untuk anakku
Menyambut hari kelahiran
anakku diberi pilihan
pakaian jenama mahal
atau buku penulis terkenal.
Setelah diam membisu
akhirnya anakku bersetuju
keputusan tanpa ragu
dipilihnya buku.
Dia memberitahu
ditolaknya baju berjenama
kerana sekadar pakaian
tak mampu mencapai impian
tapi buku adalah sumber ilmu
yang boleh membantu
untuk diri terus maju.
Anakku memilih buku
untuk jadi orang berilmu.
Pena Mutiara.
2 comments:
umi pndai betul bermadah ..
romlah suka baca :)
umi best !♥
hihiii...thanks!
Post a Comment