Saturday, March 26, 2011

pinjamkan ku sebutir bintang

Alhamdulillah...syukur ku kepada Allah kerana dipinjamkan ku sebutir bintang...walau adakalanya sinar bergemerlap, datang juga kalanya malap...aku tetap redha...


:anakanda tercinta:
moga sinarnya terus menyala, menerangi liku-liku perjalanan dunia dan akhirat,
pada-Mu ku pasrah...
umi sentiasa bangga dengan idi...teruskan usaha mencapai cita-cita 
umi sentiasa ada...


umi bersama salah seorang rakan seperjuangannya yang telah menggapai kejayaan cemerlang~
wakil kawan soksekian...

:juhairi jamaluddin:
Tahniah ju...dapat straight A's
bakal doktor ni...dulu mereka dok berangan nak buka klinik ju & di, tapi umi cakap...
tak yah nanti jadi 'klinikjudi'
hahahak...
harap2 ju terus ke mercu jadi doktor yang berjaya...



TAHNIAH buat semua kawan-kawan idi yang telah berjaya dengan cemerlangnya...
tak tertulis semua sekali di sini tapi umi tetap letak di hati
:)

1 comment:

:b.i.e.l.a: said...

tahniah umi,,, btuah umi ((=