Saturday, January 29, 2011

Simbiosis, Macam tajuk lagu Ella...


Simbiosis Dalam Kehidupan

Kebelakangan ini, saya kerap bertafakur alam, bermuhasabah mencari Cinta Rabbul Alamin melalui makhluk-makhluk-Nya yg sentiasa taat.
Dengan nama Allah, Tuhan yang memiliki setiap jiwa-jiwa dan alam ini.
Pemerhatian demi pemerhatian, saya sedar bahawa hidup ini merupakan 1 simbiosis. Simbiosis yang sangat luas maknanya.
Simbiosis antara hamba dan tuhan-Nya, simbiosis antara anak dan keluarganya, simbiosis antara Mujahid dan cita-cita ummah, simbiosis antara murabbi dan mutarabbinya, simbiosis antara Islam dan musuhnya, simbiosis antara khalifah dan alam yang dipertanggungjawabkan keatasnya, juga, simbiosis antara manusia dan syaitan.
Perkataan yang lahirnya dari tamadun Greek ini telah memberi ringkasan tentang "Hubungkait" dan "Kehidupan". Tapi, jika dikaji sedikit lagi, terdapat jaringan pecahan lagi dibawah makna Simbiosis ini, yang membawa makna yang berlainan.
Commensalism, Mutualism, Parasitism dan Amensalism.
Tidak perlu untuk saya huraikan makna secara terperinci, tetapi cukuplah untuk saya membawa kalian mengembara sejenak sambil mengimbau masa-masa yang telah berlalu.
10 tahun dahulu,
10 hari yang lalu,
10 jam yang lalu,
atau mungkin 10 minit yang lalu.
Bagaimana rasanya kita ber"interaksi" dengan Allah s.w.t? Manusia di sekeliling kita? Makhluk lain yang sentiasa bertasbih di sekeliling kita? Dan bagaimana pula kita berinteraksi dengan musuh yang nyata; syaitan?
Hidup ini  adalah medan ujian untuk manusia sesuai dengan firman Allah,
"Dialah Yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu; siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang Yang bertaubat)."(Al-Mulk: 2)
Binasalah diri jika simbiosis kita antara syaitan dan juga Iblis merupakan Simbiosis Mutualism yang memberi manfaat kepada makhluk ingkar itu.
Kerana Simbiosis bagi Iblis hanyalah Parasitism yang sentiasa bermati-matian menarik berbondong-bondong anak-anak Adam a.s ke dalam neraka.
Ada yang memberi alasan; "Aku tengok ramai je orang yang kaya-raya berfoya-foya macam dah tak ingat dunia, tidak ditimpa bala, tidak menjadi miskin malah yang tidak menutup aurat dengan sempurna semakin hidup dengan gembira hari demi hari."
Sungguh rugi mereka yang beranggapan demikian.
Rasulullah s.a.w telah bersabda:
"Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT." (Riwayat At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)
Ya, istidraj. Nikmat yang diberi oleh Allah untuk menyesatkan lagi, bukan mendekatkan mereka kepada Rabb nya.
Bagaimana pula Simbiosis kita dengan ibu bapa kita? Di mana doa-doa kita untuk mereka setiap hari? Tingginya martabat ibu dan bapa di dalam Islam sehingga dizahirkan dalam Quranul Karim.
"Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu-bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun. Dengan demikian Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapamu, hanya kepada-Kulah tempat kembalimu(untuk menerima balasan)." (Luqman 31:14)
Terdapat juga potongan ayat dari Quranul Karim juga yang telah menjadi doa basahan bagi kebanyakan kita. Cuma mungkin tidak perasan bahawa ianya datang dari Surah Al-Isra'.
Firman Allah:
"Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: "Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku ketika waktu kecil." (al- Isra'17:24)
Persoalannya, bagaimana kita hendak mendapat ilmu-ilmu dan nasihat-nasihat yang dapat mendorong kita ke arah kebaikan dan keselamatan dunia dan akhirat?
Jawapan yg biasa didengari ialah, "Balik kepada Al-quran dan Hadis."
Tetapi, secar jujur jawapan ini tidak memberi solusi yang optimal kepada sang penanya. Dia memerlukan jawapan yang praktikal, jawapan yang logik dan jawapan yang tidak terlalu ideal bagi hamba yang sedang mencari-cari cahaya Ilahi.
Cadangan saya, berbalik kepada topik asal.
"S I M B I O S I S"
Carilah dan berinteraksilah dengan hamba-hamba yang dapat mendekatkan kita dengan Allah. Wujudkan hubungan erat lagi istimewa dengan manusia-manusia ini.
Bukanlah kesempurnaan mereka yang kita nilai, tetapi kesungguhan mereka untuk mendekatkan diri kepada Rabbul 'Alamin yang kita hargai,
Mereka juga manusia biasa yang tidak ma'sum.
Ringankan mulut untuk bersuara, hayunkan kaki untuk melangkah dan kuatkan hati untuk membuat keputusan untuk bersama mereka.
Di dalam sistem inilah kita belajar bersabar akan pelbagai perkara, belajar berkorban untuk kepentingan ummah dan belajar memperbaiki diri perlahan-lahan.
Sekurang-kurangnya dihadapan Allah s.w.t di akhirat kelak, apabila ditanya,
"Apa yang telah kau usahakan untuk mendekatkan diri kepada-Ku dan membantu agama-Ku?"
Kita mungkin boleh menjawab dengan senyuman,
"Ya Allah, aku telah bersimbiosis dengan hamba-hamba-Mu yang sentiasa cuba memperbaiki diri mereka, dan kami juga telah berusaha melakukan beberapa perkara dan kaedah agar lebih ramai manusia bersimbiosis dengan kami agar kami semua menjadi sebahagian daripada hamba-hamba-Mu yang memenangkan agama-Mu."
Ya Allah ya Tuhanku, terimalah pengorbanan kami dan usaha kami.
Selamat Bersimbiosis!

