Tuesday, July 26, 2011

satu pencarian...sebelum bernama KOMARI

Kami ke kedai pet...mencari;




merisik khabar...yang mana satu pilihan hati...




yang inikah...atau....




yang ini...



nakal juga yang ini...



gebu juga yang ini...biru mata hitammu :p



Yang ini dimilikki...perjalanan jauh diharungi, pening kepala agaknya gunung dan lurah dibawa pergi. Dari seri kembangan ke kelas 5 Bestari...di bukit mertajam dia menghuni...akhirnya dinamakan KOMARI...menjadi peliharaan yang disayangi..namun akhirnya KOMARI lari...hehehee...

Begitulah hikayat hidup sang KOMARI...

Good News: KINRARA UPTOWN@LESTARI PERDANA


Monday, July 25, 2011

doa untuk ibu bapa...

-DOA UNTUK IBU BAPA-

Ya Allah
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah
mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku
jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan
mereka dengan perkenan-Mu ya Allah
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan
kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu... .

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin..


Marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang tua kita. Siapa tahu
hidup
kita dirundung nestapa kerana kedurhakaan kita. Kerana kita
menghisap
darahnya, tenaganya, airmatanya,
keringatnya. Istighfarlah, Istighfarlah. ..
Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang tuanya. Atau
kata-katanya sering mengguris hatinya, atau yang jarang
memperdulikan
dan
mendoakannya. Percayalah bahawa anak yang derhaka siksanya
didahulukan
didunia ini.
Ayah... Ibu ampunkanlah dosa-dosa anakmu...

Thursday, July 21, 2011

Good News..MEX Interchange Bandar Putra Permai coming soon..expected completed in 2014.. 11 m


No way out

Residents want link to KL-Putrajaya, authorities say only in 2014
Monday, June 27th, 2011 10:53:00
MEX
ROAD TO NOWHERE: No direct linkage to MEX highway
A HIGHWAY just behind one's house which shortens traveling to half an hour, but residents have no access to it.
This is the predicament faced by EDWIN LOURDES and fellow residents who live in Bandar Baru Putra Permai, Seri Kembangan.
EDWIN says that although the Maju Expressway (MEX) is just behind his home, he and residents in his area have no access to it which results in them taking the longer route and having to put up with the long traffic snarl every morning.
"There is already a long queue to get to the Damansara-Puchong Highway (LDP) and many want to use the MEX."
"Although the MEX is just behind our homes, we are unable to access it directly.
"We have to head towards Putrajaya using the Serdang road and from there only are we able to join the MEX.
"It's odd that even though there is an R&R area called Seri Kembangan on the MEX, there is no entry point into the highway from Sri Kembangan."
EDWIN says residents here referred the matter to the developers, Equin Park Developers, Listari and Lebar Daun but were informed there is no clearance from the Subang Jaya Municipal Council.
"When we contacted the local council, they said the matter lay with the developers," adding, "We are being given the runaround and hope there will be a solution for the benefit of the residents.
"If access to the MEX is opened, it will help us avoid getting stuck in jams daily as well as get us to Putrajaya faster."
MEX
LONG WAY AROUND: Unnecessary distance to exit from Bandar Baru Putra Permai to MEX
● A SPOKESMAN for the Malaysian Highway Authority says there is a proposal for a construction of an interchange at Seri Kembangan at the KL-Putrajaya (MEX Highway).
The suggestion currently is to build a "trumpet" interchange that will connect the MEX and Jalan Putra Permai for the convenience of the residents there and surrounding areas.
He says, "Presently, the provision is being applied through the 10th Malaysian Plan for year 2011 with consultants being hired to prepare the initial and detailed building design, preparing a plan for land acquisitions and also an early estimation of compensation for such acquisition," adding, "These will be finalised by the end of this year."
The spokesman adds the project will begin construction by next year and is targeted to be completed in 2014.

Monday, July 11, 2011

sepi

sepi hati terjadi lagi
mungkin sampai mati aku sepi
biar senyum hadir di hariku
namun ini hanya ada di bibir, di bibir saja
aku ini yang bisa mengerti
walaupun yang lain mau mengerti
namun berat beban hidupku, biarkan saja
biar saja hanya ku yang tahu




sejarah cinta dan hidupku
penuh duri dan banyak ranjau
butuh kesabaran yang penuh
untuk tetap ku berdiri
ada saatnya ku bicara
bila hatiku telah bulat
sepanjang ku bisa atasi semua
aku tetap diam

Saturday, July 9, 2011

Promosi Hebat: Ramadhan Dah Dekat...

Teruja betul dengan alat bantu Pen Pintar yang hebat ini. Rasa nak berkongsi di sini supaya sama-sama dapat manfaatnya apatah lagi bulan yang mulia bakal menjelang. Biasanya di bulan Ramadhan, kita akan bertadarrus dan membaca Al-Quran dalam usaha meningkatkan keimanan dan menyambut bulan Ramadhan dengan penuh kemuliaan. Rasanya perkongsian ini amat berguna...kenapa?



