Thursday, August 13, 2009

si kunang-kunang


Sekali-sekala biarlah
lampu padam
dan aku duduk berdiam
dalam gelita malam
indahnya melihat kelip kunang-kunang
dan indahnya dekad lalu yamg dikenang.

Terlalu sayu mendengar cengkerik berdengung
dan sudah terlalu jauh
sebenarnya aku bermenung
terbayangkan bunga dan rama-rama
serta teringat cerita hati yang lara
terkenang jua diri yang sudah tua
berbaur suka duka dan 
cita-cita yang luka

Masih juga terlihat kelip kunang-kunang
dan masih juga terbayang
serpih kenangan
biarlah malam ini gelap padam
duduk seorang belajar menghargai
cantik warna kunang-kunang
tahu membezakan 
cahaya dan bayang-bayang
dan redha menerima takdir TUHAN.

7 comments:

Wan Mohd Nazdmi said...

alangkah nasib hidupku
seperti kunang-kunang
yang hanya mampu berkelip dalam kegelapan
dan hilang tatkala siang menjelma.
alangkah nasib hidup ku bergenang air mata
takala sahabat bergembira melihat dunia yang baru.

umi~wannza said...

biarkan kunang-kunang dengan kelebihan yang dianugerahkan
Allah Maha Adil dan tidak akan membebankan
Hamba-Nya..
Lontarkan resahmu itu sejauh perjalanan yang bakal dilalui.Pasti akan ada cahaya yang akan menerangi kegelapan...
apabila kita diuji;bererti Allah sayangkan kita...Kita sedang diduga di persimpangan..
kadang-kadang dalam gelap gelita itu lah Allah temukan kunang-kunang
agar kita dapat belajar menghargai
dan tahu membezakan
antara cahaya dan bayang-bayang
meski...
kerlipannya bukan sepanjang jalan
tetapi itulah namanya
pengorbanan pada sebuah harapan.
Yakinlah pada diri...
umi tahu...anda BOLEH!!!

Wan Mohd Nazdmi said...

umi dapat faham saya.terima kasih.

umi~wannza said...

...maksudnya?
Bagi umi,kamu lah si kunang-kunang itu.yang selama ini sentiasa dilimpahi keriangan,walau di waktu malam,tidak mengapa kerana itulah yang dianugerahkan.bukan dipinta tapi dijadikan begitu agar kita berfikir secara posiif.ambil ikhtibar dari kejadian alam, kenapa harus hiba bila kesiangan?sama macam kita,bila tetiba lampu padam,masa tu baru nak cari cahaya.dan bila terlontar jauh dari segala kemudahan,kita mudah merasa sengsara.Allah jadikan begitu ada hikmahnya...dalam gelap itulah baru kita terfikirkan kedhaifan,tak mampu itu tak boleh ini.
Hidupmu dipayungi kemewahan kasih sayang dan segala...Bersyukurlah...masih ramai lagi yang mengidamkan semua itu.kamu sudah menjejak kaki ke sana,betapa ramai lagi yang menunggu peluang itu. cabarannya demi parents yang menunggu derap langkah cemerlangmu agar mereka tidak akan merasa kemewahan yang telah diberikan hilang bersama harapan yang dipinggirkan.kamu harus bulatkan tekad,pergi untuk berjuang.tak semestinya kita gagah bersandarkan kawan.Jangan bergantung pada orang (kawan).kadang2 mereka menikam dari belakang!Berhati-hatilah anakku.

Maaf kalau coretan umi ini mengganggu.umi tak bermaksud.umi nak kamu KUAT,pegang harapan mereka.umi yakin pada naluri seorang ibu...
ceria-cerialah selalu.

umi~wannza said...
This comment has been removed by the author.
Wan Mohd Nazdmi said...

Alangkah bagus kalau saya ada sahabat seperti umi..sy berdoa agar hidup umi akan sentiasa diredhai allah swt.sy akan cuba yang terbaik.umi banyak membantu sy,sedangkan sy tak termampu untuk membalas jasa umi.terima kasih banyak2 atas nasihat tersebut.sy salin dalam buku nota agar senang untuk sy membaca nya pahni

umi~wannza said...

Terima kasih,umi tak minta dibalas apa-apa.seorang ibu yang penyayang akan rapat dengan anaknya dan menjadi kawan sejati sampai bila-bila.
umi faham kamu sgt akrab dgn ibu kamu,tapi rasa hormat dan kasih itulah yang membawa kpd situasi ini;menjaga hati.kamu anak yang baik;
Jadilah insan akademis yang bertaqwa,yang mendapat keredhaan Allah dan parents...
Itulah yang perlu diburu.