Friday, January 28, 2011

share...

Ada orang ajak dengar ceramah ni..jom layan jap :)





p.s : hari jumaat molek kita pakat baca surah Al-Kahfi...


Rapuh

Detik waktu terus berjalan, berhias gelap dan terang. Suka dan duka, tangis dan tawa tergores bagai lukisan. Seribu mimpi berjuta sepi, hadir bagai teman sejati. Di antara lelahnya jiwa dalam resah dan air mata...kupersembahkan kepadaMu, yang terindah dalam hidupku...


Meski ku rapuh dalam langkah. Kadang tak setia kepadaMu...Namun cinta dalam jiwa, hanyalah padaMu..
Maafkanlah bila hati tak sempurna mencintaiMu. Dalam dada ku harap hanya diriMu yang bertakhta...


Detik waktu terus berlalu, semua berakhir padaMu.


Tuhanku aku tidak layak untuk syurgaMu tetapi aku tidak pula sanggup menanggung seksa nerakaMu, dari itu kurniakanlah ampunan kepadaku, ampunkanlah dosaku, sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar........




Thursday, January 27, 2011

Usrah Gloucester Terrace: Bacalah! Sekadar untuk dikongsikan bersama





LANGKAH PERUBAHAN DIRI (HIJRAH)


1. Mukasyafah :


Makna Mukasyafah : Seseorang individu memeriksa dirinya dan berterus terang dengan dirinya. Kemudian dia menentukan ubat bagi penyakit yang dihadapi oleh imannya, muamalatnya dan akhlaknya. Individu tersebut juga akan memeriksa setiap anggotanya secara khusus dan memastikan samada anggota-anggota tersebut istiqomah dan baik ataupun terdapat keaiban yang memerlukannya untuk berhenti seketika untuk membaikinya.
Firman Allah s.w.t : "Bahkan manusia itu, (anggotanya) menjadi saksi terhadap dirinya sendiri. Walaupun ia memberikan alasan-alasannya (untuk membela diri)." (surah Al-Qiamah : 14,15)



Manusia berakal adalah mereka yang memeriksa dirinya seperti di dalam hadith yang bermaksud :  "Orang yang cerdik - berakal - ialah orang yang memperhitungkan keadaan dirinya dan suka beramal untuk mencari bekal sesudah matinya, sedangkan orang yang lemah ialah orang yang dirinya selalu mengikuti hawa nafsunya dan mengharap-harapkan kemurahan atas Allah - yakni mengharap-harapkan kebahagiaan dan pengampunan di akhirat, tanpa beramal sholih."


Allah s.w.t telah meletakkan suatu timbangan firah di dalam diri manusia bagi menjadi kayu pengukur ketika dalam keraguan. Dari Wabishah bin Ma'bad r.a, katanya :
"Saya mendatangi Rasulullah s.a.w., lalu beliau bersabda: " Engkau datang ini hendak menanyakan perihal kebajikan?" Saya menjawab: "Ya." Beliau s.a.w. lalu bersabda lagi: Mintalah fatwa - keterangan atau pertimbangan - pada hatimu sendiri. Kebajikan itu ialah yang jiwa itu menjadi tenang padanya - di waktu melakukan dan setelah selesainya, juga yang hatipun tenang pula merasakannya, sedangkan dosa ialah apa-apa yang engkau rasakan bimbang dalam jiwa serta bolak-balik - yakni ragu-ragu - dalam dada - hati. sekalipun orang banyak telah memberikan fatwanya padamu: ya, sekalipun orang banyak telah memberikan fatwanya padamu."


Di dalam sahih muslim : Kisah Hanzhalah takut pada dirinya sendiri kalau sampai menjadi orang munafik kerana merasai perubahan mustawa (peringkat) keimanannya ketika bersama dengan Rasulullah s.a.w dan merasakan mustawa keimananya menjadi lemah apabila bersama ahli keluarganya. Setelah itu Rasulullah s.a.w bersabda :
"Demi zat yang jiwaku ada di dalam genggaman kekuasaanNya, jikalau engkau semua tetap sebagaimana hal keadaanmu di sisiku dan juga senantiasa berzikir - ingat kepada Allah, nescayalah malaikat-malaikat itu menjabat tanganmu semua, baik ketika engkau ada du hamparanmu - sedang tidur, juga ketika ada di jalanan - sedang berjalan-jalan. Tetapi, hai Hazhalah, sesaat dan sesaat - maksudnya sesaat untuk melakukan peribadatan kepada Allah dan sesaat lagi untuk mengurus segala sesuatu yang diperlukan oleh manusia dalam kehidupannya".


2. Muahadah :


Maksudnya : Seseorang individu membuat perjanjian dengan Allah s.w.t bahawa dia tidak akan melakukan dosa (besar atau kecil) dan berjanji untuk membaiki keaiban dan penyakit-penyakitnya sehingga dia menjadi seorang muslim yang terbaik dan dicintai Allah s.w.t dan rasulNya. Firman Allah s.w.t yang bermaksud : "dan sempurnakanlah perjanjian (dengan Allah dan dengan manusia). sesungguhnya perjanjian itu akan ditanya" (surah Al-Isra' : 34). Ketika mana muslim tersebut berasa lemah ketika berhadapan dengan perkara-perkara yang dicintai jiwa dan syahwat dia akan teringat kepada janjinya dan menjaga dirinya.


Apabila seorang muslim itu mengkhianati janjinya dengan Allah s.w.t dan manusia, dia akan berada dalam situasi yang bahaya kerana dia akan hidup di dalam salah satu daripada tanda munafik seperti sabda Rasulullah s.a.w di dalam hadis yang bermaksud :
"Tanda munafik itu ada tiga : apabila berkata-kata dia akan berdusta, apabila berjanji dia tidak tepati dan apabila diberi amanah dia khianat"


Sesungguhnya memperbaiki diri adalah suatu yang susah, ia seakan suatu jihad yang memerlukan kepada kesabaran. Tetapi apabila seorang insan berjaya memenangi nafsunya dia akan merasai suatu kebahagiaan kerana dia telah berjaya menjadi tuan dan bukannya lagi hamba kepada nafsunya. Dia yang akan mengawal nafsunya dan bukan sebaliknya. Firman Allah s.w.t :
" dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan). dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."


3. Muraqabah :


Makna muraqabah : Seseorang muslim itu merasai pengawasan Allah s.w.t dan merasai bahawa Allah s.w.t memerhatikan segala urusan kehidupannya siang dan malam, dan samada dalam keadaan rahsia atau terang-terangan, di depan atau di belakang manusia. Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
"Sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawasi) kamu." (Surah An-Nisa' : 1).
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :" Al- Ihsan adalah apabila engkau beibadah kepada Allah seakan-akan engkau melihatNya, srkalipun engkau tidak dapat melihatNya, maka sesungguhnya Ia melihatmu."