Kerana Myiman akan menjadi pendamping paling setia. Teman mengaji anda. Ada ketikanya kita inginkan privacy. kita boleh mengaji, ada terjemahan, boleh rekod bacaan kita dan dapat dengar semula. Amat sesuai untuk menghafaz Al Quran...kita boleh check kesilapan apabila mendengar bacaan semula.



Untuk lebih jelas maklumat tentang produk yang tak mampu dilepaskan ini,  silalah kunjungi blog anakanda umi... .sarazaqea.  sila tekan di huruf besar  di bawah ini.



PROMOSI HARGA RUNTUH: PEN PINTAR Myiman


Jangan lepaskan peluang yang berbaloi-baloi ini, bukan saja murah malah dapat top up keimanan dengan bantuan pen pintar...Insyaallah kita akan rasa rajin dan selesa untuk membaca Al-Quran tanpa ragu-ragu lagi....



Terima kasih kak ngah, tolong buat semua ni untuk umi...semoga Allah sahaja yang akan membalas usaha murni kak ngah menolong umi dan dimurahkan rezeki kak ngah juga...

Info

Hari ini kita relax kat rumah ajer, kita BERSIHkan kawasan rumah, bersihkan kain baju, bersihkan pinggan mangkuk, periuk belanga dan yang seangkatan dengannya dengan tenang. Yang penting sekali mari ramai-ramai kita pakat-pakat BERSIHkan hati nurani...



Hari ini jalan di sekitar ibukota banyak ditutup kerana BERSIH. Jom kita semak jalan mana yang terlibat. Andainya tiada urusan penting, baik kita duduk bersantai bersama keluarga sahaja di hujung minggu ni...



Info Jalan yang diTUTUP dari akhbar ;



Perhimpunan haram: 58 jalan sekitar Kuala Lumpur yang ditutup

09/07/2011 8:55am

KUALA LUMPUR 9 Julai – Berikut adalah 58 jalan yang ditutup atau dilencongkan sepanjang perhimpunan haram Bersih hari ini:
1. Lebuh Raya Seremban-Kuala Lumpur/Istana Baru
2. Jalan Sungai Besi/susur bulatan Sungai Besi dari arah Seremban
3. Bulatan Sungai Besi
4. Jalan Sungai Besi/Bulatan Pudu
5. Bulatan Pudu/Jalan Pudu
6. Bulatan Pudu/Jalan Pasar
7. Jalan Kajang/Bulatan Sungai Besi
8. Jalan Chan Sow Lin/Jalan Tun Razak
9. Jalan Cochrane/Jalan Tun Razak (Jalan Pasar)
10. Jalan Tun Razak/Kondo Ezora
11. Kondo Ezora/susur Jalan Sultan Ismail, Jalan Imbi
12. Bulatan Kampung Pandan
13. Jalan Selatan
14. Susur Jalan Tun Razak/Bukit Bintang
15. Lampu isyarat Jalan Tun Razak/Jalan Bukit Bintang
16. Jalan Kampung Pandan/persimpangan bertingkat ke PD 92
17. Jalan Tun Razak/Jalan Kia Peng
18. Jalan Tun Razak/Jalan Eaton
19. Jalan Tun Razak/Persiaran Stonor
20. Jalan Tun Razak/Lorong Kuda
21. Jalan Tun Razak/susur Jalan Ampang (Esso)
22. Jalan Tun Razak/Jalan Ampang
23. Jalan Tun Razak/Megan Phileo
24. Jalan Tun Razak/Jalan Yap Kwan Seng
25. Jalan Tun Razak/Terowong KLCC
26. Jalan Tun Razak/Perkeso
27. Jalan Tun Razak/Jalan Raja Muda Abdul Aziz
28. Jalan Tun Razak/Parking IJN
29. Jalan Tun Razak/Bangunan IJN Baru
30. Jalan Tun Razak/Padang Bola HKL
31. Susur Tun Razak/Bulatan Pahang
32. Bulatan Pahang
33. Jalan Genting Klang/terowong Bulatan Pahang
34. Jalan Pekeliling/Stesen Bas Pekeliling
35. Susur Pekeliling/Jalan Ipoh
36. Jalan Ipoh/Jalan Rahmat
37. Jalan Tun Razak/Jalan Tun Ismail
38. Jalan Tun Razak/susur Jalan Kuching
39. Jalan Tun Razak/susur PWTC (Sekolah Maxwell)
40. Jalan Tun Ismail/susur Jalan Kuching (susur Kiblat)
41. Jalan Tun Ismail/Jalan Putra
42. Jalan Putra/Jalan Raja Laut
43. Jalan Pahang/Jalan Raja Muda Abdul Aziz/Jalan Tuan ku Abdul Rahman
44. Jalan Mahameru/susur Parlimen
45. Jalan Duta / Susur Jalan Parlimen
46. Jalan Mahameru / Susur Parlimen (Muzium Negara)
47. Jalan Mahameru/susur Wisma Tani
48. Jejambat Wisma Tani
49. Jalan Mahameru/susur Carcosa
50. Susur Jalan Damansara/Jalan Travers
51. Jalan Bangsar/Jalan Travers
52. Jalan Travers/Jalan Damansara (Balai Travers Lama)
53. Jalan Kl Sentral/Muzium Negara
54. Jalan Klang Lama/Lebuh Raya Persekutuan
55. Jalan Klang Lama/Salak Expressway (pusingan U)
56. Lebuh Raya Persekutuan/Jalan Syed Putra
57. Susur Jalan Tun Sambanthan/Jalan Sulaiman
58. Jalan Sulaiman (KTM)
– Utusan

Thursday, July 7, 2011

OMG! Oh Mesti Gempak

Oh! Mesti Gempak...Digi datang lagi. Cerah ceria berbaju kuning. Ops! Mesti Gempak. Bahaya berwajah kuning ni...orang cepat tangkap. Tapi tangkap DiGi ramai-ramai pasti berbaloi.baloi!


Lebih ceria berganda-ganda hidup anda. Bersama Digi OMG;

~ lebih kawan
~lebih seronok
~lebih nilai



Apa lagi...jom pakat pakai Digi...

Wednesday, July 6, 2011

Farmasi Klinik Pakar, Hospital Serdang




Semenjak pertengahan tahun lalu, my hubby telah menerima rawatan di Klinik Pakar, Hospital Serdang. Maka bermulalah episod temujanji demi temujanji yang berlarutan hingga kini. Alhamdulillah, rawatan tersebut telah memberi nafas baru dan kesihatannya semakin baik.



Namun begitu, masih perlukan perhatian dari pakar. Sekali sebulan masih ada temujanji untuk menilai tahap kesihatan, check darah dan nasihat dari doktor yang berkenaan.



Namun begitu, akur pada kesibukan tugas harian, setiap kali urusan pengambilan ubat abah serahkan kepada umi untuk mengambilnya dari Farmasi Klinik Pakar, di Hospital Serdang. Umi boleh bagi 5 bintang atas kecekapan pengurusan dari unit ini. Kita tidak perlu menunggu lama seperti dulu-dulu. Segalanya pantas, cepat dan teratur. Tiada masalah langsung melainkan sistem komputer tidak dapat berfungsi...



Hari ini umi pergi ke Hospital Serdang lagi  untuk mengambil ubat seperti yang tertera di kad hijau milik abah. Satu sahaja yang merimaskan iaitu masalah ketiadaan tempat meletak kereta. Kebiasaannya akan penuh. Tadi pun umi terpaksa pasrah walau hati berdebar-debar tinggal kereta begitu sahaja di bahu jalan besar menuju ke Kajang. Jauh pula berjalan. Bimbang kalau-kalau ramai orang hari ni, kereta tak berapa selamat letak di situ....



Usai mengambil ubat, lekas-lekas umi ke tempat parking kereta. Tadi ada seseorang sedang melilau-lilau di situ. Hati sedikit curiga. Masa umi sampai di kereta...beliau masih ada dan tersengih di situ. Entah mengapa ada rasa tak percaya sebab tadi ternampak dia berjalan dari kereta ke kereta yang diletakkan di situ.Lainlah kalau guard...ini tidak. Umi pula berseorangan. Dia senyum semacam...hoho takuttt...



Tadi sempat snap banner yang diiklankan di bahagian Farmasi Klinik Pakar itu...tak semestinya pergi ke hospital kerana masuk wad. Sadisnya pemikiran orang. Mengapa sesetengah orang begitu anti kepada hospital? Sebenarnya di sana banyak info berguna...free saja...tak salah kita menjadi rakan hospital untuk  kebaikan dan kesihatan kita juga. Sekurang-kurangnya kita lebih celik info untuk hidup lebih ceria...




Bagi yang sedang batuk-batuk berlarutan tu, baik pergi check di kilnik....



info lagi...anda dijemput hadir...






sekian...sharing is caring!


terima kasih kerana datang menyeri gubuk kecil kami...

Bunga-bunga matahari...datang menyeri...ouh~ kumbang pun tidak ketinggalan. Thanks atas segala effort untuk datang menceriakan kami...



mereka telah datang...

















Terbit sinar mentari saban hari
Mengejut mimpi dari lena
Riang kenari di cemara
Mengusik sukma

Bunga-bunga matahari
Anggun mekar di taman sari
Warna jingga suntingan hati
Bagai tanda kasih bersemi

Hangatnya sinaran
Walau getir ku tempuh dugaan
Menyahut wawasan
Ku pohonkan segunung harapan

Bangkitkan citramu insan
Dalam diam menyambung warisan
Sekilas sinar mentari
Melewati di senja menanti


sila datang lagi...