Tuesday, January 31, 2012

Selamat Hari Ulang Tahun ke 72...

MAK...

Allah selamatkan kamu...
Allah selamatkan kamu...
Allah selamatkan emakku yang tersayang...
Allah selamatka kamu....


Selamat Hari Ulang Tahun ... mak...
Walaupun mak tak dapat baca apa yang Za tulis di blog mahupun di facebook, namun kita boleh berbisik di talian...bersembang berjam-jam, bercanda riang...namun kejauhan yang memisahkan. Insyaallah...semoga mak sihat dan doakan Za selamat ke tempat mak lusa. Esok Hari Jadi mak... Tapi Za kena masak untuk orang khatam Al-Quran di ofis abah...lusa Insyaallah baru Za dapat pergi jumpa mak...kebetulan abah ada meeting di Pulau Pinang.


Doakan umi dapat bertemu buah hati pengarang jantung umi ni ye...





Mak....


Za rindu sangat-sangat kat mak...semoga Allah panjangkan umur kita untuk bersua muka lusa. Amin.

Monday, January 30, 2012

Resepi udang CNY [Udang Kukus Berlimau]

Resipi


Udang kukus berlimau (lima orang)

1.2 kilogram udang besar
3 helai daun limau purut dihiris halus
2 sudu teh perahan limau nipis (boleh tambah ikut kesesuaian rasa)
5 sudu makan sos cili Thai
Garam secukup rasa (jika cukup masin tidak perlu tambah)
1 sudu makan minyak masak
Daun parsli untuk hiasan


Bahan A (ditumbuk)

1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
3 batang serai
3 atau 4 biji cili padi


Cara membuatnya:

1. Panaskan pengukus. Gunting kaki udang. Biarkan kulit udang atau membuang kulitnya. Susun udang dalam pinggan dan tekap dengan tisu dapur untuk mengering�kan airnya. Ketepikan.

2. Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan bahan yang ditumbuk. Kacau hingga naik bau. 

3. Masukkan daun limau purut, perahan limau nipis, sos cili, cili padi dan kacau lagi hingga mendidih. Padam�kan api dan tuangkan sos ini ke atas udang tadi.

4. Kukus udang lapan hingga 10 minit atau udang menjadi merah. Hiaskan dengan daun parsli dan hidangkan.


Analisis nutrien setiap sajian:

Kalori: 245
Jumlah lemak: 6 gram
Lemak tepu: 0.8 gram
Kolesterol: 274 miligram
Karbohidrat: 0.4 gram
Protein: 37 gram

Saturday, January 28, 2012

Kenapa ni....

Baru nak menyulam mimpi-mimpi indah di peraduan, tiba-tiba terjaga dari lena yang nyaman.


Tergaru-garu sana-sini, sedap sekali...ku pasangkan lampu...masyallah! Kena apa dengan umi ni? Gatal yang mengenyam menyelubungi seluruh tubuh. (naik bedang besar-besar). Walhal baru sekejap tadi sebelum tidur umi mandi. Makan hari ni pun tak adalah mengarut. Sarapan pagi tadi umi goreng nasi, goreng nugget, sosej. dan keropok tu memang hari-hari pun goreng letak dalam tupperware besar tu dan untuk lunch pula umi masak ayam masak merah dan makan di rumah je tadi. Bebas dari makanan dari luar. Hari ini pun kami tak keluar rumah. Asyik dok membasuh kain-baju, jemur-angkat-lipat-simpan. Itu saja aktiviti hari ini.


Nak kata umi tersilap makan ubat ke...seingat umi,  sebutir ubat pun tak masuk ke kerongkong umi hari ini. Makanan yang last masuk ke mulut ini ialah 1/3 daripada buah delima setelah share dengan abah. Alhamdulillah, sebelum umi rebahkan belakang pukul 10.30 tadi, umi sihat.


Nak kata kena ulat pun, hari ni umi tak beroperasi menebas atau membersih kawasan di luar rumah seperti membuang daun-daun kering pokok pisang dan sebagainya. Membersih dalam rumah kak ngah yang bersihkan, menyapu dan sebagainya.


Adoiii....gatalnya seluruh badan. Jari jemari pun terasa mengembang, membengkak keluar butir-butir (bedang) di celahan jari dan merata-rata. Di tapak kaki, leher, di lengan di kepala, di muka pun terasa miangnya. Time ni semua orang sedang tidur nyenyak. Umi ada mengadu kat abah, katanya letak lah bedak...mana boleh main bedak jer...ni bukan miang sebarangan. Lepas tu umi terkontang-kanting keseorangan, tiada tempat untuk mengadu. Taip saja lah  di sini. Puashati!


Seingat umi, orang tua-tua dulu-dulu cakap kalau kena macam ni namanya 'lapar garam'. Mak aih, takkan la tak cukup lagi garam dalam masakan umi, tadi pun kalau tak silap dengar ada yang cakap..."masin sikit"...selalunya diorang cakap..."sedap...sedap...". Puas fikir dah ni, kenapa benda ni datang time umi tidur dan masa tu pukul 1.30 a.m....


