Thursday, August 11, 2011

Panduan sapuan cat pada permukaan baru...


Hai...Assalamualaikum.  kadang-kadang terpanggil juga untuk mngecat sendiri kediaman demi penjimatan kos...umi dah tanya tukang, untuk mengecat besi grill kat rumah yang kecil ini pun...mahunya...RM 500. Woah! Kalau camtu, baik pergi beli cat sendiri dan hentam sampai jadi...
Di sini nak kongsikan sedikit panduan setelah mencari sepenuh hati, bertanya sana dan sini:


(semangat nih! hehe..)


~  Lapisan kayu, gunakan cat asas kayu disusuli dengan satu lapisan cat alas dan dua lapisan cat kilat.
~  Permukaan besi dan keluli, satu lapisan cat asas logam oksida merah atau cat asas logam zink kromat disusuli dengan satu lapisan cat asas sebelum mengecat dua lapisan cat kilat.
~  Bagi permukaan besi yang baru atau pernah dicat, pastikan permukaan itu kering bersih daripada habuk karat dan minyak.
~  Cat ini sedia digunakan dan jika perlu gunakan pencair kegunaan am atau 'turpentine'.
~  Biarkan lapan jam atau hingga kering sebelum mengecat semula.



PANDUAN MENGECAT


[*]   Persediaan


~ Pastikan ruang yang mahu dicat itu kosong.
~ Tampalkan pita pelekat pada tingkap, birai dan suis lampu.
~ Tutup perabot dan lantai dengan surat khabar lama.
~ Pastikan dinding bersih daripada sebarang bekas paku, cat luntur, rekahan dan lelehan air pada cat lama.


[*]   Panduan Keselamatan


~ Baca label dan fahami arahan yang diberikan.
~ Pakai topi, sarung tangan dan pelindung mata yang sesuai.
~ Jauhkan cat daripada kanak-kanak.
~ Simpan lebihan cat di tempat sejuk, kering dan berudara.
~ Jika terkena mata, cuci dengan air yang banyak. Dapatkan rawatan sekiranya sakit berterusan.
~ Jika terkena kulit, kesat segera dengan kain dan cuci menggunakan air dan sabun.
~ Tutup tin cat dengan rapat selepas digunakan. Jangan biarkan cat terdedah.
~ Gunakan beg sampaj khas untuk cat dan pastikan ia dibuang ke dalam tong sampah bertutup.
~ Pastikan peredaran udara baik ketika mengecat. Buka tingkap dan pintu jika ada bau kurang menyenangkan.



[*]   Empat Langkah Sebelum Mengecat


~ Pastikan dinding diperiksa dan semua kesan yang tidak sepatutnya diperbetulkan untuk mendapatkan liputan sekatan dan tahan lebih lama.
~ Lubang dan rekahan - Tampal dengan bahan penampal dan gunakan kertas pasir pada bahagian yang ditampal.
~ Permukaan kasar - Gunakan kertas pasir untuk meratakan permukaan.
~Bekas paku - Tampal dengan penampal Cat terkopek - kikis dan bersihkan dengan pisau pertukangan.



[*]   Panduan Mengecat Siling


~ Mulakan dengan mengecat siling bagi mengelakkan cat menitik ke atas permukaan yang baru dicat.
~ Cat mengikut arah lebar terpendek untuk hasil lebih sekata.
~ Dinding - Mulakan dengan sempadan dinding dan sapukan ke bawah. Pada dinding atau pintu, cat bahagian atas diikuti bahagian tepi dan bawah.
~ Pintu dan tingkap - Tutup kawasan seperti tombol dan sendal yang tidak perlu dicat dengan pita pelekat.
~ Cat bahagian dalam bingkai, diikuti luar. Untuk pintu, cat permukaan yang timbul diikuti panel, segneb mendatar, segmen menegak dan diakhiri dengan bingkai.
~ Lantai - Bahagian terakhir selepas cat dinding, pintu dan tingkap kering.







sekian dulu....



No comments: