar. 
kenapa dengan aku ni...
sampai tak boleh tidur bagai bernafas dalam lumpur.
siapa lah yang akan memujuk hati yang rawan
kalau bukan diri sendiri, siapalah yang akan merindu
menangislah semahumu
kerana memang tiada siapa pun yang akan mengambil tahu
pasrahkan saja pada Yang Satu!
runtun hatimu.
sepi itu amat menyiksa.
tapi kadang-kadang mendamaikan juga.

sedihnya...semalam yang suram
hari ini apakah akan terus gelap lalu
pitam.

p/s: hati ini memang tak boleh terima


Sunday, July 11, 2010

Heliza Dan Umi


Masa ni umi, safiyya dan sara singgah solat kat surau di sogo pastu nampak gadis manis ni sama-sama singgah solat gak kami solat asar dan terus tunggu maghrib sebab hari ni umi puasa nanti kalau pergi buka puasa dulu mesti kalut nak datang surau balik jadi kami tunggu sampai maghrib. Rupanya heliza pun buat macam tu jugak. Lepas solat asar terus stay kat situ.

Yang umi ingat sangat adalah kata-kata heliza..."owh! Mak korang ke nie...
merujuk kepada kak long dan kak ngah...ingatkan kakak...!!"  Wah! Muda 10 tahun umi rasa...
koya-koya ! Kami pun ambil gambar kenang-kenangan dengan selebriti kesayangan ramai ni. Umi tabik la heliza, sorang-sorang je masuk solat kat situ. Manis...jer!

Umi Bertuah Menang Giveaway!



malu..malu


Pemenangnya Adalah :

  1. Wannza
  2. ZiE FAUZi
  3. cikbedahlaser
  4. Ogy
  5. Syakila
  6. irahehe
  7. e-ja
First time masuk giveaway atas dorongan anakanda cik sarazaqea.blogspot.com
yang sebenarnya bukanlah kali pertama ajakannya
untuk menyertai mana-mana penyertaan
tapi selama ni umi diamkan saja
kerana malas
kan...da dapat kalau rajin skit...Alhamdulillah..terasa macam
kerana dirimu amat berharga...tetiba jerk!

Terima kasih banyak-banyak ke atas penaja
dini's wardrope dan ardinihumaira.blogspot.com
 yang baik hati buat 'giveaway 3 jam sahaja'
 anda telah membuka minda umi yang selama ini 
bersawang dari sebarang aktiviti alah ni.
samada jejari dni yang bertuah semasa membuat cabutan
ataupun memang umi ada Ong! ada lux masa tu
jom kita kongsi bersama kebertuahan itu ye cik dni...
sayang dia!

dan ber laluan sekejap yer
 pemenang nak beri ucapan ni..

excited giler...hak3

terima kasih yang tak terhingga 
buat cik sara kerana tak pernah jemu
mempromosikan
segala macam contest ke, giveaway ke..,
bak katanya..." masuk la mi...suka-suka je pun mi...
mana tau ada lux dapat rezeki melayang daripada dok berbelogging bersahaja"
dan kak ngah selalu cerita pasal kak dni dia
yang pemurah dan penyayang
ok, nanti ada rezeki kita jumpa penaja
kak dni yang comel lote macam misha ni..hik3!
blogger hebat nih boleh tak? 
mana tau ada rezeki tergempar lagi jumpa kat kelate time balik bila-bila
bangga...bangga!!

umi bagi hadiah kat promoter giveaway ;) walaupun masih lagi malu malu...haha