Friday, September 24, 2010

Bila tayar kereta pancit...apa harus kita buat?


Mula-mula ambil jack/jek dalam bonet dan peralatan yang berkaitan yakni skru untuk memasang jack tersebut.
kmd pasangkan antara tanah dan bodi kereta
sebab nak angkat tayar biar dia tergantung...senang untuk proses tukar tayar tu.


Lepas tu bukak skru/nat kat tayar ikut lawan arah jam...pijak kuat2 kalau tak larat...
macam contoh di bawah ni.
hehee...


Bila dah tercabut tayar yang pancit tu...



Ambil tayar spare kat dalam bonet...


Tukar dengan tayar yang pancit tu, pasang kat pemegang tayar.
Kemaskan skru/nat kat tayar...nanti tercabut pula...
Bukak balik jack yang dipasang tadi...dah siap pun..simpan tayar dan perkakas ke dalam bonet,
boleh bawa dah kereta untuk sementara sebelum sampai ke kedai jual tayar yang berdekatan. Samada kena tukar tayar baru atau tampal jer kebocoran tu, biasanya kalau tampal murah rm 5 je ...kan tak lawa warna rem tayar spare yang kuning tuh.
~hukhukhuk~

p/s: jika kena di kawasan curam, ambil batu sendal@letak dekat tayar kereta untuk menyokong.
nanti menggelungsur pula kereta kita.
hehehe..


****

:pengalaman:

Walaupun sudah berpengalaman dengan kes ni...hati tak dapat tidak mesti rasa cuak jugak. Nasib baik setiap kali terjadi, suami ada di sisi. Alhamdulillah...masa memandu sorang-sorang atau bersama anak-anak yang perempuan tak kena pula. Dan dalam apa-apa keadaan pun nampaknya 'kereta selalu jaga tuan dia'. Rasanya kalau umi satu tangan jer bawak kereta tu, masih tak jejaskan apa-apa. Yang penting...kasih sayang pada benda mesti ada walaupun sekeras besi. Dia pun ada hati dan perasaan juga. Kalau kita kutuk-kutuk atau cakap besar nak jual ker...seolah-olah kereta ni tahu...mulalah dia buat onar. Bagi umi, umi sayang dia, dan dia tak pernah beronar dengan umi. Tak pernah rosak kerana umi yang bawak...bukan riak, tapi umi percaya pada rasa sayang pada benda dan sentiasa berfikiran positif padanya.

Oleh kerana dah dapat geran, abah selalu bersuara nak tukar kereta. Katanya kereta ni dah tak muat nak naik anak beranak. Nampak sangat abah happy berganda bila nampak kereta yang terpamer...cantik-cantik belaka. umi buat derk aje. Mana lah tahu indah khabar dari rupa...nanti asyik nak baiki lah pula. Tak nak pikir dah pasal tukar-tukar kereta ni. Cukup lah dengan apa yang ada. Umi tahu abah tetap bercita-cita nak pakai balik kereta idaman abah tu. Bagi umi belum menjadi satu keperluan buat masa ni. Anak-anak yang perlu diutamakan.

Bila asyik bercakap pasal nak tukar kereta...tetiba kereta yang sedang dipandu pancit pula. Wah...tengah-tengah hiway pula tuh. Nasib baik tak apa-apa. Dan pada masa tu hanya kami bertiga arah ke utara. Kerena dah berpengalaman, abah rilex aja. Umi tengok dan perhatikan saja. Geram jugak nak buat...tapi biasalah...ego seorang lelaki tu nak buang ke mana...dia jer yang gagahnya...hek3!

Dulu-dulu pernah juga kena kat hiway Jabor. Dah la tak ada coverage nfon kat situ. Masa tu pun nak hantar anak ke asrama juga. Baru lah perasan, lain jenis kereta, lain pula cara membuka tayarnya. Masa kejadian tu, kena kereta merc, punyalah susah nak bukak tayar, dah la xde orang lalu kat situ, dah dapat tukar pastu tak bergerak pula. Entah disk apa la pula silapnya. wadus! Akhirnya ada juga orang menolong...sampai asrama lewat...warden pula tak percaya. Mak Aih... menulis surat panjang lebarlah umi bercerita...huhuu...

Satu ketika tu kena kat hiway jugak...jalan nak masuk ke Bukit Goh. Kat situ dah la ladang kelapa sawit. Malam pula tuh. Kami anak beranak datang jemput puteri di asrama jugak. Dalam kegelapan tu...datanglah seorang hamba Allah nak menolong...tapi abah tak berapa percaya sebab tak kenal...akhirnya dia kata dia baru pulang dari kerja...dia mintak alat2 skru dan jek dari abah...pastu dia buat juga walaupun abah macam tak nak mengalah...iya lah...kena berhati-hati juga dalam gelap tu...minta dilindungi Allah sahajalah. Pastu hamba Allah tu siap pasang tayar spare dan terus berlalu...lepas tu barulah kami tersedar..Ya Allah...mulianya orang muda ini menolong kami yang dalam kesusahan. Tak sempat nak bagi duit sebagai saguhati.
Sampai hari ini kami ingat dan terkilan. Semoga Allah sahaja yang akan membalas budi dan jasanya...amin.

Selepas beberapa siri kejadian pancit ni, umi rasa semakin yakin dan berani. Tapi minta dijauhkan dari segala musibah yang mendatang tanpa diduga...ingat kena sentiasa berfikiran positf dan sayang pada kereta kita...baru happy dan tak timbul masalah!


1 comment:

raayeop said...

Nak cari tayar? Cuba website http://mytayar.com
Ada 20 kedai di kawasan Lembah Klang yang feed harga kat website. Harga yang dipaparkan dah masuk balancing dan valve. Free alignment kalau beli 4 tayar. Confirm tak kena tipu dengan kedai sebab semua terms + conditions dah dijelaskan di website.
Anda hanya perlu masukkan spec tayar terus ke website. Website akan menunjukkan info mengenai offer dari Network Workshops kami. Anda boleh pilih apa yang penting untuk anda samada harga, lokasi, jenama atau model tayar.
Kita akan pantau kedai supaya mereka tak menipu customer website. Anda hanya perlu bayar 5% deposit online. Lepas tu website akan hantar email info mana nak pergi. Balance 95% bayar terus kat kedai.
Nak cari bateri dan package service kereta pun ada...