Sunday, January 31, 2010

31 januari,2010~

Sebelum berlabuhnya tirai januari tahun ini, inginku panjatkan rasa syukur pada yang Maha Esa kerana hari ini aku masih berpeluang mengucapkan 'Selamat Hari Lahir,MAK...'yang ke 70 tahun. Terharu tatkala ku dengar suara yang selalu kurindui...kudoakan mak sentiasa dipayungi rahmat Allah S.W.T dan mendapat kebahagiaan dunia akhirat. Gembira sangat bila mak merasa tenang dan bahagia walau di mana saja mak berada...(mak,za sayang sangat pada mak!) rindu rindu rindu rindu rindu rindu sangat sangat nak berada di samping mak: mak maafkan salah silap za selama ni...maafkan segala keterlanjuran yang telah za lakukan...maafkan za mak...semoga Allah panjangkan umur mak, dimurahkan rezeki dan mak dapat apa yang mak hajati selama ini.amin amin amin ya rabbil alamin....

Sentiasa ingat pesan mak...terima kasih mak~sayang mak~

Umi doakan kebahagiaan juga pada insan-insan yang hampir dengan umi, sentiasa memberi sokongan dan menyayangi umi kiranya...semoga mereka berjaya dunia akhirat,  dipanjangkan umur dan silaturrahim ini tak  akan berhenti bagaikan air sungai yang sentiasa mengalir di muara.
Salam kasih sayang~


No comments: