Tuesday, April 26, 2011

Ke Pesta Buku Lagi...Kali Ini Pergi Sefamily~

Ahad: 24.4.2011~ ke PWTC lagi untuk hari berikutnya.


 Kami sefamily memang penggemar buku-buku. Semangat sungguh abah nak pergi ke pesta buku antarabangsa kali ini setelah dipromosikan oleh umi...hehe...selalunya walau jenuh beriklan pun, tak akan dilayannya. Petang ini kami berjalan santai beramai-ramai semata-mata hanya kerana BUKU.


gerai no: D31


Semalam umi sudah membeli buku yang dipesan oleh abah~ Buku bahasa Arab Mudah~ yang ditulis oleh Saudara Norli Bin Mohammad Nor. Beliau seringkali mengajar bahasa arab mudah ini menerusi siaran ikim.fm, siarannya pada setiap hari rabu minggu ke-2 dan ke-4 pada jam 6.15 petang. Sudah lama abah teringin membeli buku ini kerana teruja dengan cara pembelajarannya yang mudah difahami. Tolong promosi radio ikim.fm sekali nih...heheee...



sessi menjawab soalan setelah diasak pertanyaan oleh abah


Hari ini abah gagahi kaki untuk hadir sendiri bertemu saudara Norli untuk berkenal-kenalan dan bertanya secara detail penggunaan buku tersebut. Nampak berseri-seri abah tatkala dilayan baik oleh saudara penulis Encik Norli sendiri. Manakala isteri beliau yang fasih berbahasa arab pula ( Aisyah: orang arab rasanya) disuruhnya berinteraksi dengan Idi dan Kak ngah...hehe...



Penulis hebat sedang memberi penerangan...




serius...nawaitu untuk belajar



Murah! Murah! biasa dijual pada harga rm330.00 tetapi sempena pesta buku harga runtuh rm225.00
satu set disertakan sekali dengan CD.



singgah sekejap: sentiasa tak sabar untuk terus membaca buku yang dibeli...



sikap ini telah menurun kepada kak ngah sara, 
kalau dah beli buku tak sabar-sabar nak dibacanya.Alhamdulillah.



Beginilah sedikit catatan yang dapat dinukilkan. Apa yang dapat diambil pengajaran buat kami adalah semangat abah yang sentiasa memupuk semangat minat membaca kepada kami dengan berbagai cara. Walaupun abah agak kurang sihat dan tak dapat berjalan banyak sangat kerana sakit kaki, abah sanggup gagahi juga kerana teruja dengan buku-buku agama yang sentiasa tidak mencukupi baginya. Terkini, abah cakap nanti abah nak ajar umi sekali 'Belajar Bahasa Arab Mudah' yang dibeli ini bersama-sama~yeyyy....


Sebenarnya banyak lagi gambar tapi ada dalam ipod kak ngah...ngeeee....cukup lah untuk kali ini. Bye!


2 comments:

kueh bakar said...

adoi...tak de kesempatan...

umi~wannza said...

adjust laa...rugi kalau tak datang =)