Hari Khamis yang lalu,kubawa anak-anakku,safiyya,seirra,eddy dan mya berkelah di sungai Klah,trolak,perak.tempat ini telah dikomersilkan oleh Felda menjadi tempat tumpuan pelancong.di sana ada homestay...kebun buah-buahan yang luas terbentang,ada kolam air panas,ada theme park,hotel mewah,macam-macam ada. sangat seronok untuk diteroka...walaupun ku bukan seorang peneroka...haih!
kujejakkan kaki di situ atas ajakan kakakku Wan Fatimah.sudah banyak kali kakakku mempelawa ke sana tapi masa tak mengizinkan...kerana juga anak-anakku belum pulang.sekarang mereka sudah berkumpul bolehlah kubawa mereka sekaligus...santai bersama-sama...seronoknya...aku menyusuli kakak,abang,anak bujangnya fahmi dan fadlan ikut serta...jumpa di jejantas sungai buloh...hehe...kakak sampai dulu...aku lambat sikit sebab maklumlah...ramai ni kak...hmmm...
Mula-mula kami dibawa ke kebunnya untuk memetik buah-buahan.Best giler sebab buah rambutan,pulasan tengah ranum.Kutipnya senang saja,sambil duduk bersila je di bawah pohon.buahnya sangat banyak sampai tak larat nak petik.Kulihat anak-anakku amat teruja...terhibur dengan bermacam telatah..ada yang riuh rendah diserang semut dan kerengga...hehee...terkejut semua warga serangga...hahaha!kelakar giler.aku pulak sangat excited sampai terluka.abang pula ralit bercerita..kakak dengan mulut bisingnya...anak-anak saudaraku yang bujang itu pun kuat menyakat juga...hak3!
kami memang sangat teruja walaupun setakat ini sudah lima kali kakak datang memetik hasilnya,tapi tak luak-luak juga buahnya...rezeki melimpah-limpahkurniaanNya.Kebun ni adalah kebun Kak Lin:anak perempuan kakak:kakak bercerita..."ayahnyalah yang beri hadiah kebun tu untuk anak perempuannya yang sorang;anak kesayangan ayah (Norfazlin).mahal tu...wah! Beruntungnya Kak Lin,asyik2 ayah yang sponsor..hahaa...best best,boleh tumpang makan buah.kebun cantik tersusun; kelapa, durian, rambutan, pulasan, nangka, ciku, dokong dan macam-macam..kata kakngah...seperti memungut hasil tanaman dekat game farm ville dalam facebook rasanya...hoho..
Penat bertungkus lumus dan bergelak ketawa,kami makan bekal yang dibawa...kakak tak puashati sebab buah yang dapat tak seperti yang dia target,sebenarnya dia nak bagi kat masjid sempena raya korban,boleh laa orang makan buah tu sementara acara penyembelihan haiwan korban...surau kat rumahnya 7 ekor lembu korban.alaa...kalau kami yang tukang ambik buah,mana nak dapat...dah la bakul yang paling banyak buah TERTINGGAL pula...hahahaa...
Penangan ralit bersila di bawah pohon pulasan...dan akhirnya tak jumpa jalan keluar...dah terlupa nak angkat bakul rambutan...kikikiii.
Terimakasih abang dan kakak sekeluarga hadiahkan mia cuti-cuti malaysia ni atas kejayaan 5a upsr mia...kami konvoi ke tempat yang tak sabar nak sampai...
kami bawak satu tray (30 biji telur) nak rebus dalam air panas...kakakku memang selalu menyakat kak long ngan fahmi...asal jumpa jew...kat kampung ker..kat mana2 jer...pasti ayat ni la yang dia ulang-ulang..."kalau kamu dua orang jadi kawen,mama buat kenduri SEKALI sajer.SEKALI JER".Pastu kita rebus telur kat sini...hihii...kakakku memang riuh ...family kami dah sedia maklum...alaa...wat derk je laa...dia gurau jer tu..abah kata...hahaahaaa...
di sini kolam tempat rebus telor.
~NEXT~
Salam..nak sambung cerita lagi ni...
Walaupun tempat ni agak tercorot dan nampak gitu-gitu aje...tapi ada umph!. Why?
Kerana jauh dari kesibukan kota metropolitan. airnya yang nyaman menghadirkan ketenangan. kalau bermalam lagi best! boleh mandi air suam malam-malam...hmmm...besar kolamnya dan bersih.sewa satu apartment 3 bilik hanya rm900 semalaman...berbaloi kalau datang rombongan.Jom2! next time. wah...(Ku bukan agen pelancongan..ngee...)
tapi memang best kerana di sini ada pilihan samada nak mandi air sejuk dari gunung atau air panas dari mata air gunung berapi...hahaa...nanti demam tak kebah n sakit urat pulak.kuang-kuang-kuang!
Ops! kat sini tak banyak gambar yang sempat kami ambil sebab semua orang syok main air. tak ada yang sukarela nak jadi jurugambar...kami mandi macam itik dapat air. Hari itu semua kolam bagai kami yang punya. mana taknya...pelancong yang ada ramai yang berbangsa cina dan japan kerana orang melayu lain sibuk prepare nak raya...yang kami nih sibuk pergi mandi-manda...hahahaaa..seronok tak terkata..habis kami teroka. kalau orang kat pantai timur sedang berenang dengan air bah-nya,kami rasa macam tu juga. yang pasti semua dalam satu. Indahnya kalau sebelum ni aku sangat teringin nak pergi kat air terjun lah,mandi sungai lah,hot spring lah main bah lah...mandi pantai lagi...apa yang terbayang di ingatan itu,telah ada di depan mata sekarang. apa lagi...buuuum!!! aku dan kakak terkedek-kedek macam budak-budak main kolam...hahaa...hilang segala ketegangan.
Nanti ada kesempatan nak pergi lagi...