Sunday, September 12, 2010

hari raya kami...di sini.

























11.9.10
pada Hari Raya Ke 2 di ceruk rantau orang,
kerana menyedari siapalah kita ini
lalu umi menyibukkan diri
ada ker...buat nasik lemak..eheh!
kukus pulut ~ buat tapai...umi tolong2 abah sediakan bahan dan abah yang bungkuskan.
semalam kukus pulut jugak ~ tolong sediakan bahan untuk abah bungkus ketupat,
umi buatkan rendang...
biasalah duduk jauh dari keluarga, semua kena buat sendirik...kalau kat kampung...
cakap jer...nak tempah ketupat.tempah tapai...semua main tempah...mana aci!
semua dapat dengan mudah. senang dan ringkas tak perlu bersusah payah.
sekarangni baru terasa manisnya...semanis tapai air tangan sendiri...heee..pengubat hati lara.


hari ini asyik di dapur je...buat biskut badam coklat
nampaknya ada yang berminat...turun padang sekali...main-main huruf bakar-bakar adunan
nampak mereka seronok. Umi tambah lagi...buat kek pula
sempena hari lahir mia...
maaf mia, kek umi tak sehebat kek dari secret recipe
resepi sendiri saja...tapi umi buat ikhlas dari hati
khas untuk hari jadi mia sayang...
berjaga konon nak tunggu 12.00 tengah malam
tapi dek kerana penat sangat...umi tertidur
sorry mia tak sempat nak wish time 12 tengah malam tu..


Inilah pengalaman pertama dalam hidup umi
beraya tanpa keluarga umi di kampung yang tersayang...sedih sangat!
terasa pilu dan sayu kerana tak dapat ke pusara seperti biasa
tak dapat peluk cium mak, hanya talipon dari kejauhan.



semoga dipanjangkan umur, bertemu lagi di lain lebaran.



p/s: terima kasih kak intan, datang bertanya khabar kenapa tak balik kelantan.
sakitkah atau apa gerangan. Masih ada yang sayang rupanya.
ingatkan jauh dari segalanya..
terima kasih juga pada pakcik salleh dan anakanadanya yang datang beraya
terasa juga suasana hari raya.





hati, jangan engkau menangis!
~sendu selalu~







1 comment:

zarith said...

jangan sedih sedih.
nnti nak bawak kueh raya yang ditempah. hehe.

Selamat Hari Raya!