Al~Fatihah...
me, Wan Salina Wan Kadir dan seorang sahabat...zaman persekolahan dulu.
Assalamualaikum dik....rasanya awk sama sekolah di SMA ITTIFAKIAH dengan Wan Salina Wan Kadir keh....dia telah meninggal dunia semalam...di hospital Kuala Terengganu...sakit ketumbuhan di saluran pernafasan....AL-FATIHAH....
(berita kuterima di laman sesawang facebook dari kakak sekampongku; kak Imi)
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman...amin.
Beliau adalah seorang sahabat juga seorang kakak yang baik pernah kujumpa, manja dan kreatif orangnya. Ku kenalinya tak lama namun kami amat mesra tatkala bersama. Kami berpisah setelah aku berkahwin sehingga sekarang tak pernah bertemu walaupun beliau tidak berpindah ke mana setelah berkahwin masih juga tinggal bersama keluarganya, memang ku tahu sifatnya yang manja wajarlah sebagai seorang anak bongsu.
Setelah mendapat berita yang amat mengejutkan itu, aku terus menalipon emakku di kampong. Emak pun turut terkedu mendengar berita kematiannya, kata emak pada satu hari emak pergi ke rumah ibubapa arwah, tapi tidak diberitahu pun tentang kesakitan kawan yang mesra ku panggil MA itu. Emak langsung tak tahu Ma sakit. Kata emakku lagi, beliau meninggalkan anak yang ramai...Alhamduillah...semoga anak-anaknya akan mendoakan kesejahteraan roh ibu mereka sampai bila-bila...aku sungguh terharu. Mengingati saat kematian hatiku merasa sungguh sayu.
Bagaimanakah seandainya nyawaku diambil pada bila-bila masa? Apakah yang bakal kubawa ke alam perpindahan di sana?
Ya Allah andai ku tahu...aku memang kosong sekosong kosongnya.
Pemergian seorang sahabat yang selayaknya kupanggil kakak itu amat menginsafkan.
Aku pun mempunyai anak-anak tapi mampukah untukku mengharapkan dari mereka secebis doa? Pengalaman banyak mengajarkan dan sememangnya berlaku di depan mata. Saat permergian hanya ditangisi sekejap saja. Selepas itu mereka akan mengatakan 'hidup perlu diteruskan' yang pergi tetap akan pergi dan tak akan kembali...maka pusara akan terus sunyi bersendirian tanpa kunjungan yang diharapkan...
Sampai bila kita terus berharap!
Yang pasti bawalah bekal untuk diri sendiri, pesan untuk diri sendiri yang kuharap akan sentiasa melekat dikalbuku yang naif ini.
TAKZIAH untuk kaum keluarga MA yang sentiasa kuingati walaupun kta terpisah namun kenangan bersamamu terus kekal di sanubariku dan sekalong doa untuk Ma, semoga bahagia di sana. Amin!
p/s: hanya gambar itu sahaja yang ada dalam simpananku, sekian lama menyemarakkan ingatanku padamu...Al-Fatihah.
No comments:
Post a Comment