Lama tak bersua, semoga kita sama-sama sejahtera dan gembira sepanjang masa.
Alhamdulillah !
Tahun ini masih berkesempatan untuk menyambut hari ibu, biarpun hari-hari pun sambut hari ibu, kerana ibu sentiasa ada di sisi, sentiasa berpimpin tangan mengatur langkah tuanya ke rumah-Mu sementelah kami menjadi tetamu Allah. Begitulah hari ibu kali ini disambut penuh syukur bersama mak tercinta di tanah suci, Mekah. Kami menjalani kembara ibadat dengan penuh makna, riang bersama mak, gembira mengejar waktu yang terlalu cepat berlalu dan pasrah menyerah diri pada-Nya yang satu.
Dalam kesibukan menghambat waktu itulah, kami; umi dan ciksu tergerak hati nak membeli sebuah kerusi roda di farmasi di depan masjidil haram, Walaupun mak sihat dan tidak memerlukan kerusi roda untuk bergerak, kami hadiahkan atas nama mak sebagai hadiah hari ibu untuk diwakafkan bagi kegunaan jemaah-jemaah lain yang memerlukan di sana. Apapun kami sengaja merasmikan dengan menyuruh mak guna sekali manakala kami menolak mak ke masjid...
Sepanjang hayat mak belum pernah guna kerusi roda, kami pun tak pernah maka terkial-kial lah kami menolaknya dengan bersungguh, kelakar pun ada dengan telatah kami tiga beranak, dalam kesibukan jalanraya dan ramainya jemaah yang berkejar-kejar ke masjidil haram....ada juga yang menegur...seronoknya nampak!!!
Mana tak seronoknya, kami siap bergambar tatkala menaiki kereta baru kami tu...adakalanya umi tolak mak macam lari 100 meter sebab orang dah nak mula solat, tapi tak penat langsung, mak pun sporting, kadang-kadang mak tercegat bangun berdiri...hahaha...memang satu kenangan manis sangat bersama mak di sana....umi pun rasa macam tolak baby dengan kereta tolak baby tu....umi layan mak macam mak layan umi masa kecil-kecil dulu, macam umi layan baby umi masa diorang kecil-kecil dulu. SERONOK SANGAT!
Bukan nak berbangga dengan barang yang diwakafkan, bak kata tangan kanan memberi, biarlah tangan kiri tidak menyedari...tetapi tujuan entri ini dibuat adalah untuk menolak salah anggapan orang kiranya ada yang menyangka kami membeli kerusi roda itu kerana kami tidak sihat di sana. Oh! Tidakkk...kami syukur alhamdulillah, sihat...malah semakin sihat dan happy...mak lagi lah sihat...buat umrah pun kami pimpim mak sampai habis dari tawaf...sa'i...dan bertahallul...Alhamdulillah.
happy...
Pom...pomm...pommm...pompompom...kereta kecil ku berbunyi :D :D :D
Opss!! Jemaah mana pulak kacau daun masuk dalam gambar kami ni..hehe
Alang-alang ada kereta, sorong saja mak dengan kereta itu semasa tawaf wida' sebelum ditinggalwakafkan di sana...
No comments:
Post a Comment