jangan pura-pura yer :b
Sunday, November 27, 2011
Tuesday, November 22, 2011
Menghargai..
Tanpamu...
Selamat Pagi Semua
Dengarkanlah nada Suara dan irama
Yang menyakitkan telinga
Embun pagi yang lembut
Menyentuh pipi yang gebu
Tanpamu
Ku kan terlewat
Tanpamu
Ku kan sedih
Kerana kau lah penyelamat
Dan akan sentiasa di hati
Saat 7 pagi
Akan ku tersedar
Mungkin kerana kau
Aku dapat merasa
Embun pagi yang lembut
Menyentuh pipi yang gebu
Waktu pagi diriku
Hingga pagiku sambut
Tanpamu
Ku kan terlewat
Tanpamu
Ku kan sedih
Kerana kau lah penyelamat
Dan akan sentiasa di hati
Tanpamu
Ku kan terlewat
Tanpamu
Ku kan sedih
Kerana kau lah penyelamat
Dan akan sentiasa di hati
Tanpamu
Ku kan terlewat
Tanpamu
Ku kan sedih
Kerana kau lah penyelamat
Dan akan sentiasa di hati
Tanpamu
Kerana kau lah penyelamat
Dan akan sentiasa di hati
Selamat Pagi Semua
Dengarkanlah nada Suara dan irama
Yang menyakitkan telinga
Embun pagi yang lembut
Menyentuh pipi yang gebu
Tanpamu
Ku kan terlewat
Tanpamu
Ku kan sedih
Kerana kau lah penyelamat
Dan akan sentiasa di hati
Saat 7 pagi
Akan ku tersedar
Mungkin kerana kau
Aku dapat merasa
Embun pagi yang lembut
Menyentuh pipi yang gebu
Waktu pagi diriku
Hingga pagiku sambut
Tanpamu
Ku kan terlewat
Tanpamu
Ku kan sedih
Kerana kau lah penyelamat
Dan akan sentiasa di hati
Tanpamu
Ku kan terlewat
Tanpamu
Ku kan sedih
Kerana kau lah penyelamat
Dan akan sentiasa di hati
Tanpamu
Ku kan terlewat
Tanpamu
Ku kan sedih
Kerana kau lah penyelamat
Dan akan sentiasa di hati
Tanpamu
Kerana kau lah penyelamat
Dan akan sentiasa di hati
Semoga silaturrahim ini akan terjalin dengan ruh kasih sayang, walau kita tidak pernah mengenali dan mengetahui apa yang tersirat di hati...umi amat menghargai kehadiran kalian.
Ingatlah...umi hanyalah insan biasa yang tidak lari dari melakukan kesilapan.
Yang baik itu dari Allah, dan yang buruk itu pula dari kesilapan diri hamba yang dhaif ini.
Sesungguhnya kesempurnaan sifat itu hanya milikNya.
Tanpamu...
Apalah yang dapat umi ucapkan selain dari jutaan terimakasihkerana kesudianmu hadirdi celah sepikumembawa sejambak bunga harumdan menghias kamar sempitkumenjadi istana kecil yang wangi dan segar.
Maafkan salah silap umi...
“Demi MASA. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali yang beriman dan yang beramal soleh.
Yang berpesan-pesan dengan KEBENARAN. Yang berpesan-pesan dengan KESABARAN”.
terjemahan surah Al-Asr
Apalah yang dapat umi ucapkan selain dari
jutaan terimakasih
kerana kesudianmu hadir
di celah sepiku
membawa sejambak bunga harum
dan menghias kamar sempitku
menjadi istana kecil yang
wangi dan segar.
Maafkan salah silap umi...
“Demi MASA. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali yang beriman dan yang beramal soleh.
Yang berpesan-pesan dengan KEBENARAN. Yang berpesan-pesan dengan KESABARAN”.
terjemahan surah Al-Asr
L♥VE IS TELLING EACH ♥THER A THOUSAND THINGS WITHOUT TALKING
Walk-Walk Eat Air...Pheww :P
K♥SIH S♥Y♥NG MENZ♥HIRK♥N BERIBU-RIBU PERK♥T♥♥N T♥NP♥ DIL♥F♥ZKAN
FOLLOW ME
FOLLOW LOVE
Monday, November 21, 2011
Mimpi Bulan Dipagar Bintang...
Artis & Kebendaan
#sila ambil iktibar#
#sila ambil iktibar#
Siti Jarum
Siti fikir semua orang pernah baca atau dengar tentang hantaran kahwin artis, hadiah kahwin artis, beg tangan artis, kasut tumit tinggi artis dan kereta mewah pemberian suami artis. Semuanya hebat-hebat belaka. Kalau kita tengok dari sudut “kekayaan”, artis kita tak sengkek. Artis kita hidup dilimpahi kebendaan setaraf artis Hollywood.
Ada artis dapat hadiah perkahwinan berbelas juta. Bukan juta rupiah tapi juta ringgit. Siti fikir kalau kebahagiaan boleh diukur dengan kebendaan yang ditunjuk itu, artis kita yang paling bahagia. Mereka memiliki wang ringgit dan kemewahan hidup, semua itu ditunjukkan kepada peminat. Seolah-olah itulah matlamatnya.
Peminat pun bermimpi nak jadi artis. Mereka ponteng sekolah, yang lulus periksa pula tak nak sambung belajar sebab nak jadi artis. Ada mak bapa yang terasuk dengan budaya kebendaan ini rela membimbing anak menjadi artis. Kesian budak itu mana tahu yang dipilihnya tepat atau tidak. Tapi bagi sesetengah mak bapa, ini adalah pelaburan.
Siti melihat sebahagian besar artis kita menyuburkan budaya kebendaan. Semuanya diukur dengan benda. Berapa banyak banglo, kereta mewah, beg tangan mewah yang sama dengan harga sebuah kereta Kancil. Maka akhirnya ukuran manusia adalah harta benda bukan budi pekerti. Siti tak fikir artis tidak boleh hidup mewah waima punya kereta panjang macam keretapi. Tapi tak usahlah memperagakan kepada umum. Tak usah menjadikan kebendaan itu matlamat dalam hidup.
Siti fikir banyak buruk dari baiknya kalau hidup diburu kebendaan. Kita dengan sendirinya mengukur orang lain dengan kebendaan. Masyarakat pun mula menilai orang dari sudut pandangan kebendaan.
Maka apabila orang melihat ada artis yang makan di gerai, tinggal di rumah teres atau tak memandu kereta mewah, mereka anggap ini adalah luar biasa. Artis pun takut untuk dilihat “luar biasa”. Mereka pun cuba menzahirkan mimpi-mimpi indah jutaan peminat yang menyanjungi kebendaan yang dia miliki.
Kredit untuk Siti Jarum.
Saturday, November 19, 2011
Pesanan ini
Pesanan Terakhir Rasulullah s.a.w.
Ketika Rasulullah SAW mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijarah di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, di antara isi dari khutbah terakhir Rasulullah SAW itu ialah:
“Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
“Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
“Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
“Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
“Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.
“Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
“Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur’an dan Sunnahku.
“Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu.”
Pesanan ini ku terdengar di IKIM semasa aku sedang memandu, sesampai di rumah aku segera mencari di google. Aku berbuat begitu kerana aku ingin menghayatinya kerana dengan hanya mendengar aku akan tertinggal...aku hanya insan biasa yang penuh dengan sifat ketidaksempurnaan. Gembira sangat apabila mendapat PESANAN TERAKHR ini lalu aku ingin simpan supaya senang dicari pada bila-bila masa pun...
Tiada esok bagimu...
Enam alam yang kita lalui:
1) Alam Ruh
2) Alam Rahim
3) Alam duniawi
4) Alam Barzakh
5) Alam Masyhar
6) Alam Syurga
Kita ini umpama warga akhirat yang sedang mengembara di hutan belantara, memerlukan kompas untuk mengemudi kehidupan yang penuh dengan dugaan, menuju ke tiga alam yang masih berbaki iaitu alam barzakh, alam mahsyar dan alam syurga. Hargailah detik yang masih bersisa untuk mengumpul amalan sebagai bekalan kerana alam fana ini sahaja masa untuk kita berusaha menyemai akar kebaikan yang bakal dituai di negeri yang kekal...
Ayuh! Usah bertangguh lagi...tiada esok bagimu!!!
Thursday, November 17, 2011
PESAN ABAH: ...tanpa jemu...
Sudah beribu berapa kali abah pesan benda ni...pendek kata sepanjang masa. Umi tahu...abah sayangkan kami...sangat gigih abah, pesan suruh amalkan membaca al-quran. Satu lagi abah selalu ingatkan setiap kali sambut hari lahir tu abah akan cakap...jika umur kita 30 tahun (contoh) adakah kita sudah khatam 30 kali al-quran??? Abah selalu buat kira-kira ni supaya kitaorang ambil perhatian:
Abu Bakar As-Siddiq khatam Al-Quran;
~ kadang-kadang 3 kali sehari...
~ biasanya 1 kali sehari...
ini bermakna-->
*20 minit 1 juzuk
*30 juzuk 600 minit
=10 jam = 1 khatam...
SUBHANALLAH!!!
Tidak terujakah kita untuk sama-sama khatam Al-Quran lebih-lebih lagi di bulan yang penuh kemuliaan ini?
Rasa nak kongsi walaupun bukan formula hebat, tapi insyaallah...jika rajin buat....akan merasai nikmatnya...akan...tammat untuk kita yang lambat;
Sifir Khatam Al-Quran:
Sekiranya 1 helai 1 hari = 360 helai
10 x 30 = 300 hari --> 10 bulan
= 1 khatam.
sekiranya 2 helai setiap selepas solat = 1 juzuk 1 hari...
2 helai x 5 waktu = 1 juzuk.
30 hari = 30 juzuk
= 1 khatam.
Ini bermakna 1 bulan
= 1 khatam = 1 M
Apa maknanya...
iaitu...1 Musyhaf...bukan 1 Malaysia!
Bagi orang perempuan;
Sekiranya 200 hari sahaja dalam 1 tahun,
dengan syarat baca 1 1/2 halaman/helai sehari...
pasti habis 1 khatam.
Semoga hari ini lebih baik dari semalam...wallahualam.
info:
info:
10 SAHABAT YANG DIJAMIN MASUK SYURGA........
1.ABU BAKAR ASSIDIK, 2.UMAR AL-KHATTAB, 3. UTHMAN B AFFAN, 4.ALI B ABI TALIB,5.THALHAH B ABDULLAH, 6.ZUBAIR B AL AWWAM, 7.SAID B ZAID, 8.ABDURRAHMAN AUF, 9. ABU UBAIDAH AL JARRAH DAN 10.SAAD B ABI WAQAS...
Sekadar info yang boleh dikongsi bersama.....
Wednesday, November 16, 2011
Tuesday, November 15, 2011
Saturday, November 12, 2011
sepucuk surat rindu untuk-Mu
“Bismillahirrohmaanir rohiim. Tiada Tuhan selain Dia. Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Puji-pujian juga buat junjungan dan kekasih Allah, Nabi Muhammad SAW. Segala kebaikan datang daripada-Mu, Ya Allah, dan yang buruk daripada diriku jua.
“Tuhan Ya Rahman, bersyukur aku pada saat ini atas limpah kurnia rezeki yang engkau pinjamkan pada diriku, Ya Allah. Aku sujud mengadap kiblat-Mu dengan rasa rendah diri bersama saudaraku yang lain berkiblatkan rumah-Mu.
Pinjaman kesenangan harta-Mu padaku tiada lain selain menguji diriku juga. Limpahan rezeki yang Kau beri bukan sedikit untuk mengujiku. Ya Allah, pimpinlah diriku supaya pinjaman harta dunia ini dapat aku belanja ke jalan-Mu.
“Membantu ahli keluargaku, sahabatku, saudara seagama ku, anak yatim, pejuang agama dan bangsaku. Aku berdoa kepada-Mu, Ya Allah Ya Rahim, supaya kebendaan yang kau pinjamkan tidak menutup mataku, telingaku dan mindaku. Ringankanlah tangan ini untuk menolong umat-Mu yang Kau uji dengan kesusahan dan kesulitan.
“Dengan rezeki yang Kau pinjamkan juga aku berdoa supaya menjadikan aku lebih kecil dan sedar diri bahawa rezeki pinjaman-Mu adalah untuk dikejar, bukan menanti ia bergolek.
“Rezeki pinjaman-Mu juga menjadi bekalan untuk aku mengejar ilmu akhirat dan beribadah ke jalan-Mu. Jadikan aku sentiasa sedar apa yang Kau beri juga boleh Kau ambil semula.
“Tuhan Ya Latif, pada hari istimewa ini, aku sujud pada-Mu meminta supaya aku dijemput lagi ke rumah-Mu seperti yang pernah kau pinjamkan kenikmatan berada di sana sebelum ini. Pinjamkanlah harta dan ruang masa-Mu untukku berkunjung ke sana lagi. Aku sangat rindu untuk melihat lagi kebesaran rumah-Mu.
“Rindu pada bau kasturi Hajarul Aswad dan masjid-Mu. Rindu pada ketenangan di luar ruang litup duniawi. Rindu pada keajaiban yang Engkau pancarkan secara sedar atau di bawah sedar. Rindu menjejaki asal usul agamaku. Rindu pada pertemuan saudara seagamaku. Rindu untuk berdekatan dengan makam Nabiku dan sahabatnya.
“Ya Tuhan, lindungilah saudaraku yang kini berada di bumi suci Tanah Haram Makkah dan Madinah untuk melunaskan ibadah tuntutan seperti mana Kau jaga diriku dulu. Sempurnakan perjalanan mereka yang meninggalkan keluarga dengan habuan ibadah yang mabrur.
“Yang utama juga, Kau berilah kesenangan pada saudaraku yang masih belum berkesempatan ke sana untuk merasai keindahan yang pernah Kau pinjamkan padaku dan seperti yang aku khabarkan.
“Tuhan Ya Qayyum, pada hari pertemuan umat-Mu di Arafah dan Mina, aku memohon Kau rapatkan saf saudara Islam sedunia supaya berbaik-baik dan bantu-membantu. Tingkatkan pertemuan pemimpin Islam supaya bersatu menegakkan agama dan jangan tunduk pada asakan serta himpitan umat yang mengingkari-Mu.
“Jadikan pemimpin kami pemimpin yang berjuang ke arah tuntutan-Mu dan tidak berpecah belah yang akhirnya menghancurkan negara di mana kami tumpang berpayung. Janganlah tumbang payung kami berteduh kerana ini merugikan kami. Bebaskan kami daripada penindasan dan penganiayaan. Hidup kami hanya sementara dan bumi ini hanya pinjaman.
“Tuhan Ya Malik. Aku bersyukur pada hari ini Kau masih meminjamkan akal yang tajam untukku berfikir. Untukku mematahkan ujian serangan musuhku. Untuk merancang kehidupan yang juga sementara ini. Untuk mengingat kalimah-Mu. Untuk diperah demi kebaikan agama dan bangsa.
“Aku berdoa supaya Kau tidak menguji fikiran dan otakku dengan cubaan yang boleh menyesatkanku daripada agamaku dan daripada jalan-Mu yang diwariskan oleh Rasulullah Muhammad SAW.
“Jangan Kau sempitkan fikiran ini kerana aku masih bertanggungjawab atas keluargaku, keturunanku dan agamaku. Hendaknya dengan fikiran dan otak yang Kau pinjamkan juga, aku dapat memandu anggota tubuhku untuk tujuan kebaikan. Lidah mengungkap bicara yang menyenangkan. Mata memilih pandang yang diizinkan. Mulut merasai hebat rezeki yang dihalalkan. Telinga mendengar kebaikan dan menutup keburukan. Kaki mengelak langkah yang memudaratkan dan tangan terus diangkat ke hadrat-Mu untuk bersyukur dan berdoa.
“Berikan lagi kekuatan otakku agar boleh memilih yang mana keburukan dan yang mana kebaikan. Yang mana musuh dan yang mana kawan. Yang mana halal dan yang mana haram. Yang mana hak, yang mana bathil.
“Tuhan Ya Ghaffar, aku bersyukur pada hari ini Kau masih meminjamkan kasih sayang yang datang daripada saudara kandung dan keluargaku, anakku, sahabatku. Aku berdoa Kau terus mewaraskan tindakanku untuk menjaga mereka dan membantu mereka.
“Waraskan juga tindakan mereka untuk sentiasa berada di sisiku di kala susah dan senang. Janganlah Kau tarik keindahan berkawan dan berkeluarga ini dan diganti dengan permusuhan dan berpecah belah.
“Aku tidak mampu berdiri bersendirian, Ya Tuhan. Aku memerlukan mereka dan jika ada kebaikan untukku, Kau bukakan tangan ini untuk ku kongsi bersama mereka. Aku sayangkan mereka tapi aku lebih menyayangi-Mu.
“Jika kau ingin mengambilku semula, biarlah ketika mereka tenang menerimanya. Biarlah ketika mereka rela melepaskanku. Lebih ramai menyayangiku, lebih banyak doa dapatku himpunkan nanti. Ya Tuhan sekelian alam.
“Tuhan Ya Muqtaqdir, pada hari kehebatan ini juga, aku merayu Kau meminjamkan kuasa Maha Besar-Mu melindungi aku dan saudaraku selain daripada apa yang zahir di depanku. Aku sangat lemah untuk melihat apa yang mendatang, yang tersirat, yang tersorok dan yang gelap.
“Kemampuanku juga tidak seperti mukjizat yang Kau pinjamkan pada Nabi pemimpin kami. Tutuplah kelemahanku dan aibku kerana aku insan lemah yang kadangkala tersasar perlakuan serta kembalikan aku ke jalan-Mu.
“Peliharalah aku dan saudaraku daripada kata fitnah yang membinasakan, ilmu hitam yang Kau laknati, gangguan syaitan yang menyesatkan, penyakit yang memudaratkan dan kemalangan yang mengerikan. Dengan kehebatan Mu pada ketika Istikharah saja dapat membimbing aku meniti dunia penuh kekaburan.
“Tuhan Ya Mu’id, pada mu saja tempat aku panjatkan doa ini supaya Kau limpahkan kasih sayang-Mu buat mak dan wanku. Peliharalah wan yang lebih awal berada di sana dan mak yang kini uzur tua. Setelah Kau pinjamkan mereka untuk melahirkan dan membesarkan kami, aku pohon supaya tiada balasan lain bagi mereka berdua selain Firdausi syurga-Mu.
“Pinjamkan aku dan kami bersaudara kudrat, kesihatan dan kemampuan untuk menjaga ibu kami supaya perjalanannya ke akhir garisan di dunia pinjaman-Mu tenang dan bermakna. Kalau betul syurga di telapak kaki ibu, aku berdoa Kau letakkan ibu kami di syurga itu menanti kami di dunia abadi selepas ini.
“Kabulkanlah doa insan kerdil yang Engkau pinjamkan nyawa sejak 43 tahun yang lalu ini dan terus merasa kekerdilannya, malah merasa kebesaran Mu. Amin Ya Rabbal’alamin.”
Wassalam.
Kelip Kelip Ku Sangka Api
Tiap hari melintas di sini
Kuharapkan dapat memandang mu
Sayangnya engkau persis tak peduli
Akulah seorang merindu
Kuharapkan dapat memandang mu
Sayangnya engkau persis tak peduli
Akulah seorang merindu
Jeling jeling kau tidak berpaling
Senyum diberi tiada balasan
Sikapmu sayang membuatku rungsing
Ku turut hati merana badan
Senyum diberi tiada balasan
Sikapmu sayang membuatku rungsing
Ku turut hati merana badan
( korus )
Berakit berakitlah ke hulu
Berenang renang ku ketepian
Bersakit biarku sakit dahulu
Bersenang denganmu kemudian
Berakit berakitlah ke hulu
Berenang renang ku ketepian
Bersakit biarku sakit dahulu
Bersenang denganmu kemudian
Kelip kelip ku sangkakan api
Sinar mentari membawa cahaya
Kau hilang ghaib sangkaku kau benci
Kiranya sengaja nak menduga
Sinar mentari membawa cahaya
Kau hilang ghaib sangkaku kau benci
Kiranya sengaja nak menduga
11.11.11
Tarikh 11.11.11 merupakan sangat istimewa dan ia hanya datang sekali dalam hidup kita dan saya berfikir untuk melakukan sesuatu yang menarik pada hari ini...
Apa yang anda lakukan?
Walaupun tarikh tersebut bukanlah tarikh keramat namun saya abadikan kerana mengenangkan tarikh cantik itu sudah pasti tidak akan berulang lagi.
Tiada apa yang istimewa. Saya sangat gembira bilamana saya mampu tersenyum bersama Rosemarie.
Dia menjadi keluarga saya hari ini. Menceriakan saya. Semoga saya akan lebih bersemangat dan rajin selepas ini.
Terima kasih!
Terima kasih!
Wednesday, November 9, 2011
Friday, November 4, 2011
SALAM EIDUL ADHA
Bertebah lembu di pade
Bertebek kambing di kande
Bertuek kuba di kube
Berketok aye di rebe
Bapok serati hile ghaik
Ibu angso duo hari x kelik..
Guano kisoh apo cerito
Binate resoh pakak celiko..?
Petando lambe tok ayoh babo
Hari rayo korbe sudoh pon tibo..
Selamak Hari Raya Aidiladha, ikhlah dari ambo serto kluargo...
walaupon menjadi korban bukti cinta teragong...kambeng tetap juga tersenyum...
respek aarr sama lu! Chaiyok..Chaiyok!
Ombak Rindu
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku
Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku
Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung
Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku
Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku
p/s: Malam kau bawalah rinduku, untuk dirinya yang jauh dari ku...
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku
Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku
Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung
Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku
Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku
p/s: Malam kau bawalah rinduku, untuk dirinya yang jauh dari ku...
Subscribe to:
Posts (Atom)