Tuesday, March 29, 2011

Bak kata...




adek reen...

adek suuukeeee...umi datang rumah adek ♥♥♥


tapi kannn...nanti messsti baby wafiy pulak sayangkan umi ♡♥
*ada nada jeles di situ*


baby wafiy...adik baru *kakak reen*


Alaaa...jangan risau...umi sayangg adek, tengok tu umi belikan adek bantal comel :)
umi sayang semua orang yang sayangkan umi...tapi dekat adek jer umi bagi bantal meow tu :P
tidur nanti mimpikan umi ya...dek!
mmuuaahhhh ❤


:salam kasih sayang buat smua yang menyayangi umi:


Monday, March 28, 2011

Berkat dari kesabaran...



Setelah sekian lama menganyam erti sebuah kesabaran, akhirnya....


pokok nanasku berbuah juga...


dan pohon orkid ole-ole dari isteri-isteri pengarah negeri tahun 2005, dahulunya sebesar dua jari dah mula nak menguntum senyum...baru mula nak berbunga. Terhibur sungguh rasanya hati atas perkembangan terbaru ini.





Umi khabarkan pada abah...heh~orang marah-marah kata tak mahu berbuah sampai ke sudah,
barulah dia tahu nak berbuah~
ngeheheheeee....
tahu pun orang dah menyampah...
hidup segan mati tak mahu.
Akhirnya dibuktikan juga boleh berjasa.
hehe


p/s:  sedar diri diuntung~ disiram walau tidak dibaja ataupun sekadar di pinggiran saja,
harus bersyukur walau seadanya rezeki kita~

Saturday, March 26, 2011

pinjamkan ku sebutir bintang

Alhamdulillah...syukur ku kepada Allah kerana dipinjamkan ku sebutir bintang...walau adakalanya sinar bergemerlap, datang juga kalanya malap...aku tetap redha...


:anakanda tercinta:
moga sinarnya terus menyala, menerangi liku-liku perjalanan dunia dan akhirat,
pada-Mu ku pasrah...
umi sentiasa bangga dengan idi...teruskan usaha mencapai cita-cita 
umi sentiasa ada...


umi bersama salah seorang rakan seperjuangannya yang telah menggapai kejayaan cemerlang~
wakil kawan soksekian...

:juhairi jamaluddin:
Tahniah ju...dapat straight A's
bakal doktor ni...dulu mereka dok berangan nak buka klinik ju & di, tapi umi cakap...
tak yah nanti jadi 'klinikjudi'
hahahak...
harap2 ju terus ke mercu jadi doktor yang berjaya...



TAHNIAH buat semua kawan-kawan idi yang telah berjaya dengan cemerlangnya...
tak tertulis semua sekali di sini tapi umi tetap letak di hati
:)

Friday, March 25, 2011

Pengalaman Naik Belon Panas

 

Misi Naik Ke Bulan...bersama anak-anak ke pesta belon panas di putrajaya. Beratur panjang untuk mendapatkan tiket, kami masih beruntung kerana sempat beli tiket, sehinggakan waktu malam baru berpeluang naik belon panas. Memang panas hati dan berjanji tak akan naik lagi...




bersama belon panas...


kami insan terpilih...


gambaran dari atas...


indahnya pemandangan...


betapa ramai yang kehampaan...tak dapat tiket...



Untuk menggapai sebutir bintang yang memagari bulan.... 




Friday, March 11, 2011

Nak kenal kawan saya?

Inilah dia...setia, sejati dari kecil tapak kaki dua jari membesar depan mata...berlari-lari ke sana ke mari. Kadang kena marah, kadang gerammm semacam jer bila lauk kita dia baham...dah banyak juga pinggan mangkuk kesayangan dipecahkan akibat sifat gelojohnya nak ambik makanan...kadang-kadang terasa lucu jugak tengok telatahnya...sedar tak sedar...dah hampir tiga tahun kita berkawan..kan..kan...


jom layan pantun ting tong umi...hehe


Dua tiga kucing berlari,
mana nak sama si kucing belang;
pantang terbuka pintu ko mari,
sedar-sedar laukku dah hilang...(eeey...geram weh set nih ~.~)





Limau purut di pagar orang,
Serai pula rumpun tumbuhnya;
kucing jantan yang belang-belang,
bajet macho (^_^) bertenggek je duduknya --->





Sorong papan tarik papan,
buah keranji beli di hulu;
tolonglah kucing wei...orang nak makan!!!
mengiow-ngiow x dam do'oh lalu. (grrrrrrr!!!)



Kajang Pak Malau, kajang berlipat,
Kajang hamba, mengkuang lalu;
Lauk Pak Malau, Mak Limah masak,
Lauk aku...engkau yang sapu. (pis..piss..hambat..hambatt!!)


Kuning, Oren dan Belang-belang,
Dari benci bertukar penyayang,
memang dah...x de kawan.
depa ler tempat ku bersembang...


Beli durian di Bukit Tapah,
Aku nak pergi dahhh.........(=


p/s: Doakan umi selamat pergi dan balik yer!

Monday, March 7, 2011

HARTA PUSAKA

Berhati-hatilah dengan harta
tinggalan tanah pusaka
punca tamak dalam dada
adik-beradik sering bersengketa
putusnya hubungan saudara
harta hanya gah di dunia.