Nak buat macamana ni?
Perlukah ke klinik atau ada petua tradisional untuk masalah umi ni? Kesian umi sorang jer tak dapat tidur...Adoiii makk...nak garu sangat takut makin membuak-buak naik biji gatal tu.....


Tolongggggg umi....!!!!

Friday, January 27, 2012

APABILA SANGKAKALA DITIUP...





✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.


✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.


Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-
Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.




☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW:
❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞
Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain




sharing is caring...sumber dari mukabuku...



Januari Ini: Umi Menang Giveaway Dari TDL

Sekadar share status fan page TDL kat wall umi di fb, akhirnya umi menang giveaway pertama dari TDL. Alhamdulillah...




Selang beberapa hari umi terima bingkisan poslaju...




Kami berbalas-balas email...dan pihak TDL minta buatkan satu testimoni nanti.
Hujung minggu itu umi amat sibuk, namun sambil-sambil nak keluar rumah,
umi sempat buat testimoni dengan memakai 'shawl safiyya' 
yang umi menangi...




Hantar gambar ini untuk tunaikan janji umi dengan TDL,
Responnya begini...






Alhamdulillah...dari perkongsian umi itu, ada kawan-kawan umi yang turut membeli, 20 orang rakan fb umi yang like fan tersebut,  sharing is caring. 
Semoga TDL maju jaya sokmo...



p/s: sekadar menghargai apa yang diberi. Bukan untuk membanggakan diri. Nak simpan ia sebagai kenangan terindah untuk diri sendiri.

Semoga entri ini tidak mengundang amarah orang!
Maafkan salah silap umi.


Thursday, January 26, 2012

Ombak Rindu...lagi!






TUHAN tolong lembutkan hati hamba
untuk mencintai-MU seadanya (selamanya)
kerna ku tak sanggup
kerna ku tak mampu
menghadapi siksa neraka-MU


TUHAN aku tahu banyak dosaku
hanya ingatkan-MU kala dukaku
namun hanya KAMU yang mampu membuka
pintu hatiku untuk cinta-MU


ALLAH...ampunkanlah hamba-MU (dosaku)
yang selalu dustakan janjiku
agar kelak ku takkan disiksa
kerna dosa-dosa masa lalu


ALLAH...jatuh airmataku
dan terus mengalir mengiringi doaku
ALLAH...yang mengampuni segala
dosa-dosa hamba yang meminta...


Hanya mampu berdoa...
Moga maghfirah (keampunan)
tiba nanti.....




Basuh diri dgn wudhu', rendah diri dgn solat, tenang hati dgn zikir, gantung hati dgn munajat, Penuh dada dgn ilmu, lapang dada dgn sahabat. Ringan tangan dgn derma, sehayun tangan dgn jamaah. Selangkah kaki dgn yakin, mencari kaki dgn dakwah

:salam rindu dari umi:


Friday, January 20, 2012

Patah Seribu

Boleh dengar MiaMoreTag di YouTube dari my princessMia. Umi dengar bila umi rindu puteri umi...Mia tinggalkan lagu syahdu ni kat umi ehh...Tekan kat link tu..



MiaMoreTag: Patah Seribu Piano Cover by Damia Nazurah


walau, kau tiada di sini
ku tetap ingat semua pesanmu
ku hidup seolah-olah kau masih ada bisikkan kata kepadaku
bilakah kau akan utuskan surat buatku
aku terus menunggu tibanya kata cintamu
ohhh

chorus
patah seribu hatiku
bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
haruskah ku lupa kerna
engkau telah pergi...

biar, pergimu tanpa relamu
namun hatiku tetap rasa
kejamnya kau meninggalkan ku
dengan nota-nota cinta buat kita berdua
bila kan kubisa menerima ketiadaanmu
kanku bakar semua hapuskan semua kenangan

ulang chorus

ohhh
sayang ku mohon padamu segera tinggalkanku
pergilah kau ke tempat yang kau tuju
pasti ada hikmah buatmu dan juga buat diriku
ohhh pergilahhh


Tak sabar tunggu Mia balik, ada masa free, buatkan lagu Ombak Rindu dan Bila Cinta pula...lama dah umi tunggu...Tak pe, umi akan sabar menanti...Yang penting, Mia study elok-elok. PMR tahun ni tu...Bila ada masa lapang..boleh lah buatkan yer>>



Monday, January 16, 2012

Buah Delima Durian Belanda...

Fikiran asyik tak tenang mengenangkan permintaan mak...


Pada suatu hari, aku menalipon mak...saja mengorek apa hajat mak ...kiranya apa yang mak teringin tapi belum dapat. Mak malu-malu nak cakap tapi aku paksa mak...mak cakap jer apa saja yang mak nak...boleh za carikan...Insyaallah.


