Monday, August 29, 2011
MERDEKARAYA TAHUN 2011
Terasa cepatnya masa berlalu, hari ini sudah 29 Ramahdan 1432H bersamaan 29 Ogos 2011 dalam beberapa jam lagi kita akan meninggalkan bulan yang penuh kerahmatan dan keampunan. Tetapi hari ini nampak mendung pula...kalau nampak anak bulan, berayalah kita besok tapi kalau terselindung di balik cuaca kita akan sambut MERDEKARAYA.
Pada tahun-tahun sebelumnya, kita pernah meraikan perayaan berganda seperti GONG XI RAYA dan DEEPARAYA kerana berkongsi hari besar berbilang bangsa iaitu masyarakat China dan India yang menyambut perayaan mereka pada tarikh yang sama. Meriah sungguh masyarakat di Malaysia kerana mempunyai masyarakat berbilang kaum. Uniknya kita dapat hidup harmoni bersama dengan aman dan merdeka.
Tahun ini adalah tahun yang bertuah kerana kita dapat meluangkan masa bercuti bersama-sama seluruh rakyat Malaysia untuk meraikan hari yang paling bermakna untuk negara kita tercinta kerana tiba pula giliran menyambut kedatangan perayaan bagi umat islam HARI RAYA AIDILFITRI bersama hari kemerdekaan negara; 31 OGOS. Dua perayaan besar pada tahun ini.
Pantun ini sempat kugubah buat teman-temanku di facebook dan ku copypastekan ke laman blog ini....mohon kemaafan dariku yang kerdil dan hina ini atas segala kekhilafan, keterlanjuran kata kepada semua kerana aku menitip bukan kerana apa...sekadar meluangkan masa yang bersahaja. Andai ada yang terasa dan kata-kataku menjengkelkan sesiapa...ku mohon ampunan maaf dari semua yang membaca, singgah tanpa ketahuanku dan semua followers yang sudi melayan kerenah emosiku...maaf beribu-ribu lemon; tak terniat nak sakiti hati orang...sekadar untuk kepuasan luahanku semata-mata. Pantun spontan ini mungkin ada yang telah terbaca di laman sesawang facebookku...tak apalah...kita layan di sini pula...malas nak gubah pantun lain..hehehe
Suara azan sangat lantang,
Bangun subuh macam tak kuasa;
Kalau tak ada aral melintang,
30 Ogos kita beraya.
Aura raya sudah dirasa,
Keliling rumah pasang pelita;
Dalam meriah menyambut raya;
Hari Merdeka usah dilupa.
Pergi menebang si pohon buluh,
Untuk memancing si ikan patin;
Ku menyusun jari sepuluh,
Mohon Maaf Zahir & Batin...
dari umi...
Jom kita pi sambut raya di Majlis Rumah Terbuka MB Selangor tahun ini...
SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN DARI KAMI SEKELUARGA....
p/s: Tambah satu lagi perbendaharahaan kata : Merdekaraya....hehehee...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment