Thursday, October 6, 2011

Yeay!..XPDC: Eksplorasi Hijau

Erkk...


Dulu...Kalau sebelum ni umi rasa sangat selesa duduk bersahaja di rumah, bagi semangat kat semua ahli keluarga  (suami dan anak-anak) time diorang kena pergi camping, jungle trekking, kem motivasi itu, kem ini, BTN, dan sebagainya...umi yang paling sibuk menyiapkan segala bagai barang-barang keperluan peribadi untuk melancarkan aktiviti mereka...seterusnya meniupkan semangat agar tidak goyah sepanjang perjalanan kem.


Kini...


Ingatkan umi dah terlepas bebas daripada bab aktiviti lasak begini sementelah di usia yang sedang merangkak senja...tetiba datin call beriya-iya ajak join aktiviti. Nak tolak...segan! huhuu...ku usulkan pada encik suami tercinta, katanya "pergilah...rugi kalau tak join, abah pun tak pergi lagi ke perkampungan orang asli dan tengok bunga Raflesia di Hutan Belom"...lagi pun join team puspanita ni layanan dia special...vvip gitu...dijaga rapi." Hmmm...ok, umi join lah kalau macam tu...lalu urusan pendaftaran pun berjalan lancar!



Doakan umi selamat pergi dan balik merentasi tasik ke Pulau Banding di Hutan Simpan Belom di Grik nanti...satu panorama indah yang bervariasi pasti tercatat di dalam citra kehidupan...



Kalau tidak pecahkan ruyung,
Manakan dapat sagunya;
Kalau asyik di bawah tempurung;
Manakan dapat menikmati keindahan alam semesta ciptaan-Nya...
YOSH!



Biarlah apa pun orang nak kata, perjalanan hidup ini hanya sementara...kita tak hidup dek pujian, tak mati dek kejian...hidup kita, kita yang tentukan. Manusia sememangnya tidak sempurna, persamaan itu adalah keserasian...perbezaan itu saling melengkapkan.


Ayuh! ...kita FIKIRKAN BOLEH!













Erkk...berkayak??





Ya Allah lindungilah perjalanan kami...semoga selamat pergi dan kembali ke pangkuan famili...amin.


No comments: