Thursday, November 17, 2011

PESAN ABAH: ...tanpa jemu...

Sudah beribu berapa kali abah pesan benda ni...pendek kata sepanjang masa. Umi tahu...abah sayangkan kami...sangat gigih abah, pesan  suruh amalkan membaca al-quran. Satu lagi abah selalu ingatkan setiap kali sambut hari lahir tu abah akan cakap...jika umur kita 30 tahun (contoh) adakah kita sudah khatam 30 kali al-quran??? Abah selalu buat kira-kira ni supaya kitaorang ambil perhatian:



Abu Bakar As-Siddiq khatam Al-Quran;
~ kadang-kadang 3 kali sehari...
~ biasanya 1 kali sehari...
ini bermakna-->
*20 minit 1 juzuk
*30 juzuk 600 minit
=10 jam = 1 khatam...
SUBHANALLAH!!!
Tidak terujakah kita untuk sama-sama khatam Al-Quran lebih-lebih lagi di bulan yang penuh kemuliaan ini?
Rasa nak kongsi walaupun bukan formula hebat, tapi insyaallah...jika rajin buat....akan merasai nikmatnya...akan...tammat untuk kita yang lambat;
Sifir Khatam Al-Quran:
Sekiranya 1 helai 1 hari = 360 helai
10 x 30 = 300 hari --> 10 bulan
= 1 khatam.
sekiranya 2 helai setiap selepas solat = 1 juzuk 1 hari...
2 helai x 5 waktu = 1 juzuk.
30 hari = 30 juzuk
= 1 khatam.
Ini bermakna 1 bulan
= 1 khatam = 1 M
Apa maknanya...
iaitu...1 Musyhaf...bukan 1 Malaysia!
Bagi orang perempuan;
Sekiranya 200 hari sahaja dalam 1 tahun,
dengan syarat baca 1 1/2 halaman/helai sehari...
pasti habis 1 khatam.
Semoga hari ini lebih baik dari semalam...wallahualam.



info:


10 SAHABAT YANG DIJAMIN MASUK SYURGA........
1.ABU BAKAR ASSIDIK, 2.UMAR AL-KHATTAB, 3. UTHMAN B AFFAN, 4.ALI B ABI TALIB,5.THALHAH B ABDULLAH, 6.ZUBAIR B AL AWWAM, 7.SAID B ZAID, 8.ABDURRAHMAN AUF, 9. ABU UBAIDAH AL JARRAH DAN 10.SAAD B ABI WAQAS...
Sekadar info yang boleh dikongsi bersama.....


No comments: