Sunday, September 12, 2010

Kembang Perawan...Mia Sayang!


MIA
SELAMAT HARI LAHIR : 13 TAHUN : HARI RAYA KE 3 : 12910


Terimalah sebiji kek dan biskut kampongan dari umi dan kak ngah...
(tak sehebat kek secret recipe...huhuu)


Nasik goreng biru dan puding lucu ~ ngeh..ngeh..ngeh


kelab kembang perawan


Awal Ramadhan lalu, perayaan berganda sebab menyambut bulan puasa yang barakah beserta hari lahir abah dan adik faiz...Alhamdulillah...dipanjangkan usia oleh Allah s.w.t dapat jua bersua bulan syawal yang mulia. Hari Raya ini masih lagi berganda...tarikh Hari Lahir Mia pula jatuh pada Hari Raya Ke-3.Oleh kerana masih terasa bahang suasana hari raya...kami menyambut dwi raya dalam famili sahaja. Terasa meriah kerana meraikan kehadiran gadis sunti ke kelab remaja. Genaplah tiga dara dalam rumah ini sempena ulang tahun ke 13 Mia.


Tahniah Mia. Umi harap Mia akan jadi gadis muslimah yang baik, hormatkan ibubapa, bahagiakan orang tua, lembut tutur kata, pandai mengambil hati dan yang penting...tak mahu nangis-nangis lagi! Semoga Mia berjaya dalam hidup dan tak pinggirkan kami orang tua yang ibarat Quran burok ini. Jadilah diri sendiri yang baik budi pekerti...biar tenang hati umi.


yang merah itu saga,
yang lorek itu kendi;
yang indah itu bahasa,
yang baik itu budi.


p/s: hasil contengan dari jari jemari kami (umi & kak ngah )
untuk kek dan huruf-huruf comel buat mia tersayang.

3 comments:

사이트 ✻ romlah said...

umi & kak sara kretip .
the most kretip person in the world lahh ! :)

~ohoo nasi biru . biru biru awww !

ardinihumaira said...

wahh.. umi dengan sara buat sendiri ya.. comel lah! ^__^ bestnya dapat buat sambutan bday.. dni tak penah pun. sobs...

hepi bday Mia! semoga panjang umo murah rezki dirahmati Allah dan dikurniakan kebahagiaan serta kejayaan di dunia wal akhirat, amin... semoga jadi anak yang solehah!;)

umi~wannza said...

hik hik hik...malu pulak rasanyer nengok kek colourfull...tak dibuat orang dah zaman la ni..

kek pesen lamo!
kak ngah punya warna warni...ceriakan harijadi.