Tuesday, April 5, 2011

datang dan pergi...



Harus terima hakikat bahawa hidup bukanlah segaris cahaya yang lurus. Sebaliknya hidup adalah relung-relung yang berliku.

 seperti meredah lereng bukit untuk sampai ke destinasi...

cameron highlands

Tak semudah itu untuk menghela nafas lega, menghirup udara segar di puncak dengan jayanya. Apatah lagi sekiranya, tatkala kaki menjejak bumi senyaman itu, tetiba kembali  meredah jalan yang berliku dan gelap gelita semula tanpa mendapat apa-apa yang dihajati...frust kan...
atau sekurang-kurangnya dapat juga menghidu haruman mawar ini...

seandainya esok masih ada...


akan ku bawa pulang benih kesabaran ini bersama untuk kutanam dan kusiram setiap masa...
ya, sekurang-kurangnya aku berjanji untuk diriku sendiri~

hatiku seputih bunga ini...bersih sekali

dan aku seriang si rama-rama...walaupun:



Cinta itu seperti rama-rama. Ia akan terbang tinggi dan jauh apabila dikejar. Ia akan hinggap di bahu apabila kita berhenti mengejarnya...

salam sayang dari umi 

No comments: