Monday, November 21, 2011

Mimpi Bulan Dipagar Bintang...

Artis & Kebendaan
#sila ambil iktibar#


Siti fikir semua orang pernah baca atau dengar tentang hantaran kahwin artis, hadiah kahwin artis, beg tangan artis, kasut tumit tinggi artis dan kereta mewah pemberian suami artis. Semuanya hebat-hebat belaka. Kalau kita tengok dari sudut “kekayaan”, artis kita tak sengkek. Artis kita hidup dilimpahi kebendaan setaraf artis Hollywood.
Ada artis dapat hadiah perkahwinan berbelas juta. Bukan juta rupiah tapi juta ringgit. Siti fikir kalau kebahagiaan boleh diukur dengan kebendaan yang ditunjuk itu, artis kita yang paling bahagia. Mereka memiliki wang ringgit dan kemewahan hidup, semua itu ditunjukkan kepada peminat. Seolah-olah itulah matlamatnya.
Peminat pun bermimpi nak jadi artis. Mereka ponteng sekolah, yang lulus periksa pula tak nak sambung belajar sebab nak jadi artis. Ada mak bapa yang terasuk dengan budaya kebendaan ini rela membimbing anak menjadi artis. Kesian budak itu mana tahu yang dipilihnya tepat atau tidak. Tapi bagi sesetengah mak bapa, ini adalah pelaburan.
Siti melihat sebahagian besar artis kita menyuburkan budaya kebendaan. Semuanya diukur dengan benda. Berapa banyak banglo, kereta mewah, beg tangan mewah yang sama dengan harga sebuah kereta Kancil. Maka akhirnya ukuran manusia adalah harta benda bukan budi pekerti. Siti tak fikir artis tidak boleh hidup mewah waima punya kereta panjang macam keretapi. Tapi tak usahlah memperagakan kepada umum. Tak usah menjadikan kebendaan itu matlamat dalam hidup.
Siti fikir banyak buruk dari baiknya kalau hidup diburu kebendaan. Kita dengan sendirinya mengukur orang lain dengan kebendaan. Masyarakat pun mula menilai orang dari sudut pandangan kebendaan.
Maka apabila orang melihat ada artis yang makan di gerai, tinggal di rumah teres atau tak memandu kereta mewah, mereka anggap ini adalah luar biasa. Artis pun takut untuk dilihat “luar biasa”. Mereka pun cuba menzahirkan mimpi-mimpi indah jutaan peminat yang menyanjungi kebendaan yang dia miliki.


Kredit untuk Siti Jarum.


3 comments:

Ardini Humaira said...

betul tu... sian anak muda sekarang terpesong sebab duk kejar kemewahan..

p/s: umi.. terkedu dni baca shoutbox umi... ada pulak ditanya tentang ijazah dalam bidang agama. dia ingat orang ada ijazah je ke boleh berbiacara.... :'(

Wan Mohd Nazdmi said...

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran". - Surah Al-Asr:1-3...

Kalau perlukan ijazah dulu untuk menyampaikan kebenaran maka Allah takkan turunkan ayat tersebut.

umi~wannza said...

Tak tahu apa masalahnya Tanya lah USTAZ tu!
Terima kasih kpd dni & mi yang menyokong umi...