"saya percaya bahawa hatiku suci dan tiada bermaksud jahat kepada sesama manusia.
kalau ada kepercayaanmu demikian,
maka tuhan tidaklah akan mensia-siakan engkau.
sembahlah Dia dengan khusyuk,
ingat pada waktu kita senang, supaya Dia ingat pula kepada kita pada waktu kita sengsara.
Dialah yang akan membimbing tanganmu.
Dia lah yang akan menunjukkan haluan hidupmu. Dialah yang akan menerangi jalan yang gelap.
Jangan takut menghadapi cinta.
Ketahuilah bahawa
Allah menjadikan matahari dan memberinya cahaya.
Allah yang menjadikan bunga dan memberinya wangi,
Allah yang menjadikan tubuh dan memberinya nyawa.
Allah yang menjadikan mata dan memberinya penglihatan.
Maka Allah pulalah yang menjadikan hati dan memberinya cinta.
Jika hati diberiNya nikmat pula dengan cinta sebagaimana hatiku,
marilah kita pelihara nikmat itu sebaik-baiknya,
kita jaga dan kita pupuk,
kita pelihara supaya jangan dicabut oleh Tuhan kembali.
cinta adalah iradat Tuhan, dikirimnya ke dunia supaya tumbuh.
kalau dia terletak di atas tanah yang lekang dan tandus, tumbuhnya akan menyiksa orang lain. Kalau dia datang kepada hati yang keruh dan kepada budi yang rendah,
dia akan membawa kerosakan.
Tetapi jika dia hinggap kepada hati yang suci,
dia akan mewariskan kemuliaan,keikhlasan, dan taat
kepada Ilahi".
No comments:
Post a Comment