Saturday, June 4, 2011

Kelate kito, kebanggae ambo





Oke, sambung entri terdahulu pasal balik kelate terburu-buru...

Masalah besar kami untuk kerap balik ke rumah kami di kelate adalah disebabkan ketiadaan air paip. Nasib baik ada perigi. Bukan tak bayar bil...tapi tak pasti sebab musababnya sehingga agak menyusahkan kami. Ada yang menyarankan kami satu idea ni...


Tapi rasa macam serba salah, balik pun sekejap-sekejap tak berkesempatan pula untuk itu...


Di sana kami menginap di singgahsana tercinta yang telah sekian lama ditinggalkan, berhabuk, berhama tapi masih kukuh menunggu kami tiba untuk bermandi-manda di telaga...klasik punya bak turunnya puteri-puteri dari kayangan mengelilingi telaga...berkarai air dengan timba saling jirus menjirus antara satu sama lain dengan riang gembira. Sesekali bersembunyi di sebalik tembok telaga tatkala perasan ada orang yang lalu lalang...woah...sejuk nyaman bersiram...takkan ada di bandaraya :)



perigi yang ditinggalkan...airnya tetap jernih dan nyaman



Sambil bermandi-manda kami membersihkan kawasan sekitar iaitu menyapu dedaun rambutan yang kering berguguran di sekitar perigi tempat kami mandi, yang mana mengundang sejenis hidupan yang bisa membuatkan kami bertempikan bila dihinggapinya...tak lain dan tak bukan...PACAT yang menjengkau-jengkau naik ke betis putih gebu kami...huh ~ geliiiiiiiiiii.....opocot.opocot.opacat.opacat...tolong jangan singgahi kaki kami!


Kami membakar sampah dedaun kering di situ dengan rakusnya. Kami batuk terbahak-bahak dek asap yang berkepul-kepul bak ceritera puteri bunian turun ke bumi. Sungguh indah sehari di istana hinggap kami. Tiadalah berkesempatan ke mana-mana hatta hendak ke wakaf che yeh untuk mengusha baju kaftan pun tak sempat. Apatah lagi hendak ke pekan jelawat untuk membeli perkakas awas untuk berbekal ke kota metropolitan nanti. Oh!


Namanya pun balik kelantan bukan semata-mata untuk bercuti melainkan atas urusan kerja dan kami mengikut sahaja. Makanya dari pagi-pagi lagi aku akan ke Pusat Bandar menghala ke Jalan Pengkalan Chepa untuk menghantar abah atas urusannya di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).




Sementara menunggu abah siapkan kerjanya, kami dengan tergesa-gesa balik ke Jertih sekejap untuk berjumpa mak, ayah dan mana yang sempat. Kami ke ofis ayah untuk sedikit urusan. Selepas itu kami segera ke Kota Bharu semula untuk mengambil abah.


Dua hari abah menyelesaikan tugasannya maka beginilah kami berulang alik menghantar dan mengambilnya. Namun masih berkesempatan ke Pantai Bachok untuk makan angin di pantai, makan colek,  dan makan aiskrim...Keesokannya kami terus bersiap-siap untuk ke majlis kenduri di Bachok selepas mengambil abah di SPA...


tengoklah...abah pergi kenduri pakai baju ofis :P


Ambil kesempatan bergambar ketika pengantin sedang makan beradab.hehe (gambar x edit dr hp cabuk)


Lepas makan gulai, kami bergegas pulang ke Kuala Lumpur kerana esoknya seawal jam 8.00 pagi ada tugas untuk abah di Putrajaya pula. Good Luck lah kepada sesiapa yang ditemuduga oleh abah...selamat bekerja ~~

No comments: