Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Dan Maha Penyayang
Moga Allah redha dengan kehidupan kita di dunia ini.
Ada rahsia yang ku rahsiakan
Ada pandangan yang ku pendamkan
Ada keinginan yang ku simpan
Ada perasaan tak tertelan
Ku kira kau masih budak
Rasa baru semalam kau ku bedak
Tak sangka orang dah mintak
Tak tahu nak kasi ataupun tidak
Siapalah aku nak membantah
Kalau itu sudah perintah
Maut dan jodoh kerja Allah
Jadi aku akur redha mengalah
Bukan aku tak mahu berpisah
Tapi hati ini terasa gundah
Anak baru pandai pijak tanah
Takut kekok serba salah
Hati ini terasa sayu
Nak buka mulut terasa kelu
Beginilah hiba hati umi mu
Berasa bimbang berasa ragu
Bimbang ku mungkin tak bertempat
Bukan aku punya makrifat
Moga Allah beri berkat
Pada anak umi yang sangat taat.
Wahai anak permata umi
Sayang sungguh umi pada mu
Kira kau pergi jauh dari ku
Pandai pandai lah bawa diri mu
Kiranya sampai masa berpisah
Diri ini kan ku gagah
Takkan ku menangis seperti sudah
Masa kaki mu hendak melangkah
Wahai anak permata bonda
Apakah kau sudah sedia
Boleh kah kau melakukannya
Mengambil hati orang di sana
Orang di sana asing bagi mu
Akan menjadi keluarga mu
Hati ini bimbang dan ragu
Sayangkah mereka kepada mu
wahai anak ku permata intan
Kalau Allah sudah buat keputusan
Kita redha ikut peraturan
Insyaallah di situ ada kejayaan
Dengar lah anak ku umi mu pesan
Kiranya nanti sudah sendirian
Amal ibadat kena berterusan
Khidmat pada suami mesti laksanakan
Biar jauh beribu batu
Dirimu tetap dihati ku
kau lah anak kasayangan ku
moga hidup mu bahagia selalu
Diri ini sebagai ibu
Tidak ku beza anak menantu
Moga Puan juga begitu
Anggaplah anak ku bagai anak mu