pic: asal...TQ, resepi dari fb
Bahan-bahan:
12-15 keping roti putih/gardenia (tak perlu buang kulit tepi)
15 helai daun pandan
200 ml santan kotak
2 1/2 cawan air
2 biji telur
3/4 cawan gula pasir
1/2 sudu teh esen vanila
sedikit pewarna hijau
sedikit garam
Cara-cara:
1. Panaskan periuk kukusan hingga mendidih. Sapu loyang bulat 8" dengan sedikit minyak. Ketepikan. (boleh juga letakkan plastik bersih dalam loyang yang disapu minyak tadi. Lebihkan sedikit plastik keluar supaya senang nak keluarkan adunan nanti).
2. Bersihkan daun pandan, kerat kecil2 dan blend dengan air. Tapis untuk mendapatkan jus pandan.
3. Dalam mangkuk besar, masukkan semua bahan kecuali roti. Kacau sekejap untuk melarutkan gula. Masukkan dalam blender dan blend hingga gula hancur. Tapiskan dalam mangkuk besar tadi.
4. Rendamkan beberapa keping roti dalam adunan tadi dan ambil sekeping sekeping, susun ke dalam loyang. Buat hingga habis dan tuang sedikit lebihan adunan atas roti.
5. Taburkan kismis sebagai hiasan.
6. Kukus roti tadi selama 15 - 20 minit dengan api besar. Balut penutup kukusan dg tuala supaya air tidak menitis ke atas puding.
7. Disejukkan dalam peti ais dan biar betul betul sejuk baru dipotong, lagi best.
Selamat mencuba ....
TIPS UMI:
p/s: 1: Santan kotak boleh juga digantikan dgn susu sejat dgn sukatan yg sama.
2: Tutup adunan dengan aluminium foil supaya air kukusan tidak menitis semasa mengukus. sebagai ganti membalut penutup kukusan dengan tuala..
3: umi suka pelbagaikan...umi letak strawberi bagi menggantikan kismis...
4: umi tak letak pewarna hijau...terlupa...tgk hasil yang umi buat petang ni...
5: umi sapu mentega terus pada loyang, tak letak pun plastik, oke je..jadi!
♥
1 comment:
Post a Comment