Wednesday, April 20, 2011

Selamat Datang TMnet Unifi ke kediamanku








Kontroversi! he..he...he...


Bye-bye TMnet streamyx...sekejap lagi saya nak pergi ke mahkamah syariah TM point, di Shah Alam...bukan nak mintak kaunseling lagi dah...nak putuskan terus perhubungan. Saya nekad. Saya memang sudah ada pengganti baru yang bernama TMnet unifi~hidupku...


Bukan saya tidak sebak dan sedih berpisah dengan awak encik streamyx, tetapi saya terpaksa demi masa depan kewangan saya agar tidak terbeban. Gaji saya kecil....saya tak mampu nak menyara kedua-dua sekaligus. Memang hukumnya boleh...tapi saya tegaskan saya nak berjimat. Saya bukanlah jutawan yang boleh pasang empat.


Cukuplah dengan encik unifi sahaja kerana menjanjikan yang terbaik...semua ada dalam satu...ada telefon TM panggilan ke talian rumah di seluruh Malaysia percuma,  ada internet, ada siaran TV macam Astro...lepas ni nampak gayanya Astro pula akan menerima nasib yang sama sepertimana streamyx...maaf ya...Dunia sekarang berkembang secara dinamik...peluang yang ada perlu difikirkan baik-baik. Kita harus berubah demi untuk merubah dunia kita. Kita punyai enviroment yang perlu diselesaikan supaya semua yang ada di sekeliling kita merasa aman.


Walau bagaimana sekali pun, saya tetap ingat  awak yang telah banyak berjasa mengajar saya ilmu internet sama seperti saya belajar ilmu kehidupan melalui kedua ibu bapa saya semenjak dilahirkan; dari dunia di alam rahim ke alam fana, hari pertama mata terbuka...rupanya tapak kaki saya hanya sekecil dua jari orang dewasa sahaja. Jasa insan yang mengasuh itu lebih tinggi nilainya dari jasa orang yang baru kita kenal setahun jagung...usah alpa.


Tak akan saya bandingkan jasa ibubapa dengan jasa senipis kulit bawang dari insan lain. Ya Allah...ampunilah hamba-Mu yang kerdil dan hina ini, mohon diperkuatkan lagi kasih sayang kepada ibu yang melahirkan..kita tidak tahu hati seorang ibu itu bagaimana sepertimana kita tidak faham akan kasih sayang tuhan terhadap hamba-Nya.


Acapkali kita tersilap tingkah tatkala hajat hati tidak tercapai...terasa diri jauh dari rahmat-Nya. Tetapi Allah Maha Mengetahui segalanya...disembunyikan sinar mentari sementara hujan kembali reda untuk diberikan segaris pelangi untuk kesejahteraan hamba-Nya. Apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Ya Allah...lindungilah kami supaya tidak menjadi hambamu yang kalis dosa. Aku takut Dia murka. Ampunilah hamba. Jika ditakdirkan saya dipindahkan ke alam barzakh pada bila-bila masa...hantari saya bersama keampunan dari-Nya...


Ku mohon..Allah sahaja yang dapat membalas segala budi dan jasa dari sekelian makhluk ciptaan-Nya, walau sebesar zarah dan diberikan hidayah di sepanjang usia agar tidak menjadi insan yang pelupa.


Bye-bye streamyx...jasamu tetap dikenang!


dari sebutir huruf yang pernah diketuk...hingga mampu melahirkan blog.
terima kasih TMnet streamyx...



2 comments:

ardinihumaira said...

bestnye umi.. dni gak ni duk layan tenet bokbeng lembap uhu

umi~wannza said...

tukarlah dni...unifi lajuuu....