Wednesday, May 18, 2011

Dah berubah...



(dahulunya premis ini berjenama Tabung Haji sepenuhnya tetapi kini bertukar menjadi Bank Islam...wahhh...senanglah sikit budak-budak intec nak berurusan...tak macam dulu)

Semalam temankan encik suami ke Shah Alam. Biasa la tu, kalau hendak pergi  ke bank mesti mintak aku la juga temankan...dia rela ambik cuti atau pulang sekejap untuk menjemputku supaya menemaninya untuk urusan banking.  Maklumlah aku ni merangkap PAnya dalam institusi keluarga ini.


Biasalah tu...time anak nak menyambung pelajaran, kami akan ke tabung haji untuk mengetuk kantung di situ. Tujuan kita menabung pun untuk keperluan anak-anak di dalam pelajaran. Harapan kami anak-anak dapat belajar dengan jayanya dan tidak menghampakan ibubapa.


Motif entri ini adalah nak sampaikan rasa terkejutnya kami kerana ada perubahan di Tabung Haji seksyen 18 dekat dengan kolej kediaman budak-budak INTEC tu. Kalau dulu ada tabung haji tetapi kini dah bertukar menjadi Bank Islam. Akan tetapi masih boleh juga berurusan dengan tabung haji. Dua-dua sekali beroperasi.


Sebenarnya sudah agak lama kami tak ke situ. Dulu boleh dikatakan tempat paling kerap dikunjungi kerana anakku sara zaqea study di situ. Di Ole-Ole pun dah ada ayam penyet...dulu ada Pok Li je yang femes kat ole-ole tu...pastu di restoran Seri Keningau yang dulu lesu kini dah berwajah baru, dihias cantik dengan pokok-pokok buluh dan menu yang menyelerakan...Di sebelahnya pula sudah ada kedai sukan berjenama Mizisport, ada penjaga gol kelantan (apek) menghiasi kedai sukan itu.


Aku meronda-ronda sendirian di sekitar kawasan itu kerana boring menunggu giliran suamiku berurusan di bank, nak masuk ke dalam bank pun orang ramai sangat iaitu terdiri dari pelajar-pelajar yang akan menyambung pelajaran nak bayar wang pendaftaran di bank yang sama. Fuhhh~


Setelah aku membeli barang-barang keperluan di Giant berdekatan. Tetiba hujan turun, langkahku pun terbatas...hajat nak pergi ke Mydin tapi tak jadi. Aku masuk ke kedai baju bersebelahan bank islam tu untuk bertanyakan uniform sekolah untuk mia. Saja jer aku tanya padahal keperluan mia dah lebih dari mencukupi. Hanya ku teringat mia cakap kain sekolahnya sudah di~ngap oleh seterika...itu pasal aku saja-saja tanya..


Semasa di kedai itu berlakulah satu ensiden yang agak menghiburkan hati yang bosan. Begini kisahnya:

Gadis Penjual :  "Ya Allah! Kak..."

Aku :  "Ada apa?"...tanya ku kehairanan...

Gadis Penjual :  "Mata akak...mata akak tu asli ke kak?"

Aku : (buat-buat tak dengar sambil membelek-belek uniform)

Gadis Penjual : Kemudian datang lagi dan bertanya "Akak tak pakai contact lens ke?" tanyanya lagi.

Aku :  "Tak..." jawabku selamba.

Gadis Penjual : "Saya ingatkan akak pakai contact lens...cantik mata akak!" katanya lagi

Aku :  (ada apa dengan dia, mataku sepet jer...cuma suamiku kata mataku mata kucing; meong meong! Hahaa~)


Selepas itu kami berbual-bual seketika sebelum ku keluar dari kedai itu. Kain sekolah mia tak ada, yang ada hanya uniform untuk budak sekolah rendah. Terkuntang-kanting aku tiada tujuan, sesekali aku masuk juga ke dalam bank mengintai suamiku sudah siapkah atau belum, kemudian aku keluar balik. Terasa dahaga aku ke Giant sekali lagi membeli Bliss air yogurt untuk mengalas tekak yang haus...


Sekejapan aku melihat jam untuk tempoh parking kereta. Aku pun dah malas nak menalipon suamiku berkali-kali bertanyakan gilirannya. Setiap kali ku talipon jawapannya ialah "Lambat lagi...." Aduh duh duh duh...baik aku duduk dalam kereta sahajalah kalau macam tuh...huhuuu.


Usai berurusan, suamiku menghantarku pulang. Selepas solat dan makan suamiku ke ofisnya untuk menyambung kerja kembali.


Dan aku bersama idi dan kak long keluar lagi meneruskan urusan-urusan mana yang sempat dibuat untuk hari ini...alhamdulillah...siap tiga perkara penting tetapi masih banyak yang perlu diselesaikan untuk menyambung pengajian idi.

No comments: