Tuesday, August 11, 2009

Belajar Untuk Mengerti...



Sesekali jadilah kawan yang mendengar
dari yang bercerita.
Ambillah masa untuk memahami hati
dan perasaan kawan.
Kerana dia juga seorang manusia
dia juga ada rasa takut,
ada rasa bimbang,sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan
dia juga perlukan kawan
sebagai kekuatan
Jadilah kita kawannya itu
Kita selalu melihat dia ketawa
tapi mungkin sebenarnya
dia tidak setabah yang kita sangka
disebalik senyumannya itu
mungkin banyak cerita duka
yang ingin diluahkan
di sebalik ketenangannya
mungkin tersimpan 
seribu kekalutan
kita tidak tahu
tetapi...
jika kita cuba
jadi sahabatnya
mungkin kita akan tahu.


2 comments:

A love too srong to die said...

Mengimbau masa silam
Tersentak dek jalan yang lurus
Pernah dahulu jalanku sangat mudah
Sambil berlari riang di jalan itu
Aku menatap kepiluan teman
Dan aku bahagia

Tuhan
Engkau ciptakan gaung di tengah jalan
Aku jua tak menyangka
Begini pula lorong yang akan kulalui
Tiada lagi keriangan lalu

Engkau Maha Adil
Semalamku kau beri suka
Temanku kau beri duka
Hari ini kau beri duka
Temanku kau beri suka

Lemah aku melangkah
Kuharus berlalu jua
Meneruskan perjalanan di jalan baru
Jalan serba payah
Tapi aku punya Kau Tuhan
Menemani saat kesepian
Menghibur kala kengiluan
Memimpin bila aku rebah tersungkur

Ya Tuhan
Berilah kekuatan....

wannza said...

~SALAM Nazmiiii~

Umi dedicatekan lagu~
PADAMU SELAMANYA~SAUJANA.

dengar molek liriknyer...

jange maree...

umi suka lagu tu
dan lagu saujana yang satu lagi tue...kikii
=)