Masa tu aku ada perancangan nak balik kampung, tapi malangnya mak dibawa oleh adik lelakiku bertandang ke rumah isteri abangku di Kuala Kangsar kemudian ke rumah adikku di Sg Petani. di Utara. Kami semua bertemu seketika di Kuala Kangsar untuk makan durian yang berlambak di dusun keluarga kakak ipar.


Walaupun kami berkumpul di situ, masa tu aku belum bawa lagi apa yang mak nak...sebab belum jumpa. Nak beli di hentian R&R pun punyalah jem sebab ramai orang balik kampung sempena cuti Krismas lalu. Balik Kelatan baru jumpa, banyak pula tu, masa tu mak pula ke rumah ciksu di Kedah...Namun aku bawa balik buah delima dan buah durian belanda idaman mak tu ke KL dulu. Mak cakap mak nak buku bacaan Al-Quran yang kecil, sebab yang dia punya hilang, mungkin tak ingat letak. Itupun aku dah belikan di kedai Jaafar Rawas di KB untuk mak. Namun belum dapat diberikan kepada mak lagi. Aku dah kumpul semua mahu mak...cuma yang telah ku berikan adalah ole-ole kepada mak, mak opah perak dan guru mengajiku merangkap kawan mak, Puan Aminah. Alhamdulillah...yang tu mak suka!


Mak...


Buah yang mak nak dah ada ni...za simpan dalam peti dulu yer...nanti za balik dengan keretapi! Tapi mak cakap...makanlah...ketika makan tu ingat-ingatkanlah pada mak...


Aku ni suka sangat time talipon mak suka bercerita dengan mak. Mak...datanglah duduk dengan za mak...kalau mak duduk sini, mak cakap je apa saja yang mak terlintas nak makan, biar za masak...pastu kita pergi jalan-jalan (naik kereta laa...mak mana larat dah nak berjalan..hehe).


Sesungguhnya mak di rumah ada kawan baik. Kawan baiknya itu adalah guru mengajiku dulu. Masa aku khatam Al-Quran pun Puan Aminah guru mengajar aku mengaji inilah yang mengkhatamkan aku bersama seorang lagi guru mengaji Al-Quranku..Arwah Makcik Nga namanya Bunga...Ya Allah tempatkanlah Allahyarham guruku Makcik Nga di tempat orang-orang yang soleh. Setiap kali aku mengaji, aku akan terbayang-bayangkan suasana mengaji di zaman kecilku yang berlumba-lumba nak sampai dulu di rumah guru. First come, first serve! Kami mengaji sangatlah tertib, lepas membaca surah, bersalam...lepas tu kena hafal surah lazim lepas tu kena hafal doa-doa harian. Kami berlumba-umba mengingat...kitaorang cakap...dapat alih...hehe. Seronok!!!


Mak...za rindukan mak...za dengar lagu ni pun menangis. Mak marilah duduk di sini, kita sembang panjang-panjang tak pernah habis. Mak...RINDU!!!!!



Sunday, January 15, 2012

Berwajah Baru Dan Happy Birthday Puteri Ke-2 Ummi

WAH!!!!

Blog umi dapat baju baru sempena Hari Jadi Puteri Umi Tersayang Sarah Zakiah (Nama comel ni ummi yang pilih tau!)




.http://sarazaqea.blogspot.com/




Terima kasih yang tak terhingga kerana beri hadiah kat ummi, bersusah payah menyiapkan baju baru blog picisan ummi. Tengok ni haaa...blog ummi dah berubah wajah...dah bertukar kaler...siapa yang bertungkus lumus menyiapkannya kalau bukan tuan punya harijadi 15.1.1991, Si Gadis Manis Cik Sara! Tak terucap ummi sebab bukan senang nak buat semua ni...makan masa sehari suntuk, sampai tertido ummi menunggu, hajatnya nak tunggu detik 12 malam nak wish beday, tapi dah longlai mata terpejam tak kabar apa dah..krohh..krohhh.krohhhhhh...Zzzzzzzzz!! Letih Tau Melahirkan anak...heheheee///



Kek Tunggu Esok Tau! Mintak Dengan SIRI!!!







Ok...Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun Ke-21 anakku. Ummi Sayang Kamu, Semoga Sentiasa Dekat Dengan Ummi..Di Dunia Dan Di Akhirat.




Sayang Sara !

Thursday, January 12, 2012

Mangga Muda Kerabu Peria

Hidup ini penuh pesona. Pahit manis masam. Kelat tawar pedih. Titian beronak berduri yang kulalui di separuh januari kali ini .


Riak itu berada di dalam hati, namun apabila dikeluarkan rasa takjub itu akan bertukar menjadi sombong. Allah benci orang sombong walaupun terdetik sebesar biji sawi di hati. Sebesar manakah biji sawi itu?


Carilah kitab. Setiap amalan akan dibalas. Buat baik dibalas baik, namun balasan hanya dengan redha ALLAH.