Muraqabah menghadirkan perasaan malu terhadap Allah s.w.t dan menghalang seseorang hamba itu membuat dosa dan maksiat. Ia juga akan menambahkan keimanan dengan merasai kehadiran Allah s.w.t. Muqarabah juga akan memberikan ketenangan dan kebahagiaan yang hakiki kerana seseorang hamba itu akan melakukan perkara yang sama samada dengan kehadiran manusia atau tanpa kehadiran manusia.


Contoh daripada kisah salafussoleh :


Suatu hari ibnu Umar berjalan dan berjumpa dengan seorang hamba sedang mengembala kambing, maka dia bertanya dengan tujuan untuk menguji : "jualkan seekor kambing kepadaku" hamba tersebut menjawab : "sesungguhnya aku adalah seorang hamba" maka ibnu Umar berkata : "beritahu tuanmu bahawa serigala telah memakannya". Hamba tersebut menjawab : "maka bagaimana dengan Allah s.w.t".  Maka ibnu Umar membeli hamba tersebut dan membebaskannya seraya berkata : "Aku telah membebaskanmu kerana kalimah ini di dunia dan aku berharap Allah s.w.t akan membebaskanmu dengannya di akhirat kelak."


Ketika zaman khalifah Umar r.a ketika beliau sedang keluar melihat rakyatnya beliau terdengar seorang ibu berkata kepada anak perempuannya : "pergilah kamu mencampurkan susu itu dengan air." Maka pemudi tersebut menjawab : "sesungguhnya Amirul Mukminin menegah daripada melakukannya." Ibunya berkata: "sesungguhnya Amirul Mukminin itu tidak melihat kita.". Pemudi tersebut menjawab : "Tetapi Allah s,w.t melihat kita." Umar r.a berasa kagum dengan pemudi tersebut dan telah mengahwinkannya dengan salah seorang daripada anaknya dan daripada keturunannya lahir khalifah Umar bin Abdul Aziz..


4. Mujahadah :


Makna Mujahadah : menentang hawa nafsu pada syahwatnya; yang sukakan kerehatan, ketenangan, kemalasan, tidur, makanan dan minuman yang enak dan keterikatan dengan dunia dan perhiasannya.


Mujahadah dilakukan dengan memutuskan nafsu daripada adat-adat kebiasaan, dan memberikannya keperluan-keperluan yang penting, serta memimpinnya kepada suruhan dan ketaatan kepada Allah. Tanpa memberi peluang kepada nafsu untuk menariknya ke belakang. Firman Allah yang bermaksud :
"Dan mereka yang berjihad di (jalan) Kami pasti akan Kami tunjukkan jalan-jalan Kami dan sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang berlaku Ihsan" dan firman Allah yang bermaksud : "Adapun orang yang takutkan keadaan semasa ia berdiri di mahkamah Tuhannya, (untuk dihitung amalnya), serta ia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu. - Mka sesungguhnya Syurgalah tempat kediamannya," (Surah An-Naaziat : 40,41)



Di antara contoh mujahadah :


Memanfaatkan nikmat waktu lapang dan kesihatan : "Ada dua macam kenikmatan yang keduanya itu disia-siakan oleh sebahagian besar manusia yaitu kesihatan dan kelapangan waktu."



Menjadi seorang muslim yang kuat iman dan tubuh badan : Kekuatan menjadikan seseorang mukmin mampu untuk mencapai matlamatnya di dalam kehidupan seperti dalam sabda s.a.w yang bermaksud :
"orang mukmin yang kuat adalah lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada orang mukmin yang lemah. Namun keduanya itupun sama memperoleh kebaikan. Berlombalah untuk memperoleh apa saja yang memberikan kemanfaatan padamu dan mohonlah pertolongan kepada Allah dan janganlah merasa lemah."


Mengawal kehendak anggota : tidak semua kehendak anggota manusia perlu ditunaikan agar kita tidak menjadi hamba kepadanya. Manusia yang berakal adalah mereka yang memeriksa dirinya.