Berhati-hatilah dengan harta
tinggalan tanah pusaka
janganlah sebarang meninggalkan wasiat
mengakibatkan mereka yang tinggal
sering bercakaran
roh di kuburan
sentiasa tak aman!

Sunday, March 6, 2011

Uniknya loghat kelate

Ore luar tra kecek gak x berapa nok umph~ tra klu x cayo gak...

vocab klate :



Bokbong – spesis musang
Ttuyup – pepatung
Pok Kor – spesis mengkarung
Ike Kkhonge – ikan cencaru
Gelenyar,Gletah -mengenyam, gatal, getik
saksoba = Absorber
Supik Gelenyar/supik rhokrhak – plastik bag (yang nipis tu.)
Buah Topoh = buah epal (diambil dr perkataan Arab “tuffah” = epal)
mokte = rambutan
kuk/kok = sekeh
njja = tendang
x cakno = x hirau
nyaknyo = kesian
bbaloh = kelahi
Ggaduh = nak cepat (double `G’ means sabdu))
debe = berani gilerr
Bekwoh = kenduri (mungkin berasal dari big work)
Tohok = buang
rhukah = panjat
Ghohok = susah, payah
hungga = lari (bkn hungga bungga ekk)
cuwoh = curah
getek/etek = juga
tepoh = langgar
tubik = keluar
SIAK DUK GGOBAR = Jangan risau.. Don’t worry, be happy!!!
IDAK KO = cuma
WAK GGOGHI = Bagi memulakan sesuatu.. to start with.(biase nyer dlm urusan perniagaan)
DEKPONG GAK EH = Kalau ya pun
Jjughuh = baik (jjughuh budok tu = baik budak tu)
Kelaghing = kesat/not smooth (kulit kelaghing = skin not smooth enough)
belengas = melekit
klikpah klikpah = terpinga pinga
lipotey = x tetap duduk
nneting = melantun
Kelantan + English?? = “Kelantalish”
Contoh:
POZEK (deposit),
RIZAT (1.result
NNEJA (manager),
ISTEK (estate),
SUWIH (switch),
MERKET (market), dll…
BOKK (book)
rhoba (rubber)pemadam
Kata penguat dlm bahaso Klate pun boleh tahan menarik:
manis LLETING
masin PPEGHAK
pahit LLEPE
mase PPUGHIK
tawar EBER
putih SSUEH
hite LLEGE
biru KKETU
kuning NNEHE
kenye BBONYAH
comel LLOTE
gemuk DDEBOK
busuk BANGA
hapok KOHONG
nnakut/penakut apah
cerhoh/cerah jheriloh
jatuh celabok
kuca hanya (suara mengidung sedikit)
Ada beberapa “bunga bahasa” dalam loghat kelantan yang unik.. Antaranya:
YAK = lebih kurang “opocot!!!” atau “oops!!”
DEH? = memohon restu atau persetujuan. ..lebih kurang “OK?”,
GAK = lebih kurang “habis tu..” atau “so..”
PAH? = lebih kurang “GAK”
HO(bunyi naik ke hidung sikit ) = “ya lah..” atau “yes”
DOCK? = lebih kurang “bu(kan)?”, “betul tak?” atau “isn’t it?”
LAMOKEY = nanti kan
Seperkara lagi, ada diantara perkataan dalam penggunaan biasa loghat Kelantan di anggap TABOO dalam loghat yang lain, atau sekurang-kurangnya tak manis didengar pengertiannya di dalam loghat tempat lain…Yang popular digunakan antaranya:
AIR TUAK : kita minum di bulan puasa, buat berbuka!!! Bagi orang luar, TUAK adalah Haram (sama taraf dengan TODI & ARAK…)Yang fresh & manis tu dipanggil NIRA.
SUKU SAKAT : bagi kita,bermaksud “tidak kena mengena”, bagi org KL,ia bermaksud “kaum kerabat” contradict betul!!!sprt gak perkataan bujang(buje) membawa erti janda kl di kelantan.
SIAL = sembuh
Biasanya perkataan yang berakhir dengan`an’,’ am’,'ang’ diganti dengan `e’. cth :
Jangan=jange
Lengan =lenge
ayam = aye
Geran = gere,
Pisang = pise
Malam = male BUT NEVER NEVER & NEVER apply this formula on words like
pelam(mangga) & pelan.(nanti jd lain lak.)
Akhir sekali, peranan “SABDU” dalam loghat Kelantan. Begitu besar dan boleh membezakan langit dengan bumi.Sekadar contoh,
Tanpa ‘sabdu’ orang boleh patah gigi kerana MAKAN KANTIN, sepatutnya disebut MAKE KKETENG (eating at the canteen)!!!
Atau salah faham antara TAK PAKAI (not wearing) dengan TOK PPAKA(useless) .Atau keliru diantara KECEK(tipu) dengan KKECEK (bercakap) dan juga banyak di ringkaskan pecakapan sprt :make kkeda (makan di kedai) maye ssejid (sembahyang di masjid)tido lluar(tidur di luar)


Thursday, March 3, 2011

Jangan Bersedih...




sejenak di sini...
renung-renungkan bersama.






(^.~)