Semenjak pertengahan tahun lalu, my hubby telah menerima rawatan di Klinik Pakar, Hospital Serdang. Maka bermulalah episod temujanji demi temujanji yang berlarutan hingga kini. Alhamdulillah, rawatan tersebut telah memberi nafas baru dan kesihatannya semakin baik.
Namun begitu, masih perlukan perhatian dari pakar. Sekali sebulan masih ada temujanji untuk menilai tahap kesihatan, check darah dan nasihat dari doktor yang berkenaan.
Namun begitu, akur pada kesibukan tugas harian, setiap kali urusan pengambilan ubat abah serahkan kepada umi untuk mengambilnya dari Farmasi Klinik Pakar, di Hospital Serdang. Umi boleh bagi 5 bintang atas kecekapan pengurusan dari unit ini. Kita tidak perlu menunggu lama seperti dulu-dulu. Segalanya pantas, cepat dan teratur. Tiada masalah langsung melainkan sistem komputer tidak dapat berfungsi...
Hari ini umi pergi ke Hospital Serdang lagi untuk mengambil ubat seperti yang tertera di kad hijau milik abah. Satu sahaja yang merimaskan iaitu masalah ketiadaan tempat meletak kereta. Kebiasaannya akan penuh. Tadi pun umi terpaksa pasrah walau hati berdebar-debar tinggal kereta begitu sahaja di bahu jalan besar menuju ke Kajang. Jauh pula berjalan. Bimbang kalau-kalau ramai orang hari ni, kereta tak berapa selamat letak di situ....
Usai mengambil ubat, lekas-lekas umi ke tempat parking kereta. Tadi ada seseorang sedang melilau-lilau di situ. Hati sedikit curiga. Masa umi sampai di kereta...beliau masih ada dan tersengih di situ. Entah mengapa ada rasa tak percaya sebab tadi ternampak dia berjalan dari kereta ke kereta yang diletakkan di situ.Lainlah kalau guard...ini tidak. Umi pula berseorangan. Dia senyum semacam...hoho takuttt...
Tadi sempat snap banner yang diiklankan di bahagian Farmasi Klinik Pakar itu...tak semestinya pergi ke hospital kerana masuk wad. Sadisnya pemikiran orang. Mengapa sesetengah orang begitu anti kepada hospital? Sebenarnya di sana banyak info berguna...free saja...tak salah kita menjadi rakan hospital untuk kebaikan dan kesihatan kita juga. Sekurang-kurangnya kita lebih celik info untuk hidup lebih ceria...
Bagi yang sedang batuk-batuk berlarutan tu, baik pergi check di kilnik....
info lagi...anda dijemput hadir...
sekian...sharing is caring!
No comments:
Post a Comment