Saturday, August 25, 2012

Kek Keladi Yummy Yummy




Beraya tahun ni dah nekad nak buat kek keladi. Rindu betul nak makan kek yang sedap yummy yummy ni. Kalau masa duduk di Terengganu dulu pakai tempah je dah dapat makan tapi tempahnya dekat Kota Bharu....satu jer....kek ni cepat basi kalau tak letak dalam peti ais....



Meh Mia kita buat, umi dah beli keladi sebelum raya lagi masa gi ke pasar dengan abah...Kesibukan pulang beraya dan tak punya banyak masa untuk ke dapur maka belum buat pun lagi kek nih...JOM!





Dsc01385
As promised...

Created on : 29-06-2007


 





Bahan-bahan ( Saiz Loyang: 22cm )

  • KEK:
  • 250 gram sponge cake mix
  • 5 biji telur (A)
  • 1/2 sudu besar ovellatte
  • 40 ml air
  • TOPPING KELADI:
  • 1 kg keladi
  • 1/2 cawan gula
  • 3 biji telur (A)
  • 120 gram santan pekat
  • 300 ml air
  • 1/4 cawan tepung gandum
  • 20 gram tepung jagung
  • 25 gram gelatin
  • Beberapa titik pewarna ungu
  • 1/2 sudu teh garam
  • Kelapa kering sebagai hiasan

Cara-cara

  1. KEK :
  2. Panaskan oven.Campurkan semua bahan-bahan kek. Pukul dengan mixer hingga kembang. bakar pada suhu 170 darjah.
  3. Dsc01372
     Potong kek tadi kepada tiga bahagian menggunakan cake leveler atau pisau yang panjang. Kemaskan bahagian tepinya dengan memotong bahagian yang berwarna coklat.
  4. KELADI:
  5. Kupas keladi dan potong-potongkan. Rebus hingga empuk.
  6. Dsc01370
     Blend keladi dengan air dan telur. Masukkan kedalam periuk.Campurkan bahan-bahan lain hingga sebati- santan,gula,tepung gandum,tepung jagung,gelatin, pewarna ungu dan garam. Kacau hingga mendidih dan masak.
  7. Dsc01375
     Ambil satu lapis kek. Kemudian sapukan krim keladi keatasnya.
  8. Letakkan satu lagi lapisan kek dan sapukan krim keladi ke atasnya.Ulang untuk lapisan yang ketiga.Ratakan semua bahagian kek dengan menggunakan scrapper.
  9. Dsc01379
     Kek keladi yang telah siap diratakan. Taburkan kelapa kering keseluruh bahagian kek.
  10. Masukkan ke dalam peti ais. Seelok-eloknya biarkan beberapa jam sebelum dipotong supaya kek kemas dan padat.
  11. Dsc01383
     NOTA: Kek ini mengandungi santan , jadi mudah basi. Jika tidak mahu makan simpan dalam peti ais.

Sunday, August 5, 2012

Lempeng Nyior....cicah kari.



Teringat pula  semasa menetap di Kuala Terengganu dari tahun 2000-2006 dahulu, jika ke Marang pasti singgah ke sebuah restoran yang menyajikan menu Lempeng Nyior. Memang peberet lah...tak singgah tak sah rasanya. Lempeng tu disajikan seperti kita order roti canai...tapi ditukar kepada lempeng...dicicah dengan kari...




Sekarang ni jika teringin...kena lah buat sendiri. Tak jamin resepi asli dari restoran tu, tapi ini adalah resepi tradisi yang mudah dan sedap...




ni nok kabo ...lempeng org kg mmg sedap dari lempeng org bando ...amik gandum ..buboh nyor muda dengan airnya selalu ....buboh sedikit garam ...sedikit gula ...telur .lps tu adun sampai x melekat d senduk .....nk wangi lagi buboh seiris ,atau 2 hiris bawang merah ...ha ha ..ni ..acu cuba buat ...mkn saja .pn sedap ..x payoh ngn sambal sardine ....."





Resepi sempoi. tak perlu bahan-bahannya...tak perlu cara-cara membuatnya....
Kita cuba duluuuu...piece!!!!








macam-macam pun teringat time posa nih...haih!


Thursday, August 2, 2012

Catatan Citra Kesyukuran...



Sekilas catatan citra kejayaan anakku Rusydi...



video



p/s: Waduh2...sungguh tak sangka masuk tv3 malam tu...





Bersama Menteri Pengajian Tinggi...
gambar diambil dari laman web UPU/KPT




Bersama Naib Canselor UTM Prof Dr Zaini Ujang...gambar dari UPU/KPT


gambar dari laman web UPU/KPT



gambar dari akhbar...


gambar koleksi peribadi




aanakanda bersama abah...



bersama umi...