Malam itu, lantaran tiada apa-apa aktiviti...umi, ciksu dan paksu turun menelusuri kehiruk-pikukan bandar Egypt untuk mencari sedikit keperluan kami. Ciksu sibuk mencari kedai kaca mata hitam, paksu mencari simcard baru untuk menghubungi keluarga di tanah air...dan umi hanya mencari erti sebuah perjalanan di satu persinggahan yang begitu asing sekali...
jangan tinggalkan aku di situ....
salah satu pengangkutan awam di Egypt...mereka bebas bergerak, tiada undang-undang lalu lintas seperti di mesia...hehe
kelihatan penjaja membakar jagung di dalam tin dan kuali yang berkarat...di jalanan..
untuk mencari sesuap nasi
gerai buah-buahan...kusam...berdebu...
Roti...kebanyakannya terdedah begitu sahaja...
Bawang putih dan mentimun....
kacang...kuaci...bunga matahari...lebih tinggi dari penjual yang berdiri...
membeli...kerana teruja...
terlupa nak makan...ia menyelinap masuk ke bilik ciksu...x merasa...tak apa lah...
sekadar bergambar di hadapannya...
sinonim di mesia...mobil...
Ohh...tanpa sedar...begitu ralit mengharungi episod jalanan untuk dijadikan sebagai kenangan dan pengalaman untuk diri sendiri. Baru semalaman di sini...sudah terasa begitu rindu kepada bumi Malaya yang umi cintai...semakin cinta dan sangat mencintai bumi tanah airku tercinta kerana di bumi asing ini rupanya hanya indah khabar dari rupa.....mungkin kerana adat dan budaya kita yang berbeza....
...bersambung.....
No comments:
Post a Comment