Memperbanyakkan sujud : Rabiah bin Ka'ab al-Aslami, khadam Rasulullah s.a.w. bersabda : "Memintalah padaku." Saya berkata : "Saya meminta kepada Tuan untuk menjadi kawan Tuan di dalam Syurga." Beliau s.a.wa bersabda lagi : "Apakah tidak ada yang selain itu?" "Saya menjawab : "Sudah, itu sajalah." Beliau lalu bersabda : "Kalau begitu tolonglah aku - untuk melaksanakan permintaanmu itu - dengan memaksa diriimu sendiri untuk memperbanyakkan bersujud - maksudnya engkau pun harus pula berusaha untuk terlaksananya permintaan tersebut denganjalan memperbanyakkan menyembah Allah s.w.t"




5. Muhasabah :


Makna muhasabah : seorang insan menghitung dirinya atas segala pergerakannya atau diamnya supaya tidak sentiasa berada dalam kelalaian atau berada lama dalam suatu maksiat atau tidak menjurus kepada kerasnya hati dan penyakit jiwa.


Kepentingan muhasabah : Kita kini berada di awal tahun dan muhasabah merupakan salah satu cara tarbiayah Islam untuk memperbaiki diri, mendidiknya, dan mengangkatnya. Dengan muhasabah, seorang insan menghitung kesalahan dan maksiat-maksiatnya dan mengetahui keadaan jiwanya samada sihat atau sakit, maka dia membimbing jiwanya ke jalan kemenangan dan menjauhkannya dari jalan kecelakaan.


Umar Al-Khattab r.a berkata : "Hitunglah diri kamu sebelum kamu dihitung, dan timbanglah amalanmu sebelum ditimbang untukmu."


Sekiranya manusia itu melontarkan maksiat-maksiatnya ke dalam rumahnya nescaya rumahnya akan penuh dalam masa yang singkat. Tetapi manusia sering meremehkan maksiatnya seperti di dalam firman Allah s.w.t yang bermaksud : "Allah telah menghitung amal-amal mereka itu satu persatu, sedang mereka telah melupakannya." (surah Al-Mujadilah : 6)



Wallahua'lam.




:diterima pada : 7/11/2010 : dicatat semula pada : 27/1/2011 jutaan terima kasih yang tak terhinnga..




Usrah Gloucester Terrace

(supaya sama-sama dapat manfaatnya)


OBJEKTIF USRAH


1.       Fahami kepentingan hijrah dan pengajaran yang boleh diambil dari kisah tersebut    

2.       Berazam untuk berubah dari yang baik kepada yang lebih baik    

3.       Mencari resolusi untuk melakukan perubahan kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat serta      negara.


Hijrah bermaksud meninggalkan larangan Allah


Daripada Kenyataan ini dapatlah kita fahami bahawa hijrag bukan sekadar berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain semata-mata tetapi hijrah juga ialah perpindahan dari suatu keadaan tidak baik kepada yang lebih baik. Contohnya, meninggalkan ajaran bertentangan dengan Islam dan kembali kepada ajaran Islam sebenar.


Peristiwa hijrah memperlihatkan kepada kita komitmen Rasulullah sebagai seorang pemimpin dalam memastikan tertegaknya ummah yang beriman, bertaqwa, bersatu padu dan hormat menghormati, baik sesama mereka mahu pun orang bukan muslim. Inilah sikap yang perlu ada dalam diri seorang pemimpin.


Seseorang pemimpin tidak sekadar membangunkan masyarakatnya dari sudut fizikal dan material semata-mata bahkan turut membangunkan jiwa dan masyarakatnya dengan mendekatkan mereka kepada Allah SWT. Sejarah telah mengajarkan kepada kita bagaimana pemimpin-pemimpin terdahulu di saat kegemilangan tamadun Islam adalah pemimpin yang menghormati golongan ulama dan sentiasa meminta nasihat daripada mereka sama ada urusan negara ataupun urusan peribadi. Hal ini kerana golongan ulama merupakan golongan yang arif berkenaan soal agama, justeru demi memastikan pemimpin mereka tidak terkeluar dari landasan Islam, pemimpin-pemimpin tersebut sentiasa memastikan golongan ulama sentiasa di sisi mereka.


Sesungguhnya di sebalik peristiwa hijrah terkandung pelbagai lagi iktibar dan pengajaran yang dapat kita perolehi. Soalnya lagi sejauh mana kita benar-benar menghayati sambutan maal hijrah dalam memberikan kesan yang positif terhadap diri kita? Hijrah menuntut perubahan dari segala aspek ke arah kebaikan. Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa orang yang beruntung adalah mereka yang hari ini lebih baik dari semalam. Marilah sama-sama kita menjadi mereka yang beruntung.


