Thursday, June 30, 2011

SAMSUNG...oh...SAMSUNG...

Uwaaaaa....sekarang hati sudah terpikat dengan segala macam gadget SAMSUNG...canggih-canggih belaka oooo...





lepas satu...satu...


Suatu hari di kedai gambar...terbekenankan camera digital...huhu. tak sangka semudah itu jatuh cinta lalu buka surat cinta yang bernama order...model apa dah lupa pula..


Yang membuatkan hati terpesona adalah kerana keunikannya yang tersendiri:

1.  Satu-satunya yang berwarna pink..
2.  Bermegapixel 14.2 mgp
3.  Dual view...dapat ambil gambar sendiri tanpa orang lain tahu...
4. Video HD
5.  Screen yang besar..
6.  5x zoom..
7.  Dapat edit gambar...
8.  Model terkini...
9.  USB
10. YANG PENTING TENGAH OFFER....i like it!!!


Lepas tu jalan-jalan cari pasal...


Tak boleh nak buat jiwa kering, mesti terkesima juga dengan jenama SAMSUNG ni...
Nampak gaya malam ni samada tak dapat tidur kerana teringatkan si dia yang cun melecun tadi atau tertidur panjang bermimpikan kacak bergayanya si dia yang bernama...






TV LED SAMSUNG...





An elegent blend of practicality and performance.










Haih! promoter pulak bukan main lentuk lagi berkisahkan segala kebaikannya. Manakan tidak hati terpikat, mau gila meroyan terbayang-bayang jadinya...huk huk huk...fuh3!...harga promosi pulak tu...siap dengan home theater and karaoke segala.....uhuk uhuk...haisyemm...nak demam dah rasa..:D



*saja nak promote SAMSUNG...oh... SAMSUNG memang cun!*

Monday, June 6, 2011

seorang sahabatku kembali ke rahmatullah semalam...


Al~Fatihah...


me, Wan Salina Wan Kadir dan seorang sahabat...zaman persekolahan dulu.


Assalamualaikum dik....rasanya awk sama sekolah di SMA ITTIFAKIAH dengan Wan Salina Wan Kadir keh....dia telah meninggal dunia semalam...di hospital Kuala Terengganu...sakit ketumbuhan di saluran pernafasan....AL-FATIHAH....
(berita kuterima di laman sesawang facebook dari kakak sekampongku; kak Imi)


Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman...amin.


Beliau adalah seorang sahabat juga seorang kakak yang baik pernah kujumpa, manja dan kreatif orangnya. Ku kenalinya tak lama namun kami amat mesra tatkala bersama. Kami berpisah setelah aku berkahwin sehingga sekarang tak pernah bertemu walaupun beliau tidak berpindah ke mana setelah berkahwin masih juga tinggal bersama keluarganya, memang ku tahu sifatnya yang manja wajarlah sebagai seorang anak bongsu.


Setelah mendapat berita yang amat mengejutkan itu, aku terus menalipon emakku di kampong. Emak pun turut terkedu mendengar berita kematiannya, kata emak pada satu hari emak pergi ke rumah ibubapa arwah, tapi tidak diberitahu pun tentang kesakitan kawan yang mesra ku panggil MA itu. Emak langsung tak tahu Ma sakit. Kata emakku lagi, beliau meninggalkan anak yang ramai...Alhamduillah...semoga anak-anaknya akan mendoakan kesejahteraan roh ibu mereka sampai bila-bila...aku sungguh terharu. Mengingati saat kematian hatiku merasa sungguh sayu.


Bagaimanakah seandainya nyawaku diambil pada bila-bila masa? Apakah yang bakal kubawa ke alam perpindahan di sana?
Ya Allah andai ku tahu...aku memang kosong sekosong kosongnya. 
Pemergian seorang sahabat yang selayaknya kupanggil kakak itu amat menginsafkan.


Aku pun mempunyai anak-anak tapi mampukah untukku mengharapkan dari mereka secebis doa? Pengalaman banyak mengajarkan dan sememangnya berlaku di depan mata. Saat permergian hanya ditangisi sekejap saja. Selepas itu mereka akan mengatakan 'hidup perlu diteruskan' yang pergi tetap akan pergi dan tak akan kembali...maka pusara akan terus sunyi bersendirian tanpa kunjungan yang diharapkan...
Sampai bila kita terus berharap!
Yang pasti bawalah bekal untuk diri sendiri, pesan untuk diri sendiri yang kuharap akan sentiasa melekat dikalbuku yang naif ini.


TAKZIAH untuk kaum keluarga MA yang sentiasa kuingati walaupun kta terpisah namun kenangan bersamamu terus kekal di sanubariku dan sekalong doa untuk Ma, semoga bahagia di sana. Amin!



p/s: hanya gambar itu sahaja yang ada dalam simpananku, sekian lama menyemarakkan ingatanku padamu...Al-Fatihah.

Saturday, June 4, 2011

Kelate kito, kebanggae ambo





Oke, sambung entri terdahulu pasal balik kelate terburu-buru...

Masalah besar kami untuk kerap balik ke rumah kami di kelate adalah disebabkan ketiadaan air paip. Nasib baik ada perigi. Bukan tak bayar bil...tapi tak pasti sebab musababnya sehingga agak menyusahkan kami. Ada yang menyarankan kami satu idea ni...


Tapi rasa macam serba salah, balik pun sekejap-sekejap tak berkesempatan pula untuk itu...


Di sana kami menginap di singgahsana tercinta yang telah sekian lama ditinggalkan, berhabuk, berhama tapi masih kukuh menunggu kami tiba untuk bermandi-manda di telaga...klasik punya bak turunnya puteri-puteri dari kayangan mengelilingi telaga...berkarai air dengan timba saling jirus menjirus antara satu sama lain dengan riang gembira. Sesekali bersembunyi di sebalik tembok telaga tatkala perasan ada orang yang lalu lalang...woah...sejuk nyaman bersiram...takkan ada di bandaraya :)



perigi yang ditinggalkan...airnya tetap jernih dan nyaman



Sambil bermandi-manda kami membersihkan kawasan sekitar iaitu menyapu dedaun rambutan yang kering berguguran di sekitar perigi tempat kami mandi, yang mana mengundang sejenis hidupan yang bisa membuatkan kami bertempikan bila dihinggapinya...tak lain dan tak bukan...PACAT yang menjengkau-jengkau naik ke betis putih gebu kami...huh ~ geliiiiiiiiiii.....opocot.opocot.opacat.opacat...tolong jangan singgahi kaki kami!


Kami membakar sampah dedaun kering di situ dengan rakusnya. Kami batuk terbahak-bahak dek asap yang berkepul-kepul bak ceritera puteri bunian turun ke bumi. Sungguh indah sehari di istana hinggap kami. Tiadalah berkesempatan ke mana-mana hatta hendak ke wakaf che yeh untuk mengusha baju kaftan pun tak sempat. Apatah lagi hendak ke pekan jelawat untuk membeli perkakas awas untuk berbekal ke kota metropolitan nanti. Oh!


Namanya pun balik kelantan bukan semata-mata untuk bercuti melainkan atas urusan kerja dan kami mengikut sahaja. Makanya dari pagi-pagi lagi aku akan ke Pusat Bandar menghala ke Jalan Pengkalan Chepa untuk menghantar abah atas urusannya di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).




Sementara menunggu abah siapkan kerjanya, kami dengan tergesa-gesa balik ke Jertih sekejap untuk berjumpa mak, ayah dan mana yang sempat. Kami ke ofis ayah untuk sedikit urusan. Selepas itu kami segera ke Kota Bharu semula untuk mengambil abah.


Dua hari abah menyelesaikan tugasannya maka beginilah kami berulang alik menghantar dan mengambilnya. Namun masih berkesempatan ke Pantai Bachok untuk makan angin di pantai, makan colek,  dan makan aiskrim...Keesokannya kami terus bersiap-siap untuk ke majlis kenduri di Bachok selepas mengambil abah di SPA...


tengoklah...abah pergi kenduri pakai baju ofis :P


Ambil kesempatan bergambar ketika pengantin sedang makan beradab.hehe (gambar x edit dr hp cabuk)


Lepas makan gulai, kami bergegas pulang ke Kuala Lumpur kerana esoknya seawal jam 8.00 pagi ada tugas untuk abah di Putrajaya pula. Good Luck lah kepada sesiapa yang ditemuduga oleh abah...selamat bekerja ~~