Wednesday, April 18, 2012

Ayam Goreng Tepung



Masakan mudah untuk dicuba...


Dah terbukti; memang sedap!!Acap kali dah buat (:







AYAM GORENG TEPUNG,,,,,,
beberapa ketul ayam dbuang kulit
3 cawan tepung beras [agak-agak la..]
2 cawan tepung gandum [agak-agak laa..]
2 bji telur  [agak la jugak, balancekan dgn tepung..]
garam
kunyit
rempah kari ayam@ Ikan
sedikit sebuk cili (klau suka pedas)
sedikit jintan manis dan jintan putih

satukan tepung beras+tepung gandum+serbuk cili+rempah+jintan manis+jintan putih
masukkn garam+kunyit ke dalam ayam
pukul telur

ambik ayam salut dgn telur kemudian salutkan dgn tepung hingga habis....
kemudian salut kali ke2 utk mendapat tepung yg tebal baru best sbb nnti ranggup.....





sedap nak ratah nanti
goreng hingga masak....








Monday, April 16, 2012

Kek Pisang





3 Cwn Tepung + 1 sudu serbuk penaik + 1/2 sudu soda bikarbonat = Diayak
3 biji telur + 1 cwn gula + dipukul hingga kembang.
Msukkan 1 sudu essence vanilla dan 5 biji pisang yg telah dilenyek ke dlm adunan td.
setelah sebati, msukkan tepung yang telah diayak tadi dan gaul hingga rata.
akhir sekali, masukkan secawan minyak msk dan adun hingga rata.
Bakar dgn suhu 180 selama 40 minit.



Saturday, April 14, 2012

Hadiah Istimewa Untuk Ummi








ALHAMDULILLAH


Tidak pernah menjangka, tak pernah terduga...
takdir yang Allah titipkan untukku seorang ummi,
 walau sekadar bertungkus lumus mengurus keluarga,
tiada keterbatasan masa,
namun bagai diberi cuti yang tiada disangka-sangka,
dari-Nya dan dari keluarga tercinta.
untuk bertamu mengasing diri ke hadrat Yang Maha Pencipta

Ya Allah...hadiah yang Kau hulurkan ini
kan ku abadikan sebagai hadiah terindah sempena hari kelahiranku

Berkatilah insan-insan yang ku sayangi,
suamiku tercinta yang memberi restu...
anak-anak yang menyokong dan membantu,
merealisasikan kembara ke rumah-Mu...

Ya Allah!
 Jadikanlah perjalanan ini sebagai perjalanan rabbani,
perjalanan hati dan rohani 
menuju Allah...
dengan bekalan taqwa
sebagai sebaik-baik bekalan.


p/s: Sesungguhnya segala kebaikan adalah hidayah daripada Allah, manakala kelemahan dan kekurangan adalah dari ummi yang kerdil dan dhaif ini, ummi memohon maaf dari semua orang yang mengenali umi, andai terkasar bahasa atau ter-over di sana-sini. mohon maaf sekali lagi.
halalkan juga makan dan minum ummi.


Doakan. Insyaallah perjalanan bersama emak ummi serta adik ummi; ciksu dan paksu
selamat pergi dan kembali.
wassalam.





Tuesday, April 10, 2012

Usia Yang Bertambah, Dan Baki Usia Yang Tertinggal...




SELAMAT HARI ULANG TAHUN, 
SELAMAT HARI JADI.


Sungguh cerah cuaca hari ini; 9 April 2012






Sudah 43 tahun berlalu...kini kaki menginjak usia baru...44, sekujur jasad ini sudah begitu ampuh menjejaki usia yang berbaki. Semoga Allah terus menyimbahkan kasihNya buat insan sekerdil ku ini. Termangu sendiri, mengenangkan kembara yang telah kulalui, apakah sumbangan yang telah kuberi kepada ruh yang bakal pergi?


Namun begitulah...detik demi detik dilalui, kehadiran usia yang kian bertambah ini tetap dirai...Terima kasih atas semua doa dan ucapan yang menginsafkanku. Amat kuhargai demi memperingati bahawa aku ini sedang merangkak ke senjakala. maghrib yang menanti, isyak yang kian berlabuh dan subuh yang bakal muncul kembali...segala ucapan samada melalui sms, call, message inbox fb, di wall fb, di twitter,  di talian maxis mahupun talian celcom...terima kasih atas ingatan dan doa suci kalian, semoga hidup kita sama-sama diberkati. Amin.


Hanya berkongsi gembira di hati....terima kasih anakku kak ngah sarazaqea yang mengucapkan detik 12 malam, 9 April...dengan hasil karya penuh berseni...




Terima kasih juga buat anakku kak long ,safiyya dan kak ngah sarazaqea yang merancang buat surprise dan bersusah-susah belanja untuk celebrate beday ummi....




Kami makan makanan ni....








Kekenyangan....




Teringatkan seseorang....bawa balik ♥♥♥


p/s: ...cuma hati kecil ku terdetik...ikhlaskah mereka sebagai sahabatku, saudaraku malah dalam apa jua pertalian dan hubungan yang tercipta jika hanya memandang sebelah mata.... ~ 
sekadar terkilan dan kecewa... oh!


sekian...maafkan salah silap umi, dan umi maafkan kalian juga...amin

selamat malam...


Tuesday, April 3, 2012

Puding Roti Pandan

pic: asal...TQ, resepi dari fb


Bahan-bahan:
12-15 keping roti putih/gardenia (tak perlu buang kulit tepi)
15 helai daun pandan
200 ml santan kotak
2 1/2 cawan air
2 biji telur
3/4 cawan gula pasir
1/2 sudu teh esen vanila
sedikit pewarna hijau
sedikit garam

Cara-cara:
1. Panaskan periuk kukusan hingga mendidih. Sapu loyang bulat 8" dengan sedikit minyak. Ketepikan. (boleh juga letakkan plastik bersih dalam loyang yang disapu minyak tadi. Lebihkan sedikit plastik keluar supaya senang nak keluarkan adunan nanti).
2. Bersihkan daun pandan, kerat kecil2 dan blend dengan air. Tapis untuk mendapatkan jus pandan.
3. Dalam mangkuk besar, masukkan semua bahan kecuali roti. Kacau sekejap untuk melarutkan gula. Masukkan dalam blender dan blend hingga gula hancur. Tapiskan dalam mangkuk besar tadi.
4. Rendamkan beberapa keping roti dalam adunan tadi dan ambil sekeping sekeping, susun ke dalam loyang. Buat hingga habis dan tuang sedikit lebihan adunan atas roti.
5. Taburkan kismis sebagai hiasan.
6. Kukus roti tadi selama 15 - 20 minit dengan api besar. Balut penutup kukusan dg tuala supaya air tidak menitis ke atas puding.
7. Disejukkan dalam peti ais dan biar betul betul sejuk baru dipotong, lagi best.
Selamat mencuba ....





TIPS UMI:
p/s: 1: Santan kotak boleh juga digantikan dgn susu sejat dgn sukatan yg sama.
2: Tutup adunan dengan aluminium foil supaya air kukusan tidak menitis semasa mengukus. sebagai ganti membalut penutup kukusan dengan tuala..
3: umi suka pelbagaikan...umi letak strawberi bagi menggantikan kismis...
4: umi tak letak pewarna hijau...terlupa...tgk hasil yang umi buat petang ni...
5: umi sapu mentega terus pada loyang, tak letak pun plastik, oke je..jadi!