Sambungan ke entri seterusnya -------------------------------->

Wednesday, January 26, 2011

KFC 500ᵀᴴ Restaurant Celebration 2011



ahaa...umi da dapat cawan ni...



Dua hari lepas, selepas umi pergi poskan barang yang orang order... umi ke rumah kak Anna nak hantar barang juga, sambil sembang kak Anna buatkan umi air oren sunquick letak dalam cawan mahal nih berulamkan buah strawberry lagi! Terujanyer la umi...sebab cawan tu bukan saja cantik tapi tulisannya digarap dengan emas tulin 24K Gold! Huhuu...nanti umi nak dapatkannya jugalah...


Petang tu umi dan idi pergi ambik kak ngah di rumahnya ; Vista Comenwell. Kami ke Carefour, Endah Parade kat Sri Petaling. Selepas solat maghrib, kami ke Restaurant KFC...jika beli satu set dapat free cawan ulangtahun KFC tu...kami beli dua set aje sebab umi hari itu memang sakit perut ~ cerry ~ tapi makan juga yang diorang punya..hikhikhik! Maka dapatlah dua ketul cawan comel itu. Untuk perhatian : Cawan tersebut boleh juga dibeli secara individu. Kalau tak silap RM8 hinggit jer satu...


Umi memang tak senang duduk semasa rondaan di situ kerana perut yang meragam dan memulas-mulas.  Kak ngah ajak ke rumahnya tapi umi enggan...( Minta maaf banyak-banyak yer kawan-kawan kak ngah, sebab umi dah bawa Sara keluar dengan lamanya disebabkan duk ulangalik ini lah) umi yang berkeras nak balik ke rumah juga. Makanya umi bawa kak ngah balik semata-mata kerana umi nak buang air...dah seriau-seriau labu betis lantaran perut yang memulas! Iya..selepas semuanya langsai, umi bergegas menghantar kak ngah balik ke rumahnya di IMU.  Oh! Dapat juga kak ngah berjumpa dengan abah dan bercerita tentang apa yang dipelajarinya hari itu. Suka la tu!


Umi sampai kat rumah dalam pukul 11.30 malam. Malam itu abah beritahu supaya umi masak untuk jamuan kat ofis...oh! esok saja lah ke pasar cari bahan...malam ni dah kepenatan! Umi terus tidur dengan sakit perut yang masih belum pulih sepenuhnya!


Yang pasti, esok kena masak banyak dan hantar dengan jayanya..Inilah sahaja cerita basi yang baru dicatatkan. Chow chit chow...


wassalam.




Tuesday, January 25, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah...

Sejarah?

Setelah sekian lama berbelanja dengan Pasaraya JUSCO dari tahun 2007-2011, rupanya point yang sudah terkumpul adalah sebanyak..11,500 lebih...kalau satu point mewakili RM1, bermakna umi dah melabur kat JUSCO sebanyak RM11500 dah..huhuu banyak tu...habis tu nak buat macamana, Jusco depan rumah jer...nak beli barang dapur pun Jusco lah jugaaakk...tempat yang dituju. Konon nak kumpul mata ganjaran! Kalau beli kat kedai lain, tak ada point-point pulak...terasa rugi jugak..hehee


Yang jadi buang tabiat pergi check point tu adalah disebabkan oleh kad keahlian Jusco dah expired...maka sampai seru nak renew kad tu...masa tengah menunggu giliran, customer kat depan dah tebus point dia dengan voucher...dia dapat rm40 hinggit...Wow! Best jugak tu kalau dapat voucher sebab jika nak tukar dengan barang...satu pun rasa tak berkenan...maka umi pun mintak la staff tu check kad umi punya...katanya umi dapat RM80 hinggit. Hmm...boley laaa...kena tebus sebelum 31hb March, 2011. Kalau tak point akan hangus jadi debu melayang-layang...hahaa...


Lepas tu umi pergi tukar voucher tu dengan bag kulit (piaw!!) yang menjadi idaman..kalau pergi situ tak sah kalau tak pergi jenguk...mana la tahu, cinta hati dah dikebas orang...tak sanggup aii...dah la ada satu itu jer...( memang pantang dengan benda yang tinggal satu!) Hik..hik..hik..


Alamak! Lupa nak tukar dengan TV LED idaman! Huhuu...itu la pasal gopoh sangat...malam ni nampak gaya tengok TV LED/3D dalam mimpi aje laa...huhuu...



agak-agak yang mana satu kad umi yang baru ^__^


Saturday, January 22, 2011

Jom masuk kelas bahasa



blaja cakak terengganu : kelas cikgu stopa





 : cermin kereta cikgu pecah, bukan saya yang buat :

: chereming khete cekgu pecohh, bukang aku hok buak :



kadang rase nok ssuke dengor cikgu ngajo kot loghat tganung masa duduk di tganung dulu...di sana baru ori dengar oghang cakak ganung. budop pun cool jer...nyer paham molek sapa bulih jadi negeri ulul albab...Tahniah ganu kite
"ALLAH PELIHARAKAN TERENGGANU KITA"
(hehe..betul dop nih!)


Thursday, January 20, 2011

sebelum terlena...malam ini



Sebelum mata terlena
Di buaian malam gelita
Tafakurku di pembaringan
Mengenangkan nasib diri


Yang kerdil lemah yang bersalut dosa
Mampukah ku mengharungi titian sirat nanti
Membawa dosa yang menggunung tinggi
Terkapai ku mencari limpahan hidayah Mu


Agar terlerai kesangsian hati ini
Sekadar air mata tak mampu membasuhi dosa ini


Sebelum mata terlena
Dengarlah rintihan hati ini
Tuhan beratnya dosa ku
Tak daya ku pikul sendiri


Hanyalah rahmat dan kasih sayang Mu
Yang dapat meringankan hulurkan maghfirah Mu
Andainya esok bukan milik ku lagi
Dan mata pun ku tak pasti akan terbuka lagi


Sebelum berangkat ke daerah sana
Lepaskan beban ini
Yang mencengkam jiwa dan raga ku


Selimuti diri ku
Dengan sutra kasih sayang Mu
Agar lena nanti ku mimpikan
Syurga yang indah abadi


Pabila ku terjaga
Dapat lagi ku rasai
Betapa harumnya
Wangian syurga firdausi oh Ilahi


Di sepertiga malam
Sujud ku menghambakan diri
Akan ku teruskan pengabdian ku pada Mu



Monday, January 17, 2011

Hadiah Harijadi Daripada Umi



 untuk anakku




Menyambut hari kelahiran
anakku diberi pilihan
pakaian jenama mahal
atau buku penulis terkenal.


Setelah diam membisu
akhirnya anakku bersetuju
keputusan tanpa ragu
dipilihnya buku.


Dia memberitahu
ditolaknya baju berjenama
kerana sekadar pakaian
tak mampu mencapai impian
tapi buku adalah sumber ilmu
yang boleh membantu
untuk diri terus maju.


Anakku memilih buku
untuk jadi orang berilmu.




Pena Mutiara.


Friday, January 14, 2011

Malang tak berbau...



Kepada keluarga adik bongsuku tersayang, Alhamdulillah kerana telah terselamat dari kemalangan yang telah menimpa di PLUS km 63.4 pada 4.45 pm, 7 Januanri 2011.

































Alhamdulillah...ketika kejadian mereka hanya berdua; suami isteri tanpa anak-anak, malah tiada kecederaan serius walaupun adikku sedang mengandung 8 bulan. Baby selamat...mummy selamat, papa pun selamat. Allah sayang kamu...masih diberi peluang untuk mengemudi citra kehidupan, hanya sedikit peringatan yang Allah titipkan. Semoga tabah!



kesan dari kemalangan walau tiada tumpahan darah yang mengalir...Allah telah memberi ilham untukku berfikir...




mummy memang kuat semangat!
sayang mummy...


pasti ada hikmah di sebalik kejadian berlaku. Ingat pada Allah selalu!


p/s: gambar dari facebook paksu..


Terima kasih kpd semua sanak saudara, sahabat handai, jiran tetangga yg menziarahi kami suami isteri samaada di hospital (HSB) atau dirumah dan juga yg call kami tempoh hari. Alhamdulillah..syukur kpd Allah kami selamat dlm kejadian t'sebut, wpun ada sedikit kecederaan ringan. Doakan sy+ isteri + baby dlm kandungan 8 bln selamat......